Dari Joh Ke Bangi XVI
Setelah tamat tiga tahun
seperti dijanjikan aku pindah ke Kajang
aku di tugaskan ke sebelah petang
menjaga kenakalan murid belum matang
balik dari kelas berderet panjang
beratur depan bilik disiplin untuk tindakan
itulah tugasku sejak tahun pertama masuk dunia pendidikan
mendisiplinkan murid melanggar peraturan
syukurlah setakat ini tiada kes yang bukan-bukan
niat aku mendidik bukan mencari kesalahan.
Selain itu aku juga memegang jawatan
jurulatih bolasepak sekolah jadi pilihan
banyak juga kejayaan
dari johan daerah, negeri dan kebangsaan
pengalaman sebagai pemain di UKM jadi sandaran
melatih dengan penuh perasaan
agar anak didik jadi cemerlang
setiap kejohanan nak muncul johan
itulah sasaran
yang menuntut banyak pengorbanan.
Prestasi aku dipandang
pernah dianugerah khidmat cemerlang
syukur pada-Mu Tuhan
memberikan rezeki dan kesihatan
dapat berkhidmat tanpa gangguan
merancang dan melaksanakan
program-program pembangunan
selari dengan transformasi pendidikan
bina insan
jayakan wawasan
2020.
CNM, 28/11/2010, 20.05 pm
No comments:
Post a Comment