Dari Joh ke Bangi XVII
Sejak 1998 aku di KHS Kajang
sekolah yang banyak sejarah cemerlang
ramai tokoh telah dilahirkan
kini meneruskan tradisi gemilang
mempastian warganya terbilang
dalam apa jua bidang
kurikulum juga sukan
dua-dua kena seimbang.
Aku mengajar di tingkatan enam
peringkat sijil STPM
subjek geografi dan Pengajian Am
murid-murid semua faham
aku guru yang tak boleh dibuat main
tegas dan keras demi kejayaan
pengajaran berkesan jadi sasaran
ramai yang berjaya itulah harapan
masuk mana-mana universiti yang jadi pilihan.
Aku banga menyumbang
masa dan tenaga di KHS Kajang
tiada apa yang dapat menghalang
kesungguhan dan kecekalan
mendidik murid jadi handalan
peringkat daerah, negeri atau kebangsaan
itu sebahagian Visi dan Misi yang dirancang
selari gagasan bina modal insan
jayakan wawasan.
CNM, 2/12/2010, 20.31 pm
No comments:
Post a Comment