Followers

Carian dalam Blog ini

30 September 2009

AL-KABIR

Yang Maha Besar - Allah S.W.T. Yang Maha Besar, tidak ada yang melebihi-Nya.

Ya-Kabir

Atas izin Allah S.W.T. mereka yang berzikir " Ya Kabir" sebanyak 100 kali setiap hari akan mendapat penghormatan orang lain.

AL-'ALIYU

Yang Maha Tinggi - Allah S.W.T Yang Maha Tinggi - tidak ada yang mengatasi-Nya.
Ya-'Aliyu
Mereka yang dengan kerendahan hati berulang-ulang menyebut asma ini, akan ditingkatkan kecerdasan serta akan ditambah keyakinan diri, Insyaallah.

29 September 2009

ASY-SYAKUR

Yang Maha Menghargai - Allah S.W.T. maha pembalas jasa perbuatan hamba-hamba-Nya.
Ya-Syakur
Dengan izin allah S.W.T. mereka yang berzikir Asma ini akan dijernihkan hati serta disembuhkan dari penyakit yang sedang dideritai.

AL-GHAFUR

Yang Maha Pengampun - Dia (iaitu Allah S.W.T.) yang Maha Pengampun kepada makhluk-makhluk-Nya.
Ya-Ghafur
Allah S.W.T. akan melenyapkan kesukaran-kesukaran dan akan mengampuni dosa mereka yang bertaubat bila mereka berzikir 'Ya Gahafur' sebanyak-banyaknya setiap malam, insyaallah.

AL-'AZIM

Yang Maha Agung - Allah S.W.T. Yang Maha Besar Kemuliaan-Nya. Segala urusan berada dalam kekuasaan-Nya.
Ya-'Azim
Mereka yang membiasakan berzikir 'Ya 'Azim' sebanyak-banyaknya setipa hari, insyaallah akan sentiasa dihormati dan dimuliakan serta akan dilimpahkan kurnia yang berpanjangan.

AL-HALIM

Yang Maha Penyantun - Allah S.W.T. Maha Penyantun. Tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman kepada mereka yang berbuat dosa.
Ya-Halim
Mereka yang berzikir "Ya Halim" sebanyak mungkin setiap hari setelah solat lima waktu, dengan izin Allah akan terhindar dari bencana alam serta dikukuhkan kedudukannya dalam masyarakat.

AL-KHABIR

Yang Maha Waspada - Allah S.W.T Yang Maha waspada atas setiap rahsia serta memahami sesuatu perkara.
Ya-Khabir
Dengan izin allah S.W.T. mereka yang berzikir "Ya Khabir" sebanyak mungkin akan terhindar dari perbuatan zalim, serta akan diperbaiki sifat dan kebiasaan mereka yang buruk.

AL-LATHIF

Yang Maha Lemah Lembut - Allah yang Maha Halus dan Penyantun mengurus makhluk-makhluk-Nya dengan cara halus sehingga tidak terasa, mengetahui barang-barang yang sehalus-halusnya. Zat-Nya Maha Halus sehingga tidak dapat dikirakan dan dibayangkan.
Ya-Lathif
Allah S.W.T. akan mengabulkan permohonan hamba-hamba-Nya yang berzikir 'Ya Lathif' sebanyak 100 kali setelah selesai solat sunat, insyaallah.

28 September 2009

AL-'ADLU

Yang Maha Adil - Allah S.W.T. mengatur setiap perkara dengan Maha Adil-Nya.
Ya-'Adlu
Mereka yang membaca "Ya 'Adlu" sebanyak 104 kali setiap selesai solat lima waktu, insyaallah akan dikurniakan sifat adil serta akan memperlakukan keadilan terhadap yang lain.

AL-HAKAM

Yang Maha Menetapkan Hukum - Allah S.W.T memberi keputusan yang tepat atas segala perkara.
Ya-Hakam
Mereka yang berzikir "Ya Hakam" sebanyak-banyaknya pada tengah malam, insyaallah akan dikurniakan pengetahuan mengenai hikmah ilmu agama.

AL-BASIR

Yang Maha Melihat - Allah S.W.T. Maha Melihat segala sesuatu dan tiada yang dapat tersembunyi dari penglihatan-Nya.
Ya-Basir
Allah S.W.T. akan membuka fikiran dan hati serta meninggikan kedudukan serta kehormatan mereka yang membaca "Ya Basir" sebanyak 100 kali sebelum solat Jumaat, Insyaallah.

AS-SAMI'

Yang Maha Mendengar -Allah S.W.T Maha Mendengar akan segala sesuatu, baik suara hati mahupun yang lebih halus dari itu.
Ya-Sami'
Mereka yang setiap hari Khamis setelah solat Zuhur membaca "Ya sami'" sebanyak 100 kali yang dilakukan secara diam-diam tanpa memberitahu orang lain, insyaallah akan dikabulkan Allah permohonannya.

AL-MUZIL

Yang Maha Pemberi Kehinaan - Allah S.W.T. mampu merendahkan atau menghinakan makhluk-Nya.
Ya-Muzil
Dengan izin Allah mereka yang berzikir "Ya Muzil" sebanyak 75 kali terus menerus akan terhindar dari kejahatan dan penghinaan manusia serta akan mendapat perlindungan Allah S.W.T.

AL-MU'IZZ

Yang Maha Memuliakan - Allah S.W.T. yang berkuasa memuliakan makhluk-Nya.
Ya-Mu'izz
Dengan izin Allah mereka yang membaca "Ya Mu'izz" sebanyak 140 kali stipa selesai solat Isyak pada malam Selasa dan malam Jumaat dengan terus menerus akan dihormati orang lain serta tidak merasa takit kepada sesiapa pun selain Allah.

27 September 2009

AR-RAAFI'

Yang Meninggikan - Allah S.W.T. meninggikan martabat makhluk-Nya sesuai dengan kehendak-Nya.
Ya-Raafi'
Allah S.W.T. akan meninggikan martabat, menjadikan kehidupan yang berhasil jika kita sentiasa berzikir 'Ya Raafi'" sebanyak 100 kali setiap hari, insyaallah.

AL-KHAAFID

Yang Perendah Diri - Allah S.W.T. mampu merendahkan atau menurunkan darjat makhluk-Nya sesuai yang dikehendaki-Nya.
Ya-Khaafid
mereka yang menyebut-nyebut Asma ini sebanyak 500 kali dengan hati yang khusyuk dan tawadhuk, insyaallah akan terlindung dari perbuatan jahat yang ditujukan pada dirinya.

26 September 2009

Kemalangan jalanraya.. naper tak sedar-sedar?

Salam 1 Malaysia..

Saban tahun kita duk dengar ramai yang jadi korban bila tiba musim perayaan. Sebabnya masa musim perayaan ni bilangan kenderaan yang bergerak bertambah bergali ganda berbanding hari-hari biasa.
Dah naik letih dah pihak berwajib kempen, pesan, mengingatkan supaya pengguna berhati-hati memandu, menunggang, berjalan kaki..tapi kemalangan tetap berlaku.
Pada hemat ambo.. apa pun usaha yang dibuat kalau tak der kesedaran dalam diri individu yang menggunakan jalan raya angka kemalangan sukar nak di kurangkan.
Rasanyo rakyat Malaysia masih kurang menghargai nyawa sendiri.... patutnya ramai yang berhemah bila berkait dengan nyawa ni...
TQ.

AL-BAASIT

Yang Maha Melapangkan - Dia (iaitu Allah) yang melapangkan rezeki serta memberi kemudahan hidup.
Ya-Baasit
mereka yang berzikir "Ya-Baasit" sebanyak 10 kali selesai solat sunat Dhuha, Insyaallah akan dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus serta sentiasa ditambahi Allah Ilmunya.

AL-QAABID

Yang Maha Menyempitkan - Dia (iaitu Allah) yang mampu menyempitkan rezeki atau mencabut kenikmatan makhluk-Nya.
Ya-Qaabid
Mereka yang berzikir "Ya Qaabid" sebanyak-banyaknya dengan terus-menerus, dengan izin Allah, ia akan terhindar dari ancaman orang zalim dan terlepas dari kekurangan makanan.

25 September 2009

AL-ALIM

Yang Maha Mengetahui - Dia Yang Maha Mengetahui segala makhluk-Nya.
Ya-Alim
Dengan izin Allah mereka yang berzikir "Ya Alim" atau " Ya Alimal Ghaibi Wasy-Syahaadah" sebanyak 100 kali setiap selesai solat lima waktu, akan dikurniakan ilmu makrifat yang sempurna.

AL-FATTAH

Yang Maha Membuka (Rahmat) - Allah S.W.T. sentiasa memberi petunjuk kepada makhluk-Nya serta sentiasa membuka pintu Rahmat-Nya
Ya-Fattah
Allah S.W.T akan membukakan hati dan fikiran kita serta memberi kemudahan dalam menghadapi berbagai masalah kehidupan, jika kita menyebut Asma ini sebanyak-banyaknya setiap hari selesai solat Subuh, insyaallah.

AR-RAZZAQ

Yang Maha Pemberi Rezeki - Allah S.W.T. tidak putus memberi rezeki kepada seluruh makhluk-Nya.
Ya-Razzaq
Mereka yang menyebut Asma ini sebanyak-banyaknya, insyaallah akan sentiasa dikurniakan rezeki yang berkecukupan.

AL- WAHHAB

Yang Maha Pemberi - Dia (iaitu Allah) yang sentiasa menganugerahkan kurnia-Nya.
Ya-Wahhab
Kurnia Allah akan sampai kepada mereka yang mewiridkan "Ya Wahhab" sebanyak 300 kali setelah solat lima waktu setiap hari, serta akan mengabulkan permohonan mereka yang menyebut Asma ini dengan penuh kerendahan hati 100 kali setelah solat sunat Tahajjud selama tiga atau tujuh malam berturut-turut, insyaallah.

AL-QAHHAR

Yang Maha Perkasa - Allah S.W.T. mampu melakukan apa jua ke atas makhluk-Nya untuk menjalankan kehendak-Nya.
Ya-Qahhar
Mereka yang menyebut Asma ini sebanyak-banyaknya setipa malam terus menerus, akan mendapat ketenangan batin, terlepas dari kesukaran hidup serta terhindar dari perbuatan maksiat, insyaallah.

24 September 2009

AL-GHAFFAR

Yang Maha Pengampun - Asma ini menunjukkan sifat Maha Pengampun Allah S.W.T. bagi makhluk-Nya (jin dan manusia) yang bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukannya, kecuali membuat syirik terhadap Allah S.W.T.
Ya-Ghaffar
Mereka yang membaca "Ya Ghaffar" sebanyak 100 kali sambil menunggu datangnya solat Jumaat di dalam masjid, insyaallah segala dosanya yang terdahulu akan mendapat pengampunan Allah S.W.T.

AL-MUSAWWIR

Yang Menciptakan Rupa Makhluk - Allah S.W.T. menentukan bentuk dan rupa makhluk-mahkluk-Nya yang beranekan rupa.
Ya-Musawwir
Fadhilah membaca "Ya Musawwir" bagi pasangan suami isteri yang belum dikurniakan anak, akan mendapat anuherah anak yang diinginkannya. membaca "Ya Musawwir" ini sebaiknya mengikut petunjuk pengalamannya berupa puasa selama 7 hari bagi isteri dan 3 hari bagi suaminya serta membaca Asma ini sebanyak 21 kali setiap akan berbuka.

AL-BAARI'

Yang Melepaskan - Al-Baari' adalah nama Allah S.W.T. yang menunjukkan bahawa Zat Allah dapat menghasilkan suatu jenis benda dari benda yang jenisnya lain. Dia juga menjaga keseimbangan dari segala sesuatu.
Ya-Baari'
Bila kita dalam keadaan sulit atau sedang dalam sakit, cubalah baca "Ya baari'" sebanyak 100 kali, insyaallah kita akan terlepas dari kesulitan itu.

Kesan Rumah Hijau

Konsep
Terjadi apabila bahan-bahan pencemar terutamanya karbon dioksida, metana dan hidrokarbon-hidrokarbon yang lain membentuk satu kubah/lapisan yang menyelimuti atmosfera. Lapisan bahan pencemar tersebut bertindak membenarkan bahangan matahari masuk menembusinya tetapi menghalang pembebasan keluar. Kesannya tenaga haba terperangkap dan berkitar pada ruang udara yang sama. Ini akan meningkatkan suhu sekitar.
Gas rumah hijau adalah kumpulan gas yang menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa lepas. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari masuk menembusinya ke bumi tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Kesannya bumi menjadi semakin panas. Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrigen oksida dan lain-lain.
Punca-punca
1. Perindustrian - Industri yang membebaskan CFC dan halon seperti industri pendingin udara, keluaran foam, aerosol dan kimia.
2. Ujian nuklear - pelancaran peluru berpandu oleh USA dan Rusia telah mewujudkan lubang ozon di benua Antartika. Kini, saiznya adalah dua kali ganda benua Eropah.
3. Kenderaan yang menggunakan petrol sebagai bahan bakar terutamanya di kawasan bandar besar.
4. Penebangan hutan secara berleluasa menyebabkan imbangan gas karbon dioksida dan oksigen tidak seimbang.
5. Kebakaran hutan, pembakaran terbuka, penggunaan aerosol dan semburan racun serangga, penggunaan alat pencegah kebakaran dalam latihan, pengujian atau semasa kebakaran boleh mengeluarkan halon.
Kesan-kesan akibat fenomena rumah hijau
1. Peningkatan suhu secara global- pada skala mikro boleh menyebabkan kejadia pulau haba.
2. Mengurangkan kelembapan udara- kaeadan kering menyebabkan wap air kurang dalam atmosfera dan seterusnya meningkatkan kandungan partikulat terampai (habuk, debu).
3. Mendorong meningkatkan fenomena el-nino.

AL-KHALIQ

Yang Maha Pencipta - Asma Allah S.W.T. ini menunjukkan Zat Yang Maha Pencipta seluruh alam ini di atas kuasa dan kehandak-Nya juga.
Ya-Khaliq
Jika kita kehilangan barang atau ada anggota keluarga yang pergi tanpa izin, kemudian kita membaca Asma ini sebanyak 5,000 kali, makan dengan pertolongan Allah S.W.T. masalah itu dapat diatasi.

AL-MUTAKABBIR

Yang Memiliki Kebesaran - Allah S.W.T. adalah pemilik segala kebesaran Yang Maha Tinggi dan segala makhluk-Nya menjadi tidak bererti di hadapan-Nya.
Ya-Mutakabbir
Mereka yang banyak membaca "Ya Mutakabbir" akan digeruni dari musuh-musuh mereka. Juga bila dibaca sewaktu akan melakukan hubungan kelamin antara suami isteri, dengan seizin Allah isterinya mengandung, insyaallah ia akan dikurniakan anak yang soleh atau solehah.

23 September 2009

AL-JABBAAR

Yang Kehendak-Nya Tidak Dapat Diingkari - Asma' ini menunjukkan sifat Allah S.W.T. yang kehendak-Nya tidak dapat diingkari oleh makhluk-Nya.
YA-JABBAAR
Bila kita membaca "Ya Jabbaar" sebanyak 226 kali setiap pagi dan petang, maka insyaallah orang-orang yang memusuhi kita tidak berdaya terhadap kita serta mereka akan tunduk kepada kita dengan pertolongan Allah S.W.T.

AL-AZIZ

Yang Maha Perkasa - Allah S.W.T. mempunyai kedudukan Maha Tinggi, Maha Mulia dan Maha Perkasa. dia adalah Zat yang memnerikan kekuatan dan ketengguhan yang dengan kekuatan dan ketangguhan-Nya itu mampu menguasai dan mengungguli seluruh alam.

YA-AZIZ

Sesiapa yang membawa "Ya Aziz" 40 kali setiap selesai solat Subuh selama 40 hari, Insyaallah akan sentiasa mendapat pertolongan Allah dan kehidupannya.

AL-MUHAYMIN

Yang Maha Memelihara - Allah S.W.T. adalah yang mengatur dan memelihara serta menentukan rezeki, kehidupan dan umur makhluk-Nya. Dia juga mengawasi dan melindunginya.
YA-MUHAYMIN
Segala gerak-geri kita sentiasa mendapat pengawasan Allah S.W.T. Dengan banyaknya menyebut "Ya Muhaymin" kita sentiasa ada dalam pemeliharaan-Nya, hati menjadi bersih dan terang.

Rasuah dan Kesannya

GEJALA RASUAH DAN KESANNYA
Oleh: Norhafifi Yahya

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.
Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.
Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.
Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)
PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH
Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.
Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.
Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.
PUNCA BERLAKUNYA RASUAH
Antara punca berlakunya rasuah ialah :
a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.
Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.
b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi.
Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
c) Sosial dan budaya.
Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.
d) Modenisasi.
Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.
e) Politik.
Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.
KESAN-KESAN RASUAH
Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.
Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.
LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH
Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :
1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jati diri
Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.
2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan
Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.
3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman
Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.
4.Memudahkan urusan menggunakan ICT
Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

Rasuah dari kacamata Agama

Rasuah dari kaca mata agama

KETIKA mana rasuah itu berlaku? Jenayah rasuah itu benar-benar berlaku apabila ada orang yang memberi wang atau habuan lain dan ada pula orang yang mahu menerimanya dengan tujuan tertentu untuk kepentingan orang yang memberinya. Umpamanya si A memberi sejumlah wang kepada si B dengan tujuan si B mengundi si A. Apabila tiba masa mengundi, si B benar-benar mengundi si A. Mengikut hukum adat yang memberi itu bersalah dan dijatuhkan hukuman. Adapun hukum Allah kedua-dua mereka iaitu yang memberi atau yang menerima bersalah dan tempatnya dalam neraka. Hadis Nabi Muhammad SAW dalam perkara ini sangatlah jelas kerana Rasulallah bersabda "Kedua-dua orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah dihumban masuk ke dalam neraka".
Proses menjatuhkan hukum di dunia ini melalui perbicaraan di mahkamah atau di kamar yang diberi kuasa untuk membicarakannya. Dalam perbicaraan itu mesti ada bukti dan saksi. Saksi dan bukti itulah menjadi asas hakim membuat keputusan mengikut undang-undang yang ada dalam negeri itu atau undang-undang dan peraturan yang ada dalam parti itu. Kadang-kadang orang yang bersalah itu boleh terlepas daripada hukuman kerana bukti tidak cukup atau kerana sebab teknikal.
Ada pun perbicaraan pada hari akhirat kelak, yang menjadi saksi ialah kaki dan tangannya kerana mulut telah dikunci rapat-rapat seperti tersebut dalam surah Yasin ayat 65 yang bermaksud: "Pada waktu itu kami meteraikan mulut mereka dan memberi peluang kepada tangan-tangan mereka memberi tahu kami atas kesalahan masing-masing dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan". Inilah perbicaraan yang akan berlaku di Padang Mahsyar kelak. Satu perbicaraan yang sangat adil tanpa memerlukan peguam lagi.
Rasuah tidak berlaku, jika wang suapan itu tidak sampai kepada tujuan orang yang memberi. Umpamanya si A memberi wang suapan kepada si B tetapi si B tidak juga mengundi si A. Si B beranggapan wang yang diberi itu sebagai derma atau sedekah jariah sahaja kepadanya. Wang yang diberi itu diambil tetapi apabila sampai pada hari mengundi, si B akan mengundi sesiapa sahaja yang layak menduduki tempat yang terpilih itu.
Dalam minggu ini, ramai orang yang hendak mengetahui siapakah pemimpin UMNO yang terlibat dengan politik wang. Yang hendak mengetahui itu bukan sahaja ahli UMNO tetapi juga orang yang berada di luar UMNO sama ada pembangkang atau orang atas pagar. Perkara ini berlaku kerana BN yang bertunggakkan UMNO masih kuat dan sukar ditumbangkan.
Bolehkah UMNO yang bertunggakkan BN itu boleh ditumbangkan kerana gejala politik wang? Inilah perkara yang sangat dibimbangkan oleh bangsa Melayu hari ini. Jika ini berlaku, orang Melayu harus menerima hakikat bahawa Melayu akan hilang kuasanya di dunia ini kerana dipengaruhi oleh politik wang.
Jika UMNO mahu terus berkongsi kuasa dengan komponen parti dalam BN, maka gejala rasuah itu hendaklah dihalang dan disekat oleh mereka yang mewakili Bahagian UMNO dalam perhimpunan agung UMNO akhir bulan ini. Jika ada apa-apa usaha untuk menggagalkan lembaga disiplin UMNO menjalankan tugasnya, maka usaha itu hendaklah dicegah melalui nasihat yang baik dan berhikmah.
Apalah yang untung dengan satu ribu, jika selepas ini anda tidak lagi dipilih sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO? Perkara ini boleh berlaku kerana anda menjadi pengkhianat kepada bangsa dan negara. Perbuatan khianat itu boleh menghilangkan Melayu di dunia ini. Di akhirat kelak orang yang memberi dan menerima rasuah itu akan dicampak ke dalam neraka setelah selesai perbicaraan di Padang Mahsyar nanti.
Perkara ini termasuk dalam Rukun Iman. Percaya kepada hari akhirat dan percaya kepada syurga dan neraka adalah sebahagian daripada Rukun Iman. Mengapa kita mahu menggadaikan segala amalan kita dalam solat lima waktu dan solat Jumaat tetapi akhirnya dicampak ke dalam neraka kerana menerima suapan rasuah politik? Hukuman ini sangat adil kerana di akhirat kelak tangan yang menerima atau memberi suapan itu sendiri menjadi saksi.
DATUK ABD. MANAF AHMAD
Ketua Penerangan
MUBARAK Malaysia.

Aidilfitri 2009

Aidilfitri 2009

Aku rasa kerdil sekali tak kala bertakbir memuji kebesaran-Mu
Sesungguh benar sekali Firman-Mu:
Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian..
Beruntunglah pada siapa yang mendapat hidayah dan petunjuk-Mu Ya-Rabbi...

Aku bersyukur kerana rasa masih dirahmati-Mu Ya-Rahim...
Masih berkesempatan Menikmati Syawal..

Ya-Rahman, Ya-Rahim
Dengan baki hayat ini
Tunjukan daku jalan yang benar
Jalan yang diredhai
Pada-Mu ku pohon pertolongan
Pada-Mu ku pohon keampunan
Pada-Mu ku pohon keberkatan
Pada-Mu ku pohon keredhaan
Pada-Mu ku pohon rahmat....

Moga daku dan ahli keluargaku
Jadi hamba-Mu yang direstui dan dirahmati..
Kekalkan kami dalam keimanan pada-Mu Ya-Rahim.
Kekalkan kami dalam limpahan rahmat-Mu Ya-Rahman

Janganlah palingkan kami dari mengingati-Mu
Janganlah kami dipanggil mengandap-Mu
Sebelum sempat kami menyebut kalimah
La-illah-hailallah..
Takdirkan kami mendapat syafaat kekasih-Mu Muhammad S.A.W
Tiada apa lebih bermakna
Selain mendapat rahmat dan keredhaan-Mu
Moga jadilah kami orang yang datang pada-Mu
Bersih sesuci lebaran aidilfitri.

NikMie
September 22
12.31 a.m
TS

AL-MUKMIN

Yang mengurniakan Keamanan - allah S.W.T. memberikan kurnia keamanan kepada Makhluk-Nya, kerana Dia adalah Zat yang menjadi sumber keamanan dan ketenteraman itu. Demikian juga Zat yang membenarkan Rasul-rasul-Nya dengan memberikan mukjizat yang merupakan bukti kebenaran mereka. Di samping itu Allah S.W.T. memenuhi janji-janji-Nya yang diikrarkan kepada hamba-hamba-Nya serta yakin bahawa perbuatannya itu baik dan benar.
YA-MUKMIN
Jika kita mengharapkan agar diri kita, keluarga dan harta benda kita aman dari segala gangguan, maka bacalah lafaz "Ya Mukmin" setiap hari sebanyak 136 kali. Dengan memahami dan menghayati Asma' ini, kita diharapkan mendidik diri sendiri serta berusaha menyelamatkan diri dan lingkungan dari perbuatan-perbuatan jahat.

19 September 2009

AS-SALAAM

Yang Maha Sejahtera - Allah S.W.T. adalah segala sumber kesejahteraan dan Dia Maha Pembuat kesejahteraan bagi makhluk-Nya. Zat-Nya adalah Yang Maha Sejahtera dari segala marabahaya yang biasa menimpa makhluk-Nya.

YA-SALAAM

Rasulullah S.A.W. setelah solat fardhu selalu membaca istighfar tiga kali, lalu membaca, " Allahumma antas salam wa minkas salaam tabarakta Rabban wata'aalaita ya zal jaaali wal ikram" (Hadis Riwayat Muslim).

Bila kita membaca "Ya Salaam" sebanyak 136 kali, maka insyaallah penyakit-penyakit yang kita derita akan sembuh. Demikian pula bila kita mengunjungi orang sakit dan membaca "Ya Salaam" sebanyak 136 kali. Insyaallah akan membantu kesembuhannya.

AL-QUDDUS

Yang Maha Suci - Allah S.W.T. adalah Zat yang Maha Suci dari segala noda, sifat rendah, sifat baru dari makhluk-makhluk-Nya, dan Maha Suci Pula dari segala perkiraan orang-orang yang sesat, kafir, musyrik dan munafik.

YA-QUDDUS

Menurut keterangan Al-Fairuzabadi, Rasulullah S.A.W. biasa membaca 'Subhaanal Malikil Quddus' sebanyak tiga kali setalah solat witir. Setelah itu di sambung dengan membaca 'Rabbul Malai'ikati war Ruh'.

Bila kita membaca lafaz "Ya Quddus" sebanyak 100 kali setiap hari setelah tergelincir matahari, insyaallah hati kita bersih dan suci dari rasa sombong, serakah, iri hati, dengki dan sebangainya.

AL-MALIK

Raja Yang Maha Berkuasa - Allah S.W.T adalah Zat Yang Maha Berkuasa, Maha Pencipta dan Menjaga Hukum-hukumNya atas alam semesta.

YA-MALIK

Dengan berzikir "Ya Malik" sebanyak 121 kali setiap pagi atau setelah tergelincir matahari, maka dengan izin Allah kita akan sentiasa dihargai orang secara wajar serta hidup berkecukupan.

18 September 2009

Bioteknologi

Bioteknologi

Merupakan satu bidang sains di mana benda hidup digunakan untuk penghasilan produk atau untuk melakukan sesuatu tugasan untuk manusia. Tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga microorganisma seperti bakteria telah digunakan untuk menghasilkan kebaikan kepada manusia.

Dalam bidang industri perubatan dan pertanian, bioteknologi bantu dalm penghasilan makanan, ujian untuk mengesan penyakit dan untuk melupuskan sisa. Bioteknologi boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dan untuk membantu dalam penyelidikan.

Bioteknologi biasanya terbahagi kepada 3 bahagian - bioteknologi merah, putih dan hijau.

Bioteknologi merah adalah berkaitan dengan mikroorganisma yang telah diubah bahan genetiknya yang digunakan untuk menghasilkan produk seperti insulin dan vaksin untuk kegunaan perubatan.

Bioteknologi putih melibatkan penciptaan bahan kimia berguna untuk sektor perindustrian melalui organisma-organisma seperti kulat dan yis. Jenis bioteknologi ini juga dikenali sebagai bioteknologi kelabu.

Bioteknologi hijau, juga dikenali sebagai bioteknologi pertanian, berurusan dengan aplikasi-aplikasi yang bertaut kepada pertanian. Ianya melalui penyelidikan bioteknologi merah dapat menghasilkan antibiotik untuk jangkitan berbeza-beza dan vaksin untuk menguatkan sistem keimunan dan mengesan dan mengubati sebarang kecacatan genetik dan penyakit telah dihasilkan. Bioteknologi merah juga membantu dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-vitro, penghasilan profil DNA, forensik dan teknologi permindahan. Hanya dengan pertolongan bioteknologi putih yang membantu persekitaran untuk membolehkan pengawalan haiwan dan tumbuhan perosak.

Bioteknologi telah membantu dalam pembersihan tumpahan minyak, melindungi spesis yang terancam dengan menyimpan DNA untuk penyelidikan pada masa akan datang dan menolong mengasingkan sebarang nutrien yang berlebihan dalam tanah mahupun dalam air.

Penyelidikan dalam bioteknologi juga bertujuan untuk pengekstrakan logam dari tanah untuk menyediakan perlombongan yang bersih, mengesan periuk api dan pembersihan logam arsenik dan logam lain yang mencemar.

Bioteknologi hijau melibatkan manipulasi tumbuhan dan haiwan untuk menghasilkan spesis yang lebih mesra alam sekitar dan produktif. Pembangunan pelbagai jenis gandum yang tahan penyakit dengan cara pembiakan silang jenis gandum yang berbeza adalah satu contoh bioteknologi hijau.


Pulau Haba

KONSEP PULAU HABA

- Peningkatan terhadap suhu di pusat bandar sehingga beberapa darjah celcius melebihi daripada suhu sekitaran di pinggir bandar . Bangunan konkrit , jalan berturap, medan letak kereta berbitumen merupakan bahan yang menggalakkan proses pengaliran haba dan menyimpan haba pada siang hari sebagai haba pendam dan dibebaskan pada waktu malam bagi mengimbangi kehilangan haba di permukaan bumi.


Ciri-ciri cuaca bandar yang mengalami fenomena pulau haba

1. suhu yang lebih tinggi berbanding kawasan pinggir bandar.

2. Kelembapan udara yang rendah.

3. Kekerapan berlakunya hujan perolakan yang lebih tinggi berpunca kadar sejatan yang tinggi oleh haba yang lebih banyak tersimpan di bandar. Hujan biasanya di sertai kilat dan petir.

4. Tekanan udara yang rendah akibat suhu yang tinggi kesannya angin bertiup masuk dari luar ke pusat bandar... kejadian ini dinamakan badai.

5. Komposisi udara yang tebal diselimuti jerebu dan bahan pencemar khususnya dalam keadaan udara yang lebih kering.


Punca fenomena pulau haba

1. Kekurangan litupan tumbuhan atau pokok peneduh yang mampu bertindak menyederhanakan suhu kesan penyahutanan untuk proses pembandaran.

2. Adanya banyak bahan atau sumber yang boleh menyerap dan menyimpan haba/bahangan matahari sebagai haba pendam seperti bangunan konkrit, tar/bitumen, aspalt, bahan-bahan pencemar udara dan sebagainya.

3. Perlepasan banyak gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, hidrokarbon dari sumber kenderaan, kilang industri yang mampu memerangkap bahangan.

4. Perlepasan banyak tenaga haba di bandar berpunca dari janakuasa kilang, sumber kenderaan bergerak dan juga metabolisme badan manusia sendiri yang ramai tinggal di bandar.


Langkah mengurangkan fenomena pulau haba

1. Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar atau program penghijauan bandar dengan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rizab bandar. Pokok-pokok ini mampu mengekalkan kelembapan udara di samping menyerdahankan suhu.

2. Mengawal aktiviti perlepasan gas-gas rumah hijau secara sewenang-wenangnya dari sumber kenderaan, industri dan pembakaran terbuka menerusi penguatkuasaan undang-undang.

3. Mengurangkan penggunaan sumber bahan api fosil yang banyak membebaskan gas rumah hijau sebaliknya mengunakan atau memanafaatkan sumber tenaga alternatif seperti tenaga suria dan hidro elektrik.

4. Mengurangkan penggunaan peralatan yang banyak membebaskan CFC seperti pendingin hawa, peti sejuk, alat-alat semburan yang jelas boleh menipiskan lapisan ozon yang kelak mempengaruhi kemasukan bahangan matahari ke bumi tanpa halangan.

5. Melaksanakan kempen kesedaran khususnya kepada penduduk bandar seperti kempen kongsi kereta. menggunakan sistem pengangkutan awam yang mampu mengurangkan perlepasan gas-gas rumah hijau di bandar.

Taufan

Taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya memeluwap. Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika, putarannya melawan jam di hemisfera utara dan mengikut arah jam di hemisfera selatan.

Sesebuah taufan boleh diklasifikasikan mengikut keamatan angin seperti berikut:-

1. Gangguan tropika

Sistem ribut petir yang tertumpu di kawasan bertekanan rendah dengan kelajuan angin kencang kurang daripada 60 km/j. Mata taufan tidak terbentuk pada peringkat ini.

2. Ribut tropika

Sistem ribut petir kuat dengan kitaran permukaan tertentu serta kelajuan angin maksimum antara 60-120 km/j. Bentuk siklon sudah mula terbentuk, tetapi mata taufan biasanya masih belum terbentuk.

3. Taufan

Ribut tropika dengan angin kencang melebihi 120 km/j. Mata taufan mula terbentuk, memudahkan taufan dikesan melalui imej satelit.


Kesan taufan

* Taufan yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.

* Di daratan pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda, menjadikan puing-puing kepada objek terbang yang boleh membunuh. Selain itu, taufan juga mengakibatkan banjir besar.

* Sejak dua kurun yang lalu, taufan bertanggungjawab menyebabkan kematian lebih kurang 1.9 juta mangsa di seluruh dunia

Jerebu

Konsep Jerebu

-Peningkatan bahan terampai dalam atmosfera melebihi dua kali ganda jumlah yang berkeadaan normal mengikut indek pemcemaran udara (IPU). Bahan-bahan terampai seperti habuk, debu, jelaga, asap dan lain-lain yang di hasilkan oleh fenomena semulajadi alam seperti letupan gunung berapi dan kebakaran hutan akibat petir. Jerebu juga di sumbangkan oleh aktiviti manusia seperti kegiatan perindustrian. kenderaan bermotor, pembakaran terbuka dan lain-lain. Jarak penglihatan/pandangan menjadi terhad iaitu kurang dari 1 kilometer.


