Followers

Carian dalam Blog ini

31 December 2009

Selamat menyambut tahun baru 2010


Salam Sejahtera,

Ambo mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada ahli keluarga, rakan-rakan setugas dan yang mengenali diri ambo serta seluruh warga Malaysia. Semoga negara kita terus kekal aman makmur, maju, berdaya saing dan produktif.

TQ

30 December 2009

Masjid Selat Melaka


28 December 2009

Pelancongan Sukan


Naik bot ke Pulau Manukan








Kenangan di Jeti Jessellton Point KK.
Ronda-ronda KK setelah acara MSKPPM tamat.

Pulau Manukan Sabah







Pelbagai ikan laut. Sempat ambo buat aktiviti snorkling....tengok ikan..


Entry Point Taman Negara Tunku Abdul Rahman



panorama pulau manukan 22/12/2009

Masjid Sultan Zainal Abidin KT









Masjid Sultan Zainal Abidin KT, 26/12/2009

Masjid Negeri Sabah



Masjid Negeri Sabah, 23/12/2009

Masjid UMS






Mesjid UMS Sabah 23/12/2009

Masjid Berkubah Emas



Masjid Al-Askari, Iraq




Masjid Suneri. Lahore




Masjid Qubbah As Sakhrah

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei



Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque adalah masjid kerajaan Islam yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibukota Kesultanan Brunei. Masjid diklasifikasikan sebagai salah satu masjid paling spektakuler di kawasan Asia Pasifik dan menjadi daya tarik utama bagi para turis. Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque dianggap di antara orang-orang Brunei sebagai landmark dari negaranya.

27 December 2009

Mesjid Sultan Singapura



Tahun 1928, begitu mendapat uang dari Kongsi Dagang Inggris sebanyak SGD 3000, Sultan Singapura langsung merenovasi sebuah masjid yang ada di kawasan Little India. Perubahan antara lain juga dengan mengganti kubah lama dengan kubah emas. Masjid ini segera menjadi masjid terbesar di Singapura, dari sekitar 80-an masjid yang ada. Lain halnya di Singapura. Seberapapun besar masjid dibangun di sini, tak 1 dB-pun bunyi adzan boleh dilantunkan. “Menganggu ketenangan,” kata seseorang. Meski muslim perlu pengingat sholat yang unik seperti adzan, tapi karena pemerintah tidak memahami esensi “adzan” maka adzan dilarang bunyi. Karena minoritas maka muslim di Singapura diam saja. Bergeming. Diam juga pilihan dan mereka membunyikan adzan lewat speaker dalam ruangan masjid saja: tak sampai keluar. Satu-satunya (mungkin) masjid yang boleh membunyikan adzan adalah masjid Sultan di sekitar Arab Street. Masjid Sultan adalah masjid tertua kedua di Singapura dan dikategorikan national heritage. Oleh sebab itu, ia mendapat perkecualian.

Mesjid Kubah Emas



Keistimewaan Masjid Kubah Emas yang terletak di Depok iaitu kira-kira dua jam perjalanan dari Jakarta Selatan hanyalah kubahnya disalut daripada emas dan dibiayai pembinaannya oleh seorang wanita. Penunggu masjid ialah seorang wanita yang membina masjid berkenaan iaitu Dian Juriah Mamun Al Rasyid dan Masjid Kubah Emas sebenarnya merupakan Masjid Kubah Emas Dian Al Mahri.
Secara umum masjid berkenaan mampu menampung 8,000 jemaah pada satu-satu masa dan kubah masjid berkenaan disalut dengan emas 24 karat. Masjid berkenaan adalah salah satu daripada lima buah masjid kubah emas yang terdapat di seluruh dunia iaitu Masjid Suneri di Lahore, Masjid Sultan Singapura, Masjid Omar Ali Saifudin di Brunei, Masjid Jami Bandar Sri Begawan, Masjid Qubbah As-Sakhroh di Palestin dan Masjid Al-Askari di Iraq.

Bagaimana seorang wanita mampu membina masjid sedemikian megah dengan biaya yang tidak sedikit. Ia terjawab dalam buku yang dijual di kawasan masjid berkenaan.
Di dalam buku itu Dian menjelaskan, "Jawapannya kembali kepada diri kita. Apakah kita percaya dan yakin dengan balasan yang dijanjikan Allah ketika kita berjihad dengan harta kita demi tegak syiar Islam?

"Kalau percaya dan yakin, mungkin tidak terfikir dalam benak kita untuk bersedekah sekurang-kurangnya 2.5 peratus daripada harta kita atau hingga 50 peratus. Maha benar Allah dengan
segala firman-Nya."
Sumber: utusan Online 27/12/2009

MSKPPM Sabah 2009

Salam 1 Malaysia.

Ambo terlibat juga acara bolasepak. Kejohanan 19-24/12/2009 di sekitar KK, Sabah. Tahniah dan syabas kepada pasukan yang berjaya terutama dari Selangor. Tahniah kepada peserta nyayian solo dari Selangor yang memenangi kategori lelaki dan wanita.
Moga tahun mendatang pihak pengurusan memberi peluang kepada peserta membuat persediaan yang lebih mantap untuk mencapai kejayaan yang cemerlang seperti mana yang di lakukan negeri lain.
Terima kasih pihak pengurusan team bolasepak.... membawa kami selamat pergi dan selamat kembali.

18 December 2009

Tahniah kepada sang Juara

Salam 1 Malaysia,

Ambo nak ucapkan tahniah kepada team bolasepak B23 negara di bawah bimbingan Maha 'Raja' Gopal menamatkan kemarau 20 tahun memburu emas dalam acara bolasepak sukan SEA. "Atas lambang bendera negara pon sudah jelas negara kita ada kelebihan kerana mempunyai simbol bulan & bintang berbanding Vietnam yang bersimbolkan bintang semata". Moga kejayaan ini merintis kepada kebangkitan bolasepak Era-Moden negara atau akan menunggu 20 tahun lagi untuk kecapi kejayaannya sekali lagi pada tahun 2029.

Majulah sukan untuk Malaysia.

11 December 2009

Malaysia B23 Qualified to Semi Final

Salam 1 Malaysia,


Ambo nak ucapkan tahniah dan syabas kepada Pegawai dan Pemain Bolasepak B23 negara yang telah melayakkan diri ke separug akhir menentang tuan rumah Loas. Moga pasukan bawah bimbingan Maha 'Raja' akan merasai aksi final nanti.


Majulah sukan untuk negara.


TQ.

10 December 2009

Cahaya Aneh di Norway



Salam,

Masyarakat Norway di kejutkankan dengan satu cahaya aneh. Adakah ianya fenemona alam atau wujud UFO meninjau-ninjau spesies bumi? Apapon ianya moga tidak membawa malapetaka di bumi.


TQ.

08 December 2009

Selamat Menjawab Pengajian AM 1 2009

Salam 1 Malaysia

Cikgu ucapkan selamat menjawab Kertas Pengajian Am 1 kpd student 6AG dan semua calon KHS. Moga dapat menjawab dengan baik.

TQ.

05 December 2009

Happy Birthday My Hero


"Adik nak gi mana tu.....?"

Abah ucapkan Selamat Harijadi ke 10 untuk adik, semoga sihat sejahtera n dipanjangkan umur adik. Abah, Mama, Kakak & Angah sayang adik.

03 December 2009

Standard untuk Guru Malaysia

Golongan pendidik mesti tingkat profesionalisme setara taraf global

TIGA AMALAN NILAI
1. Profesionalisme keguruan
2. Pengetahuan serta kemahiran pengajaran
3. Pembelajaran yang tinggi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melancarkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) sebagai usaha berterusan untuk meletakkan sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, berkata berdasarkan dokumen berkenaan semua guru mesti memiliki tiga aspek amalan nilai, iaitu profesionalisme keguruan, pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi. "Ketiga-tiga aspek ini adalah komponen penting yang mesti dicapai setiap guru,"
Mengikut dokumen itu, amalan nilai profesionalisme keguruan meliputi tiga domain utama, iaitu diri, profesion dan sosial.
Domain diri merujuk pegangan nilai diri guru sedia ada seperti amanah, ikhlas, adil, daya saing dan tahan yang tinggi, cekap dan patut dikembangkan agar mereka boleh memberi sumbangan lebih berkesan kepada profesion keguruan.
Profesion pula merujuk pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus, seperti berketerampilan, integriti, kerja sepasukan dan proaktif,
manakala domain sosial sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat merangkumi semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

Aspek kedua menuntut guru memiliki dan menguasai ilmu yang mantap agar dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta lebih kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai guru termasuk mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif, menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran serta mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.
Aspek ketiga memfokuskan kebolehan guru membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berhubung pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum yang menuntut pelbagai kemahiran, termasuk mengurus bilik darjah yang membabitkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang berkesan.
Muhyiddin berkata, pematuhan terhadap SGM berupaya memenuhi aspirasi kerajaan untuk melahirkan warga pendidik berkualiti dan bertaraf dunia.

"Kita mahu guru di negara ini setanding dengan piawaian global dari segi pencapaian dan penyampaian, terutama dalam keadaan masyarakat meletak harapan tinggi terhadap kemampuan kerajaan memperluaskan capaian pendidikan berkualiti.
"Justeru, sistem pendidikan kita perlu mempunyai mekanisme bagi menentukan guru yang dilahirkan benar-benar cekap dan memenuhi piawaian ditetapkan," katanya. Sambil berharap garis panduan itu akan membolehkan warga pendidikan lebih fokus dari segi keupayaan, Timbalan Perdana Menteri berkata, keberkesanan SGM dapat diukur menerusi pencapaian pelajar dan prestasi sekolah secara keseluruhannya.
Mengenai kekangan seperti kekurangan infrastruktur, terutama di luar bandar dan pedalaman yang boleh menjejaskan pencapaian guru, beliau berkata: "Peningkatan kemudahan asas di sekolah luar bandar dan pedalaman akan dilakukan secara berterusan, selain menjadi antara keutamaan dalam Rancangan Malaysia ke-10.
Kerajaan mahu merapatkan jurang prestasi dan penyediaan infrastruktur antara sekolah bandar, luar bandar dan pedalaman supaya tidak wujud lagi perbezaan ketara. "Tidak semestinya mereka berada di luar bandar, maka piawaian mereka rendah dan begitu juga sebaliknya. Justeru kita akan ubah keadaan ini secara berterusan mengikut keperluan," katanya. Muhyiddin menegaskan, antara aspek yang akan diberi penekanan ialah menaik taraf sekolah di pedalaman dan meningkatkan kebajikan guru dari segi kediaman serta bantuan elaun.
sumber: http://www.bharian.com.my 3/12/2009