Wawasan 2020 -
Wawasan 2020 -
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan
Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya
menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja
bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian,
psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain.
Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan
politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian,
maruah bangsa, serta juga keyakinan.
Cabaran utama
Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward),
kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan
sembilan matlamat utama Wawasan 2020:
Mewujudkan negara
Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia
mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat
wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara
adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai
kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Mewujudkan sebuah
masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan
keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah
dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia
ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat
sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan
dihormati oleh rakyat negara lain.
Mewujudkan dan membangunkan
masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk
demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan
masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara
membangun.
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan
beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian
dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
Mewujudkan
masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai
kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka
dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang
mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan
sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun
sains dan teknologi masa depan.
Mewujudkan masyarakat penyayang
dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat
lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada
negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang
kukuh.
Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara
secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi
setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak
semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad
yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti
memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.
Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?
Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar
purata sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi
7.8% semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan
5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun.
Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada
kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu
merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan
ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat
ekonomi Wawasan 2020, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.
KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran
kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang
tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar
purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan
datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan
penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan
kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun
1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan
2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar
menjelang tahun 2020 berbanding 1990.
No comments:
Post a Comment