Followers

Carian dalam Blog ini

18 September 2009

Pulau Haba

KONSEP PULAU HABA

- Peningkatan terhadap suhu di pusat bandar sehingga beberapa darjah celcius melebihi daripada suhu sekitaran di pinggir bandar . Bangunan konkrit , jalan berturap, medan letak kereta berbitumen merupakan bahan yang menggalakkan proses pengaliran haba dan menyimpan haba pada siang hari sebagai haba pendam dan dibebaskan pada waktu malam bagi mengimbangi kehilangan haba di permukaan bumi.


Ciri-ciri cuaca bandar yang mengalami fenomena pulau haba

1. suhu yang lebih tinggi berbanding kawasan pinggir bandar.

2. Kelembapan udara yang rendah.

3. Kekerapan berlakunya hujan perolakan yang lebih tinggi berpunca kadar sejatan yang tinggi oleh haba yang lebih banyak tersimpan di bandar. Hujan biasanya di sertai kilat dan petir.

4. Tekanan udara yang rendah akibat suhu yang tinggi kesannya angin bertiup masuk dari luar ke pusat bandar... kejadian ini dinamakan badai.

5. Komposisi udara yang tebal diselimuti jerebu dan bahan pencemar khususnya dalam keadaan udara yang lebih kering.


Punca fenomena pulau haba

1. Kekurangan litupan tumbuhan atau pokok peneduh yang mampu bertindak menyederhanakan suhu kesan penyahutanan untuk proses pembandaran.

2. Adanya banyak bahan atau sumber yang boleh menyerap dan menyimpan haba/bahangan matahari sebagai haba pendam seperti bangunan konkrit, tar/bitumen, aspalt, bahan-bahan pencemar udara dan sebagainya.

3. Perlepasan banyak gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, hidrokarbon dari sumber kenderaan, kilang industri yang mampu memerangkap bahangan.

4. Perlepasan banyak tenaga haba di bandar berpunca dari janakuasa kilang, sumber kenderaan bergerak dan juga metabolisme badan manusia sendiri yang ramai tinggal di bandar.


Langkah mengurangkan fenomena pulau haba

1. Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar atau program penghijauan bandar dengan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rizab bandar. Pokok-pokok ini mampu mengekalkan kelembapan udara di samping menyerdahankan suhu.

2. Mengawal aktiviti perlepasan gas-gas rumah hijau secara sewenang-wenangnya dari sumber kenderaan, industri dan pembakaran terbuka menerusi penguatkuasaan undang-undang.

3. Mengurangkan penggunaan sumber bahan api fosil yang banyak membebaskan gas rumah hijau sebaliknya mengunakan atau memanafaatkan sumber tenaga alternatif seperti tenaga suria dan hidro elektrik.

4. Mengurangkan penggunaan peralatan yang banyak membebaskan CFC seperti pendingin hawa, peti sejuk, alat-alat semburan yang jelas boleh menipiskan lapisan ozon yang kelak mempengaruhi kemasukan bahangan matahari ke bumi tanpa halangan.

5. Melaksanakan kempen kesedaran khususnya kepada penduduk bandar seperti kempen kongsi kereta. menggunakan sistem pengangkutan awam yang mampu mengurangkan perlepasan gas-gas rumah hijau di bandar.

No comments: