Followers

Carian dalam Blog ini

18 December 2010

Jangan pandang pada rupa

Jangan pandang pada rupa

Itu hanya luaran saja
banyak ciri lain kena ambil kira
jika rupa jadi perkara utama
dibimbangi akhirnya akan mengecewa
lumrah manusia sukakan yang ada rupa
namun apa guna rupa jika tiasa budi bahasa
hiasi diri dengan ajaran agama
itulah semoleknya tindakan yang cakna.

Pujuk jiwa terima seadanya
jangan dihina pada yang tiada rupa
ada kelebihan setiap insan yang dicipta
kitalah kena menilai dan cungkil sifat istimewa
jadikan mereka rasa dibangga
tidak memecilkan diri hidup sengsara
sering diuliti rasa kecewa
tiada orang mempeduli dek kerana rupa.

Hati-hati bila berbicara
kita mungkin menguris rasa
insan-insan yang tiada rupa
sensitif dan mudah terasa
walau orang tak bermaksud meluka
dirinya sendiri rasa terhina
bila ada yang menjeling hujung mata
timbul syak wasangka
dirinya diperkata.

CNM, 13/12/2010, 15.05 pm

1 comment:

azhar ariffin said...

hati mengambarkan segala rasa yg ada pada diri seseorang itu.. hatilah kene selalu clean and clear.. :))