KANDUNGAN JEREBU
Bahan Sumber pengeluarnya

1. Partikulat terampai - Asap kebakaran hutan, pembakaran terbuka, debu letusan gunung berapi, perlepasan asap kenderaan khususnya yang berkuasa diesel serta loji tenaga dan kilang

2. Sulfur dioksida - Letusan gunung berapi, loji tenaga, industri berat dan enjin diesel

3 Karbon monoksida dan karbon - loji tenaga , idustri menggunakan dioksida bahan api fosil, sumber kenderaan bergerak khususnya yang menggunakan minyak diesel dan berplumbum

4. Nitrogen dioksida - loji tenaga, industri berat dan kenderaan bermotor

5. Plumbum - industri tertentu dan cat yang berasaskan plumbum serta sumber kenderaan.
Punca-punca

1. Letupan gunung berapi
2. Kebakaran hutan.
3. Pembakaran terbuka
4. Perindustrian
5. Kenderaan bermotor

Kesan komponen utama jerebu

1. Karbon monoksida - melemahkan pengecutan jantung serta merendahkan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah. Mengurangkan keupayaan beriadah dan merbahaya bagi pengidap penyakit jantung yang kronik.

2. Sulfur dioksida - meruncingkan lagi masalah penyakit yang sedia ada terutamanya bronkitis. Mengganggu saluran pernafasan pengidap penyakit asma dan batuk.

3. Nitrogen dioksida - merangsang hidung dan tekak terutamanya yang mengidap asma. Meningkatkan jangkitan penyakit melalui udara.

4. Plumbum - merosakkan sistem saraf dan otak.

5. Partikulat terampai - meruncingkan penyakit paru-oaru dan jantung, mengubah ketahan badan melawan bahan yang disedut dan merosakkan tisu paru-paru terutamanya yang berpenyakit jantung dan paru-paru kronik.



Kesan-kesan jerebu

1. Memburukan lagi masalah mereka yang menghidapi asma dan penyakit-penyakit berkaitan pernafasan.
2. Menjejaskan penglihatan.
3. Menyebabkan kemalangan jalanraya, pelanggaran kapal laut dan menjejaskan perkhidmatan pengangkutan udara.
4. Menjejaskan hidupan akuatik apabila suhu meningkat.
5. Menjejaskan proses fotosintesis seterusnya mengurangkan produktiviti sektor pertanian.
6. Meningkatkan kejadian hujan asid.
7. Meningkatkan suhu tempatan dan kesan rumah hijau.
8. Menghalang pembalikan bahangan matahari ke atmosfera.


Langkah-langkah mencegah/mengatasi

1. Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

-Denda, kompaun, tarik lesen pihak-pihak yang menyumbang kepada pencemaran udara seperti melakukan pembakaran terbuka.
-laporan EIA bagi setiap projek pembangunan yang hendak dijalankan kepada Pengarah JAS.

2. Pengurusan strategik

- Mengurangkan penggunaan bahan api fosil dengan menggunakan sumber tenaga alternatif seperti gas, suria dan kuasa eletrik hidro.

- mengantikan kaedah tebang bakar kepada tebang reput dalam sektor pertanian.

- mengalakkan perkongsian kereta dan penggunaan pengangkutan awam.

- mewujudkan zon perindustrian .

- menjalankan usaha pembenihan awan untuk menghasilkan hujan tiruan

- merenjis wap-wap air dari bangunan tinggi di bandar

- menggunakan penapis pada ekzos kenderaan dan pengunaan petrol tanpa plumbum

- mewujudkan bandar dalam taman agar tumbuhan menyumbang wap-wap air yang membolehkan pembentukan awan seterusnya menurunkan hujan bagi memendapkan habuk dan partikel terampai dalam atmosfera

3. Pendidikan

- kempen sayangi alam sekitar dan kepentingan menjaga persekitaran dari pencemaran.

- pendidikan melalui subjek di sekolah


Skala Indek Pencemaran udara (IPU)

Skala Indek IPU Status Kualiti Udara
0-50 Baik
51-100 Sederhana
101-200 Tidak sihat
201-300 Sangat tidak sihat
301-500 Berbahaya
Lebih daripada 501 Darurat boleh diisytiharkan


Sumber: Jabatan Kaji Cuaca Malaysia

Banjir Kilat

Konsep banjir Kilat

- Satu fenomena banjir yang berlaku dalam tempoh yang singkat/beberapa jam sahaja. Akibat curahan hujan yang lebat dalam jangka masa yang singkat terutamanya di kawasan yang tertutup dengan bitumen/aspalt seperti di kawasan bandar.


Punca-punca Banjir Kilat

1. Kegiatan ekonomi
-Pertanian, Pengangkutan, Perindustrian.
2. Proses Pembandaran/Urbanisasi- kawasan bandar diturap menyukarkan proses resapan.
3. Pengurusan Peparitan yang tidak cekap.
4. Sungai yang cetek disebabkan bahan mendap/pembuangan sampah sarap.
5. Jumlah hujan yang lebat.
6. Aktiviti penyahhutanan untuk pembangunan seperti petempatan, pembandaran, perindutsrian.
7. Pembalakan di kawasan tadahan hujan.


Kesan-kesan

1. Merosakkan harta benda: barang-barang perniagaan
2. Menjejaskan aktiviti harian: sekolah, perniagaan dll.
3. Menjejaskan sistem lalulintas: jalanraya dinaiki air.
4. Merosakan tanaman.
5. Pencemaran sampah sarap dan bau.


Langkah-langkah mencegah banjir kilat

1. Menguat kuasa undang-undang di bawah Akta Alam Sekitar 1974 seperti mengenakan denda, kompaun, menarik lesen terhadap pihak yang membuang sampah ke dalam sungai, menyebabkan hakisan tanah dll.

2. Mengawal proses pembandaran.

3. Menghadkan ativiti penyahutanan dan pembalakan.

4. Mengekalkan kawasan tadahan air dan kawasan yang mampumenakung air di bandar.

5. Memperdalamkan sungai dan meningkatkan aspek pengurusan sistem perparitan.

6. Kempen sayangilah sungai dan gotong royong membersihkan sungai.

7. Laporan EIA untuk projek-projek pembangunan.




Hujan Asid

Konsep

-Air hujan yang mengandungi tahad keasidan yang tinggi (pH kurang 5) seperti air hujan yang mengandungi asid sulfirik dan asid nitrit. Pembentukannya berkait rapat dengan proses kondensasi yang dijalankan oleh bahan-bahan pencemar di udara seperti sulfur dioksida, nitrus dioksida, karbon dioksida dan lain-lain lagi. Bahan-bahan pencemar ini berfungsi sebagai nukleus kondensasi yang mampu menyerap/menarik wap-wap air ke arahnya, menjadi tepu dan akhirnya turun sebagai hujan asid.

Punca-punca

1. Perindustrian
2. Kenderaan bermotor
3. Stesen janakuasa elektrik
4. Letupan gunung berapi
5. Pembakaran terbuka

Punca daripada kegiatan manusia

1. Kegiatan industri : menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.

2. Proses peleburan bijih timah : peleburan yang banyak akan membebaskan gas sulfur dioksida terutamanya peleburan timah kuprum.
Aktiviti sistem pengangkutan : asap ekzos membebaskan gas nitrogen dioksida dan nitrik oksida semasa pembakaran pada suhu tinggi di silinder kereta.

3. Kegiatan pertanian : penggunaan baja nitrogen akan menghasilkan gas nitrogen, pembakaran terbuka bungkusan plastik baja dan sisa kayu membebaskan sulfur dioksida dan pereputan najis lembu akan membebaskan gas metana dan oksida nitrus menyebabkan hujan asid nitrik.


Punca semulajadi

1.. Letupan gunung berapi membebaskan gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan karbon monoksida.

2. Penguraian bahan organik : aktiviti bakteria dalam tanah menukarkan nitrat kepada nitrit dan menghasilkan gas nitrogen semasa hujan kilat. Selain itu, penguraian bahan organik dan najis haiwan oleh bakteria anaerobik mengakibatkan penurunan sulfur seperti desulfovibrio di mana ianya menukarkan sulfat kepada hidrogen sulfida. Anaerobik beerti dalam keadaan tidak beroksigen biasanya di kawasan air bertakung seperti di kawasan tanah lembap. Dalam proses penurunan sulfat ini, bakteria mendapatkan tenaga untuk hidup. Hidrogen sulfida bergabung dengan oksigen (udara) untuk membentuk sulfur dioksida. Sulfur dioksida ini bertindak balas dengan air hujan dan menghasilkan hujan asid.

3. Semburan Lautan : lautan memang kaya dengan kandungan klorida dan sulfat yang terdapat di atas permukaan atau di bawah lautan. Fitoplankton marin adalah merupakan sumber penting dalam edaran sulfur di lautan di mana ianya akan membebaskan bahan sulfur yang mudah meruap seperti dimethylsulfida (DMS). Kandungan DMS di udara akan dioksidakan kepada sulfat dan menghasilkan hujan asid. Fitoplankton membebaskan DMS untuk melindungi diri daripada kesan negatif kemasinan tinggi lautan dan kesan pembekuan.

4. Kebakaran hutan membebaskan gas-gas pencemar seperti gas nitrogen dioksida.


Kesan-kesan hujan asid

1. Merosakkan tanaman dan tumbuhan.
2. Meningkatkan keasidan tanah dan air.
3. Menganggu kesimbangan ekosistem seperti ekosistem akuatik dan ekosistem hutan.
4. Melunturkan warna bangunan , mempercepatkan perkaratan.
5. Menganggu kesihatan manusia.


Langkah Pencegahan/mengatasi

1. Undang-undang - Akta Kualiti Alam sekitar 1974
-mengenakan denda, kompaun, penarikan lesen dan menyita alatan/premis yang mendatangkan pencemaran udara/pembebas gad tercemar tanpa mematuhi peraturan.
-laporan Impak Alam Sekitar (EIA) bagi setiap projek pembangunan.

2. Pengurusan strategik antaranya:
-Penggunaan petrol tanpa plumbum
-Penggunaan penapis asap/gas tercemar di cerobong asap.
-mewujudkan zon industri
-menggalakan penggunaan kenderaan awam/perkongsian kereta
-mengawal aktiviti pembakaran hutan/terbuka
-menggunakan janakuasa hidro/gas

3. Pendidikan
-kempen , forum, seminar berkaitan penjagaan alam sekitar khasnya berkaitan pencemaran udara.
-Penerapan aspek memetingkan penjagaan alam sekitar melalui subjek di sekolah/IPT.


Bagaimanakah hujan asid terhasil..?

Hujan asid terbentuk hasil gabungan air hujan dengan komponen-komponen tertentu seperti karbon dioksida (CO2), sulfur dioksida (SO2), nitrous oksida (NOx), hidrokarbon, arsenik, kadmium, plumbum, merkuri, nikel, zink dan logam toksid.

Hujan asid terdiri daripada dua jenis;

a) Hujan asid lembap (mendapan basah)

b) Hujan asid kering (mendapan kering)

Hujan Asid Lembap

Fenomena ini berlaku apabila pebakaran bahan api fosil dibakar dalam jumlah yang banyak sehingga membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan-bahan ini kemudiannya disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan akan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila kepekatan asidnya tinggi. Hujan asid jenis ini aktif berlaku semasa hujan yang disertai dengan kilat.

Nitrogen + Oksigen → Nitrous oksida → Nitrogen dioksida (NO2) + air hujan (H2O) → Asid nitrik dan asid nitrus


Hujan Asid Kering

Gas sulfur dioksida, nitrogen oksida dan asid nitrik serta aerosol asid juga termendap apabila tersentuh dan terlekat pada permukaan tumbuhan, tanah dan bahan lain dalam keadaan cuaca baik. Bukan itu sahaja, asid-asid tersebut melekat pada zarah-zarah terampai di udara dan akan termendap ke permukaan tanah, bangunan dan tumbuhan dan ini menyebabkan berlakunya pemendapan kering berasid. Gas berasid ini bertindak balas dengan oksigen di atmosfera membentuk pelbagai jenis asid (asid sulfur trioksida, asid sulfurik, asid nitrus dan asid nitrik).

Antara contoh proses : letupan gunung berapi di mana gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan kerbon monoksida bertindak balas dengan air hujan menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.

Penipisan Lapizan Ozon

Konsep Penipisan lapisan Ozon.

- Berlaku di ruang Stratosfera. Melibatkan pemusnahan ikatan kovalen tiga atom oksigen yang membentuk lapisan ozon leh Kloroflorokarbon (CFC) dab Halon yang juga dibebaskan daripada industri dan pengguna. CFC mudah bertindak balas dengan atom oksigen dalam ozon membentuk klorin monoksida(GLO). ikatan kovalen GLO akan putus apabila menerima sinar lembayung (UV) matahari dan akan membebaskan atom klorin yang akan menyerang pula atom oksigen yang lain. Proses yang berterusan akan menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan seterusnya meningkatkan kemasukan bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi.


Punca-punca

1. Perindustrian- industri yang membebaskan kloroflorokarbon dan halon seperti industri pendingin hawa, industri keluaran foam, industri aerosol, industri kimia dan lain-lain.

2. Ujian nuklear

3. Penggunaan kenderaan bermotor

4. Penyahutanan

5. kebakaran hutan


Kesan-kesan

1. Gangguan kesihatan seperti strok haba, penyakit kulit. mudah demam, ketarak mata, kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuauca panas.

2. Menjejaskan bekalan air kepada penduduk - Cuaca panas melampau/kemarau menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai dan tasik dan empangan akan terjejas seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk juga terjejas.

3. Cepat merebaknya penyakit seperti taun dan malaria yang amat merbahaya kepada manusia dan boleh membawa maut.

4. Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti riadah kerana cuaca terlalu panas.

5. Risiko banjir laut dan penenggelaman kawasan daratan pantai yang munkin menjadi petempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia meningkat.


Langkah-langkah mengurangkan/mencegah

1. Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
- Denda, kompaun, menarik lesen ke atas penyumbang masalah/punca penipisan ozon.
- Laporan EIA bagi projek pembangunan kepada Pengarah JAS.

2. Pengurusan strategik
- Guna Tenaga alternatif
- Mengurangkan ujian tenaga nuklear
- Mengurangkan pembakaran terbuka
- Sektor pertanian menggunakan kaedah tebang reput, guna baja organik dan teknik kawalan biologi
- Melakukan penghutanan semula/perladangan hutan

3. Pendidikan
-kempen, forum, seminar kepentingan menjaga alam sekitar.
-pendidikan melalui subjek di sekolah.


Kepentingan Ozon

Ozon tertumpu di bawah stratosfera di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali sebagai 'lapisan ozon'. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan tenaga sinaran ultra-lembayung (UV) daripada matahari.

Ozon (O3) dihasilkan apabila O2 menyerap sinaran uv pada jarak gelombang 242 nanometer dan disingkirkan dengan foto-pengasingan dari sinaran bagi jarak gelombang yang besar daripada 290 nm. O3 juga merupakan penyerap utama sinaran uv antara 200 dan 330 nm. Penggabungan proses-proses ini adalah efektif dalam mengekalkan kemalaran bilangan ozon dalam lapisan dan penyerapan 90% sinaran uv.


Kegunaan ozon

Ozon digunakan dalam bidang perubatan untuk mengubati pesakit dengan cara terkawal dan mempunyai penggunaan yang meluas seperti di Jerman. Antaranya ialah untuk rawatan kulit terbakar.

Manakala dalam perindustrian, ozon digunakan untuk:-

1. menyah-kuman sebelum dibotolkan (antiseptik),
2. menghapuskan pencemaran dalam air (besi, arsenik, hidrogen sulfida, nitrite, dan bahan organik kompleks yang dikenali sebagai warna),
3. membantu kepada proses flocculation (proses pengabungan molekul membantu penapis menghilangkan besi dan arsenik),
4. mencuci, dan memutihkan kain (dipaten),
5. membantu mewarnakan plastik,
6. menentukan ketahanan getah.

Laporan EIA

Panilaian Impak Alam Sekitar (EIA)

1. EIA adalah satu proses pencegahan daripada berlakunya kemerosotan kualiti alam sekitar. Penilaian ini bertujuan mengelakkan berlakunya kerugian besar khususnya terhadap alam sekitar akibat kesilapan perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.

2. EIA satu pendekatan yang meyeluruh/holistik ke arah pengurusan alam sekitar yang melibatkan kawalan dan perancangan sumber jaya agar wujud keseimbangan antara kepentingan projek pembangunan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang berkualiti.

3. Oleh itu, sesuatu projek pembangunan khususnya projek mega yang hendak dijalankan, maka pemaju mestilah menyediakan laporan EIA yang lengkap untuk diteliti dan diluluskan oleh pihak berkuasa (Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar). Pihak berkuasa boleh menangguh atau membatalkan sesuatu projek jika tidak menepati kehendak dan syarat yang ditetapkan dalam EIA.


Contoh Aktiviti Kriteria pembangunan yang perlukan laporan

1. Pertanian
i. Skim kemajuan tanah yang melebihi 500 hektar
ii. Program pertanian yang perlukan penempatan semula > 100 keluarga
iii. Pembangunan estet pertanian

2. Lapangan terbang
i. Lapangan terbang yang mempunyai landasan 2, 500 meter atau lebih
ii. Pembinaan lapangan terbang dalam taman negara

3. Saliran dan pengairan
i. Pembinaan empangan dan tasik buatan manusia seluas 200 hektar
ii. Saliran kawasan paya, hutan dara meliputi kawasan seluas 200 hektar
iii. Skim pengairan meliputi 5 000 hektar atau lebih

4. Tebus guna tanah
i. Penebusgunaan kawasan pantai meliputi kawasan seluas 50 hektar

5. Perikanan
i. Pembinaan pelabuhan perikanan
ii. Peluasan kawasan pelabuhan melibatkan 50 peratus atau lebih
iii. Projek akuakultur meliputi kawasan 50 hektar atau lebih

6. Perhutanan
i. Pengubahan hutan bukit meliputi 50 hektar atau lebih
ii. Pembalakan mengubah kawasan tadahan kepada kegunaan lain
iii. Pembalakan melebihi 500 hektar atau lebih

7. Perumahan
i. Pemajuan kawasan perumahan meliputi kawasan seluas 50 hektar

8. Industri
i. Kimia – keluaran melebihi 100 tan metrik/hari
ii. Petrokimia – semua saiz

9. Infrastruktur
i. Pembinaan lebuhraya, pembinaan bandar baru, pembinaan hospital

10. Pelabuhan
i. Pembinaan pelabuhan

Pembangunan Lestari

Pembangunan Lestari

-Adunan pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah.

-Pemuliharaan bermaksus membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus.

-Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia.

-Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan berterusan. Bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.

Akta-akta berkaitan

1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
-pencemaran udara (seksyen 20)
-pencemaran bunyi bising (seksyen 23)
-pencemaran tanah (seksyen 24)
-pencemaran perairan daratan (seksyen 25)
-Pencemaran minyak (seksyen 29)

2. Akta Perhutanan Negara 1984 - seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam hutan simpan.

3. Akta Kerajaan Tempatan 1976- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.

4. Akta Taman Negara 1980- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan

5. Akta Perikanan 1985

AR-RAHIIM

AR- RAHIIM
Yang Maha Pengasih - Allah S.W.T. Maha Pengasih kepada setiap manusia yang beriman, baik di dunia mahupun di akhirat.

YA-RAHIIM
Ar Rahiim mengandungi isyarat halus bagi manusia agar bersifat kasih sayang. Dengan mewiridkan "Ya Rahiim" 100 kali setiap hari, maka orang lain akan menyayangi dan memberi keutamaan kepada kita atas izin Allah S.W.T.

17 September 2009

AR-RAHMAAN

Yang Maha Pemurah -Allah S.W.T. itu Maha Pemurah kepada segala makhluk-Nya yang kemakmuran-Nya itu tidak terhitung lagi.
YA-RAHMAAN
Jika bwezikir dengan membawa "Ya Rahmaan" sebanyak 500 kali setelah selesai solat lima waktu, serta memahami dan menghayati makna Asma-Nya itu akan menuntun kita sifat kasih sayang dan pemurah. Insyaallah dengan demikian atas izin Allah, hati akan menjadi terang dan tidak pelupa.

ALLAH

Dia Pemilik Al Asma'ul Husna. Zat pemilik segala keagungan yang terungkap dalam nama-mana-Nya, yang tidak bercerai dari nama-nama-Nya.
YAA-ALLAAH
Zikir ini disebut zikir Ismudz Zat, yang terkumpul seluruh fadhilah zikir Al Asma'ul Husna. Mereka yang mengamalkan zikir Ismudz Zat dengan hati yang khusuk dan memenuhi segala tertib , rukun dan syaratnya serta semata-mata mengharapkan redha Allah S.W.T, insyaallah mendapat manfaat yang tidak terhingga nilainya.
Berzikir Ismudz Zat sebanyak 5000 kali sehari dengan mengikuti kaedahnya yang benar akan memberikan fadhilah kebersihan rohani yang merupakan syarat mutlak untuk dapat menghubungkan diri dengan Zat Yang Mahasuci. Insyaallah.
Sumber: Tafsir Sufi Asma Al-Husna Imam Al-Qusyairi

F1 Malaysia

Salam 1 Malaysia..

Ambo rasa baguih juga Malaysia try nak bersing dlm teknologi pomotoran ini..
Pada ambo banyak peadah juga mace bagi peluang kerja, peningkatan R&D, pemindahan teknologi..
Rasanya Malaysia melangkah satu step lagi ke depan untuk capai status negara maju..
Malaysia memmang boleh.

Taniah dan syabas diucapkan kepada mereka yg terlibat

16 September 2009

Kalungan Selipar!

Salam 1Malaysia,

Ambo ni tak reghti nak komen lebih-lebih...
tapi bila ambo baca laporan ada pihak yg nak kalung selipar kat negarawan ulung negara....
hati ambok rasa panas jugak weiii...'mace tergigit lada burung'...

sapo dia ni nak kalung selipar kat oghe...
berapa banyak jasa demo weiii...

Sudah sudah lah berpolitik ikut emosi...
lebih baik pikir macam mano nak bangun-majukan negara weii dari duk cari selipar buruk nak buat kalung...

Tun tu duk tegur rasanya nak membina bukan nak memperlekeh...terima ajo lah macam bapak tegur anok weiii...

Tanya tanya diri berapa banyak jaso kito kat negara....

jangan marah eh...

ambo rakyat biaso.

15 September 2009

Diari Konsep Geografi 942/2 Tema 5: Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya

Tema 5 – Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya.

Konsep/Huraian

1. Pengurusan Alam Sekitar: stpm 2006

Usaha dan tindakan merancang dan mengawal selia kelestarian alam sekitar menerusi keupayaan daya tampung sumber alam sekitar ke arah mencapai pembangunan mapan dan berterusan. Pengurusan alam sekitar mencakupi usaha penjagaan, pemeliharaan dan pemuliharaan.

2. Pembangunan Lestari: stpm 2007

Pembangunan yang tidak merosakkan sumber alam dan alam sekitar atau pembangunan mesra alam, iaitu yang dirancang dan mengambil kira kepentingan alam sekitar. Dalam pembangunan lestari, langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar diambil berat. Misalnya, dalam kes pembalakan, satu pokok ditebang perlu diganti dengan satu pokok baru melalui program penanaman semula hutan. Tujuan utama pembangunan lestari ialah memberi manfaat dan memenuhi keperluan bukan sahaja genarasi hari ini tetapi juga generasi akan datang.

3. Pemeliharaan dan Pemuliharaan alam sekitar : stpm 2008

Pemeliharaan mrjk kpd langkah memelihara alam sekitar drp sebarang kerosakan atau kemusnahan akibat di eksploitasi olh manusia secara keterlaluan dan tidak terancang. Pengawalan blh dilakukan melalui kaedah hutan simpan.

Pemuliharaan mrjk kpd langkah membaik pulih alam sekitar yg semakin terancam dan menghadapi kepupusan atau kehabisan. Pengawalan blh dilakukan melalui kaedah penanaman semula dan rawatan sisa.

4. Pemanasan Global

Mrjk kepada peningkatan suhu dunia yg diakibatkan olh kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

5. Kesan Rumah Hijau

Mrjk kpd kewujudan gas-gas rumah hijau khususnya karbon dioksida dan metana yg bertindak membenarkan bahangan m/hari masuk tetapi memerangkap bahangan bumi dr keluar ke angkasa lepas.

6. Penipisan lapisan ozon

Mrjk kpd terputusnya ikatan kovalen tiga molekul oksigen yg membentuk ozon akibat serangan gas CFC dan Halon.

7. Penggurunan

Mrjk kpd pembesaran saiz gurun yg sedia ada hingga melampaui kws pinggirnya atau yg menukarkan sesuatu kws yg sebelum ini bukan gurun kpd ciri-ciri gurun yg tandus dan gersang.

8. Penyahhutanan

Bermakna penghapusan hutan secara besar-besaran utk pelbagai tujuan spt pembalakan, pertanian, pembinaan petempatan dll.

9. Pencemaran udara

Mrjk kpd kehadiran bahan pemcemar udara khususnya gas-gas rumah hijau. Manakala jerebu mrjk kpd kehadiran partikel terampai (PM10) seperti debu, asap, dan habuk di dalam keadaan cuaca kering.

10. Kemerosotan kualiti air

Sumber-sumber air bersih sama ada dr sungai, laut, tasik, kolam, takungan s/jadi, air bawah tanah dan air hujan tercemar atau semakin rendah kualitinya.
Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Manusia STPM

Diari Konsep Geografi 942/1 Tema 5: Sistem Ekologi

TEMA 5 – Sistem Ekologi

Konsep/Huraian

1. Ekologi

Kajian tentang hubungan antara organisma hidup dgn alam persekitarannya. Dlm ekologi tempat tinggal organisma di panggil habitat. Konsep penting dlm ekologi ialah saling bergantung atau saling berinteraksi antara hidupan-hidupan & juga hidupan dgn bukan hidupan yg tinggal dlm habitat itu serta interaksi dgn hidupan dlm habitat yg lain.

2. Ekosistem
Merupakan satu sistem ekologi yg terbentuk hasil interaksi atau saling bergantung antara komponen hidupan (biotik) & bukan hidupan (abiotik) serta dgn linkungannya. Contoh, ekosistem tasik, ekosistem hutan, ekosistem paya bakau.

3. Autotrof:

Tumbuhan yg blh memproses makanannya sendiri dgn menggunakan cahaya m/hari melalui proses fotosintesis. Tumbuhan hijau menggunakan tenaga drp matahari utk menukar karbon dioksida dan air bagi membentuk gula dan mengeluarkan gas oksigen sbg bahan sampingan.

4. Proses Fotosintesis

Proses tumbuhan menghasilkan makananya. Menggunakan CO2 dan menghasilkan O2. Hanya berlaku dlm keadaan bercahaya. Tenaga cahaya amat penting & disimpan dlm bentuk tenaga kimia dlm molekul glukosa yg dihasilkan.

5. Proses Respirasi

Menggunakan O2 & menghasilkan CO2. Molekul glukosa diuraikan dan tenaga kimia yg tersimpan di dlmnya akan dibebaskan.

6. Rantaian makanan

Proses pemindahan atau aliran tenaga yg berlaku dlm konteks hubungan mangsa-pemangsa bersifat sehala.

7. Siratan makanan

Merujuk kpd pemindahan tenaga secara bersilang dan kompleks. Aliran tenaga yg berlaku adalah dr dan ke pelbagai arah dlm hubungan mangsa-pemangsa.

8. Piramid Ekologi

Mrjk kpd aras trofik yg wujud dlm sesebuah ekosistem yg tlh disusun mengikut herarkinya. Tapak piramid mrjk kpd pengeluar yg diikuti oleh pengguna primer-sekunder-tertier sbg herarki tertinggi. Semakin ke puncak bilangan pengguna semakin berkurangan.

9. Aliran Tenaga

Mrjk kpd peringkat-peringkat atau sirkit pemindahan tenaga yg berlaku dlm rantaian makanan atau siratan makanan sesebuah ekosistem. Aliran tenaga mestilah bermula dr tenaga m/hari yg seterusnya tenaga ini akan bergerak dan berubah bentuk dlm aras trofik yg berbeza.

10. Kitar Nutrien: stpm 2008

Bermaksud satu proses kitaran unsur-unsur kimia seperti nitrogen, karbon, kalsium, dan sulfur dalam sesebuah ekosistem yang berlaku secara berterusan dalam tiga fasa yang lengkap iaitu fasa atmosfera, biosfera dan tanih.

11. Ekosistem bakau

Komuniti yg hidup di kws antara pasang-surut laut dan tahan drp air masin di zon pinggir pantai atau dikenali sbg zon literal. Komuniti utama bakau ialah dr keluarga Rhizophora. Terdapat di sekitar muara sungai Perak, sungai Bernam, sungai Rajang dan sungai Baram

12. Ekosistem tasik

Mrjk kpd ekosistem air yg tidak berarus yg dikenali juga sbg ekosistem Lentus sama seperti ekosistem kolam dan perigi. Medium utama dalam ekosistem tasik adalah air.

13. Pembangunan Lestari

Lestari membawa maksud kekal dlm keadaan asal spt pengekalan alam semulajadi. Pembangunan yg mementingkan kesejahteraan hidup yg berterusan utk semua generasi kini dan akan datang.
Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal STPM

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Salam 1 Malaysia

Ambo nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada:

a) Isteri tersayang dan putera-puteri ayip/along
b) Seluruh ahli keluarga
c) Rakan-rakan setugas di KHS
d) Anak-anak didik yg bakal menduduki STPM dan Lower 6
e) Semua Muslimin dan Muslimat

Mohon maaf andai ada salah silap ambo dehhhhh....

14 September 2009

Diari Konsep Geografi 942/1 Tema 4: Sistem Hidrologi

Tema 4 : Bab Air Tanih, Imbangan Air dan Pengurusan Air.

Konsep/Huraian

1. Air Tanih

Ialah semua air yg terdpt di bwh permukaan bumi. Mewakili 95% drp keseluruhan sumber air tawar dunia yg blh digunakan. Berasal drp kerpasan khususnya air hujan & cairan salji yg mengalami susupan & tersimpan di lapisan akuifer.

2. Akuifer

Lapisan batuan yg boleh menakung dan membendung air. Bertindak sbg konduit utk air di dlm tanih mengalir menuju ke sungai.

3. Akuifug

Batuan yg blh menyimpan air tetapi tdk membenarkan air yg disimpannya mengalir. Cth batuan granit.

4. Akuiklud

Batuan yg blh menyimpan air dan membenarkan air mengalir sbg aliran air tanih. Cth lapisan tanah liat dan batuan syal.

5. Keporosan

Merujuk kpd peratus liang pori atau ruang yg wujud antara partikel tanih atau antara mineral batuan yg blh diresapi dan ditakungi olh air tanih.

6. Ketertelapan

Merujuk kpd keupayaan sesuatu jenis batuan utk memindahkan air atau membenarkan air mengalir & meresap melaluinya.

7. Penahanan tentu

Satu ukuran keupayaan batuan menahan atau mengekalkan air selepas ketepuan dicapai.

8. Pekali keterusan

Merujuk kpd keupayaan akuifer utk mengalirkan air melalui satu unit ketebalan akuifer.

9. Pekali simpanan

Merujuk kpd keupayaan akuifer utk mengeluarkan isipadu air pd satu-satu masa tertentu.

10. Edaran air tanih

Merujuk kpd semua bentuk pergerakan air yg menggunakan tanih sbg medium spt aliran subpermukaan, susupan & pergerakan air secara mendatar dlm sistem akuifer.

11. Imbangan air / Imbangan hidrologi

Keseimbangan antara air yg diterima dr atmosfera (input: hujan embun, salji) olh permukaan bumi adalah sama dgn jmlh air yg keluar ke atmosfera (output: sejatan, sejat-peluhan, larian permukaan & storan dlm tanah).

12. Keseimbangan dinamik

Bermaksud keseimbangan air iaitu apabila nilai input, storan dan output tlh mencapai kestabilan w/pun nilai-nilainya sentiasa berubah dlm suatu jangka masa tertentu.

13. Imbangan air negatif

Ditakrifkan sbg kekurangan air yg dialami olh sebuah kws dlm tmph tertentu. Kadar sejatan melebihi kerpasan. Kesannya berlaku kemarau iaitu keadaan kering dan panas tanpa hujan dlm jangka masa yg panjang.

14. Imbangan air positif

Bermaksud jmlh kerpasan melebihi sejatan dlm tempoh yg pjg akan menyebabkan banjir. Banjir adalah keadaan limpahan air atau kenaikan aras air sehingga melebihi daya tampung sesebuah saluran spt sungai, tasik dan laut lalu mengalir melimpahi ke kws sekitar khususnya di kws tanah rendah.

15. Banjir sungai

Berlaku apabila isipadu air sungai adalah lbh besar berbanding kemampuan alur-alur sungai utk menampung isipadu air.

16. Banjir laut

Berpunca dari gelombang ombak yg besar-tsunami yg menyebabkan kenaikan aras laut secara mendadak, air pasang besar yg berlaku apabila kedudukan bulan, bumi dan m/hari selari. Kesannya banjir ini merosakan kws pertanian, petempatan & harta benda.

17. Banjir Kilat: stpm 2005

Ditakrifkan sebagai peningkatan aras air permukaan yang cepat terutamanya di kawaan bandar yang disebabkan curahan hujan lebat dalam tempoh masa yang singkat dan air akan surut dalam tempoh yang singkat juga.

18. Banjir tasik

Berlaku apabila paras air dlm tasik meningkat naik melebihi daya tampung tasik tersebut di sebabkan hujan lebat berterusan dan pencairan salji.

19. Kemerosotan Kualiti Sumber air

Bererti pencemaran terhdp sumber air iaitu sumber air bersih sama ada dr sunga, tasik, laut, kolam dan takungan s/jadi, air bawah tanah dan air hujan tercemar atau kualitinya semakin rendah. Indeks kemerosotan kualiti air bersih di ukur melalui indikator seperti Permintaan Oksigen Biologikal (BOD), kandungan bakteria Echerichia Coli, kandungan ammoniakal nitrogen (NH3-N), kandungan pepejal terampai (SS), nilai keasidan (pH) dan perubahan warna dan bau di dlm sesuatu sumber air.

20. Hidrologi bandar

Satu edaran hidrologi tempatan yg melibatkan tiga medium penting iaitu atmosfera bandar, daratan bandar dan sumber air di bandar.

21. Pengurusan Sumber air Lestari

Melibatkan perancangan, analisis, penilaian, penggunaan, impak dan ramalan terhadap sumber air secara sistematik, cekap & optimum tanpa membazir utk menjamin bekalan air kpd pengguna sentiasa bersih dan berterusan.


* Nilai BOD yg tinggi bermakna kandungan oksigen terlarut dlm air adalah rendah.

* Ini menunjukkan bhw air tlh tercemar. Sebaliknya nilai BOD yg rendah bermakna kualiti air itu adalah baik dgn kandungan oksigen terlarut yg tinggi iaitu air tidak tercemar.

* Larutan metilena biru biasanya digunakan untuk menguji kehadiran oksigen dlm air. Kadar BOD yg tinggi menyebabkan warna metilena biru dilunturkan dgn cepat.

Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal STPM

Diari Konsep 942/1 Tema 4: Sistem Hidrologi

TEMA 4 – Sitem Hidrologi

Konsep/Huraian

1. Kitar Hidrologi
Menerangkan pertukaran air yg berterusan dlm berbagai bentuk seperti wap, cecair & pepejal yg melibatkan berbagai ruang sa,a ada ruang hidrosfera, atmosfera, biosfera & ruang litosfera. Merujuk kpd sistem edaran air yg melibatkan storan & laluan utk air tersebut berputar & bertukar bentuk dr satu tahap ke tahap lain.

2. Sejatan (menyumbang 90% lembapan atmosfera)
Proses penukaran air drp bentuk cecair kpd wap air apabila tekanan wap pd permukaan air lbh tinggi drp tekanan udara di dlm atmosfera yg belum mencapai tahap tepu. Memerlukan cukup haba utk memanaskan permukaan air yg membolehkan air tersejat.

3. Sejat peluhan
Merujuk kpd kehilangan air dari proses sejatan secara langsung, sejatan dari tanih dan proses perpeluhan dari tumbuhan. Sejat-peluhan adalah asal usul proses yg memulakan edaran air dlm kitaran hidrologi.

4. Sejat peluhan potensi
Kuantiti air yg blh disejatkan drp permukaan tanih & perpeluhan drp tumbuhan jika tanih itu mengalami lembapan yg optimum.

5. Sejat peluhan sebenar
Kuantiti air yg sebenarnya disejatkan drp tanih & perpeluhan tumbuhan dlm satu jangka masa yg tertentu di bawah keadaan lembapan tanih & tumbuhan yg berubah-ubah.

6. Pemeluwapan/Kondensasi
Satu proses pertukaran wap-wap air kpd cecair spt hujan atau pepejal spt salji. Proses ini penting kpd kitaran air krn kondensasi penting dlm proses pembentukan awan utk menghasilkan hujan bagi mengembalikan air yg tersejat ke bumi.

7. Penyejukan adiabatik
Kejatuhan suhu dlm jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dlm atmosfera.

8. Kerpasan: stpm 2006
Bermaksud lembapan yang terdapat di atmosfera terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalam pelbagai bentuk pepejal seperti salji, hujan batu dan hujan beku serta bentuk cecair, iaitu hujan atau embun. Kesemua bentuk kerpasan ini turun ke permukaan bumi dalam intensiti yang berbeza.

9. Hujan
Titisan air yg turun dari awan. Terjadi melalui proses pemeluwapan sehingga terbentuk bintik-bintik air yg kemudiannya bercantum antara satu sama lain menjadi lbh berat & tepu sehingga melebihi daya apungannya dlm atmosfera lalu turun sbg hujan.

10. Hujan Perolakan
Bermula dgn sejatan yg berlaku di permukaan bumi atau lautan oleh bahangan bumi yg menyebabkan jisim udara mengembang & naik ke bersama-sama wap air di dlmnya. Udara yg naik ini mengalami penyejukan adiabatik sehingga mencapai takat embun (0o C) & awan ini dikatakan mencapai tahap tepu yg akan menurunkan hujan diserta kilat dan petir pada lewat petang.

11. Hujan Perenggan
Berkait dgn pertembungan dua jisim udara yg berlainan suhu. Apabila udara panas & udara lembap bertembung ia akan mewujudkan satu sempadan yg dikenali sbg garis/zon perenggan.

12. Hujan Bukit
Sering berlaku di banjaran gunung yg mengadap arah tiupan angin laut yg membawa awan lembap & dipaksa naik mengikut cerun bukit mengadapnya. Hujan turun bila udara mengalami penyejukan adiabatik.

13. Salji
Hablur-hablur ais yg terdiri drp pelbagai bentuk yg terjadi akibat pemeluwapan dlm jisim udara yg sedang naik & disejukan kpd suhu bwh dari takat beku. Salji terjadi apabila paras beku terlalu hampir dgn permukaan bumi (bwh drp 300 m) yg menyebabkan hablur ais tidak sempat cair sebelum tiba di bumi.

14. Hujan Beku
Hujan yg turun bercampur dgn salji. Berlaku apabila titisan air hujan yg jatuh melalui lapisan udara yg bersuhu takat beku maka titisan air juga akan membeku menjadi bintik ais yg kecil & jernih sifatnya.

15. Hujan Batu
Kerpasan dlm bentuk pepejal yg paling berat dan kasar. Terjadi dlm keadaan ribut atau angin kencang yg mengolakkan titisan hujan ke satu paras di bawah takat beku mengakibatkan titisan hujan akan membeku dan menjadi besar & berat & turun sbg bebola ais.

16. Embun Beku
Merupakan kabut beku terbentuk akibat mendapat kabut tebal apabila objek-objek bersuhu sub-beku bersentuhan dgn kabut. Kesannya bintik-bintik kabut yg halus akan membeku & melekat di permukaan yg sejuk tersebut.

17. Pintasan/ Cegat Silara
Merujuk kpd halangan drp kanopi (silara) tumbuhan terhadap air hujan yg turun. Halangan ini dtgnya dr daun , ranting, dahan, batang dll yg menyebabkan tdk 100 % titisan hujan akan menimpa bumi.

18. Air larian
Ditakrifkan sbg baki air hujan yg mengalir sama ada di atas permukaan bumi, subpermukaan atau dlm sungai setelah jmlh keseluruhan hujan ditolak dgn yg mengalami sejatan, pintasan, susupan & yg digunkan olh tumbuhan.

19. Air larian permukaan
Terjadi apabila keupayaan susupan tanah dilepasi dimana titisa air hujan tidak lagi dapat masuk ke dlm tanah apabila semua rongga-rongga porinya tepu dipenuhi air oleh titisan sebelumya.

20. Larian air subpermukaan
Air yg telah menyusup ke dalam tanah blh mengalir di bwh & hampir permukaan bumi bersama partikel-partikel tanah yg tdk stabil masuk ke dlm sungai.

21. Larian air dalam alur (sungai)
Kombinasi antara air larian, air hujan yg terus jatuh ke dlm sungai dan air dlm tanah yg juga memasuki sungai sbg aliran dasar akan terus mengalir dlm bentuk aliran sungai menuju ke laut.

22. Sungai Fana
Alur yg mengalirkan air semasa hujan atau sebaik shj salji cair. Bersifat aliran terus shj dan iannya terdapat di kws gersang atau separa gersang yg tdk mempunyai saluran yg kekal.

23. Sungai jeda
Alur yg mengalirkan air dlm jeda masa tertentu spt dua atau tiga bulan dlm setahun iaitu mengikut musim hujan shj & selebihnya adalah kering.

24. Sungai saka
Alur yg mengalirkan air sungai sepanjang tahun walaupun berlaku kemarau.

25. Susupan/ infiltrasi
Pergerakan air hujan yg berlaku secara menegak menerusi liang-liang pori tanah atau menerusi ruang-ruang udara yg ada di dlm tanah.

26. Sistem akuifer: stpm 2008
Bermaksud satu lapisan air bawah tanah yang terdapat di atas lapisan batuan tidak telap air membentuk stok air tanah yang banyak.
Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal STPM

Iblis Gentar

Iblis gentar
IBLIS gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah dan di bawah ini adalah sebahagian lagi daripada keseluruhan soalan perlu dijawab makhluk dilaknat itu:
Amalan yang menyakiti iblis
Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk dilaknat Allah itu.“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?”
Iblis menjawab panas dan gementar lantas baginda bertanyakan mengapa. Iblis menjawab: “Sebab setiap seorang hamba bersujud sekali kepada Allah dan Tuhan mengangkatnya satu darjat.”
Baginda bertanya lagi: “Jika seorang umatku berpuasa, jika ia berhaji dan jika ia membaca al-Quran.” Iblis menjawab: “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.”
Apabila ditanya jika seseorang umat Muhammad bersedekah, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan membelah tubuhnya dengan gergaji. Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab: “Sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”
Baginda meneruskan soalan: “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?” dan iblis menjawab: “Suara kuda perang di jalan Allah.”
Soal baginda seterusnya: “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?” dan dijawab: “Taubat orang yang bertaubat.”
Nabi Muhammad meneruskan soalan: “Di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?” dan iblis menjawab: “Di bawah kuku manusia.”
Sumber: myMetro>Variasi>Ekpresi 14/09/2009

13 September 2009

Diari Konsep Geografi 942/2 Tema 4 : Globalisasi Ekonomi & Kerjasama Serantau

Tema 4 – Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau

KONSEP/HURAIAN

1. Globalisasi Ekonomi: (tema 4) stpm 2007

Merujuk kpd sempadan ekonomi negara-negara di dunia yg semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yg blh dihubungkan dgn cepat, mudah, pantas dan rapat. Globalisasi juga dikenali sbg dunia tanpa sempadan.

2. Liberalisasi ekonomi

Dasar pasaran bebas yg memberikan peluang kpd sesiapa shj termasuk pemodal asing memasuki & menguasai pasaran & ekonomi sesebuah negara tanpa batas.

3. Deregulasi ekonomi

Dasar penghapusan segala peraturan & sekatan ekonomi yg diamalkan olh sebuah negara yg selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengaliran dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan, pasaran barangan, perkhidmatan dan lain-lain. Cth penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tarif dll.

4. Kerja sama serantau:

Pakatan kerjasama antara negara-negara jiran dalam satu rantau atau wilayah yang sama seperti Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Biasanya negara-negara berkenaan telah bersepakat dan bersetuju untuk bekerjasama dalam beberapa bidang tertentu untuk memenuhi kepentingan bersama atau mencapai keadaan menang-menang. Kerjasama serantau ini seperti kerjasama ekonomi, sosial, politik atau kebudayaan. Contohnya kerjasama serantau yang terkenal ialah ASEAN.

5. Kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA): stpm 2005

Satu persetujuan dalam kalangan negara ASEAN untuk kemudahan memasarkan barangan keluaran negara anggota menerusi kadar cukai yang rendah (kurang 5%) atau memansuhkan langsung duti import bagi membolehkan kemasukan barangan secara bebas dari negara anggota ASEAN.

6. APEC

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ialah satu pertubuhan separuh rasmi yg tlh dibentuk melalui persidangan pertama pd November 1989 di Canberra, Australia.

7. Segi Tiga Pertumbuhan (GT)

Merujuk kpd kerjasama ekonomi pd kws yg lbh kecil di dlm wilayah ASEAN yg melibatkan tiga atau empat buah negara jiran. Cth, IMT-GT yg melibatkan Indon-M’sia-Thai

8. Deklarasi Langkawi

Di keluarkan olh ketua-ketua negara Komanwel di Langkawi pd 21 Oktober 1998 berkaitan persetujuan bersama negara-negara Komanwel utk menjaga, melindungi, & menguruskan alam sekitar secara mapan.
Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Manusia STPM

Diari Konsep Geografi 942/1 Tema 3 - Kerpasan, sistem atmosfera dan manusia

Bab 12: Kelembapan udara dan Kerpasan

Konsep/Huraian

11. Kerpasan
Lembapan yg terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan bumi sbg cecair atau pepejal. Terdapat dalam berbagai bentuk spt hujan, salji, hujan beku, hujan batu, embun beku.

12. Tekanan Udara: stpm 2006
Ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan oleh suatu jisim udara yang berada di atmosfera ke atas permukaan bumi di bawahnya dan lazimnya diukur menggunakan unit milibar (mb).

13. Atmosfera : stpm 2007
Udara nipis yang terdiri daripada empat lapisan yang tidak sama tebal mengikut garislintang, mengandungi pelbagai jenis gas dan berkedudukan hampir dengan permukaan bumi kerana adanya tarikan graviti serta bergerak bersama-sama pergerakan bumi mengelilingi matahari.

14. Pulau Haba: stpm 2005
Didefinisikan sebagai keadaan suhu di kawasan pusat bandar yang lebih tinggi berbanding dengan taburan suhu di kawasan pinggir atau luar daripada kawasan bandar berkenaan.

15. Pemanasan Global: stpm 2007
Fenomena peningkatan suhu bumi daripada keadaan biasa yang berpunca daripada tindakan manusia dan juga faktor semulajadi

16. El-Nino: stpm 2008
Bermaksud peningkatan suhu permukaan laut di lautan Pasifik Barat secara mendadak atau melampau yang mengakibatkan keadaan cuaca di kawasan tersebut mengalami perubahan.

17. La-Nina
Satu fenomena s/jadi yg berlawanan dgn El-nino. La-nina biasanya membawa hujan lebat. Dan mungkin menyebabkan banjir besar.

18. Mikroiklim Bandar: stpm 2008
Bermaksud keadaan iklim bagi satu kawasan bandar dengan ciri-ciri cuaca yang tersendiri akibat pengaruh ciri permukaan bandar.

19. Kesan rumah hijau
Merujuk kpd pemerangkapan bahangan matahari oleh lapisan selimut karbon dioksida yg terbentuk di ruang atmosfera.

20. Penipisan lapisan ozon
Merujuk kpd terputusnya ikatan kovalen tiga atom oksigen (O3) yg selama ini membentuk lapisan ozon akibat serangan kloroflorokarbon (CFCs) di lapisan startosfera.

21. Pencemaran udara
Didefinisikan sbg kehadiran satu atau lebih drpd bhn cemar spt gas, bhn berbau, habuk, zarah, debu, dan sbgnya di dlm atmosfera yg mana ia blh menyubah kuantiti, kualiti dan sifat atmosfera tersebut dan akhirnya blh memberi kesan negatif sama ada kpd manusia, tumbuhan, binantang serta persekitaran fizikal sesuatu kws.

22. Jerebu
Ditakrifkan sbg partikel terampai di atmosfera dlm kepekatan tinggi. Terbentuk dlm keadaan cuaca kering dan udara yg stabil yg menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti atmosfera.

23. Hujan asid
Air hujan yg mengandungi tahap keasidan yg tinggi ( pH kurang dari 5) spt air hujan yg mengandungi asid sulfurik dan asid nitrit. Berlaku apabila bhn-bhn pencemar udara spt sulfur dioksida, nitrogen dioksida bertindak sbg nukleas kondensasi mencatumkan wap-wap air menjadi bintik dan titisan air.
Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal STPM

12 September 2009

Fikir-fikir sebelum beli

Faktor pertimbangan sebelum beli kenderaan
Oleh Mohd Razlan Sallehmrazlan@nstp.com.my

INDUSTRI automotif adalah perniagaan mencabar dengan banyak model terbaru dilancarkan setiap bulan oleh pengeluar kenderaan dunia.Situasi berkenaan mungkin memberi kebaikan berikutan pelbagai model berada di pasaran, tetapi ia juga boleh memberi persepsi negatif kepada pembeli terutama apabila kenderaan baru itu tidak memberi lebih nilai kepada wang.
Sebelum membuat keputusan membeli kenderaan, pembeli perlu mendapatkan maklumat penuh mengenai kenderaan dihajati.Ini kerana pembelian kereta mungkin menjadi pelaburan kedua terbesar dalam hidup dan pastinya pembeli mahukan pembelian berkenaan sesuatu yang berbaloi.

Jadi, kenderaan apakah yang dimahukan pembeli? Kenderaan sebagai ikon cara hidup pembeli.
Pertama, apa tujuan utama anda membeli kenderaan? Tanya diri mengenai kegunaan kenderaan itu, sama ada untuk perjalanan sekitar bandar raya atau kerap menggunakannya untuk perjalanan jauh berkaitan kerjaya atau menjadikannya kenderaan lebih selesa untuk seisi keluarga.
Kenderaan yang hendak dibeli pasti memenuhi kegunaan kenderaan itu sendiri dan kini terdapat pelbagai model terdiri daripada sedan, sedan sport, kompak, hatchback, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan sport utiliti (SUV) atau trak pikap.
Mampukah saya memilikinya?
Kemampuan adalah faktor utama diambil kira ketika mahu membeli kenderaan. Biasanya kemampuan akan melebihi tarikan kereta diminati. Faktor utama perlu diambil kira termasuk bayaran bulanan, kos penyelenggaraan, insurans, cukai jalan, kos bahan api mahupun nilai jualan balik.
Kebanyakan rakyat negara ini membelanjakan 30 peratus daripada gajinya untuk membayar ansuran bulanan kenderaan. Penyelesaiannya mudah, bakal pembeli perlu menyenaraikan harga kenderaan sesuai dengan kemampuan mereka.
Kenderaan paling murah di negara ini berharga sekitar RM25,000 manakala termahal setinggi RM1.5 juta seunit.
Jenama
Jenama memainkan peranan penting ketika pembeli mahu membeli kereta. Tambahan pula kereta sesuai berada pada jenama yang diminati. Pengulas automotif bebas, Paul Tan menyatakan jenama yang menawarkan produk berkualiti pasti akan mendapat perhatian ramai.
Teknologi
Kebanyakan pengeluar kereta sentiasa memperkenalkan beberapa teknologi baru dalam masa beberapa tahun dalam produknya seperti reka bentuk, prestasi dan ciri keselamatan.Beberapa perkara mengenai kenderaan yang perlu diketahui.
Kuasa - Digambarkan dengan liter (L) atau sesaran (cc). Ia adalah kuasa enjin di mana lebih besar enjinnya, lebih kuasa pecutannya.
Tork (Nm) - Tork adalah kuasa yang diperlukan untuk menggerakkan kereta kepada kelajuan yang dikehendaki. Semakin tinggi kuasa tork, semakin cepat kenderaan bergerak.
RPM (revolutions per minute, or revs) - RPM merujuk kepada kelajuan enjin atau berapa kuat daya kuasa enjin diperlukan untuk meningkatkan tork. Kenderaan terbaik adalah kenderaan yang menawarkan RPM rendah, tetapi daya tork tinggi.
Kuasa kuda (hp) - Kuasa maksimum yang dihasilkan enjin. Semakin tinggi kuasa kuda, semakin tinggi prestasinya.
Keselamatan
Dalam soal keselamatan, kenderaan terkini memerlukan sekurang-kurangnya beg udara dan sistem brek antikekunci (ABS). Kenderaan yang dilengkapi teknologi seperti bantuan kestabilan kenderaan (VSA) atau 'traction control' dan beg udara sisi adalah satu bonus.VSA adalah satu sistem di mana ia membantu mengawal gelinciran roda akibat jalan licin atau tumpahan minyak di jalan raya.
Kerangka kukuh seperti teknologi G-Con yang terbukti dalam ujian pelanggaran berupaya menyerap impak rempuhan daripada menerjah masuk ke dalam ruang kabin.Teknologi ini berjaya mengurangkan risiko kecederaan serius kepada pemandu dan penumpang.
Keputusan ujian boleh diperoleh melalui National Organization for Automotive Safety & Victims Aid Japan (www.nasva.go.jp), Euro NCAP (www.euroncap.com) dan Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) (www.iihs.org).
Semua badan bebas ini sudah melakukan ujian terhadap semua jenis kenderaan yang dipasarkan di seluruh dunia.
Melawat Ruang Pameran
Melawat ke beberapa pusat pameran kereta membolehkan pembeli menilai sendiri kenderaan diminati. Antaranya kelegaan ruang kepala dan kaki, kesesuaian stereng, kerusi pemandu, pemanduan, keluasan ruang penyimpanan dan keistimewaan lain.Pelbagai ciri ini menjadi sangat penting dalam melengkapkan keperluan kereta itu sendiri. Ruang duduk dan simpanan barang menjadi faktor utama termasuk kerusi belakang boleh dibaringkan memberi kelebihan kepada penumpang.
Penggunaan Bahan Api
Keadaan ekonomi semasa tidak menentu menjadikan tahap penggunaan bahan api sangat penting ketika memilih kenderaan.Kombinasi antara penggunaan gear, teknologi enjin dan faktor aerodinamik banyak membantu tahap penggunaan bahan api bagi kenderaan.Menurut Paul, ramai beranggapan bahawa transmisi automatik dan enjin prestasi tinggi menggunakan bahan api yang tinggi sedangkan perkara itu tidak lagi relevan waktu ini."Kehadiran beberapa teknologi terkini seperti i-VTEC menawarkan prestasi mengagumkan dengan kuasa tork lebih tinggi, tetapi julat RPM rendah.
Mesra Alam
Gas ekzos adalah penyumbang terbesar pemanasan global. Teknologi hibrid berjaya mengurangkan tahap pencemaran yang disebabkan oleh pembakaran bahan api.Teknologi hibrid biasanya menggunakan dua atau lebih kuasa alternatif bagi menggerakkan kenderaan sama ada kombinasi (petrol atau diesel) dan elektrik.Kenderaan menggunakan kurang bahan bakar lebih mesra alam dan menjimatkan.Menurut Tan, kereta hibrid yang menggunakan elektrik menawarkan kuasa tambahan kepada enjin. Sebagai contoh, kenderaan hibrid berkuasa 1.3L mempunyai kuasa seperti kenderaan berkuasa 1.8L."Honda adalah satu-satunya pengeluar kereta yang menawarkan kenderaan teknologi hibrid di Malaysia," katanya.
Nilai Jualan Balik
Kebanyakan pembeli bimbang mengenai nilai jualan balik kecuali mereka yang mahu menggunakan kenderaan terbabit sepanjang hayat.Faktor seperti jenama, populariti, permintaan dan perkhidmatan selepas jualan mampu mengekalkan harga jualan balik lebih tinggi dan mampu mengurangkan kerugian pembeli.
Pandu Uji
Perkara terbaik adalah dengan memandu uji kenderaan dikehendaki sebelum membuat keputusan membeli. Faktor seperti kepuasan pemanduan, kawalan, keselesaan dan kualiti menjadi petunjuk model sesuai.Kebanyakan model menawarkan keluasan dan harga hampir sama, tetapi ia hanya boleh dipastikan keselesaannya selepas melakukan pandu uji.Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.smartwheels.com.my yang boleh membantu pembeli memilih kenderaan sesuai melalui tip dan maklumat terkini.Malah, perunding bebas juga bersedia menjawab segala kemusykilan anda. Inisiatif ini dibawakan khas oleh Honda Malaysia.Sekiranya anda memerlukan buku panduan, kunjungi mana-mana bilik pameran Honda berdekatan.