Followers

Carian dalam Blog ini

03 November 2009

Sejadah Beribadat




ORANG ramai berpusu-pusu menyaksikan sendiri kejadian sejadah berdiri yang didakwa berlaku di Surau Taman Kastam 3, Padang Besar, Perlis semalam.


Subhanallah, apakah petunjuk yang ingin Allah sampaikan kepada kita....marilah kita semua kembali berpegang teguh kepada ajaran-NYA dan meninggalkan segala larangan-Nya moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang diberkati-Nya.

01 November 2009

Soalan Geografi Manusia STPM

6 a. Ciri-ciri perikanan akuakultur (7)

Negara yang dipilih ialah Malaysia (1m)

- Lokasi kegiatan – dijalankan di dalam sungai, tasik, kolam, paya dan sawah padi. Marinkultur – dijlankan di muara sungai, paya bakau atau paya nipah, pinggir pantai atau telok yang terlindung
- Jenis-jenis ternakan – berbeza mengikut kesesuaian air. Jenis perikanan air tawar – ikan patin, tilapia, kap, kelah, kaloi dan udang galah. Marinkultur- ikan siakap, kerapu, ketam, tiram dan udang harimau.
- Teknologi – menggunakan kaedah moden seperti kolam buatan , ternakan dalam sangkar, benih-benih ikan kacukan atau dibiak secara khusus, makanan tambahan, rawatan air dan pengurusan sistematik seperti mengasingkan ikan mengikut saiz dan umur
- Modal – diusahakan oleh pihak swasta – menggunakan modal yang besar. Contoh ternakan udang harimau di Rompin, Pahang – untuk eksport. Tenakan individu – menggunakan modal yang sedikit – diternak oleh nelayan tempatan di pinggir pantai atau muara sungai – modal disalurkan oleh kerajaan secara pinjaman atau subsidi
- Skala pengeluaran – untuk pasaran didalam dan luar negara. Penternakan kecil-kecilan berorientasikan pasaran dalam negara seperti di Pasar tani dan pasar malam. Penternkan yang dijalankan oleh swasta dieksport ke luar negara seperti Singapura, Jepun, Taiwan dan Korea Selatan. Jenis ternakan yang dieksport ialah udang harimau, ikan siakap dan kerapu.

Markah 3 X 2 = 6 m

b. Sebab kegiatan akuakultur semakin penting di Malaysia

- Untuk menampung kekurangan bekalan sumber perikanan laut yang semakin terjejas – stok perikanan laut terjejas akibat kepupusan sumbernya kerana aktiviti tangkapan berlebihan, kaedah tangkapan yang merosakkan habitat marin dan pencemaran laut. Sto perikanan terjejas akibat musim tengkujuh sedangkan permintaan dari pengguna terus meningkat.
- Memenuhi keperluan pengguna atau perubahan citarasa pengguna yang lebih menggemari sumber akuakultur. Permintaan dari restoren dan hotel mewah terus meningkat kerana hasil akuakultur lebih enak, segar dan murah. Permintaan harian pengguna melalui pasar tani, pasar malam dan pasaraya terus meningkat.
- Menyumbang kepada pendapatan eksport negara – pelbagai hasil ternakan dieksport keluar negara – udang harimau dieksport ke Singapura, Hong Kong dan Jepun – dapat menambahkan aliran masuk wang asing ke Malaysia – nilai mata wang yang lebih tinggi – dapat menambah pendapatan negara Malaysia.
- Meningkatkan pendapatan perkapita penduduk – melalui peluang-peluang pekerjaan baru dan juga pertambahan pendapatan sampingan kepada nelayan pada musim tengkujuh – kuasa beli penduduk lebih tinggi – taraf hidup penduduk tempatan bertambah baik
- Membantu memperkembangkan rantaian ekonomi yang berkaitan seperti pelancongan, perkhidmatan , pengangkutan dsb. Konsep riadah seperti pertandingan memancing di kolam ikan air tawar
- Memperluaskan pasaran dalam negara – pasar tani, pasar malam. Kebaikan kepada penternak, pemborong, peniaga dan pembeli
- Meningkatkan teknologi dalam negara menerusi program penyelidikan dan pembangunan (R&D) – teknologi pembiak bakaan, pengawetan, pembungkusan dsb – menghasilkan baka ikan dan udang yang bermutu, cepat membesar dan tahan serangan penyakit
- Kawasan terbiar dimajukan sebagai kawasan ternakan ikan – tebusguna kawasan paya , tasik, bekas lombong dan sawah padi. Terdapat 13,000 buah kolam ikan tawar di Tanjung Tualang, Puchong dan Semeling
- Galakan kerajaan – bantuan kewangan dan subsidi melalui LKIM – menggali kolam RM 5000 per hektar dan memberi baka ikan percuma

Markah 5 X 2 = 10 m


c. Usaha memajukan sektor perikanan di Malaysia

- Menyediakan dan memperbaiki kemudahan fizikal seperti kemudahan di pelabuhan untuk pendaratan ikan, memperdalamkan muara sungai dan kemudahan pendingin beku
- Menambah keupayaan modal kepada nelayan menerusi kemudahan kredit, bantuan dan subsidi
- Memberi khidmat nasihat, latihan dan bimbingan untuk meneroka perikanan laut dalam
- Mempertingkatkan teknologi perikanan melalui usaha R&D – penggunaan tukun tiruan, radar untuk mengesan ikan , alat tangkapan yang moden, teknologi pengawetan, pembungkusan dll
- Memperbaiki system pemasaran supaya tidak dibolot oleh orang tengah – mengadakan koperasi nelayan, menubuhkan LKIM, penyelarasan harga ikan dll
- Menggalakkan pengusaha hasilan melalui ternakan akuakultur sama ada di kawasan air tawar atau air payau


Markah 4 X 2 = 8 m

Soalan Geografi Manusia STPM

5. Berdasarkan satu jenis sistem pertanian yang terdapat di Asia Tenggara,
(a) Nyata ciri sistem pertanian tersebut, [5]

- Sistem perladangan ekstensif

i. Modal dan pemilikan
– Modal besar; kos pengurusan, penyeliaan, gaji buruh, penyeliaan, pembelian dan penjagaan jentera serta kos R&D
– Pemilik - agensi tempatan seperti Tabung Haji ,FELDA, FELCRA dan RISDA; pelabur asing seperti Guthrie, Sime Darby dan Dunlop

ii. Skala operasi – keluasan melebihi 40 hektar (100 ekar); berorientasikan jualan sepenuhnya; diekspot/pasaran tempatan

iii. Jenis tanaman dan taburan – bersifat monokultur; kelapa sawit/getah/nenas/getah; namun trend kini ada yang mengadun 2 atau 3 jenis tanaman dalam satu ladang bagi mengatasi masalah kejatuhan harga bagi satu jenis tanaman

iv. Teknologi dan buruh – input moden; jentera, lori pengangkut, keretapi ringan untuk mengangkut hasil, helicopter penyembur racun dsb; penggunaan tenaga buruh yang ramai; tenaga kerja mahir di peringkat pengurusan dan separa mahir di peringkat bawahan; penggunaan buruh kontrak melibatkan pekerja asing

v. Pengurusan – secara koporat/sistematik/moden; terdapat ibu pejabat pengurusan, cawangan-cawangan dan unit-unit tertentu

3 fakta x 1m = 5m


5. b. Jelaskan bagaimana aktiviti pertanian tersebut telah menjejaskan kualiti alam sekitar fizikal setempat, [10]

i. Perubahan landskap fizikal – hutan semula jadi bertukar menjadi hutan tanaman/tanaman sejenis;hutan primer menjadi hutan sekunder
ii. Pendedahan permukaan bumi secara terus; permukaan tanah dibajak, digembur dan diteres
iii. Pencemaran sungai – larian air membawa regolith ke dalam sungai – sungai menjadi cetek; larut resap bahan kimia daripada baja dan racun ke dalam tanih- pencemaran air bawah tanah berlaku
iv. Pencemaran udara dan jerebu – pembersihan tapak ladang melalui kaedah pembakaran; penyemburan racun dari udara dengan menggunakan helicopter
v. Kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi – pembukaan hutan untuk ladang menyebabkan kepupusan flora dan fauna; hilang habitat; mengganggu interaksi antara komponen –komponen
vi. Mengganggu kitaran hidrologi – hilang kawasan tadahan; mengganggu proses sejatpeluhan; kemarau; larian air di permukaan giat
vii. Perubahan suhu mikro atau pemanasan setempat – penyahutanan menyebabkan kehilangan fungsi hutan sebagai penyederhana suhu sekitar; kekurangan wap air yang boleh mengawal suhu; bahang matahari terus ke permukaan bumi tanpa di tapis oleh kanopi tumbuhan

5 x 2 m = 10m
5. c. Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kemerosotan kualiti alam sekitar akibat pertanian tersebut [10]

i. Langkah perundangan
- Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
- Denda; kompauan;tarik lesen operasi dsb
- Pemantauan; pengawalan; kerap rondaan Maksima 3m

ii. Langkah pengurusan
- Menutup permukaan bumi yang terdedah – sungkupan plastik;menanam tanaman tutup bumi; bina benteng untuk stabilkan cerun
- Penanaman berteres/kontur di kawasan bercerun, contoh teh,getah dan kelapa sawit; bina saluran air hujan/perparitan yang cekap pada cerun-cerun
- Menggantikan kaedah tebang bakar kepada tebang reput
- Mengamalkan kaedah pertanian campur, tanaman bergilir, tanaman selingan dan tanaman luar musim; untuk tujuan keseimbangan nutrien; merehatkan tanah
- Menggunakan kaedah biotik dan tidak terlalu bergantung kepada racun serangga; penggunaan baja organik/kompos agi menggantikan baja kimia
- Meningkatkan penggunaan bioteknologi dan menjalankan R&D mencari kaedah yang leih mesra alam; contoh: kaedah hidroponik Ma ksima 6m

iii. Kempen dan pendidikan
- Kempen kesedaran- saluran media cetak,media elektronik; nama kempen
- Pendidikan – ceramah, forum, sessi dialog; merentas kurikulum dalam mata pelajaran Geografi, Sains, Kajian Tempatan dsb
- Gotong royong Maksima 3m

Soalan Geografi Manusia STPM

4. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kualiti penduduk?
 Kualiti penduduk merujuk kepada taraf penduduk, kemahiran, kesihatan dan sikap penduduk di sesebuah negara.
 Penduduk berpendidikan akan menjadi guna tenaga yang berkualiti.
 Penduduk yang berkemahiran dan pakar dalam bidang-bidang khusus seperti ICT, kejuruteraan menjadi aset kepada pembangunan negara.
 Nisbah doktor dengan penduduk yang rendah ,tahap kesihatan yang tinggi dan jangka hayat yang tinggi memberi petunjuk bahawa penduduk di sesebuah negara mendapat perkhidmatan yang baik.

(b) Huraikan langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti penduduk di sesebuah negara
 Dasar kerajaan:Contonhnya dalam RM ke- 9 untuk melahirkan penduduk sebagai modal insan membasmi kemiskinan tegar dan meneruskan penduduk 70 juta untuk menghasilkan tenaga kerja dan meningkatkan saiz pasaran.
 memperbanyakkan institusi pendidikan dan kesihatan: mengurangkan kadar buta huruf, meningkatkan taraf pendidikan/kesihatan dan memperbanyakkan bilangan tenaga kerja profesional spt saintis, jurutera, doktor dll.
 Meningkatkan kemahiran ICT oleh rakyat: contohnya ICT dalam pentadbiran dan kegiatan ekonomi seperti e-dagang, e-kerajaan, e-kesihatan dll.
 menggalakkan budaya tekun dan kuat bekerja melalui dasar Bersih, Cekap dan Amanah, Dasar Pandang ke Timur.
 meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam pelbagai bidang seperti Budaya Q, Piagam pelanggan, ISO, Manual prosedur kerja. [10]

(c) Jelaskan peranan manusia sebagai agen perubahan melalui aktiviti pembangunan
sosioekonomi.

EKONOMI
 Penduduk menjadi sumber tenaga penting untuk menukar sektor ekonomi tradisional kepada sektor ekonomi moden.
 Penduduk sebagai tenaga kerja dan pengguna.
 Penduduk sebagai agen penting dalam mengembangkan jumlah permintaan dan penawaran barangan.
 Pertambahan KDNK, pendapatan perkapita, peningkatan kuasa beli, peningkatan taraf hidup dan pertambahan pusat-pusat perkhidmatan penduduk.
SOSIAL
 Peranan manusia mengembangkan bidang pendidikan, kesihatan, dantelekomunikasi contoh ICT, Satelit, Sistem Penentuan Global (GPS), dan Sistem Informasi Geografi (GIS).
 Peranan manusia dalam mengembangkan pembangunan sosial seperti kemajuan infrastruktur, perkembangan jaringan pengangkutan, kemajuan

Kemerosotan Kualiti Sumber Air

Kemerosotan Kualiti Sumber Air bererti pencemaran terhadap sumber-sumber air iaitu sumber-sumber air bersih sama ada dari sungai, laut, tasik, kolam, dan takungan semula jadi, air bawah tanah dan juga hujan tercemar atau kualitinya semakin rendah. Indeks kemerosotan kualiti air bersih dari pelbagai sumber ini boleh diukur melalui pelbagai indikator seperti kandungan Permintaan Oksigen Biologikal (BOD), kandungan bakteria escherichia coli (E. Coli), kandungan ammoniakal nitrogen, kandungan pepejal terampai (SS), nilai keasidan (pH) di samping perubahan warna dan bau yang ada di dalam sesuatu sumber air tersebut.
Faktor-faktor Kemerosotan kualiti air
1. Pembangunan tanah secara besar-besaran sama ada untuk pertanian, petempatan, pembandaran, perindustrian dan lain-lain. Air tercemar apabila partikel tanah terhakis di bawa ke dalam sistem saliran.
2. Pembangunan pertanian - penggunaan racun dan baja kimia.
3. Pembangunan sektor penternakan - penyaliran najis haiwan ke sungai.
4. Pembangunan perindustrian - perlepasan influen/sisa kilang.
5. Perkembangan sektor pelancongan - perlepasan sisa kumbahan.
6. Perkembangan sektor pengangkutan - tumpahan minyak dari kapal tangki.
7. Proses pembandaran - peningkatan sisa domestik.
8. Pembangunan sumber tenaga - peringkat awal pembinaan empangan hidroelektrik.
9. Perkembangan sektor perlombongan - sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan sungai.
Langkah-langkah mengatasi kemerosotan kualiti air
1. Langkah Perundangan;-Penguatkuasaan undang-undang pengawasan/pemantauan yang teliti serta tindakan tegas termasuk denda dan kompaun, menarik balik lesen operasi dan penjara ke atas mana-mana pihak yang di kenal pasti mencemarkan sumber-sumber air sama ada dari pekilang, penternak, pemilik kapal, orang perseoragan dan sebagainya. Langkah ini dilaksanakan oleh JAS di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
2. Mengawal selia aktiviti pembalakan dan penyahutanan terutamanya di kawasan rizab sungai, kawasan tadahan/hutan simpan dan sebagainya bagi menjamin sumber air sungai sentiasa bersih dan berterusan. Misalnya kawasan 10 km dari tebing sungai merupakan kawasan rizab atau kawasan penampan yang tidak boleh di usik untuk pembalakan dan penyahutanan.
3. Merawat air yang tercemar khususnya akibat sisa kilang dan air kumbahan. Disamping memperbanyakkan loji rawatan air.Menyediakan perangkap sampah yang berkesan untuk membersihkan sungai dari pencemaran sampah sarap dan melicinkan kadar alirannya.Meningkatkan R&D dan teknologi ke arah yang tidak mencemarkan alam sekitar khususnya sumber air.
4. Meningkatkan kerjasama serantau bagi mengawal pencemaran laut melalui rondaan bersama, perkongsian teknologi dan kos pemulihraan/pembersihan air laut yang tercemar.
5. Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar - menyedarkan masyarakat tentang pentingnya air bersih dan menjada sumber air sebagai penerus kehidupan.

31 October 2009

PSKPP Selangor 2009

Salam 1 Malaysia,

Ambo penat sangat hari ni coz terlibat dengan PSKPP Selangor 2009 acara bolasepak (senior + veteran). Ambo ni dah kategori veteran, kena main plak pagi petang...terbongkang di buatnya.

Manisnya game pagi tadi menang 3-0 , ambo buat hatrik tu.... sedihnya petang kalah 3-1 ...emm kira dah 'habis gas' - pagi dah pulun sakan.

Anyway kepada team Hulu Langat, tahun mendatang bagilah comitment anda 100%.

TQ

27 October 2009

Soalan Geografi Manusia STPM

3. a) Nyatakan lima faktor yang menyebabkan fenomena penyahhutanan di negara-negara Asia Tenggara. [5m]

Lima faktor yang menyebabkan fenomena penyahutanan di Asia Tenggara ialah:

Aktiviti pembalakan haram tanpa kawalan
Aktiviti pertanian perladangan dan pertanian pindah.
Aktiviti pembinaan empangan hidroelektrik.
Aktiviti pembinaan infrastruktur khususnya jaringan lebuhraya.
Aktiviti pembinaan estet perumahan dan estet perindustrian


b) Mengapakah hutan masih dianggap sebagai sumber ekonomi yang penting bagi negara-negara di Asia Tenggara. [10m]

1. Penting kepada sistem ekonomi tradisional yang masih bergantung kepada sumber hutan seperti masyarakat asli yang menjalankan aktiviti pertanian pindah, mengutip dan berburu. Ekosistem hutan sebagai habitat/tempat tinggal mereka disamping mereka menggunakan sumber-sumber hutan itu sendiri sebagai sumber makanan mereka. Selain itu terdapat juga orang-orang asli yang menjual hasil-hasil hutan sebagai sumber ekonomi seperti hasil rotan, damar, akar-akar kayu untuk perubatan dan sebagainya.

2. Penting untuk sektor pembalakan. Menghasilkan sumber kayu dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan dan juga di eksport . Ini akan menghasilkan pendapatan negara khususnya melalui pendapatn eksport. Sebagai contoh negara Thailand dan Burma amat bergantung kepada pengeksportan kayu jati mereka ke negara Jepun, USA, negara-negara Eropah dan sebagainya yang mempunyai nilai matawang yang lebih tinggi daripada mereka bagi memperolehi keuntungan dari tukaran mata wang.

3. Penting untuk sektor pelancongan (Eko-pelancongan) seperti hutan lipur, air terjun, kepelbagaian spesis fauna dan flora yang menarik pelancong yang akan menambahkan pendapatan penduduk dan negara. Di Malaysia sebagai contoh, perkembangan pesat sektor pelancong amat dibantu oleh khazanah kepelbaaian biologi hutannya. Oleh itu kawasan hutan seperti Taman Negara di Pahang, hutan Endau – rompin, Taman negara Sepilok amat terkenal sebagai destinasi pelancongan utama.

4. Membantu memajukan industri-industri yang berkaitan dengan sumber hutan (industri hiliran) seperti industri membuat perabot, industri pembinaan (perumahan) serta industri pengangkutan. Dengan adanya industri-industri ini maka kepelbagaian ekonomi dan rantaian ekonomi di sesebuah negara berkembang dengan pesat. Selain itu dengan adanya industri-industri yang berkaitan ini juga ia telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk dalam pelbagai sektor seperti pekerja kilang pemprosesan kayu balak, pekerja kilang perabot, pemandu di sector pengangkutan dan sebagainya. Ini akan menambahkan lagi pendapatan perkapita penduduk dan taraf hidup mereka sekaligus pengganguran dan kemiskinan dapat dikurangkan.

5. Menjadi kawasan tadahan air yang membekalkan air kepada empangan yang diproses untuk dijual kepada penduduk atau dieksport ke negara lain yang kelak menghasilkan pendapatan negara. Dalam kes ini Malaysia dan Singapura boleh dijadikan contoh. Dalam kes ini sumber-sumber air di Johor telah diproses untuk dijual ke Singapura dan hasil jualan diperolehi sebagai sumber pendapatan eksport Negara.

c) Bincangkan kesan penyahutanan terhadap aspek kepelbagaian biologi di negara-negara berkenaan. [10m]

1. Pelbagai spesis fauna dan flora diancam kepupusan/kemusnahan akibat kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hutan dimusnahkan/dinyahkan maka fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan musnah sama sekali. Dengan itu hidupan lain yang bergantung kepada tumbuhan seperti herbivor (kancil, rusa) akan kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hal ini berlaku ia memberi kesan kepada hidupan-hidupan lain yang sememangnya saling bergantung di dalam sesebuah hutan.

2. Penghijrahan spesis akibat pemusnahan habitat .Hutan berfungsi sebagai satu habitat. Proses penyahutanan memusnahkan sama sekali habitat. Kemusnahan habitat mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Justeru itu haiwan-haiwan akan berhijrah ke hutan/habitat lain untuk mencari perlindungan atau tempat baru. Di tempat baru ini mereka terpaksa bersaing dengan koloni lain. Persaingan intra dan interspesis akan berlaku dan mana-mana spesis yang kalah akan musnah dan pupus.

3. Menggangu kestabilan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga, komponen biotik dan abiotik yang kelak menggangu keseimbangan ekologi setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila huan-hutan dimusnahkan. Ketidakseimbangan ekologi mikro dan makro akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap unsure-unsur lain seperti cuaca, hakisan, banjir/hidrologi dan sebagainya.

4. Menggangu kehidupan orang asli di dalam hutan yang dianggap sebagai komponen penting untuk menstabilkan ekosistem hutan. Memusnahkan pelbagai spesis herba yang sangat bernilai.

25 October 2009

Masjid Sultan Abu Bakar

Photobucket

Masjid Slim River

Photobucket

Masjid UKM

Photobucket