31 Mac, 2010 22:02 PM
Oleh Ahmad Fuad Yahya
JAKARTA, 31 Mac (Bernama) -- Pulau Komodo di Nusa Tenggara Timur (NTT), yang merupakan satu-satunya habitat Komodo (haiwan biawak gergasi) di dunia ini, semakin mendapat sokongan undian untuk dipilih sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia bagi kategori alam.
Dalam undian terbuka di internet, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan telefon dalam tempoh setahun lalu, pulau itu kini berada di tempat ke 14 daripada 28 finalis, malonjak dari kedudukan terakhir pada bulan lalu. Undian itu akan berlangsung hingga tahun depan.
Komodo merupakan haiwan reptilia terbesar, yang kini diancam kepupusan. Terdapat kira-kira 2,500 ekor komodo (Varanus Komodoensis), yang mampu hidup sehingga 50 tahun di kawasan Taman Nasional Komodo seluas 173.400 hektar di Pulau Komodo itu.
Berat reptilia ini boleh mencapai 110kg dengan panjangnya sehingga 3.1 meter.
"Objek yang diusulkan menjadi tujuh keajaiban dunia ini bukan hanya pada haiwan komodonya, tetapi keseluruhan isi Taman Nasional Komodo yang meliputi kawasan potensi daratan dan lautan," kata Ketua Taman Nasional Komodo, Tamen Sitorus kepada Bernama di sini.
Kawasan daratan meliputi keindahan flora dan fauna campuran Indo-Australia, berupa hutan savanna dengan topografi gunung berapi (volkanik dan tektonik). Cuaca panas di kawasan ini boleh mencapai 46 darjah selsius.
Potensi keindahan bawah laut pula meliputi 450 jenis batu karang, 1,000 jenis ikan dan kira-kira 53 tempat untuk aktiviti penyelaman oleh pelancong.
Setelah Candi Borobudur gagal bertahan sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia kategori buatan manusia, kerajaan Indonesia kini giat mempromosikan Pulau Komodo agar ia menjadi pesaing kepada Sungai Amazon (Amerika Selatan), Black Forest (Jerman), El Yungue (Puerto Rico), Puero Princesa underground River (Filipina) dan Sunderbans (India).
Promosi itu bukan hanya dilakukan melalui media massa, malah juga melibatkan kunjungan ke beberapa sekolah dan universiti, kerjasama dengan penulis blog serta operator telefon bimbit untuk membolehkan undian dibuat melalui sms atau telefon.
"Keuntungan yang diperoleh jika masuk dalam tujuh keajaiban dunia ini tentunya akan meningkatkan populariti di peringkat antarabangsa dan meningkatkan jumlah kunjungan pelancong hingga 70 peratus," kata Ketua Pengarah Pemasaran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Sapta Nirwandar.
Dalam tiga tahun terakhir ini, kunjungan pelancong ke Pulau Komodo terus meningkat. Angka terakhir pada 2009, sejumlah 36,534 pelancong telah berkunjung ke pulau itu, naik 40 peratus berbanding tahun sebelumnya.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment