Hutang.
Yang berhutang kena bayar.
Hukum tetap hukum.
Makanya cikgu menyokong sangat tindakan memotong gaji penjawat awam yang tidak membayar balik pinjaman pelajaran.
Sepatutnya dah lama dilaksanakan.
Followers
Carian dalam Blog ini
09 May 2016
#Bukaminda114
Menteri kata "kalau barang mahal jangan beli, beli barang yang murah"
Masalahnya YB, semua barang mahal pasal GST.
Apabila rakyat tak berbelanja macam mana ekonomi nak berkembang?
Masalahnya YB, semua barang mahal pasal GST.
Apabila rakyat tak berbelanja macam mana ekonomi nak berkembang?
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda113
Lagi pasal statistik.
Khabarnya 23% orang Malaysia nak berkahwin sempena syawal.
Ha! Para isteri pastikan suami di sisi ya musim raya ni.
Khabarnya 23% orang Malaysia nak berkahwin sempena syawal.
Ha! Para isteri pastikan suami di sisi ya musim raya ni.
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda112
Wow! Patutlah ramai yang tak terkesan dengan GST.
Dinyatakan 53% wanita Malaysia menukar gelang emas di musim perayaan kerana malu kepada mertua/ipar-duai.
Wah! Beradanya rakyat Malaysia.
Statistik dari mana ya?
Maknanya keluhan rakyat hanya sandiwara?

08 May 2016
#Bukaminda110
Mungkinkah selepas hari raya ada kalangan menteri berkata,
"saya tidak nampak rakyat terbeban dengan kenaikan harga petrol/tol, saya lihat lebuh raya sesak dengan kenderaan balik kampung" ...
Moga jangkaan dialog ini dikeluarkan tidak jadi kenyataan.
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda109
Catatan terbuka kepada Pencadang jangan balik kampung untuk jimat.
Tuan,
Terima kasih atas cadangan tuan yang sungguh canggung.
Kami masih ada ayah bonda/keluarga yang tak pernah mengeluh membesarkan kami. Menggembirakan mereka tanggungjawab kami.
Sanggupkah tuan menghampakan mereka kerana kos petrol/tol yang berganda?
Jika jawapannya ya, maka tuan memang miskin sifat kemanusiaan dek dikaburi teori kewangan yang tak berjiwa.
Jika jawapannya tidak, maka nyatakan cadangan tuan dibuat tanpa pertimbangan berselitkan sifat kemanusiaan.
Mengapa tuan tidak cadangkan kepada kerajaan agar mengecualikan tol pada musim perayaan?
Mengapa tidak tuan nasihatkan kerajaan kekalkan harga petrol.
Lain kali berilah cadangan yang tidak melukakan hati orang tua di kampung.
Orang tua yang jika nak ke bandar berkali ganda bebannya.

#Bukaminda108
Malaysia yang sejahtera
kebelakangan ini satu-satu musibah menimpa
dan tiada satu pun perkara
terjadi tanpa makna
sesungguhnya pada setiap satu kejadian ada tanda-tanda
kepada yang ingin melihatnya
kurasa seakan keberkatan semakin sirna
kamu rasa bagaimana?
Ya Allah
limpahkan cahaya hidayah
moga pemimpin kami terus istiqamah
mencontohi Rasulullah
mentadbir urus dengan hemah.
CNM

#Bukaminda107
M'sia masih aman
biar gelora menghentam kiri kanan
selagi tuduhan tak dibuktikan
maka kekal ia sebagai hanya tuduhan
teruskan berdoa M'sia kekal aman
kerana kita inginkan kesejahteraan.
Ya Allah, serlahkan kebenaran
andai ada ketidakjujuran kepimpinan
kuburkan kuasa kezaliman
andai mereka di landasan kebenaran
berikan mereka kekuatan menepis tomahan
sesungguhnya hidup ini penuh ujian
dan hanya kepada-Mu tempat meminta pertolongan.
CNM
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda106
Aidilfitri menghampiri
kalau sebelum zaman ICT
kad raya dah berguni
kini senyap sunyi
zaman berubah dek aplikasi gajet terkini
ucapan di hujung jari
petik saja
sesaat akan tiba.
Kalau nak jimat tak perlu hantar kad raya
hantar saja ucapan melalui media.
CNM
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda105
"Nak jimat jangan balik kampung".
Nak menasihat jangan jadi canggung
Nak dihormat jangan nampak gelong.
Cerdik biar boleh ditumpang
kurang cerdik biar boleh diajar.
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda104
Agama menyarankan kira melakukan ziarah kedua ibu bapa/keluarga. Biasa/selalunya ibu bapa/keluarga berada di kampung.
Yang peliknya ada saranan pihak tertentu agar orang ramai tidak balik kampung untuk jimatkan kos petrol.
Inilah orang tua kata cerdik tak boleh nak tumpang!
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda103
Beruntung;
di sisi manusia yang mendapat cabutan bertuah
di sisi Allah mereka yang dilimpahkan cahaya hidayah-Nya.
di sisi manusia yang mendapat cabutan bertuah
di sisi Allah mereka yang dilimpahkan cahaya hidayah-Nya.
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda102
Kepada anak didikku yang belajar PA.
Merujuk perkara 5-13 Perlembagaan Persekutuan iaitu tentang kebebasan diri. Walau terdapat peruntukan berkaitan kebebasan bercakap namun digubal beberapa akta yang mengawal seseorang daripada mengeluarkan kenyataan yang berbentuk fitnah/hasutan/membangkitkan isu sensitif seperti Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984 / Akta Hasutan 1948 / Akta Rahsia Rasmi 1972 serta beberapa lagi undang-undang negara.
Saya menengaskan tiada siapa yang bebas dari tindakan undang-undang. Seseorang itu boleh disaman dan didakwa ke mahkamah iaitu institusi yang memutuskan pertikaian sesuatu perkara antara dua pihak.
Cth: Rujuk keputusan Mahkamah Tinggi Butterworth bagi kes LGE vs Jahara.
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda101
Kerajaan tidak perlu gusar dengan berita yang disensasikan di media andai dasar yang dilaksanakan berada di landasan yang betul. Rakyat pada era ICT ini sudah mula celik dan mampu menilai.
Jadinya kerajaan perlu yakinkan rakyat dengan;
kukuhkan nilai mata wang
kurangkan bebanan rakyat
kawal kenaikan harga barangan
dan perjelaskan segala isu yang berbangkit
tanpa ada perkara yang cuba diselindungkan.
Yang telus kelihatan mulus
yang berselindung mengundang mendung
tohmahan perlu dipancung
tunjukkan usaha membendung
dahulukan rakyat dijunjung
bukan hanya tutur yang tak berpenghujung.
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda100
Kalam Ilahi
penyubur rohani
penyuluh insani
Iman dan takwa ada di hati
diterjemah dalam tingkah murni
mudahan tergolong dalam kalangan diredai.
penyubur rohani
penyuluh insani
Iman dan takwa ada di hati
diterjemah dalam tingkah murni
mudahan tergolong dalam kalangan diredai.
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda99
Apa pun yang berlaku dalam negara
perit yang menghimpit dada rasa
kecewa yang menyelinap ke pelusuk jiwa
kita harus melelapkan mata
telah dijadikan malam itu ruang istirehat pulihkan tenaga
tidurlah sejenak semoga fajar esok hari yang bakal tiba
tiba membawa sinar cahaya gembira.
Yakinlah selepas keperitan pasti datang kelegaan.

#Bukaminda98
Berdasarkan senario semasa,
status negara maju hanyalah retorik
rakyat digalaskan beban
rakyat diasak keperitan
rakyat terdera perasaan
terkesan dek dasar kerajaan.
Jika ini ujian Ya Allah, berikanlah kami kekuatan
limpahkan kepada pemimpin kami kesedaran
memperbaiki bangsa negara dan agama demi masa depan.
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda97
Kata KJ petrol sepatutnya naik 20 sen dan kerajaan HANYA naikkan 10 sen.
Walau pun HANYA 10 sen tapi kesannya sangat besar/ketara kepada sebahagian rakyat. Tidak terasa kepada menteri yang semuanya boleh tuntut elaun pelbagai. Rakyat nak tuntut dengan siapa?
Isunya bukan sekadar harga petrol tetapi harga barangan/perkhidmatan lain juga akan turut naik.
Orang tua kata hujan di hulu, keruh di kuala.
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda96
Sealim mana pun datuk nenek/mak ayah kita yang kita uar-uarkan.
Sedalam mana pun hukum hakam yang diketahui dicanangkan.
Jika tak diamalkan maka sia-sia.
Iman itu tidak dapat diwarisi.
Jika mufti menegur sudah pasti ada yang tak teratur.
Daripada terus menggelupur
sebelum terkubur
ada baiknya berlapang dada menerima dan akur.

#Bukaminda95
Agama kita tidak memberi tiket kepada sesiapa untuk mengutuk pihak yang membuat salah/pentadbir yang gagal mengurus tadbir dengan baik.
Jika tuan/puan yakin dengan pendirian tuan/puan maka dalam pilihan raya akan datang gunakan kuasa tuan/puan untuk menyingkirkan sesiapa saja yang tuan/puan tidak suka melalui proses yang dibenarkan undang-undang negara. Kemudian pilihlah calon kesukaan tuan/puan.
Ingat kata-kata orang tua, jangan berbuat jahat walau sekali

#Bukaminda94
Khabarnya LGE kena membayar.
Makhamah tinggi putuskan beliau disabit dengan kesalahan atas perbuatannya menfitnah ADUN pembangkang yang bersifat rasis.
Setahu cikgu orang yang berkata orang lain rasis itu yang rasis sebenarnya.

#Bukaminda93
Transformasi kerajaan;
dasar mengenakan GST,
menaikan harga petrol,
nilai mata wang jatuh,
kadar tol akan digandakan,
maka sakitnya tu di sini
dasar mengenakan GST,
menaikan harga petrol,
nilai mata wang jatuh,
kadar tol akan digandakan,
maka sakitnya tu di sini
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda92
Kemalangan maut di Semenyih.
Lori yang bermuatan kayu getah yang hilang kawalan telah menyebabkan muatannya itu menghempap kereta dan juga motosikal.
Malang tak berbau. Namun perkara-perkara keselamatan harus diutamakan. Apabila JPJ membuat pemeriksaan ke atas muatan lori banyak pihak yang merungut. Apabila ada nyawa terkorban dikatakan penguatkuasaan lemah. Sepatutnya orang ramai menyokong usaha penguatkuasaan demi keselamatan di jalan raya.

#Bukaminda91
Khabarnya ada yang maut diamuk babi.
Jadinya berhentilah kaitkan babi dengan segala macam hal negatif.
Ada yang menyumpah-nyumpah dengah nama babi.
Ada yang mencarut dengan nama babi.
Apa salahnya babi? Haiwan ini juga makhluk tuhan.
Agaknya ini jenis babi yang panas baran, jenis yang tak tahan celaan dan hadir untuk membalas dendam.
Ingatlah setiap makhluk ada perasaan.
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda90
Lagu raya dah mula berkumandang.
Gedung-gedung pakaian tentu terbayang-bayang.
Ingatlah kini zaman GST.
Yang perlu beli.
Yang tak perlu tak usah nak semakkan almari.
Jangan lupa bayar zakat fitrah.
Gedung-gedung pakaian tentu terbayang-bayang.
Ingatlah kini zaman GST.
Yang perlu beli.
Yang tak perlu tak usah nak semakkan almari.
Jangan lupa bayar zakat fitrah.
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda89
Lagi, lagi kes mercun.
Kali ni meletup dalam seluar.
Gurauan apakah sampai meletupkan mercun dalam poket seluar kawan?
Kanak-kanak cenderung bertindak tanpa berfikir akibat dari perbuatannya.
Maka orang dewasalah yang patut mengawasi dan sentiasa mengingatkan mereka tentang bahaya mercun.
Nasib baik tak kehilangan "burung", kalau tak sesal berkurun
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda88
Pusing punya pusing
tuding punya tuding
masalah makin meruncing.
Rakyat makin gering
industri makin garing
air makin kering.
Jadilah pentadbir yang prihatin
bukan kosong punya tin.
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda87
Apabila ingin berkata-kata fikir dulu akibatnya.
Kan....dan kena sound sama ayahanda kipidad.
Dah minta maaf itu jangan diulangi lagi.
Nanti ayahanda kipidad marah, mau masuk balai.
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda86
Bulan Ramadan ni sepatutnya jumlah kutipan GST berkurang.
Bulan belanja untuk makan dapat dikurangkan. Namun jika ikut nafsu makan maka sama saja dengan bulan-bulan lain, yang mana ada orang mengandakan makannya pada sebelah malam. Jika sedemikian maka tersenyumlah kerajaan.
Maka kitalah terus terbeban dengan segala macam kenaikan.

#Bukaminda85
Banyak orang banyak ragam.
Ada orang suka ambil kesempatan.
Entah nak bermanja atau nak dimanja-manjakan.
Semua nak dibantu ala-ala raja/ratu.
Kalau setakat barang yang boleh bawa sendiri dengan kudrat tulang empat kerat maka tak perlulah nak mempergunakan orang lain untuk mengangkutnya.
Hais! Bunyinya pelik, tetapi benar.
Ini mungkin keturunan kaum kerabat Rajamalas.
CNM
Labels:
Buka Minda
#Bukaminda84
Bulan Ramadan tiba disambut dengan penuh kesyukuran kerana peluang yang diberi untuk mengandakan amal kebajikan. Namun tak kurang juga rasa seriau dengan isu mercun. Terbaru khabarnya dua warga negara Malaysia ditembak di Thailand kerana urus niaga mercun. Juga telah kita dengar kanak-kanak kehilangan jari/mengalami kecederaan serius pada tangan. Saban tahun hal ini berlaku dan mungkin terus akan berlaku.
Dicadangkan satu undang-undang digubal untuk mempertanggungjawabkan keselamatan anak-anak bawah umur 18 tahun kepada ibu bapa. Ibu bapa tidak boleh cuai dalam mengawasi/melarang anak-anak daripada bermain mercun yang mendatang kecederaan serius ini.
Biar anak-anak menangis kerana tak dapat bermain mercun daripada menangis kerana tangan hancur.

#Bukaminda83
Kes dera di Pasir Mas.
Khabarnya sudah direman papa dan mama jahat.
Belum pun reda kes ini, cikgu terbaca berita seorang ibu memukul anak sendiri sehingga mati.
Apa nak jadi dengan masyarakat kita?
Hidupkan kembali budaya "jaga tepi kain orang" agar kes seperti ini dapat dielakkan. Kalau mampu yang "dalam kain" pun ambil tahu.

#Bukaminda82
Apabila baca kes dera kanak-kanak 5 tahun dan kes 7 anak buang bapa sendiri, hati ini hangat mendidih. Masih ada lagi manusia tak berperikemanusiaan. Perbuatan yang tak sepatutnya dilakukan manusia.
Manusia bertindak seperti tak beragama. Di mana silapnya?
Masih ramai yang tidak mahu belajar dari kisah-kisah sebelum.
CNM
Labels:
Buka Minda
Subscribe to:
Posts (Atom)