b) Nyatakan peranan tenaga suria dalam mempengaruhi proses luluhawa [8 markah]
2 a) Pada musim tertentu sesetengah kawasan mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malam. Bincangkan pernyataan ini. [12 markah]
b) Terangkan kepentingan tenaga suria kepada sistem bumi [13 markah]
Skema
1 a) Sistem atmosfera: Tenaga matahari mempengaruhi imbangan haba sehingga mewujudkan perbezaan tekanan atmosfera dan ini berupaya menggerakkan edaran umum atmosfera/angin
Sistem hidrologi: Tenaga matahari menjana pelbagai proses menegak seperti sejat peluhan, susupan dan kerpasan serta proses mendatar seperti larian air permukaan, air bawah tanah dan alir lintang (awan).
Sistem Geomorfologi: Tenaga matahari memanas dan memecahkan batuan melalui proses luluhawa dan melalui perantaraan air, angin dan tumbuhan akan menjana proses pergerakan jisim, hakisan, pengangkutan dan pemendapan.
Sistem ekologi: Tenaga matahari digunakan oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis dengan bantuan air dan karbon dioksida untuk meneruskan aliran tenaga dan pelbagai kitar nutrien.
b) Peranan tenaga suria terhadap luluhawa melalui proses-proses seperti
b) Peranan tenaga suria terhadap luluhawa melalui proses-proses seperti
Tindakan pengembangan dan penguncupan akibat perubahan suhu yang ekstrem. Pada waktu siang pemanasan matahari menyebabkan lapisan luar batuan mengembang lebih cepat daripada bahagian luar batuan. Sebaliknya pada waktu malam suhunya rendah menyebabkan lapisan luar batuan menyejuk dan mengecut lebih cepat. Proses yang berulang-ulang akan menyebabkan lapisan luar batuan merekah dan pecah secara mengelupas selapis demi lapis.
Penghabluran garam: Akibat suhu yang tinggi proses sejatan yang tinggi akibat panas yang melampau mampu menarik garam galian dari dalam bumi naik ke permukaan melalui daya tarikan kapilari. Larutan garam yang naik ke permukaan akan tersejat meninggalkan hablur garam yang keras dan banyak. Pembesaran hablur garam akan menimbulkan kuasa tekanan dan ketegangan atas dinding rekahan dan akhirnya pecah bersepai.
Proses pembasahan dan pengeringan: Di kawasan tropika lembab musim hujan dan kering yang nyata menyebabkan proses pembasahan akan menyebabkan batuan mengembang dan tenaga suria akan mengeringkan batuan dengan menyejat air menyebabkan batuan mengecut. Proses yang berulang akan menyebabkan batuan pecah.
Tindakan fros: Pada musim sejuk , air di celah batuan akan membeku dan isipadu bertambah 10% dan menambah kuasa tekanan pada dinding rekahan . Pada musim panas, tenaga suria akan mencairkan ais dalam rekahan dan berlaku kenduran pada dinding rekahan. Proses yang berulang akan menyebabkan rekahan bertambah luas dan akhirnya pecah.
2 a) Pada musim tertentu sesetengah tempat mengalami siang lebih panjang daripada malam kerana
a. Peredaran bumi mengelilingi matahari pada solstis musim panas 21 Jun, matahari akan berada tegak di atas kepala di kawasan garis lintang sartan (23 ½ U)(1m).
2 a) Pada musim tertentu sesetengah tempat mengalami siang lebih panjang daripada malam kerana
a. Peredaran bumi mengelilingi matahari pada solstis musim panas 21 Jun, matahari akan berada tegak di atas kepala di kawasan garis lintang sartan (23 ½ U)(1m).
Pada masa ini kawasan yang terletak dalam lingkungan garis lintang ini mempunyai waktu siang dan malam yang tidak sama panjang. Di kawasan Hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malam(2m).
Manakala di kawasan Hemisfera Selatan pula mengalami malam yang lebih panjang daripada waktu siang(2m).
Pada masa ini Hemisfera mengalami musim panas sementara Hemisfera Selatan mengalami musim sejuk.(1m)
b. Pada 22 Disember matahari berada tegak di Garisan Jadi (23 ½ S )(1m) .
b. Pada 22 Disember matahari berada tegak di Garisan Jadi (23 ½ S )(1m) .
Hemisfera Utara mengalami waktu malam yang lebih panjang daripada waktu siang(2m) sementara di Hemisfera selatan kawasan ini mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malam(2m).
Pada masa ini Hemisfera selatan mengalami musim panas sementara Hemisfera utara mengalami musim sejuk.(1m)
b) Kepentingan tenaga suria kepada sistem bumi
b) Kepentingan tenaga suria kepada sistem bumi
Sistem atmosfera: semua proses dalam atmosfera bermula dengan adanya tenaga haba, tanpa tenaga haba, tindakan angin, hujan/kerpasan, ribut, taufan, petir dll tidak akan berlaku. Contohnya dalam kejadian hujan bermula dengan tenaga suria memanaskan permukaan bumi untuk membolehkan wap air tersejat ke udara. Semakin tinggi wap air naik ke udara proses kondensasi akan berlaku menunjukkan tenaga haba dalam jisim udara berkurangan dan suhu menjadi rendah sehingga wap air menjadi tepu dan akhirnya turun sebagai hujan. Syarat untuk angin bertiup apabila wujud perbezaan tekanan udara akibat perbezaan suhu antara dua tempat.
Sistem geomorfologi: Dalam proses luluhawa fizikal tenaga suria diperlukan dalam proses pengembangan dan penguncupan batuan. Perubahan suhu yang ekstrem secara berulang akan menyebabkan batuan tersepai/pecah. Hakisan glasier berlaku dengan giat apabila musim panas apabila suhu meningkat untuk membolehkan glasier cair dan melakukan hakisan dengan giatnya.
Sistem hidrologi: Untuk memulakan proses dalam kitar hidrologi sejumlah tenaga suria diperlukan untuk memulakan proses sejatan di permukaan air laut, tasik dan sungai. Begitu juga dengan proses sejat peluhan dari tumbuhan dan lembapan tanih yang memerlukan tenaga haba untuk melakukan proses transpirasi bagi membolehkan wap air terbebas menerusi liang stomanya.
Sistem Ekologi: Kepentingan tenaga suria kepada tumbuhan ialah kepada tumbesaran tumbuhan dalam ekosistem tersebut kerana tumbuhan sebagai pengeluar yang akan membekalkan makanan kepada pengguna seterusnya dalam rantaian makanan. Tanpa tenaga suria tiada proses fotosintesis untuk membuat makanan dan tiada tumbuhan untuk membekalkan makanan kepada pengguna seterusnya termasuk manusia.
No comments:
Post a Comment