Pemanasan Global
Satu isu semasa
suhu bumi kian membara
semuanya angkara tangan-tangan manusia
membakar bahan api fosil tak mengira
menggunakan CFC dalam penyaman udara
membakar sisa domestik secara terbuka
industri melepaskan gas tercemar ke udara
negara-negara maju berlumba menguji tenaga nuklear
pesawat supersonik bermaharajalela
sektor pertanian guna baja kimia
racun serangga beraerosol bahaya
semuanya mengundang malapetaka
lautan pasifik berubah rupa
seringkali menjana taufan gila
ais di kutub mencair sepajang masa
menenggelamkan pulau-pulau indah di mata
hutan rimba terbakar merosak habitat sedia ada
penggurunan kian melata
hasil tanaman cukup makan saja
bumi tidak lagi sejahtera
entah-entah akan segera binasa!!!
Cikgunikmie
19/11/2010
23.35 pm
Pulau haba
Ruang yang berhaba
lebih hangat dari ruang sekeliling
akibat tangan-tangan manusia
yang tak ambil pusing
menyahutan jadikan ladang, petempatan, perkilangan
mengundang lebih ramai orang
meningkatkan jumlah kenderaan
karbon tercemar kian mengancam
memerangkap haba pada waktu siang
menghalang haba keluar pada waktu malam
jadilah fenemona pulau haba bandar
haba membakar
memaksa penghuni guna penyaman udara
tambah lagi agen mengikis ozon
ozon berlubang membocorkan bahang
begitulah kesannya
kerakusan insan.
Cikgunikmie
23.54 pm
20/11/2010
Ozon
Selimut bumi
menapis, menyerap, menyebar
cahaya suria
ikatan kovalen 3 atom oksigen
terputus dek tindakbalas dengan gas klorin
itu dikata penipisan lapisan ozon
membenarkan kemasukan sinar UV
membahayakan hidupan di bumi
flora fauna juga manusia
puncanya manusia
beraktiviti mencemar udara
guna penyaman udara
pembakaran terbuka
baja kimia
racun serangga
kenderaan berganda
datanglah natijahnya
kerosakkan pada alam
penyakit pun datang.
Cikgunikmie
21/11/2010
7.51 am
No comments:
Post a Comment