Apa Itu Air?
Air anugerah Allah SWT yang
sangat penting terhadap kehidupan sejagat. Tanpa sumber air yang mencukupi
adalah mustahil bagi manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup. Penegasan
berhubung kepentingan sumber air banyak dinukilkan dalam al-Quran. Antaranya
firman Allah bermaksud: “Dan Dia menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia
mengeluarkan dengan air hujan itu pelbagai jenis buah-buahan yang menjadi
rezeki untukmu. Dia juga telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu belayar
di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah pula menundukkan sungai-sungai
bagimu.” (Surah Ibrahim, ayat 32)
Secara umumnya negara kita
mempunyai banyak sumber air. Namun, dewasa ini bekalan sumber air bersih
semakin berkurangan sedangkan permintaan terhadapnya semakin meningkat selari
peningkatan jumlah populasi penduduk. Ironinya kita sering terlupa mensyukuri
nikmat yang Allah berikan adalah faktor utama kegagalan dalam menangani krisis
air.
Acap kali kita sedar betapa
berharganya walau setitis apabila terputus bekalan air. Keperitan hidup tanpa
bekalan air paip turut menjadikan kita lebih bersemangat untuk berjimat-cermat,
tetapi kita sering terlupa untuk mengotakan janji apabila air mula mengalir,
kita kembali dengan tabiat lama, mengguna air secara berlebihan dan membazir.
Buktinya, piawaian
antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesyorkan kadar
penggunaan air setiap individu adalah 165 liter setiap hari. Namun, kajian
terbaru menunjukkan setiap rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 310 liter air
sehari. Jadi, secara purata rakyat Malaysia terlebih menggunakan air 145 liter
sehari. Sebagai perbandingan, seorang penduduk Afrika purata menggunakan air
hanya 50 liter seorang sehari, penduduk India 100 liter sehari, manakala
Singapura 150 liter sehari.
Krisis Air
Krisis air merujuk kepada
status sumber air relatif kepada permintaan manusia sejaktahun 1970-an kepada
masa kini. Istilah "krisis air" digunakan di seluruh dunia oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menunjukkan situasi sumber air mentah
ketika ini. Aspek utama krisis air adalah kekurangan sumber air yang boleh
digunakan dan pencemaran air.
Dunia kita mempunyai air
bersih yang terhad yang tersimpan di dalam tanah, permukaan bumi dan atmosfera.
Masyarakat umum kadangkala tersalah anggap bahawa lautan adalah sumber air
sedia ada tetapi mereka tidak memahami jumlah tenaga yang diperlukan untuk
menukar air masin kepada air bersih masih lagi sesuatu yang tidak begitu mudah
dilakukan. Kerana inilah hanya sedikit sahaja bekalan air bersih yang diambil
dari proses penyahmasinan.
Terdapat beberapa manifestasi
utama dari krisis air.
· Kekurangan bekalan air
minuman yang selamat kepada lebih kurang 1.1 bilion manusia.
· Penggunaan air bawah tanah
yang boleh menyebabkan kekurangan hasil pertanian.
· Penggunaan berlebihan dan
pencemaran sumber air yang mengganggu kepelbagaian bio.
· Konflik serantau yang
diakibatkan oleh sumber air yang terhad yang boleh menyebabkan perang.
Penyakit yang dibawa oleh air
dan ketiadaan sanitari adalah salah satu punca utama kematian di dunia. Untuk
kanak-kanak di bawah umur lima tahun, penyakit yang dibawa oleh air adalah
penyebab utama kematian. Separuh dari pesakit di hospital adalah disebabkan
oleh penyakit dibawa oleh air. Mengikut Bank Dunia, 88 peratus dari penyakit
disebabkan oleh meminum air yang tidak bersih, kekurangan sanitasi dan kurang
penjagaan kebersihan.
Pada mulanya manifestasi dari
krisis air tidak begitu teruk tetapi tahap populasi manusia
yang semakin bertambah pada
abad ke-20 mengurangkan kuantiti air bersih. Ini
diburukkan lagi dengan kemarau
yang mengganggu keseimbangan bekalan air bersih.
Punca Krisis Air Di Malaysia
1.Sampah sarap
- Sungai yang tercemar
menyebabkan hanya sedikit air boleh dipam ke loji rawatan air.
Dan berdasarkan rekod, kira -
kira 300,000 tan sampah, cukup untuk mengisi 110 kolam
renang saiz Olimpik, dibuang
ke dalam sungai setiap tahun. Selain daripada beg plastik
sampah, pelbagai sisa buangan
termasuk peti sejuk lama, tilam dan peralatan dapur
juga turut dibuang ke dalam
sungai. Sungai yang paling kotor di negara ini, dari segi
jumlah sampah yang ditemui,
adalah Sungai Klang. Dianggarkan kira - kira 77,000 tan
sampah dibuang ke dalam sungai
itu setiap tahun. Selain daripada sampah, sisa
pembinaan, keladak daripada
pembersihan tanah, minyak dan gris dari restoran dan
bahan buangan organik, sisa
industri dari kilang dan bengkel turut di buang kedalam
sungai. Ini menyebabkan
pencemaran yang lebih serius. Lima sungai yang paling
tercemar di Malaysia adalah
Sungai Segget dan Sungai Ayer Merah di Johor, Sungai
Jelutong, Sungai Juru serta
Sungai Prai di Pulau Pinang. Sungai Prai adalah yang paling
serius dan telah di
klasifikasikan sebagai sungai mati' kerana tidak lagi dapat
menampung sebarang bentuk
kehidupan termasuk ikan dan tumbuh - tumbuhan.
2. Penebangan hutan
- Hutan ialah ekosistem
penting kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian
hayat dunia. Kepentingan hutan
meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan
lembangan, ekonomi, kepada
"Peparu Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon
dioksida sewaktu proses
fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. Hutan juga
menjadi kawasan tadahan air
yang berfungsi antaranya sebagai kawalan banjir.
Malangnya, penyahhutanan hutan
tanah tinggi yang berleluasa telah membinasakan
alam semula jadi dan juga
memusnahkan "hutan awan" (cloud forest) yang boleh
mengakibatkan kehilangan
sumber air yang berharga. Membinasakan hutan bukit boleh
menyebabkan kehilangan sumber
air yang banyak kerana tanpa pokok, sebahagian
besar lembapan di udara akan
kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku.
3. Kekurangan sumber air yang
boleh digunakan
- pertambahan penduduk
semulajadi Malaysia adalah tinggi iaitu pada kadar 2.3%
setahun. Dianggarkan pada
tahun 2000 penduduk Malaysia akan berjumlah 20 juta
orang dengan pertambahan
penduduk tersebut berlaku peningkatan permintaan
terhadap pelbagai keperluan
terutamanya air. Disamping itu, perubahan citarasa, gaya
hidup dan kecenderungan boleh
menambahkan lagi corak permintaan terhadap air.
Melihatkan keadaan ini,
keperluan manusia terhadap air tidak akan berkesudahan dan
perlunya bekalan air sejajar
dengan pertumbuhan penduduk.
4. Kemarau
- kemarau yang panjang dan
pemanasan global turut menyumbang kepada kekurangan
sumber air bersih sekaligus
mendorong kepada krisis air. Masalah kemarau yang
berpanjangan menjadi penyebab
utama berlakunya krisis air yang kritikal sehingga
menjejaskan 200,000
pengguna.Rumah pam loji air mentah tidak dapat menampung
keperluan kerana paras sungai
semakin rendah.
Cara Mengatasi Krisis Air Di Malaysia
Peranan masyarakat
A) Bekerjasama
masyarakat Malaysia harus
bekerjasama dengan pihak kerajaan terutamanya dari segi
sikap masyarakat yang tidak
menjaga kebersihan sungai, supaya program pemulihan
dan pengurusan sungai dapat
dilakukan berterusan bagi menjamin kesempurnaan ke
atas regim sungai dan
persekitarannya.
B) Berjimat cermat
Sikap berjimat - cermat perlu
wujud dalam diri setiap individu masyarakat yang leka
dengan nikmat Tuhan ini
mungkin tidak menyangka bahawa suatu hari nanti kita akan
mengalami musibah ini. Oleh
hal yang demikian, sikap berjimat-cermat patut dipupuk
sejak kecil lagi.
Peranan kerajaan
A) Mengekalkan kawasan tadahan
hujan
Penebangan kawasan hutan
mestilah dielakkan lebih kurang 10 kilometer dari kawasan
tadahan hujan. Perkara ini
penting bagi menjaga kawasan tadahan air daripada
musnah. Kawasan ini penting
bagi membekalkan air bersih kepada kawasan empangan
sebelum disalurkan ke rumah
kediaman dan premis.
B) Catuan air
Kerajaan perlu mengadakan
catuan air ke kawasan - kawasan tertentu sebagai langkah
berjaga - jaga. Catuan air
boleh dilaksanakan berdasarkan bilangan jam dalam sehari
mengikut kawasan tertentu.
Tindakan ini perlu bagi mengelakkan pembaziran air selain
menyedarkan masyarakat agar
menghargai kepentingan air.
C) Kempen kesedaran
bagi mengatasi masalah sikap
kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak
apa' perlu ditangani. Kempen
kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap
individu yang membuang sampah
tanpa memikirkan kesannya perlu disiarkan setiap
masa.
D) Menaikkan kadar bil air
Ekoran krisis tersebut, Majlis
Air Kebangsaan telah ditubuhkan oleh kabinet untuk
mengawal dan mengurus sistem
pembahagian air. Negeri - negeri yang menghadapi
krisis air akan menerima
bekalan air dari negeri - negeri lain yang stabil bekalan airnya.
Demi menghentikan sikap
masyarakat yang cenderung untuk membazir air, kerajaan
telah mengambil langkah
menaikkan kadar bayaran bil air di kawasan Lembah Klang.
Keadaan itu dapat memastikan
bahawa masyarakat lebih berjimat dan cekap ketika
menggunakan air. Walaupun
proses pembersihan sungai daripada unsur - unsur pencemar akan menelan
perbelanjaan yang tinggi, kerajaan harus berinisiatif untuk membersihkan sungai
- sungai seperti Sungai Klang, Sungai Gombak, dan Sungai Juru yang menghadapi
pencemaran yang dahsyat. Dengan cara ini, kualiti bekalan air akan terjamin.
E) Pengagihan dan penggunaan
air perlu diperincikan
Sudah tiba masanya pihak
Jabatan Air untuk menggantikan paip berkarat dengan paip
yang baru. Sebagai perbadanan
yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan
bekalan air di negara ini,
mutu perkhidmatan mereka perlu dipertingkatkan.
Keberkesanan dalam pengagihan
dan penggunaan air juga perlu diperincikan supaya
pembaziran air dapat
dikurangkan pada tahap yang minimum. Negara maju seperti
Jepun telah mengaplikasikan
cara tersebut untuk menjamin mutu bekalan air kepada
rakyatnya.
F) Program kesedaran dan
pendidikan
Walau bagaimanapun, rakyat
sendiri haruslah sentiasa menghargai sumber air dan
segala amalan pembaziran air
perlu dikikis. Program kesedaran dan pendidikan yang
bertujuan untuk memastikan pembabitan
orang awam dalam usaha menangani masalah
krisis air dipercayai dapat
membentuk sikap positif pada sanubari anggota rakyat.
Walaupun Malaysia mengalami
musim panas dan lembap sepanjang tahun, ini tidak
bermakna bahawa Malaysia
terkecuali daripada krisis air yang merugikan. Permintaan air pada masa ini
ialah 2.6 bilion meter padu dalam setahun dan dijangka akan terus meningkat
kepada 5.8 bilion meter padu menjelang tahun wawasan. Sememangnya sudah tiba
masanya untuk kita berganding bahu mengatasi krisis air sebelum bertambah
parah.
Kesan Krisis Air di Malaysia
1. Kesan ke atas sumber tanah
- Krisis air ini akan
menyebabkan tanah menjadi kontang dan berlakunya hakisan
Tanah. Bahkan, air yang
tercemar akan turut menjejaskan kualiti tanah dan ini sekali gus
akan turut menjejaskan
aktiviti pertanian. Apabila aktiviti pertanian terjejas, maka ia
secara langsung akan memberi
kesan ke atas bekalan makanan daripada hasil pertanian
yang seterusnya juga akan
turut memberi kesan yang besar ke atas kadar pertumbuhan
ekonomi negara.
2. Kepupusan terhadap
kepelbagaian flora dan fauna
- Sebagaimana manusia, secara
fitrahnya flora dan fauna juga memerlukan sumber air
bersih untuk hidup. Justeru,
sumber air yang tercemar akan menyebabkan flora dan
fauna mati akibat daripada
kekurangan air. Natijahnya, kepupusan yang berlaku ke atas
flora dan fauna akan memberi
kesan yang lebih serius lagi seperti mengakibatkan
ketidakseimbangan ke atas
ekosistem yang akhirnya akan turut mengancam kehidupan
manusia.
3. Kemudaratan kepada manusia
- Krisis air yang berlaku di
malaysia akan memberi kemudaratan kepada manusia.Seperti
yang kita tahu,air merupakan
keperluan untuk manusia terus hidup.Jika krisis air ini tidak
dapat di atasi dengan
segera,kita akan kekurangan bekalan air dan seterusnya manusia akan ditimpa
penyakit seperti kekurangan air.
4. Berkurangnya kawasan
tadahan
- Kemampuan sesuatu kawasan
tadahan sebagai pembekal air adalah dikawal oleh
keseimbangan alam semula
jadinya. Ini termasuklah beberapa aspek penting seperti
litupan tumbuh-tumbuhan dan
kapasiti proses infilterasi yang boleh dihasilkan. Sekiranya
keseimbangan ini terganggu
maka berlaku beberapa perubahan dalam ciri-ciri air
permukaan yang akan
menjejaskan kemampuan sesuatu kawasan tadahan
menghasilkan air. Kawasan
tadahan yang terdapat di Malaysia semakin hari
menunjukkan situasi yang tidak
sihat. Ini kerana, limpahan pembangunan telah
menyebabkan kawasan tadahan
mengalami tekanan sebagai sumber air. Keadaan ini
berlaku hampir kesemua negeri
di Semenanjung Malaysia mengalami krisis ini. Di
antaranya, negeri Johor yang
mengalami kemerosotan alam sekitarnya juga
memperlihatkan kawasan tadahan
empangan Langat juga sudah mula diterangi. Di
negeri Perak pula, bekalan air
untuk kegunaan domestik dan industri diperolehi daripada
pusat pengambilan air di
sungai. Kemerosotan alam sekitar adalah dijangka lebih serius
di kawasan lembah yang
terdapat aktiviti industri dan eksplotasi sumber balak di kawasan hutan di mana
terdapatnya kawasan tadahan.
5. Kekurangan bekalan air
- Kita akan menghadapi
kekurangan bekalan air daripada krisis tersebut. Akan
berlakunya catuan air yang
akan membuatkan penduduk tidak mendapat bekalan air.Hal
ini akan menyusahkan penduduk
untuk menggunakan air bagi keperluan mereka.Dari
sektor pembangunan
pula,projek2 akan terkendala kerana kekurangan sumber yang
utama untuk menjalankan projek
pembangunan tersebut.
Sumber: http://malaysiannn.blogspot.my/