Followers

Carian dalam Blog ini

31 May 2010

COPD Bakal Jadi Pembunuh Ketiga Terbesar

30 Mei, 2010 15:30 PM

Oleh Nurul Halawati Azhari

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 pada 31 Mei

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Awas perokok! Berhentilah daripada terus membakar duit dan paru-paru anda.

Anda mungkin tidak berasa apa-apa, tetapi jika bukan sekarang, akan datang, 10 atau 20 tahun dari sekarang, anda mungkin menambah senarai pesakit sekatan pulmonari kronik atau COPD.

Ketika itu, anda mungkin kehilangan upaya dan kualiti hidup akan terjejas. Ketika badan masih sihat, berjalan 10 meter hanya mengambil beberapa saat, tetapi ketika diserang COPD, jarak 10 meter itu mungkin menjadi jarak terpanjang untuk dihabiskan dalam hidup anda!

Ini diakui sendiri oleh penghidap COPD, Shahrom Zainal Abidin, 72, yang mula bersahabat dengan rokok ketika berada di tingkatan dua lagi. Sejak itu tiada hari dilaluinya tanpa rokok sehinggalah usianya mencecah 40 tahun,

Tiada amaran atau tanda. Sedar-sedar, Shahrom sering mengalami sesak nafas dan mudah penat. Dia kemudian disahkan menghidap asma dan batuk yang teruk menyebabkan dia mengurangkan rokok.

Puas mencuba meninggalkan tabiat merokok, akhirnya Shahrom berjaya. Namun ketika itu pada 2007, dia didiagnos menghidap COPD dan dirujuk kepada Institut Perubatan Respiratori (IPR).

Keluar masuk hospital adalah perkara biasa ditambah kualiti hidupnya turut terjejas. Shahrom mengakui bukan sahaja dirinya, malah keluarganya turut menerima kesan daripada penyakitnya. Sesekali perasaan murung dan resah menghantui dirinya. Malah, tidur malamnya bukan lagi diulit mimpi, tetapi sering diganggu dengan batuk yang berpanjangan.

Keadaannya sangat tidak selesa terutama ketika dia membuat kerja berat. Batuknya berpanjangan dengan pengeluaran kahak serta sesak nafas menyebabkan banyak kerja tertangguh.

Kini, Shahrom menjadi 'pengunjung tetap' di IPR dan diletakkan di bawah seliaan Datin Dr Aziah Ahmad Mahayiddin. Walaupun percakapannya kadang-kadang sukar difahami akibat kesan COPD, namun penderitaannya dapat dikawal dengan bantuan "oxygen concentrator."

PENYAKIT JANGKA PANJANG

Menurut Dr Aziah yang juga Pengarah IPR, COPD atau batuk perokok ialah sejenis penyakit jangka panjang dan boleh mengancam nyawa orang dewasa yang melebihi usia 40 tahun.

"Ia boleh terjadi tanpa sebarang tanda sehingga kerosakan yang teruk pada paru-paru.

"Jika dirujuk ke hospital, doktor mungkin akan mengatakan batuk yang berpanjangan itu ialah batuk rokok," jelas beliau.

Kebanyakan kes COPD terbentuk selepas pendedahan berpanjangan kepada jelaga paru-paru yang merosakkan paru-paru dan saluran udara, terutama sekali paip, curut dan lain-lain asap tembakau. Bahkan, asap pasif turut menyakitkan paru-paru dan menyebabkan COPD.

Selain mengganggu tidur, pesakit juga akan mengalami sesak nafas walaupun hanya melakukan kerja harian seperti berjalan dan mendaki tangga. Saluran pernafasan perlahan-lahan menjadi sempit dan akhirnya menimbulkan rasa penat kerana setiap nafas yang ditarik memerlukan paru-paru bekerja kuat.

Pesakit lazimnya dikenal pasti melalui diagnosis dengan mengesan sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal, x-ray dan memeriksa fungsi paru-paru.

"Cara paling berkesan untuk mengatasinya ialah dengan menghentikan tabiat merokok. Ada kes yang menunjukkan seorang pesakit yang berhenti merokok sejak berbelas tahun yang lalu. Walaupun menjalani gaya hidup yang aktif, COPD tetap menyerang. Penyakit ini tidak ada penawar tetapi mudah diurus dengan penggunaan oxygen concentrator," terang Dr Aziah.

Selain masalah kepenatan dan pernafasan yang sukar, COPD boleh menyebabkan komplikasi fizikal seperti jangkitan paru-paru yang kerap, kegagalan sistem pernafasan, lemah jantung dan pengurangan berat badan.

LAKUKAN UJIAN

Bagi perokok, tidak perlu menunggu sehingga tanda-tanda COPD muncul, sebaliknya langkah pencegahan awal dengan melakukan ujian fungsi paru-paru ialah langkah pertama yang perlu diambil.

Bagi mengesan penyakit ini, ujian yang sangat penting dan senang dijalankan ialah ujian fungsi paru-paru menggunakan mesin spirometri. Ujian ini mudah tanpa perlu suntikan atau ujian darah. Pesakit hanya perlu menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus keluar semua udara melalui satu tiub yang dipasang kepada mesin spirometer.

Ujian yang mengira kandungan udara di dalam paru-paru ini dapat mengesan penyakit COPD dan juga bagi menentukan tahap penyakit itu sama ada di peringkat sederhana, teruk dan sangat teruk.

Anggaran terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada 2007, seramai 210 juta individu menderita akibat COPD dan 3 juta lagi meninggal dunia kerana COPD pada 2005. Ia membunuh lebih banyak nyawa berbanding HIV/AIDS. Menjelang 2030, WHO menjangkakan bahawa COPD akan menjadi penyebab kematian ketiga terbesar di dunia.

Kejadian COPD dijangka meningkat seiring dengan unjuran penggunaan tembakau. Di Malaysia, dijangkakan bahawa 50 peratus kaum lelaki merokok, manakala perokok wanita ialah 20 peratus daripada lebih 1 bilion penduduk dunia yang merokok.

Walaupun penyakit ini tidak boleh disembuhkan, tetapi COPD boleh dirawat secara berkesan. Doktor boleh membantu mereka yang hidup dengan COPD untuk memperbaik gejalanya dan memperlambat kerosakan pada paru-paru.

Ini membolehkan pesakit berasa lega malah mengizinkan mereka hidup aktif.

Bersempena dengan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 pada 31 Mei, WHO menjadikan sambutan tahun ini untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai akan bahaya penggunaan tembakau.

Ia turut melihat amalan perniagaan syarikat tembakau dan apa yang boleh dilakukan WHO untuk melawan gejala tembakau.

Malah WHO juga ingin mengajak masyarakat di seluruh dunia memikirkan apa yang boleh dilakukan bagi menuntut hak mereka ke atas kesihatan, hidup sihat dan melindungi generasi masa depan.

-- BERNAMA

30 May 2010

Hujan.


sekalian alam menunggu datangmu penuh syahdu

kala hangat mentari membakar tanpa ihsan

datangmu disambut wajah-wajah gersang pepohonan

lantas bangkit mengembalikan bekalan si unggas

buat penerus kitar alam kelangsungan hayat


datangmu tanpa henti memalamkan langit

bumi hijau bertukar membiru

mengenangi pelusuk lurah limbah

membasahi kekontangan padang datar

tumbuh melata si pohon merayap

kicau si burung riang memandikan diri

ada ketika datangmu bersama halilintar

sekian isi alam pegun mengelak petaka

redamu, kalkatu terbang tinggi

kenyang lagi si penebar sayap menyambar


datangmu tak diundang

merencat si nelayan mengais rezeki

pergi segera agar rezeki melimpah ruah

tidak anak-anak berlapar menahan dahaga

sang bapa murah rezeki

anak-anak tidor lena dibuai mimpi


datangmu menyuci sisa kederhakaan makhluk kepada Pencipta

membasuh dosa-dosa silam sesuci embun pagi di hujung dedaunan

lembut titismu namun keras aturanmu

tersungkur keliatan hati dibasihi doa bersamamu

itulah hujan sesekali menjengah mindaku..


Cikgunikmie

9.20 pm

30/5/2010

Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 2

Laporan Kajian

29 May 2010

Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1

Laporan kajian

Lestari

waris pusakai alam tak ternoda kala memimpin nusa bangsa
atur langkah persis pendekar menyusun tari seni tempur
pantang undur,
mara bermaruah disanjung pertiwi,
lestari..

kejar segala..
alpakah dibuai mimpi jenin di atas singahsana
sesekali toleh ke gelegar pentas tarimu
lihat asalmu..
lihat jejakmu..
tersiksakah warismu,
lihat permainan ciptaan dulunya
lestari..

taburi kata agung,
yakini, tinta bukti lestari alam fana
bersahut cahaya tetap sirna
kala malam menebarkan selimut sepi
kala siang pancar wajah girang seribu nista
perlukan lestari lagi..

akhirnya yang pasti
indah tiada duka
waris bercahaya purnama
kelam tenggelam dalam keputihan cahaya lestari...

cikgunikmie
9.30 pm
29/5/2010

28 May 2010

Makanan Bergoreng: Lazat Membawa Akibat

Norkumala Binti Awang
Pegawai Penyelidik

06/05/2010 | Artikel Bahasa Malaysia

Sebut sahaja makanan bergoreng, sudah terbayang keenakan dan kelazatannya. Ayam goreng, ikan goreng, pisang goreng, kentang goreng, nugget merupakan antara contoh makanan bergoreng yang sering diambil oleh masyarakat kita pada hari ini. Ia digemari ramai tanpa mengira usia dan latarbelakang. Kadangkala, makanan bergoreng tersebut menjadi satu sajian yang mesti diambil pada setiap hari. Sesetengah orang amat menggemari makanan bergoreng sehinggakan tanpanya tiada selera untuk makan atau mungkin akan menimbulkan tekanan jika tidak mengambilnya.

Ayuh kita meneliti, mengapakah kelazatan sesuatu makanan bergoreng itu tidak boleh disangkal? Ia dikatakan lazat kerana terendam dalam minyak yang penuh dan ditambah rasa dengan pelbagai perencah garam dan gula. Minyak mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan ini membawa kepuasan kepada setiap orang yang mengambilnya. Sebab itu, kelazatannya menyebabkan kita terus ghairah dalam pengambilannya kerana ia juga membangkitkan selera. Namun, perlu kita sedari di sebalik keenakkannya tersembunyi mudarat yang bakal membawa padah kepada kesihatan.

Mengapa sebenarnya makanan bergoreng atau kebanyakannya dikategorikan sebagai makanan segera atau terproses tidak digalakkan untuk diambil? Secara umumnya, terdapat sejumlah protein, zat besi, kalsium dan beberapa vitamin dalam makanan bergoreng seperti kentang goreng, ayam goreng dan sebagainya. Namun, kebanyakan bahan tersebut, tinggi kandungan kalorinya, direndam dalam lemak dan tinggi gula serta garam. Makanan tersebut kekurangan serat dan kebanyakan vitamin serta zat galian yang diperlukan oleh tubuh. Beberapa jenis vitamin B yang digunakan dalam proses detoksifikasi menjadi berkurangan. Pelbagai jenis vitamin yang bersifat antioksida seperti vitamin A, C, E dan mineral seperti Zink juga akan berkurangan. Oleh itu, dalam hidangan itu, kekurangannya ialah keseimbangan zat makanan yang diperlukan bagi setiap menu untuk pemakanan yang lebih sempurna.

Apabila sesuatu makanan dikategorikan sebagai tinggi kalori bermakna kita akan cenderung untuk mengambil kalori yang lebih tinggi daripada yang diperlukan oleh badan apabila kita mengambil makanan bergoreng tersebut. Tidak salah untuk kita mengambilnya, tetapi memakan secara berterusan akan menimbulkan akibat yang dapat merosak kesihatan jasmani seseorang. Jika dilihat kepada piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, minyak dan lemak merupakan unsur makanan yang perlu diambil paling sedikit berbanding kategori makanan yang lain kerana ia berada di puncak piramid makanan tersebut.

Pada hari ini, minyak sayur- sayuran banyak digunakan di rumah, kedai atau restoran sebagai minyak untuk menggoreng makanan seperti minyak sawit dan juga kelapa. Terdapat juga sesetengah pengguna, menggoreng makanan menggunakan minyak poli tidak tepu yang kaya dengan omega 3 dan omega 6 seperti minyak bunga matahari, minyak jagung dan minyak safflower. Minyak tersebut dikatakan mampu menyeimbangkan paras LDL (kolesterol jahat) dan HDL (kolesterol baik) di dalam badan kita. Namun, apa yang ingin ditekankan disini ialah penggunaan minyak masak yang banyak dan berterusan akan mengakibatkan masalah kesihatan.

Apabila minyak dipanaskan untuk memasak atau menggoreng, ia akan membentuk sebatian lipid hidroperoksida yang akan bertindak balas dan akan membentuk radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas ialah sejenis bahan kimia yang berupaya menyebabkan kerosakan sel termasuklah DNA di dalam badan kita dan seterusnya boleh menyebabkan kanser. Secara semulajadinya, radikal bebas akan disingkirkan oleh antioksidan di dalam badan atau yang terdapat di dalam makanan. Namun, apabila penghasilan radikal bebas terlalu cepat dan banyak, ia akan melemahkan tubuh dan memudaratkan kesihatan. Sebab itulah, kita tidak boleh mengambil terlalu banyak makanan yang bergoreng melebihi keperluan tubuh. Walaupun minyak masak juga diperkaya dengan bahan antioksidan secara semulajadi seperti vitamin E dan bioflavonoid, ia akan teroksida dan berubah sifatnya kepada lipid hidroperoksida apabila dipanaskan.

Apabila kita menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng berulang kali, minyak tersebut akan berubah warna menjadi kehitaman. Sebenarnya para suri rumah atau penyedia makanan seharusnya sedar, pada tahap inilah minyak tersebut perlu dibuang dan tidak boleh digunakan lagi. Proses penghidrogenan yang telah berlaku ke atas minyak tersebut akan memudaratkan kesihatan. Namun, jika kita lihat, sesetengah suri rumah atau penyedia makanan masih lagi menggunakan minyak tersebut dengan alasan ia masih boleh digunakan dan kadangkala untuk menjimatkan penggunaan minyak sedangkan mereka tidak mengetahui keburukan yang sedang menanti di sebaliknya.

Dalam penyediaan seperti ayam goreng, pisang goreng dan kentang goreng, minyak yang penuh pada suhu yang agak tinggi diperlukan. Ia akan menyebabkan minyak masak akan bertukar kepada bahan yang dikenali sebagai polycyclic aromatic hydrocarbons (PAH). Ia dikenalpasti sebagai bahan penyebab pembentukan kanser. Pengambilan makanan bergoreng secara berterusan juga boleh mengakibat kerosakan fungsi hati yang menjalankan tugas detoksifikasi dalam badan kita. Sebab itulah kita perlu berhati-hati dalam penggunaan minyak dan pengambilan makanan bergoreng kerana kemudaratan itu mungkin lewat tiba atau datang secara tiba- tiba tanpa dipinta.

Pengambilan makanan bergoreng secara berpanjangan, akan mengundang mudarat tanpa kita sedari. Banyak penyakit yang berlaku pada hari ini, tiba- tiba terus dikategorikan sebagai kronik atau tahap yang bahaya oleh pakar perubatan. Ini kerana, pemusnahan sel- sel badan juga berlaku secara perlahan tanpa disedari oleh tuan punya badan. Pelbagai penyakit alahan juga sering timbul pada hari ini yang kadangkala kita sendiri tidak tahu apakah punca yang sebenarnya. Oleh itu, seharusnya kita mengambil berat tentang pemakanan dan mempertimbangkan dengan tindakan yang terbaik. Bukannya mencari penyebab untuk menempah penyakit yang akhirnya mengundang maut. Barangkali, ada sesetengah daripada kita masih merasai kesihatan dan suka makan makanan bergoreng, maka hargailah nikmat tersebut dengan makan secara berpada- pada serta mengambil langkah- langkah tertentu. Ia termasuklah mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti sayur- sayuran dan buah- buahan kerana mencegah itu lebih baik daripada berubat.

Walaupun makanan yang bergoreng adalah lebih lazat, tetapi kandungan yang tersembunyi di dalamnya cukup untuk mengundang kepada penyakit yang tidak diingini jika kita mengambilnya secara keterlaluan. Justeru, pendekatan yang dianjurkan oleh Islam yang menggalakkan bersederhana (wasatiah) walaupun dalam bab pemakanan perlu diambil kira. Ini kerana, terlalu banyak mengambil makanan yang melebihi keperluan kita juga boleh menyebabkan masalah kesihatan dan kurang mengambil makanan juga menampilkan kesan yang buruk. Secara tuntasnya, kita sebagai pengguna sepatutnya mampu serta bijak dalam memilih makanan yang terbaik untuk diri kita serta mengutamakan sumber halal agar kesihatan rohani kita juga tetap terjamin.

Apa kena mengena kanak-kanak SD dgn ahli Politik?

28 Mei, 2010 14:29 PM

Wanita PKR Sifatkan Anggota Keluar Parti Seperti Budak Sindrom Down

KOTA BAHRU, 28 Mei (Bernama) -- Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat(PKR), Zuraidah Kamaruddin pada Jumaat mengakui parti itu melahirkan 'anak tidak cukup bulan' menyebabkan ada yang terencat akal lalu bertindak keluar parti.

"Kita akui, Keadilan sebuah parti baru dan melahirkan anaknya sebagai pemimpin yang tidak cukup bulan. Mana-mana pemimpin yang berjaya dan kekal dalam parti adalah anak istimewa, dan mereka (yang) lompat parti sebagai kanak-kanak yang menghidap sindrom down atau terencat akal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Keadilan Wanitake-6, di sini, sebagai mengulas pergolakan dalam PKR yang menyaksikan ramai pemimpin dan wakil rakyatnya bertindak keluar parti.

Zuraidah berkata keadaan itu berlaku kerana PKR sebuah parti baru yang cuma berusia 10 tahun.

Beliau juga mengakui jumlah cabang Wanita PKR yang berjaya mengadakan mesyuarat agung berkurangan kepada 106 sahaja tahun ini berbanding 206 pada tahun lepas.

Bagaimanapun perkara itu katanya berpunca daripada usaha pemutihan parti.

-- BERNAMA

******************************

Kepada yang mengeluarkan kenyataan ini usahlah mengaitkan kanak-kanak SD dgn politik sempit anda itu. Anda sepatutnya membantu kanak-kanak ini bukan memperlekehkan mereka. Ketahuilah, kelemahan mereka bukan dipinta malah anugerah Allah. Siapa kamu dibandingkan mereka di sisi Allah? ..bertaubat lah..

Tra-GD 8 tak cukup menginsafkan kah? myMetro | Dua meraung di selekoh hantu

myMetro | Dua meraung di selekoh hantu

26 May 2010

Mentari.

kau mengerakkan segalanya..
di langit
di bumi...
sinar mu dinantikan..

pada mu
..sekian makhluk bergantung harap..
..nadi kehidupan
..menerangi sekian alam
..menyinar tanpa gagal..diaturanmu

kerana mu
..adanya siang dan malam silih berganti
..adanya desir angin sesepoi bahasa
..adanya damparan ombak memuja pantai
..adanya embun menitis dihujung dedaunan
..adanya gerimis mengimbangi gersangan

tanpamu
..gelita dunia
..hilang seri segala hidupan
..layu..terpaku..
..menunggu muncul mu di balik awan kelabu, tanpamu
..siapalah kami..

cikgunikmie
11.50 pm
11/5/2010

25 May 2010

Ekspedisi Saintifik Marin Singkap Perubahan Positif Taman Pulau Sipadan

25 Mei, 2010 15:23 PM


Perubahan Positif @Pulau Sipadan, Sabah. Foto: Haslin Gaffor

Oleh Haslin Gaffor

Ini ialah bahagian pertama daripada dua siri Ekspedisi Saintifik Marin Taman Pulau Sipadan 2010.

SEMPORNA (SABAH), 25 Mei (Bernama) -- Ekspedisi Saintifik Marin Taman Pulau Sipadan 2010 berjaya menyingkap perubahan positif persekitaran pulau berkenaan untuk kekal sebagai lokasi selam scuba terbaik di dunia.

Fokus utama ekspedisi, yang bermula dari 26 hingga 30 April lepas, adalah bagi melihat perubahan keadaan persekitaran pulau berkenaan berikutan langkah kerajaan Malaysia tidak membenarkan pusat peranginan beroperasi di situ dan menghadkan hanya 120 pelancong berkunjung dalam sehari sejak lima tahun lepas.

Ekspedisi itu juga susulan pewartaan Pulau Sipadan sebagai taman di bawah Taman-Taman Sabah (TTS) pada Oktober 2009 di bawah Enakmen Taman-Taman 1994.

Ekspedisi anjuran Taman-Taman Sabah (TTS) itu menghimpunkan 49 peserta dari pelbagai bidang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Terengganu, Jabatan Perikanan, Jabatan Mineral dan Galian, Tabung Alam Dunia (WWF) dan TTS sendiri.

Pulau Sipadan terletak di Laut Sulawesi di luar Pentas Sunda yang menjadikannya pulau lautan yang tunggal di negara ini dan terhasil akibat pembentukan gunung berapi yang memuncak secara menegak dari dasar lautan pada kedalaman melebihi 500 meter.

Keluasan Pulau Sipadan ialah 16.4 hektar dan daratan terumbu karang seluas 208 hektar iaitu 1.4 kilometer panjang dan 1 kilometer lebar.

TEMUI IMPAK POSITIF

Pengerusi Pelaksana Ekspedisi, Nasrulhakim Maidin dari TTS berkata hasil ekspedisi itu berjaya menemui kesan positif terutama spesies flora dan fauna marin seperti penyu, ikan, batu karang dan rumpai laut.

Kesan positif juga dikesan membabitkan kualiti air tawar dari lohong bawah tanah dan air laut di sekitar perairan pulau itu.

"Langkah kerajaan mengeluarkan pusat peranginan dari Pulau Sipadan dan menghadkan jumlah pelancong adalah keputusan yang baik dalam memulihara pulau ini untuk jangka masa yang panjang," katanya.

"Hidupan marin dan darat serta persekitaran taman Pulau Sipadan kini dalam keadaan baik dan bayangkan jika keputusan itu tidak dibuat, sudah tentu pulau ini akan mengalami kesan yang teruk," katanya.

Sepanjang lima hari ekspedisi, penyelidik bekerjasama menjalankan penyelidikan mengikut kepakaran masing-masing dari peringkat spesies haiwan dan persekitaran di darat hinggalah spesies marin di laut.

Penyelidikan di darat pulau membabitkan kualiti air, pesisiran pantai, geologi dan hakisan pantai, kepelbagaian spesies haiwan vertebrata dan invertebrata daratan dan inventori flora.

Manakala penyelidikan di kawasan perairan membabitkan kajian penyu, ikan, batu karang, rumpai laut, alga dan spesies macroinvertebrata.

KUALITI AIR BERTAMBAH BAIK

Bagi kajian kualiti air, penyelidik diketuai Prof Mohd Pauzie Abdullah dari Fakulti Sains dan Teknologi UKM mendapati kualiti air laut perairan taman Pulau Sipadan ialah dalam Kelas 1 mengikut Kualiti Standard Air Negara.

Menurut beliau, ujian kualiti air laut dilakukan di lapan stesen membabitkan kawasan selaman dan dua stesen kawalan adalah jauh dari kawasan selaman.

Ujian mendapati kualiti air laut di sekitar perairan taman Pulau Sipadan adalah sangat baik berdasarkan penilaian parameter fizikal dan kimia.

Pemerhatian ke atas permukaan air di kawasan jeti terdapat sedikit tumpahan minyak akibat daripada aktiviti bot tetapi tidak menjejaskan kualiti air di perairan pulau itu.

Ujian kualiti air perigi juga dilakukan dengan hasil ujian perigi lama adalah terdapat tanda-tanda pemulihan dan sangat kurang penerobosan air laut di air daratan, manakala air perigi aktif pula terdapat tanda-tanda penerobosan air laut.

"Ini bermakna, aktiviti penyelaman dan aktiviti berkaitan di pulau tidak menjejaskan kualiti air laut, manakala penerobosan air laut ke kawasan darat adalah kurang dan terdapat tanda-tanda pemulihan.

"Keputusan tidak membenarkan pusat peranginan beroperasi di taman pulau Sipadan dan menghadkan jumlah pelancong menjadi penyumbang kepada peningkatan positif kualiti air laut dan perigi di pulau ini," kata Mohd Pauzie.

Ketika pusat peranginan beroperasi di sini, mereka menggunakan generator untuk menjana bekalan elektrik dan terdapat sisa minyak diesel jatuh di tanah yang memberi kesan kepada air di bawah tanah yang berbau minyak diesel.

KETAM KELAPA TAMBAH KEUNIKAN TAMAN PULAU SIPADAN

Bagi kajian spesies haiwan vertebrata dan invertebrata daratan mendapati bahawa terdapat ketam kelapa di taman Pulau Sipadan, yang adalah satu daripada pulau di timur Sabah yang mempunyai populasi spesies itu di negara ini.

Kajian yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik diketuai Pengarah Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan Prof Madya Abdul Hamid Ahmad dari UMS berjaya menangkap dan menanda sebanyak 74 ekor ketam kelapa jenis warna kuning dan biru.

Berdasarkan kajian singkat pada 2007, dianggarkan 300 hingga 500 populasi ketam kelapa di taman Pulau Sipadan dan kurangnya aktiviti manusia di pulau ini merupakan faktor utama populasi spesies ini tidak mengalami gangguan.

Kajian inventori flora di taman Pulau Sipadan pula berjaya merekodkan 14 spesies flora baru daripada 40 spesimen herbarium yang dikutip sepanjang ekspedisi itu.

Kumpulan penyelidik diketuai Matsain Mohd Buang dari Unit Botani Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan TTS mengutip spesimen herbarium bagi tumbuhan yang berbunga atau berbuah dan kaedah pemerhatian bagi tumbuhan yang tidak berbunga atau berbuah.

Bagi kajian proses pesisiran pantai, kumpulan penyelidik diketuai Dr Ejria Salleh dari UMS mendapati perubahan pantai taman Pulau Sipadan berlaku melalui hakisan pantai di bahagian pantai barat pulau yang terdedah kepada tiupan angin monsun (Jun-September).

Tiupan angin monsun timur laut (Disember-April) mengangkat pasir ke kawasan berdekatan jeti.

Akibat keadaan semulajadi itu, Pulau Sipadan juga didapati kehilangan pasir akibat tenaga ombak menyebabkan pasir diangkat ke kawasan lagun dan jatuh ke dasar laut.

Diharapkan pelan pengurusan yang bakal dirangka oleh TTS hasil daripada ekspedisi ini dapat membantu dalam memelihara flora dan fauna dan mengekalkan keadaan semulajadi bentuk muka bumi agar generasi akan datang berpeluang melihat keunikan dan keindahan Pulau Sipadan.

-- BERNAMA

24 May 2010

Empat langkah kurang beban tugas guru

Tokoh syor langkah kurang beban tugas guru
Oleh Syuhada Choo Abdullah

2010/05/24

Konsep ‘masyarakatkan pendidikan’ tak perlu kos tambahan

KUALA LUMPUR: Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, menyarankan empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru di sekolah melalui konsep ‘memasyarakatkan pendidikan’ yang tidak mencetuskan kos tambahan kepada kerajaan.

Empat langkah berkenaan ialah memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah, mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan, mempergiatkan sumbangan bekas pelajar, serta mewujudkan persatuan pesara guru.

Beliau yang bertanggungjawab dalam penghasilan Laporan Abdul Rahman Arshad yang mengandungi 82 perakuan pada Ogos 1996, berkata sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran memberi penekanan serius terhadap pelaksanaan konsep berkenaan, sekali gus memperluaskannya ke sekolah di seluruh negara.
“Menggembleng sepenuhnya kerjasama serta peranan ibu bapa dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah, terutama bidang kokurikulum, secara langsung akan membantu guru memfokus kepada tugas pengajaran dan pembelajaran.

“Sebagai contoh, ibu bapa diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur serta mengendalikan penganjuran Hari Sukan di sekolah yang membabitkan banyak kerja di luar bilik darjah dan memakan masa guru selama ini,” katanya kepada Berita Harian.

Akhbar baru-baru ini melaporkan sebanyak 40 cadangan mengatasi beban tugas guru dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan, termasuk mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah.

Abdul Rahman berkata, Kementerian Pelajaran juga harus mempergiat usaha mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan di sekolah sebagai tanggungjawab sosial.
Dalam konteks ini, katanya, sektor swasta mampu berperanan merapatkan jurang prestasi pencapaian serta infrastruktur antara sekolah di bandar dan pedalaman.

“Matlamat ini boleh dicapai melalui program seperti anak angkat oleh syarikat swasta, tidak kira yang besar mahu pun kecil. Ketika ini, program sedemikian masih kurang dan kebanyakannya hanya terhad kepada sekolah yang majikan syarikat itu adalah alumni.

“Satu lagi langkah berkesan ialah menggerakkan secara aktif sumbangan murid tua’ atau bekas pelajar di sesebuah sekolah untuk membantu guru menjayakan program penting seperti bimbingan kerjaya dan ceramah menghadapi peperiksaan utama,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya persatuan pesara guru diwujudkan bagi membolehkan golongan yang kaya dengan pengalaman itu menyalurkan idea untuk membantu Kementerian Pelajaran menangani pelbagai isu berkaitan, termasuk dalam usaha mempertingkat profesionalisme guru.

INFO: Empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru
  • Memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah
  • Mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan
  • Mempergiatkan sumbangan bekas pelajar
  • Mewujudkan persatuan pesara guru

Persoalan Yang Perlu Dijawab Sebelum Bina Janakuasa Nuklear

21 Mei, 2010 12:31 PM

Oleh Sakina Mohamed

Bernama menyiarkan dua artikel mengenai tenaga nuklear hari ini berikutan pengumuman Malaysia merancang membina janakuasa nuklear pertama menjelang 2021.

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Setiap kali hal tenaga nuklear dibangkitkan, yang terlintas di fikiran ialah kebimbangan berulangnya malapetaka nuklear di Chernobyl dan Three Mile Island.

Namun adakah kebimbangan ini rasional? Dari sudut kemajuan , teknologi bertambah maju seiring perubahan zaman. Dan manusia pula belajar melalui kesilapan terutamanya jika ia melibatkan tenaga nuklear. Pada masa yang sama, tiada ruang untuk sebarang kesilapan dalam menguruskan tenaga nuklear kerana risikonya terlalu tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi lampu hijau kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau and Air untuk merealisasikan matlamat Malaysia menggunakan tenaga nuklear menjelang 2021. Menterinya Datuk Seri Peter Chin Fah Kui menyokong pelaksanaan itu dengan mengatakan itulah satu-satunya pilihan yang tepat memandangkan keperluan tenaga negara yang makin meningkat. Tambahan pula, katanya, penggantungan Malaysia terhadap tenaga gas, arang dan hidro adalah "tidak sihat ".

ADAKAH KITA BERSEDIA?

Bernama menemu bual Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM), S. Piarapakaran untuk bertanyakan persoalan apakah yang harus dijawab Malaysia sebelum bertukar kepada tenaga nuklear.

Menurut Piarapakaran, pelbagai aspek perlu ditelaah bagi mengukur kesediaan Malaysia dalam menggunakan tenaga nuklear.

"Kita perlu tahu berapa ramai pakar dari Malaysia yang telah bekerja dalam bidang ini dengan pengalaman sebenar."

Memang benar Malaysia mempunyai sebuah loji nuklear yang beroperasi pada skala amat kecil dengan mengeluarkan tenaga 1 MegaWatt (MW).

Namun begitu, ia tidak serupa seperti mengendalikan loji 200 MW atau 1000 MW yang memerlukan pengalaman berbeza sama sekali, terutama daripada segi keselamatan dan pencegahan kebocoran.

"Kita juga perlu sedar, sungguhpun kerajaan pernah cuba memperkenalkan tenaga nuklear pada 1970an keputusan itu ditarik balik selepas penemuan beberapa lapangan minyak di Malaysia."

Piarapakaran berkata satu aspek yang perlu diberi perhatian serius ialah Malaysia tidak mempunyai sumber tenaga kerja tempatan yang berkepakaran tinggi dalam mengawal dan menyelenggara sumber tenaga nuklear.

"Meminjam pakar dari luar negara bagi tujuan ini pula tidak dapat dipertimbangkan kerana risiko daripada aspek "keselamatan tenaga" (energy security)," kata Piarapakaran.

"Selain itu, katanya, satu laporan Penilaian Impak Terperinci Alam Sekitar (DEIA) perlu dilaksanakan sebelum sebarang keputusan dibuat. Mana-mana negara berupaya membina loji tenaga nuklear, tetapi mengurus dan menyelenggaranya merupakan tanggungjawab yang besar sekali," katanya.

Malaysia pula belum lagi mengkaji dan mengeluarkan undang-undang berkaitan tenaga nuklear.

"Jadi ini pasti akan mengambil masa, kita tidak boleh beralih kepada tenaga nuklear begitu sahaja," katanya.

Penyokong idea penggunaan tenaga nuklear mungkin bersemangat mengatakan salah satu kebaikan tenaga nuklear ialah ia merupakan sumber tenaga "hijau". Ini adalah kerana di skala global, tenaga nuklear berupaya mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 2.5 bilion tan setahun berbanding penggunaan bahan api fosil sekarang ini.

Namun, kata Piarapakaran, rakyat Malaysia harus faham bahawa tanggapan ini sebenarnya salah. Tenaga nuklear merupakan tenaga berkonsepkan teknologi rendah-karbon, bukan teknologi hijau.

"Ia masih mengakibatkan impak besar kepada alam sekitar melalui sisa yang dihasilkan."

APAKAH RISIKONYA?

Soalan yang pasti menghantui pemikiran ramai ialah apakah dia bahaya membina loji tenaga nuklear dan risiko yang dibawanya terhadap persekitaran?

Kata Piarapakaran, ada tiga risiko utama yang perlu diteliti, dan yang pertamanya merupakan kebocoran sinar radioaktif.

"Sinaran ini boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius , bukan sahaja menerusi pendedahan langsung kepada manusia, tetapi juga secara tidak langsung menerusi air, dan flora dan fauna yang digunakan oleh manusia," katanya.

Namun mereka yang bakal mengalami akibat paling dasyat daripada pendedahan sinaran radioaktif adalah pekerja di reaktor nuklear, kerana risiko pendedahan jarak dekat.

Kebocoran sebegini kadangkala tidak dapat dikesan sehingga berdekad-dekad, seperti yang berlaku di loji nuklear Vermont Yankee di Amerika Syarikat, awal tahun ini.

Risiko kedua mungkin paling banyak bermain di fikiran ramai, iaitu letupan. Ini disebabkan oleh ketidakstabilan dalam reaktor nuklear.

Dan letupan akibat itu akan sentiasa membuatkan kita teringat tragedi Chernobyl, kata Piarapakaran.

"Penelitian kami terhadap kemalangan nuklear menunjukkan kebanyakannya disebabkan oleh faktor kesilapan manusia. Ini memberikan tanggungjawab yang berat kepada pekerja reaktor."

Ini bermaksud pekerja reaktor seharusnya mempunyai kepakaran yang tinggi di samping mahir dan profesional dalam menjalankan tugas, kerana tiada ruang untuk kesilapan. Kebolehan untuk mengawal keadaan juga harus diberi keutamaan.

Oleh kerana insiden nuklear mempunyai kaitan langsung dengan kesilapan manusia, sesebuah negara juga harus memberi perhatian kepada langkah-langkah pencegahan. Jika tidak, kita akan berdepan dengan banyak isu kebocoran sinar radioaktif dan kemalangan nuklear.

Perkara ini bukanlah begitu mudah untuk ditangani. Negara seperti Perancis mengalami lebih 100 kebocoran kecil setahun, walhal negara itu berkepakaran dan berteknologi tinggi dalam mengendalikan tenaga nuklear.

"Kebocoran sebegitu kadangkala menyebabkan penutupan loji rawatan air dan kuarantin selama berminggu-minggu di bandar-bandar kecil," kata Piarapakaran.

Walaupun risiko pertama dan kedua itu jarang berlaku, namun kerajaan serta industri berkaitan perlu melihat langkah pencegahan sebagai satu aspek yang perlu dititikberatkan.

Pengurusan sisa nuklear merupakan risiko ketiga, namun ia tidak kurang serius seperti risiko yang lain.

"Kita hanya perlukan 15 kg sisa nuklear untuk menghasilkan senjata nuklear," kata Piarapakaran.

"Apabila kita menghasilkan satu bahan mentah untuk penghasilan senjata, kita perlu memastikan negara mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Malaysia memerlukan lokasi yang selamat untuk penyimpanan dan pengendalian. Ini bermakna kita perlu tingkatkan tahap keselamatan negara," tambahnya lagi.

KOS YANG TERBABIT?

Mengenai kos, apakah kos yang terbabit dalam membina dan menyenggara loji janakuasa nuklear?

Piarapakaran berkata terdapat tiga kos asas, iaitu kos pembinaan, kos operasi dan kos penyelengaraan bagi mana-mana loji janakuasa.

"Kos pembinaan dan penyenggaraan agak statik berbanding dengan kos operasi. Kos operasi turun naik mengikut keterdapatan bahan mentah dan juga pengurusan sisa buangan," kata beliau.

"Seperti juga bahan api fosil, sumber uranium dan plutonium bagi tenaga nuklear merupakan sumber yang terhad. Mereka juga akan kehausan satu hari nanti."

Tetapi terdapat kos tambahan iaitu dalam menamatkan khidmat (decommissioning) sesebuah loji janakuasa nuklear. Selepas satu tempoh operasi, terdapat bahagian loji nuklear akan menjadi radioaktif.

"Bahagian ini perlu dilupuskan dengan selamat. Di United Kingdom sahaja, kos menamatkan khidmat loji ini semakin melampaui kos anggaran," kata Piarapakaran.

Beliau berkata ini kerana loji janakuasa yang lebih tua menyumbangkan kepada kos penamatan khidmat yang lebih tinggi berbanding dengan loji baru.

"Kos menguruskan bahan buangan nuklear atau 'spent fuel ' masih tinggi. Ini akan meningkat dengan pertambahan sokongan kepada sumber tenaga hijau," kata beliau.

Piarapakaran menambah kata sehinggakan di Jerman, kerajaan berjanji untuk mengurangkan pergantungan kepada nuklear dan meningkatkan penggunaan tenaga solar dan juga mempertingkat kecekapan tenaga merentasi pelbagai sektor.

Ini dapat dilihat daripada langkah yang diambilnya untuk menutup lebih banyak lagi reaktor miliknya dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dan pengumumannya untuk menghentikan penggunaan tenaga nuklear menjelang 2020.

"Dalam peralihan seperti ini, kita mungkin tersilap dan terpaksa membayar penalti antarabangsa kerana menggunakan nuklear sebagai bahan api," katanya.

SIAPA YANG AKAN BERTANGGUNGJAWAB?

Ramai yakin bahawa teknologi nuklear telah maju sejak bencana Chernobyl. Sementara hakikat ini mungkin benar, kebocoran radioaktif daripada loji-loji masih berlaku sehingga hari ini.

Piarapakaran bertanya: "Jika kebocoran seperti itu berlaku, siapa yang bertanggungjawab? Mengawal kemusnahan sebenarnya menjangkaui Pelan Tindakbalas Kecemasan (ERP).

"ERP boleh diperoleh dengan mudah seperti Prosedur Kendalian Standard daripada mana-mana buku teks. Tetapi keadaan sebenar tidak boleh ditakrifkan seperti dalam buku teks."

Beliau berharap melalui DEIA dan satu kajian dasar secara mendalam, akan wujud perundangan tegas untuk memastikan tanggungjawab pihak-pihak berkaitan tertera dalam rangka kerja itu.

Apabila ditanya akan alternatif yang sesuai serta praktikal, Piarapakaran berkata langkah kecekapan tenaga boleh dijalankan dengan segera.

Selain ia merupakan alternatif paling murah, ia juga memastikan kesemua tenaga yang dijana digunakan pada tahap optimum.

Beliau berkata WECAM masih menjalankan kajian terhadap tenaga nuklear dan alternatif yang sesuai.

"Sehingga ini, kami belum lagi sampai kepada kesimpulan yang jelas. Kita tidak harus membuat keputusan dengan terburu-buru tanpa kajian menyeluruh.

"Kita perlu merencana gambaran makro dan mengenal pasti semua isu mikro untuk mendapatkan gambaran sebenar. Dengan berbuat begini kita pasti lebih cermat dalam membuat keputusan," katanya.

-- BERNAMA

Benarkah Teknologi Nuklear Selamat?

1 Mei, 2010 12:04 PM

Oleh Syed Azwan Syed Ali

Bernama menyiarkan dua artikel mengenai tenaga nuklear hari ini berikutan pengumuman Malaysia merancang membina janakuasa nuklear pertama menjelang 2021.

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kira-kira 24 tahun lepas, bumi Ukraine, ketika itu di bawah Kesatuan Soviet, dikejutkan dengan insiden letupan yang berlaku di loji janakuasa nuklear Chernobyl akibat kegagalan reaktor keempatnya.

Insiden yang berlaku pada 26 April 1986 itu menyebabkan kepulan asap radioaktif memasuki ruang udara sebelum menyelubungi kawasan berdekatan, termasuk di bandar Pripyat.

Asap dan debu radioaktif itu kemudian bergerak meliputi sebahagian kawasan barat Kesatuan Soviet dan sebahagian kawasan timur, barat dan utara Eropah, memaksa lebih 336,000 penduduk Ukraine, Belarus dan Rusia dipindahkan.

Dilaporkan beribu-ribu nyawa terkorban ekoran insiden itu, akibat terdedah kepada radiasi dan kemudian ramai lagi mati disebabkan kanser dan komplikasi lain.

Begitulah dahsyatnya risiko membabitkan insiden loji janakuasa nuklear.

Sehingga hari ini, Chernobyl diklasifikasikan sebagai tragedi terburuk dalam sejarah peradaban manusia sejagat dan merupakan satu-satunya insiden tahap ketujuh dalam "International Nuclear Event Scale".

Rentetan daripada fakta sejarah itu, tidak hairanlah kenapa sebilangan besar rakyat, individu atau badan bukan kerajaan (NGO), memberikan reaksi pelbagai mengenai cadangan pembinaan janakuasa nuklear pertama di negara ini pada 2021.

KRISIS TENAGA

Persoalan pokok yang menjadi perhatian ialah adakah loji janakuasa nuklear yang akan dibina itu selamat dan bagaimana sisa buangan radioaktifnya diuruskan?

Beberapa saintis merumuskan opsyen nuklear sebagai sumber tenaga elektrik pasca 2020 tidak boleh ditolak selepas negara diramalkan mengalami krisis tenaga jika masih bergantung kepada sumber fosil yang semakin menyusut.

Hakikatnya, teknologi nuklear bukanlah perkara asing kepada Malaysia kerana negara ini mempunyai reaktor nuklear, Reaktor Triga Puspati (RTP) yang beroperasi sejak 1982 bagi tujuan pembangunan dan penyelidikan dalam bidang perubatan, pertanian dan kajian neutron.

Malaysia juga dikatakan mempunyai jumlah pakar nuklear tertinggi di rantau Asia Tenggara dengan kebanyakannya bertugas di Agensi Nuklear Malaysia, sebelum ini dikenali sebagai Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT).

Syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad meramalkan keperluan kepada sumber tenaga alternatif bagi menjana elektrik semakin kritikal menjelang 2019 selepas sumber fosil khususnya gas semakin menyusut dan tidak lestari.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin pada 4 Mei lepas mengumumkan kerajaan berhasrat meneruskan projek nuklear yang pernah ditangguhkan pada 1970-an bagi menampung permintaan tenaga yang semakin meningkat ekoran peningkatan populasi dan kepesatan ekonomi.

SYARAT KETAT ANTARABANGSA

Loji janakuasa nuklear yang dicadang dibina pada 2021 dengan anggaran kos RM9.75 billon mempunyai jangka hayat 50 hingga 70 tahun.

Saintis Jabatan Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Sukiman Sarmani berkata pembinaan loji janakuasa nuklear itu tertakluk kepada syarat ketat International Atomic Energy Agency (IAEA) bagi memastikan pembinaannya mengikut spesifikasi keselamatan ditetapkan.

Beliau berkata pembinaannya juga memerlukan persediaan awal, sekurang-kurangnya 10 tahun, bagi memastikan aspek keselamatan, sumber manusia dan lokasinya diperincikan selain pembinaannya juga memakan masa yang lama.

"Reaktor yang akan kita bina ialah rektor generasi ketiga... Ia tidak sama seperti reaktor generasi pertama pada zaman 70-an, termasuk di Chernobyl.

"Reaktor generasi ketiga lebih selamat dan kurang campur tangan menusia," kata Prof Sukiman kepada Bernama menjelaskan insiden di Chernobyl berlaku disebabkan kesilapan manusia dan bukannya teknologi terbabit.

Secara ringkasnya, janakuasa nuklear akan menggunakan uranium dalam bentuk isotop untuk menghasilkan haba yang banyak daripada beberapa siri tindak balas sebelum haba itu digunakan untuk memutarkan turbin menghasilkan elektrik.

SUMBER TENAGA ALTERNATIF

Ketika ini, lebih 80 peratus daripada penjanaan elektrik negara bergantung kepada sumber konvensional fosil iaitu gas (60 peratus) dan arang batu (24 peratus) dengan selebihnya dijana daripada hidro dan biomas.

Ini bermakna sumber tenaga alternatif untuk menjana elektrik masih rapuh dengan sebahagian besarnya bergantung kepada bahan api fosil yang tidak lestari dan tidak mesra alam.

Keadaan ini bertentangan dengan hasrat Malaysia yang mahu bergerak ke arah ekonomi karbon-rendah bagi menangani perubahan iklim dunia akibat pembebasan karbon dioksida, antara lain, melalui pembakaran bahan api fosil.

Malaysia juga menetapkan sasaran mengurangkan 40 peratus emisi karbonnya dan komitmen itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Perubahan Iklim di Copenhangen, Denmark, pada akhir tahun lepas.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebelum ini dilaporkan berkata, jika projek janakuasa nuklear itu dimuktamadkan, Malaysia akan menggunakan teknologi nuklear dari Korea Selatan, China, Perancis atau Jepun.

KOS YANG KOMPETITIF

Jika projek opsyen nuklear itu diteruskan, seorang pakar tenaga boleh diperbaharui Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Dr Mohamad Yusof Sulaiman mencadangkan kepada kerajaan supaya menggunakan "Pressurised Water Reaktor" (PWR) berbanding "Boiling Water Reactor".

"Kedua-duanya ialah rektor generasi ketiga tetapi PWR lebih selamat," kata Yusof sebelum ini mencadangkan teknologi kuasa angin "offshore" dikaji sebagai sumber tenaga alternatif sebelum opsyen nuklear digunakan.

Profesor Kejuruteraan Kimia Prof Dr Hamdani Saidi berkata antara kelebihan nuklear ialah ia tidak membebaskan gas rumah hijau dan mengeluarkan tenaga yang tinggi (bermakna lebih banyak elektrik dijana) berbanding sumber tenaga lain.

"Kosnya juga lebih kompetitif berbanding bahan api fosil," kata Hamdani yang juga Pengarah Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur.

Media pada Jun 2008 melaporkan terdapat tarikan untuk menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga elektrik memandangkan kosnya hanya USD1.72 per kilo watt berbanding USD9.63 menggunakan petroluem dan USD6.75 bagi gas.

Hamdani bagaimanapun mengakui kos permulaan bagi pembinaan janakuasa nuklear agak tinggi.

PENGURUSAN SISA

Selain aspek keselamatan loji janakuasa nuklear, antara perkara yang menjadi kebimbangan sebahagian besar masyarakat ialah mengenai pengurusan sisa bahan radioaktif yang dihasilkan.

Isu yang sama mendapat perhatian beberapa NGO antaranya Centre for Environment, Technology and Development yang dilaporkan berkata pembinaan janakuasa nuklear itu mendatangkan risiko melalui pembuangan sisa radioaktifnya.

Tidak dinafikan sememangnya terdapat perkembangan dalam teknologi penyimpanan sisa radioaktif, namun pihak berwajib misalnya Agensi Nuklear Malaysia perlu memberi penerangan yang telus mengenai perkara ini.

Ini bagi memastikan insiden membabitkan rare earth processing plant di Bukit Merah, Ipoh, yang mendapat tentangan ramai pihak pada pertengahan 1980-an tidak berulang lagi.

Dalam insiden itu, rare earth processing plant milik syarikat Asian Rare Earth (ARE) yang mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit ditutup pada Januari 1994 selepas didakwa, antara lain, tidak menepati standard penyimpanan sisa buangan radioaktif.

Dalam hal ini, pihak terbabit termasuk kerajaan harus sedar dalam memenuhi keperluan bekalan tenaga untuk memacu ekonomi negara, aspek keselamatan rakyat dan kelangsungan alam sekitar tidak boleh diperjudikan dengan kajian mendalam perlu dilakukan.

Apa yang penting, pertimbangan untuk meneruskan opsyen nuklear perlu berlandaskan kepada pelbagai faktor dengan memastikan negara benar-benar berkeupayaan menguruskan sebuah loji nuklear dengan efisyen dan selamat bagi mengelak insiden seperti di Chernobyl berlaku di sini.

-- BERNAMA

17 May 2010

Cuaca panas berjerebu dijangka awal Jun

2010/05/17

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka mengalami cuaca panas berjerebu pada awal Jun berikutan pertukaran angin monsun Barat Daya yang membawa angin, asap dan habuk dari arah Sumatera.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong, berkata cuaca panas kering itu dijangka berlanjutan sehingga September dan berkemungkinan disertai dengan angin dan juga jerebu dengan cuaca lebih kering berbanding cuaca yang dialami Malaysia sekarang.

"Berbanding sekarang, awal bulan Jun akan mengalami lebih sedikit hujan berbanding sekarang tetapi dengan suhu cuaca yang sama iaitu di antara 31 dan 32 darjah Celsius," katanya.
Beliau berkata, sejak tiga bulan yang lalu, Malaysia melalui monsun peralihan di mana cuaca adalah panas dan lembab dengan suhu mencapai 32 darjah Celsius dan hujan ribut petir yang berlaku tidak menentu.

Bagaimanapun, beliau berkata bulan Mei tahun 1998 pernah mencatatkan suhu yang paling tinggi menjangkau 38.9 darjah Celsius di Chuping, Perlis. - Bernama

06 May 2010

Ibu Bapa Acuan Akhlak Anak

05 Mei, 2010 11:44 AM

Oleh Melati Mohd Ariff

Rencana bersiri ini cuba mengupas kemelut yang melanda institusi keluarga masyarakat Melayu negara ini di tengah-tengah berleluasanya gejala sosial terutama dalam kalangan remaja. Ini ialah bahagian ketiga daripada enam siri.

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- "Anak saya degil tak mahu dengar cakap saya"! "Anak saya malas tak mahu belajar, kalau saya berleter baru dia buka buku. Kalau periksa selalu dapat nombor corot!"

"Anak saya kalau saya marah, angkat kaki dan keluar dari rumah!" "Anak saya lebih suka lepak dengan kawan-kawan dia, ada kala sampai tak balik rumah!"

"Anak saya malas solat, kalau suruh baru dia buat!"

Ini ialah antara keluhan yang sudah lazim sampai ke cuping telinga Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, perunding motivasi, juga Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn Bhd.

"Anak-anak sebenarnya bukan tak mahu dengar nasihat atau cakap emak bapak. Paling penting waktu yang kita pilih untuk kita beri nasihat. Kalau tak kena waktunya, nasihat kita akan dianggap sebagai satu leteren atau bebelan," kata beliau dalam wawancara dengan Bernama di pejabatnya di Wisma Belia di sini baru-baru ini.

TEGUR DULU

Ada ibu bapa yang cepat naik angin apabila anak-anak melakukan kesilapan dan sekiranya ibu bapa turut mahu menasihati anak mereka ketika itu, anak akan mengambil sikap dingin dan tidak akan mendengar cakap mereka.

Seperti yang ditegaskan Dr Asmadi, tegur dan nasihat tidak boleh dilakukan serentak.

Bila menegur, fokus sahaja kepada apa yang ditegur. Jangan mencampur-adukkan dengan nasihat kerana ketika anak ditegur, dia berada dalam keadaan dipersalahkan.

Anak yang ditegur juga sudah berada dalam keadaan yang negatif. Masa itu juga dia sudah menutup dirinya dan seolah-olah ada tabir antara dia dan ibu atau ayah yang menegur.

Menurut Dr Asmadi, anak juga tidak berada dalam apa yang dipanggil 'receptive mood'.

"Banyak mana pun kita cakap dia tak akan dengar. Makanya sering kita dengar ibu bapa mengeluh anak-anak tak mahu dengar cakap. Bukan tak hendak tapi dia tak ada mood nak mendengar.

"Jadi bila kita menegur anak, tegur sahaja kesalahan dia. Katakan kesalahan itu yang pertama, mungkin kita boleh kata emak atau ayah dulu pun macam itu, ini biasa dalam proses pembesaran.

"Cukup dengan itu, tak perlu tambah dengan nasihat. Anak-anak akan menganggap cakap kita sebagai satu bebelan, hanya memenatkan kita," jelas beliau.

PILIH WAKTU SESUAI

Pilih waktu yang sesuai untuk menasihati anak. Ini nasihat seterusnya daripada Dr Asmadi kepada ibu bapa yang sering menghadapi masalah dengan anak-anak.

"Bila keadaan sudah tenang, mungkin masa kita minum-minum atau dalam kereta dengan anak, kita nasihat dia masa itu.

"Anak akan lebih bersedia sebab tabir yang ada masa dia ditegur dah tak ada dan dia bukan lagi berada dalam keadaan dipersalahkan.

"Katakan kita tegur dia tentang kawan-kawan dia. Beritahu dia kalau boleh cari kawan-kawan yang macam ini. Abah dulu pun cari kawan-kawan yang macam itu. Kita bercakap dengan cara mahu mendidik dia, dia akan terima," kata perunding motivasi ini lagi.

Nasihat juga perlu dimulakan dengan kemesraan.

Menurut Dr Asmadi, ibu bapa boleh mengingatkan perkara terbaik yang anak pernah buat semasa dia kecil untuk merangsang anak terus melakukan perkara yang sama.

"Anak mungkin tak ingat pun waktu kecil dia tapi sengaja kita kaitkan untuk dia merasa dia seorang yang bagus dan sebagainya.

"Jadi kita mulakan dengan kemesraan. Kita mulakan dengan sesuatu yang positif, barulah anak akan membuka diri dia. Ini amat perlu kalau kita mahu anak mendengar nasihat kita," tambahnya.

PERLU SABAR

Ibu bapa juga perlu sabar dalam menasihati anak dan pada kebanyakan masa, nasihat perlu diulang secara positif beberapa kali sebelum anak menerima sepenuhnya.

Dalam proses pembentukan watak, anak-anak juga perlu diberi suatu tempoh tertentu untuk berubah.

Dr Asmadi memberi contoh menasihati anak untuk menunaikan ibadat solat.

Ada ibu, katanya terus memarahi anak apabila lambat solat. Si ibu akan mengherdik dengan kata-kata "Pukul berapa sekarang? Dah nak masuk asar, zohor pun tak sembahyang lagi. Nak kena cakap baru nak buat!"

Menurut beliau, cara yang demikian adalah negatif dan mungkin hanya dapat memuaskan hati ibu tetapi tidak membantu anak.

"Keibubapaan positif menggunakan pendekatan berikut. Kita tanya dia dengan baik sudah solat ke belum. Beritahu dia yang waktu sudah lewat dan peringatkan dia ketika dia dalam umur 10, 11 tahun tak apa tapi bila dah akil baligh, masuk usia 13 tahun, dia tak boleh lagi lewat solat. Kemudian suruh dia ambil air sembahyang dan solat.

"Tak ada kata nak pukul dia, tak mengungkit kesalahan silam dia. Kita tak kata dia malas. Setiap kali anak kita lewat solat, kita ulang dan beri masa dia untuk berubah. kita ada dua tahun untuk membentuk watak menjadi orang yang rajin solat.

"Dengan cara mengulangi nasihat, kita sebenarnya menanam nasihat dalam minda bawah sedar dia. Sebenarnya banyak tindakan manusia dibuat dalam minda separuh sedar dan spontan. Bila sampai umur 13 tahun kita hadiahkan sejadah baru umpamanya, dan katakan umur dia sudah 13 tahun dan tak boleh lagi lengahkan solat. Tengoklah nanti perubahannya. Pendidikan memerlukan kesabaran," jelas Dr Asmadi.

TUNJUK TELADAN

"Bapa borek anak rintik" atau "Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul"! Antara faktor yang mungkin menyebabkan anak tidak mendengar cakap ibu bapa kerana sikap ibu bapa sendiri.

"Emak bapak tak buat tapi suruh anak buat. Sebagai contoh, emak bapak cakap tentang sembahyang bila azan tapi mereka sendiri tak buat.

"Lapan puluh peratus pendidikan ialah melalui teladan, 20 peratus melalui kata-kata. Anak-anak lebih percaya apa yang dia nampak daripada apa yang kita cakap atau suruh," kata Dr Asmadi.

Dalam masa yang sama, katanya, ibu bapa juga perlu memastikan anak tahu apa yang dilakukan adalah kerana sayang dan untuk kebaikannya bukan kerana semata-mata mahu memarahinya.

Lengkapkan diri dengan kemahiran keibubapaan untuk menangani karenah anak-anak. Ini nasihat Dr Asmadi kepada ibu bapa.

Ibu bapa, katanya perlu belajar kerana ada sesetengah ibu bapa tidak bersedia untuk menjadi ibu bapa semasa berkahwin. Mereka pun mungkin tidak mendapat asuhan yang sebenarnya untuk menjadi ibu bapa.

"Ada juga kalanya perkara yang kita buat tak salah tetapi kita tidak ulang kerana kita tak sedar pun apa yang kita buat itu betul. Bila ikuti program keibubapaan ini banyak yang kita boleh belajar.

"Melabur sedikit untuk kebaikan kita. Jangan segan bertanya dan banyakkan membaca. Ibu bapa perlu ambil inisiatif untuk mendapatkan kemahiran ini. Jangan ambil mudah dan ingat kita ibu bapa, kita dan tahu semua perkara," kata Dr Asmadi.

Menurut beliau, ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai sepatutnya belajar daripada pengalaman mendidik anak.

"Masalahnya kita tak belajar, masih ulang kesilapan kerana tiada pembaikan dalam ilmu keibubapaan," tambahnya.

Soal "lebih dulu makan garam" juga kata Dr Asmadi tidak lagi boleh digunakan oleh ibu bapa dalam menegur anak.

Ini, katanya kerana orang yang mahu mendakwa "lebih dulu makan garam" perlu lebih berpengalaman.

"Pengalaman datang daripada pertama, ramainya orang yang kita temui dan kedua, ilmu yang kita dapat dan ilmu diperoleh daripada pembacaan atau menghadiri program ilmiah atau sebagainya.

"Anak-anak hari ini ada yang lebih banyak membaca daripada ibu bapa dan lebih ramai kawan termasuk interaksi menerusi alam siber. Mereka juga boleh mendakwa lebih banyak makan garam daripada kita," katanya.

JADI ACUAN

Ada sesetengah ibu bapa yang mengambil sikap lepas tangan dan mengharapkan guru untuk mendidik dan membentuk anak mereka apabila berdepan dengan masalah anak yang tidak mahu mendengar kata.

Menurut Dr Asmadi, ibu bapa sebenarnya ialah orang yang membentuk acuan jati diri anak, bukan guru!

Justeru, kata beliau, jika ibu bapa melepaskan kepada guru untuk membentuk anak mereka, ia tidak akan berlaku.

"Itu sebabnya kita kata tabiat, akhlak, perilaku, pekerti, susila, semuanya ini lahir dari rumah kerana acuan emak bapak itu.

"Ibu bapa kena perbaiki diri, mula solat berjemaah, makan bersama, luangkan lebih masa untuk anak-anak, nasihat dengan cara yang betul dan waktu yang sesuai, ubah cara menegur anak.

"Kesannya tak mungkin nampak dalam masa yang singkat. Ia akan berlaku dalam jangka masa panjang. Acuan itu akan terbentuk perlahan-lahan," kata Dr Asmadi.

-- BERNAMA