Followers

Carian dalam Blog ini

08 September 2009

Diari Konsep

Diari Konsep

TEMA 1 – Sistem Bumi

Bab 1 :

Konsep

Huraian
1. Sistem Alam Sekitar Fizikal:

Ditakrifkan sebagai satu set angkubah atau unsur-unsur yang saling bertindak antara satu sama lain, mempunyai tenaga dan bahan yang dapat masuk dan keluar dari sistem tersebut. Contoh; Sistem hutan semulajadi di mana inputnya terdiri daripada tenaga suria, karbon dioksida dan air yang datang dari atmosfera. Outputnya pula seperti wap air yang dibebaskan melalui proses respirasi dan oksigen dibebaskan melalui proses fotosintesis.

2. Sistem Atmosfera:

Mengkaji saling kaitan antara unsur-unsur iklim dan cuaca seperti suhu, hujan, tekanan udara kelembapan udara, tiupan angin yang berlaku di ruang atmosfera.

3. Sistem Geomorfologi:

Mengkaji saling kaitan antara proses, faktor dan bentuk di atas permukaan bumi sama ada yang makro atau yang mikro.

4. Sistem Hidrologi:

Kajian mengenai air sama ada di ruang litosfera atau atmosfera, termasuklah pelbagai kerpasan , air permukaan seperti sungai, tasik, kolam dan juga air bawah tanah.

5. Sistem Ekologi:

Mengkaji habitat fauna dan flora yang dibahagikan kepada ekosistem yang berantaian antara satu sama lain seperti ekosistem muara, ekosistem akuatik dan ekosistem hutan.



Bab 2 :

Konsep

Huraian

1. Sistem Suria:

Satu sistem yang terdapat dalam galaksi Bima sakti yang terdiri daripada planet-planet dan bintang-bintang yang mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing. Sistem suria terdiri daripada 8 buah planet setelah Pluto di singkirkan (tidak memenuhi kreteria sebuah planet mengikut Kesatuan Astronomi Antarabangsa).

2. Nebula atau Galaksi:

Merupakan kelompok besar bintang, gas dan habuk. Galaksi kita dikenali sebagai Bima Sakti/Milky Way yang mengandungi sehingga 100 bilion bintang.


Sumber: Hj. Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal STPM

No comments: