Followers

Carian dalam Blog ini

01 January 2011

Air mata duka

Air mata duka

Sapulah air mata duka
keringkan dengan selendang senda
hiasi pipimu dengan ukiran wajah ria
air mata duka racun jiwa
merosakkan nurani rasa
sengsara datang memenjara
hati merana di lubuk kisah lara
ingauan semalam lepaskan dengan redha
penuhi masa dengan mengingati yang Esa
kerana Firman-Nya
Dengan mengingati-Ku hati jadi tenang.

CNM, 31/12/2010, 22.35 pm

2 comments:

NKLpunya said...

Sejahtera Cikgu NikMie,
Untuk siapa puisi tu. Cam bagi yang duka nestapa kerana dah kena balik bekerja selepas cuti panjang!!

cikgunikmie said...

untuk sesiapa yang suka berduka...tak nak bahagia...