Followers

Carian dalam Blog ini

18 December 2010

Katanya II

Katanya II

Biarkan aku terus di sini
hidup jerih tak kupeduli
janji aku tidak menyusahkan
tidak menganggu
apa yang aku tahu
pendirian kugenggam membatu.

Tidak kukisah kata cerca
kupekakkan telinga
sifat insan suka mengata
sedarlah! kamu di mana?
berpijak di bumi yang sama
tiada istimewa sama merahnya
mengalir ia kerana-Nya.

Akan kujaga diri
patuhi syariat Ilahi
biarlah umpat keji
sudahku lali
tak menjadi daki
janji
hidup aku diberkati
tiada resah menyelubungi
hidup pernuh bererti
kamu! Kamu!
kamu mengerti?

CNM, 14/12/2010, 9.09 am

No comments: