Followers

Carian dalam Blog ini

13 October 2009

Contoh Soalan Geografi Manusia STPM

1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan penduduk ? [5 Markah]

KONSEP:
Konsep Lebihan Penduduk : Suatu keadaan dimana jumlah penduduk berlebihan berbanding dengan sumber-sumber pengeluaran . Terbahagi kepada 2 iaitu:

lebihan penduduk mutlak yang bermakna sumber alam yang amat sedikit atau sudah habis digunakan dan lebihan penduduk relatif iaitu sumber alam masih ada/masih banyak tetapi keupayaan teknologi untuk membangun/menjana sumber tersebut adalah rendah sehingga aras dan keperluan penduduk tidak boleh ditampung.

CIRI

Ciri-ciri negara yang mengalami lebihan penduduk: Antaranya: Kebuluran,kemiskinan, kadar pengganguran yang tinggi; kadar kelahiran dan kadar kematian yang tinggi; pendapatan perkapita yang rendah, taraf sosial seperti tahap pendidikan, kesihatan yang rendah, struktur penduduk tidak seimbang dll yang relevan dengan ciri kependudukan negara sedang membangun.

CONTOH
Contoh Negara; Lebihan mutlak: Afrika Utara, Sudan, Ethopia, Swaziland, Contoh Negara lebihan relatif: Indonesia, Filipina, India, Bangladesh dll.

b) Bagaimanakah kemerosotan pelbagai jenis sumber Alam di pengaruhi oleh lebihan
penduduk di sesebuah negara. [9Markah]


Cadangan Isi Jawapan

Kemerosotan pelbagai jenis sumber alam dipengaruhi oleh lebihan penduduk. Ini berlaku dengan cara mengeksploitasi/ mengguna sumber alam secara berlebihan dan tanpa kawalan :

1. Kehabisan sumber-sumber makanan – khususnya sumber makanan seperti sumber pertanian dan perikanan. Akibat permintaan yang tinggi dan eksploitasi berlebihan bagi menampung lebihan penduduk.

2. Kemerosotan kualiti tanih - Tanah diteroka secara berlebihan untuk petempatan dan pertanian. Kesuburan tanih terjejas akibat kekerapan penanaman. Struktur tanih menjadi rosak, kehilangan nuterin, terhakis, cerunnya tidak stabil dan mudah runtuh.

3. Kemerosotan sumber hutan – Hutan dinyahkan secara berleluasa bagi memenuhi permintaan penduduk yang semakin pesat untuk petempatan, tapakbina bandar,pelbagai kemudahan asas, kawasan pertanian dll. Kesannya seperti kemusnahan kepelbagaian biologi, habitat, ekosistem dan kepupusan sumber hutan.

4. Kemerosotan sumber-sumber mineral – Sumber-sumber seperti petroleum dan gas asli, sumber logam boleh pupus kerana ia terpaksa dikeluarkan secara berlebihan untuk menampung keperluan penduduk yang terlalu ramai. Pengeluaran dan penggunaan yang berlebihan membolehkan sesetengah sumber mineral habis di luar jangkaan.

5. Kemerosotan sumber udara – Kadar Pencemaran meningkat akibat pertambahan kenderaan, industri, sisa domestik yang biasanya sejajar dengan pertumbuhan penduduk yang pesat/lebihan penduduk. Cth perlepasan asap, pelbagai gas karbon monaksida dll.

6. Kemerosotan sumber air – Kekurangan bekalan air bersih dan kadar pencemaran air meningkat ekoran daripada eksploitasi dan penggunaan yang berlebihan bagi menampung penduduk yang ramai dan berlebihan.

7. Kemerosotan sumber marin – sumber perikanan laut. Kepupusan hidupan akuatik termasuk ekosistemnya akibat penerokaan sumber yang berlebihan.

Nota:
Kemerosotan pelbagai jenis sumber alam dilihat dari segi kualiti dan kuantiti sumber tersebut.
Kuantiti – Kepupusan/kehabisan/kemusnahan sumber yang semakin berkurangan
Kualiti -- Pencemaran sumber atau kerosakan sumber, hakisan, runtuhan dll

c) Pilih sebuah negara di Asia Pasifik yang mengalami lebihan penduduk, cadangkan langkah- langkah yang boleh diambil untuk mencapai tahap penduduk optima di negara yang
anda pilih itu. [11 Markah]


Cadangan Isi Jawapan

Memilih sebuah negara di Asia Pasifik yang betul mengalami lebihan penduduk: Contohnya; Indonesia. Filipina, Thailand, Vietnam, Kembojadll. [ 1 Markah.]

Langkah-langkah untuk mengoptimakan penduduk sesebuah Negara yang berlebihan penduduk ialah:

1. Mengurangkan kadar kelahiran dengan cara ; Perancangan keluarga – penggunaan pil, kondom, penjarakan kelahiran, kaunseling keluarga dsb.

2 Melaksanakan dasar saiz keluarga kecil seperti “satu keluarga satu anak” atau satu keluarga dua anak. Cth China.

3. langkah perundangan seperti menaikkan had umur boleh kahwin. Misalnya dari umur belasan tahun kepada awal/pertengahan 20-an.

4. Meningkatkan kerjaya wanita – meramaikan wanita berkerjaya tinggi supaya tempoh perkahwinan boleh dilambatkan.

5. Meningkatkan keupayaan teknologi khususnya melalui R&D untuk menjana dan memajukan sepenuhnya pelbagai stok sumber yang ada untuk kesejahteraan penduduk. Disamping mencipta teknologi baru untuk kegunaan penduduk dan negara.

6. Mempelbagaikan aktiviti ekonomi; Mencipta banyak peluang pekerjaan khususnya dalam sektor industri dan perkhidmatan yang menjamin pendapatan perkapita yang tinggi kepada penduduk dan mengatasi pengangguran sepenuhnya.

7. Meningkatkan kualiti sumber manusia dalam negara dengan cara: Pertingkatkan tahap pendidikan dan kemahiran penduduk, latihan lanjutan – melahirkan tenaga mahir yang boleh mendominasikan teknologi tinggi serta boleh mengurus – tadbir sumber dengan bijaksana.






No comments: