Followers

Carian dalam Blog ini

08 May 2016

‪#‎Bukaminda84‬

Bulan Ramadan tiba disambut dengan penuh kesyukuran kerana peluang yang diberi untuk mengandakan amal kebajikan. Namun tak kurang juga rasa seriau dengan isu mercun. Terbaru khabarnya dua warga negara Malaysia ditembak di Thailand kerana urus niaga mercun. Juga telah kita dengar kanak-kanak kehilangan jari/mengalami kecederaan serius pada tangan. Saban tahun hal ini berlaku dan mungkin terus akan berlaku.

Dicadangkan satu undang-undang digubal untuk mempertanggungjawabkan keselamatan anak-anak bawah umur 18 tahun kepada ibu bapa. Ibu bapa tidak boleh cuai dalam mengawasi/melarang anak-anak daripada bermain mercun yang mendatang kecederaan serius ini.
Biar anak-anak menangis kerana tak dapat bermain mercun daripada menangis kerana tangan hancur.

CNM

No comments: