MERANGKA JAWAPAN
TEMA 5: IMPAK ALAM SEKITAR DAN PENGURUSANNYA
SOALAN -1
a) APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN “KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI”? .(5M)
b) JELASKAN LIMA KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR YANG BERPUNCA DARIPADA AKTIVITI PERINDUSTRIAN YANG TIDAK MENGAMALKAN KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI. (10M)
c) BINCANGKAN BAGAIMANA KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI BOLEH DITERAPKAN DALAM SEKTOR PERHUTANAN DI MALAYSIA. (10M)
SOALAN – 2
a) DALAM KONTEKS SEKTOR PERTANIAN,TERANGKAN SECARA RINGKAS KONSEP PEMBANGUNAN BERTERUSAN (LESTARI) .(6M)
b) BERDASARKAN KEPADA MANA-MANA SEBUAH NEGARA DI RANTAU ASIA PASIFIK,JELASKAN BAGAIMANA PEMBANGUNAN PERTANIAN YANG DIJALANKAN DI DALAM NEGARA TERSEBUT BOLEH MENJEJASKAN ALAM SEKITAR FIZIKALNYA . (9M)
c) CADANGKAN LIMA LANGKAH YANG WAJAR UNTUK MENGURANGKAN KESAN-KESAN NEGATIF DI ATAS . (10M)
JAWAPAN...
SOALAN – 1
a) PEMBANGUNAN YANG BERTERASKAN KEPADA PRINSIP ‘PEMBANGUNAN BERTERUSAN’. PEMBANGUNAN SECARA BERTERUSAN TANPA TEMPOH MASA YANG TERTENTU DAN NIKMAT PEMBANGUNAN ITU BUKAN UNTUK SATU-SATU GENERASI SAHAJA TETAPI BOLEH DIRASAI DAN BERTERUSAN SAMPAI KE GENERASI-GENERASI AKAN DATANG. DALAM KONTEKS ALAM SEKITAR, PEMBANGUNAN LESTARI BERMAKNA MEMBANGUN TANPA MENGORBANKAN ALAM SEKITAR. UNTUK MENCAPAI NIKMAT PEMBANGUNAN YANG BERTERUSAN MAKA PEMBANGUNAN EKONOMI MESTILAH DIADUNKAN DENGAN USAHA PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR AGAR IA TIDAK MEROSOT, SENTIASA BERNILAI UNTUK SEMUA GENERASI. PEMELIHARAAN MEMBAWA MAKSUD MENJAGA/MELINDUNGI SUMBER-SUMBER ALAM SEKITAR MANAKALA PEMULIHARAAN BERMAKNA MEMBAIK-PULIH ATAU MENGGANTIKAN SUMBER-SUMBER YANG SUDAH ROSAK/PUPUS.
CONTOH PEMBANGUNAN LESTARI PEMBANGUNAN BANDAR: ’ BANDAR DALAM TAMAN’, PEMBALAKAN DENGAN PENGHUTANAN SEMULA DAN PERINDUSTRIAN DENGAN KITAR SEMULA.
b) KESAN-KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR YANG BERPUNCA DARIPADA AKTIVITI PERINDUSTRIAN YANG TIDAK MENGAMALKAN KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI.
- PENCEMARAN UDARA. INDUSTRI MEMPROSES MEMBEBASKAN ASAP, HIDROKARBON, GAS KARBON DIOKSIDA, SULFUR DIOKSIDA DAN LAIN-LAIN PENCEMAR YANG BOLEH MENINGKATKAN INDEKS IPU SERTA MENGGALAKKAN FENOMENA JEREBU. CONTOHNYA INDUSTRI MEMPROSES KELAPA SAWIT DAN GETAH, KILANG PAPAN, KILANG PADI DAN LAIN-LAIN.
- PENIPISAN LAPISAN OZON DAN KESAN RUMAH HIJAU YANG BOLEH MENINGKATKAN INDEKS SUHU SEKITAR. PEMANASAN GLOBAL ATAU PULAU HABA BANDAR MELALUI PEMBEBASAN CFC. KARBON DIOKSIDA, KARBON MONOKSIDA SULFUR DAN LAIN-LAIN DARIPADA INDUSTRI KIMIA, PEMBUATAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DAN SEBAGAINYA TANPA KAWALAN.
- FENOMENA HUJAN ASID. INDUSTRI PETROKIMIA, INDUSTRI BAJA KIMIA DAN LAIN-LAIN YANG MEMBEBASKAN SULFUR DIOKSIDA, NITROGEN OKSIDA, KARBON DIOKSIDA DAN LAIN SEBAGAINYA BERTINDAK SEBAGAI NUKLEUS KONDENSASI MENARIK WAP-WAP AIR MEMBENTUK MANIK-MANIK HUJAN ASID, MELUNTURKAN WARNA BANGUNAN, MEROSAKKAN LIANG STOMA DAUN SERTA TISU BADAN.
- PENCEMARAN AIR KHUSUSNYA SUNGAI DAN LAUT YANG MENJADI TEMPAT PERLEPASAN ENFLUEN HASIL-HASIL INDUSTRI. SISA-SISA TOKSID INI MEMUSNAHKAN EKOSISTEM AKUATIK. DI MALAYSIA SEPERTI KES SUNGAI GOMBAK, SUNGAI KLANG DAN JUGA SUNGAI LANGAT.
- PENYAHHUTANAN UNTUK PEMBINAAN INDUSTRI AKAN MEMUSNAHKAN BIODIVERSITI, KUALITI DAN KUANTITI AIR, EKOSISTEM HUTAN, MENGGALAKKAN HAKISAN, BANJIR DAN SEBAGAINYA.
c) BAGAIMANA KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI BOLEH DITERAPKAN DALAM SEKTOR PERHUTANAN DI MALAYSIA :
- LANGKAH PERUNDANGAN SEPERTI MEWARTAKAN HUTAN SIMPAN (HUTAN PERLINDUNGAN, HUTAN LIPUR DAN HUTAN BERHASIL) DAN PERLAKSANAAN AKTA PERHUTANAN NEGARA 1984. DENDA, HUKUMAN PENJARA DAN MENARIK BALIK LESEN/KONSESI BALAK.
- MELAKSANAKAN KAEDAH PENEBANGAN HUTAN SECARA SISTEMATIK SEPERTI SISTEM SEBAYA MALAYA (MUS) DAN JUGA SISTEM PENGURUSAN TEBANGAN MEMILIH (SMS).
- MELAKSANAKAN SIVILKULTUR ATAU PROJEK PERLADANGAN HUTAN SECARA KOMPENSATORI (CFPP) DENGAN MENANAM SPESIS KAYU YANG CEPAT BERHASIL SEPERTI ACACIA MANGIUM, YAMANE, BATAI, SENTANG DAN EXOTIC.
- MENGEMBANGKAN BIDANG R&D YANG BERKAITAN DENGAN PERHUTANAN SEPERTI PENGURUSAN HUTAN, BIAK BAIK, KEPELBAGAIAN SPESIS, PERAWATAN PEROSAK DAN PENYAKIT HUTAN, LATIHAN PERHUTANAN DAN LAIN-LAIN YANG BERKAITAN.
- MENGITAR SEMULA BAHAN BUANGAN SEPERTI KERTAS BAGI TUJUAN MENJIMATKAN PERGANTUNGAN KEPADA BAHAN-BAHAN YANG BERASASKAN SUMBER HUTAN ATAU BERALIH KEPADA SUMBER-SUMBER PENGGANTI SEPERTI BARANGAN PLASTIK, GETAH, SIMEN, FIBER, ASBESTOS DAN LAIN-LAIN AGAR PERMINTAAN KEPADA HASIL HUTAN DAPAT DIKURANGKAN.
- MELAKSANAKAN KEMPEN-KEMPEN KESEDARAN DAN KEFAHAMAN KEPADA MASYARAKAT UMUM TENTANG PERI PENTINGNYA KHAZANAH HUTAN DIPELIHARA SERTA DIPULIHARA MELALUI SUMBER MEDIA, AGENSI PEMBANGUNAN SETEMPAT DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN.
JAWAPAN
SOALAN – 2
a) KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI DALAM SEKTOR PERTANIAN
PEMBANGUNAN BERTERUSAN YANG MENGGUNAKAN PENDEKATAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN SUMBER-SUMBER PERTANIAN DAN PRODUKTIVITI PERTANIAN AGAR IA DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN MASA KINI DAN GENERASI AKAN DATANG. NIKMAT KEMAJUAN PEMBANGUNAN PERTANIAN BUKAN HANYA UNTUK GENERASI SEMASA SAHAJA TETAPI BERTERUSAN SAMPAI KE BILA-BILA PUN. TAMBAHAN PRODUKTIVITI DAN PENDAPATAN DALAM SEKTOR PERTANIAN KOMERSIL YANG DINIKMATI KINI, PERTAMBAHAN PENGELUARAN TANAMAN MAKANAN MESTILAH DAPAT MENAMPUNG KEPERLUAN PENDUDUK SEMASA DAN GENERASI SETERUSNYA AGAR MEREKA JUGA TIDAK MENGALAMI KRISIS.
ADUNAN PEMBANGUNAN PERTANIAN DENGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN SUMBER-SUMBER PERTANIAN AGAR IA TIDAK MEROSOT BERTERUSAN. KUALITI ALAM SEKITAR PERTANIAN MESTI DIJAGA AGAR EKOSISTEMNYA TERUS STABIL. MISALNYA KEMEROSOTAN KUALITU TANAH/KESUBURAN TANAH HARUSLAH DIBENDUNG, PERTANIAN YANG MENGURANGKAN RISIKO HAKISAN, TANAH RUNTUH, BANJIR, PENCEMARAN AIR, UDARA, TANAH DAN LAIN-LAIN LAGI. KELESTARIAN JUGA BERMAKNA MENGOPTIMUMKAN SUMBER-SUMBER PERTANIAN KHUSUSNYA SUMBER TANAH AGAR IA TIDAK MEMBAZIR DAN TERBIAR.
CONTOH-CONTOH PEMBANGUNAN LESTARI DALAM SEKTOR PERTANIAN ADALAH SEPERTI KAEDAH PERTANIAN HIDROPONIK, KAEDAH KAWALAN BIOTIK UNTUK MENGAWAL PEROSAK ,PENGGUNAAN BAJA ORGANIK, AMALAN TANAMAN TUTUP BUMI DAN LAIN-LAIN KAEDAH YANG MEMBAWA KESAN YANG PALING MINIMUM TERHADAP ALAM SEKITAR SERTA PADA MASA YANG SAMA PRODUKTIVITINYA MENGUNTUNGKAN.
b) BAGAIMANA PEMBANGUNAN PERTANIAN BOLEH MENJEJASKAN ALAM SEKITAR FIZIKAL DI SEBUAH NEGARA ASIA PASIFIK.
NEGARA YANG DIPILIH IALAH MALAYSIA. ANTARA KAEDAH/AMALAN PEMBANGUNAN PERTANIAN YANG BOLEH MENJEJASKAN ALAM SEKITAR FIZIKAL IALAH :
MELALUI PROGRAM PEMBANGUNAN TANAH/PEMBUKAAN TANAH BARU UNTUK PERTANIAN LADANG OLEH KERAJAAN ATAU SWASTA YANG MELIBATKAN KERJA-KERJA PENYAHHUTANAN SECARA BESAR-BESARAN SEPERTI DALAM RANCANGAN PEMBANGUNAN WILAYAH.PENYAHHUTANAN INI AKAN MENYEBABKAN KEMUSNAHAN EKOSISTEM SERTA KEPELBAGAIAN BIOLOGINYA,KETERDEDAHAN TANAH KEPADA HAKISAN,BANJIR LUMPUR,PENCEMARAN DAN KECETEKAN SUNGAI DAN LAIN-LAIN YANG BERKAITAN.CONTOH-CONTOH KAWASAN YANG PERNAH MENGALAMI IALAH SEPERTI WILAYAH JENGKA,DARA,KEJORA,KESEDAR DAN JUGA KETENGAH PADA PERINGKAT PEMBUKAAN TANAH TERSEBUT DI SEKITAR TAHUN 1970-an.
AMALAN PEMBAKARAN TERBUKA UNTUK PEMBERSIHAN TAPAK LADANG/TANI ATAU UNTUK PROSES PENANAMAN SEMULA. SATU KAEDAH YANG PALING CEPAT DAN MUDAH BAGI TUJUAN MEMBERSIHKAN LADANG IALAH MELALUI PEMBAKARAN.MISALNYA PEMBAKARAN TERBUKA DI LADANG TEBU CHUPING PERLIS,SETELAH TEBU DITEBANG DAN DIAMBIL,PEMBAKARAN KAWASAN SAWAH SETELAH PADI DITUAI ATAU PEMBAKARAN POKOK KELAPA SAWIT YANG TELAH DITEBANG UNTUK PENANAMAN SEMULA. KAEDAH INI TELAH MENYEBABKAN BERLAKUNYA PENCEMARAN UDARA DAN JEREBU. MISALYNYA KETIKA NEGARA DILANDA FENOMENA EL-NINO PADA TAHUN 1997 AMALAN PEMBAKARAN TERBUKA DI TAPAK-TAPAK PERTANIAN TELAH MEMUDARATKAN LAGI KEADAAN JEREBU YANG SEDIA ADA SEKALI GUS MENINGKATKAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU).
PENYEMBURAN RACUN SECARA BESAR-BESARAN/PENGGUNAAN BAJA KIMIA BERLEBIHAN YANG BOLEH MENYEBABKAN PENCEMARAN SUMBER AIR, TANAH DAN UDARA. DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN PERTANIAN LADANG YANG BEGITU LUAS, PENYEMBURAN RACUN DAN PENABURAN BAJA BIASANYA DILAKUKAN DENGAN MENGGUNAKAN KAPAL TERBANG.KAEDAH INI BUKAN SAHAJA BOLEH MENCEMARKAN UDARA MALAH MEMUNGKINKAN BERLAKUNYA HUJAN ASID WALAUPUN PADA SKALA YANG KECIL.SELAIN ITU,RACUN DAN BAJA KIMIA YANG DILARUT-RESAPKAN KE DALAM TANAH DI KAWASAN PERTANIAN MENYEBABKAN SITEM AKUIFER DAN AIR BAWAH TANAH TERCEMAR. LARIAN AIR PERMUKAAN PULA BOLEH MEMBAWA SEBATIAN RACUN DAN BAHAN KIMIA TERSEBUT KE DALAM SUNGAI-SUNGAI YANG BERHAMPIRAN DENGAN KAWASAN PERLADANGAN. APABILA SISTEM SUNGAI TERCEMAR DENGAN RACUN, IA AKAN MEMUSNAHKAN EKOSISTEM AKUATIK.
AMALAN PERTANIAN TANPA TANAMAN TUTUP BUMI DAN TANPA JAGAAN YANG RAPI TERHADAP TANIH PERTANIAN.KAWASAN TERBUKA DAN TERDEDAH KEPADA HAKISAN PERCIKAN AIR HUJAN DAN LARIAN AIR PERMUKAAN YANG BOLEH MENYEBABKAN KETANDUSAN TANIH. TANPA TANAMAN TUTUP BUMI TERUTAMANYA DI KAWASAN RELIEF YANG BERCERUN SEPERTI KAWASAN LERENG BUKIT YANG DITANAMI DENGAN GETAH DAN KELAPA SAWIT AKAN MENDEDAHKAN SECARA LANGSUNG KEPADA PERCIKAN HUJAN. SETIAP TITISAN HUJAN MEMPUNYAI TENAGA KINETIK DAN POTENSI UNTUK MENGHEMPAS DAN MELONGGARKAN IKATAN BUTIRAN TANIH. APABILA TANIH SUDAH TEPU DENGAN AIR HUJAN, LARIAN AIR PERMUKAAN AKAN BERTINDAK UNTUK MENGANGKUT LAPISAN ATAS TANIH YANG SUBUR (TOP SOILS) DAN MENINGGALKAN LAPISAN TANIH YANG KURANG SUBUR. REGOLITH TANIH YANG DIBAWA OLEH LARIAN PERMUKAAN ITU PULA AKAN MEMASUKI SISTEM SUNGAI, SUNGAI TERCEMAR , TERMENDAP/MENCETEKKAN SUNGAI, MENINGKATKAN RISIKO KEJADIAN BANJIR.
AMALAN TANAMAN TUNGGAL/TANPA GILIRAN YANG BOLEH MENYEBABKAN KETIDAKSEIMBANGAN NUTRIEN TANAH DAN JUGA ULANGAN TANAMAN BERTERUSAN
TANPA MEREHATKAN TANIH SERTA PEMBAJAKAN YANG TERLALU INTENSIF. TANAMAN
SEJENIS (MONOCULTURE) SEPERTI KELAPA SAWIT SAHAJA ATAU GETAH SAHAJA MENYEBABKAN BEBERAPA JENIS MINERAL TANAH DIGUNAKAN DENGAN INTENSIF OLEH TUMBUH-TUMBUHAN BERKENAAN.TANAH CEPAT HILANG KESUBURANNYA DAN KITARAN NUTRIEN TANAH MENJADI TIDAK SEIMBANG.
AMALAN PERTANIAN DI KAWASAN CERUN/LERENG BUKIT TANPA MENGIKUTI KONTUR/TANPA TERES YANG MEMUDAHKAN BERLAKUNYA HAKISAN TANIH DAN KEHILANGAN KESUBURAN TANAH.KAWASAN TANAH TINGGI/BERBUKIT YANG DIJALANKAN DENGAN AKTIVITI PENANAMAN SAYUR BIASANYA TIDAK MENGIKUT KONTUR. SISTEM INI MEMBOLEHKAN TANAH CEPAT TERGONDOL DAN TERHAKIS KERANA HALAJU LARIAN AIR PERMUKAAN BOLEH BERTINDAK DENGAN CEPAT MENGANGKUT LAPISAN ATAS TANAH.
AMALAN TEBUS GUNA TANAH DI KAWASAN-KAWASAN TANAH LEMBAB (WET LAND) SEPERTI PAYA UNTUK DIJADIKAN KAWASAN PERTANIAN AKAN MEMUSNAHKAN EKOSISTEM AKUATIK.SELAIN ITU, KAWASAN HUTAN PAYA BAKAU DAN NIPAH JUGA SERING DIMUSNAHKAN UNTUK DIBINA KOLAM-KOLAM TERNAKAN AKUAKULTUR. AMALAN INI JUGA BOLEH MEROSAKKAN EKOSISTEM AKUATIK KHUSUSNYA EKOSISTEM MUARA DI SAMPING MEMPERCEPATKAN KADAR HAKISAN PANTAI. HAL INI KERANA FUNGSI POKOK BAKAU DAN NIPAH SEBAGAI ZOM PENAMPAN HAKISAN OMBAK SUDAH TIADA LAGI.
c) LANGKAH-LANGKAH YANG WAJAR DIAMBIL UNTUK MENGURANGKAN KESAN-KESAN NEGATIF PEMBANGUNAN PERTANIAN TERHADAP ALAM SEKITAR
LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGURANGKAN KESAN NEGATIF AKIBAT PEMBANGUNAN PERTANIAN TERHADAP ALAM SEKITAR ADALAH MELIPUTI LANGKAH PERUNDANGAN/PENGAWALAN DAN PENGURUSAN YANG CEKAP.ANTARANYA IALAH:
KAWALAN TERHADAP AMALAN PEMBAKARAN TERBUKA DI TAPAK PERTANIAN.KAWALAN INI BOLEH DILAKSANAKAN MELALUI AKTA DAN PERUNDANGAN SEPERTI AKTA JEREBU 1997 UNTUK MENGAWAL DAN MENCEGAH SEBARANG AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA KHUSUSNYA DI TAPAK-TAPAK PERTANIAN. ANTARA TINDAKAN-TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL SEPERTI DENDA/KOMPAUN KEPADA MANA-MANA INDIVIDU ATAU SAMAN/MENARIK BALIK LESEN PERNIAGAAN/DISITAR KEPADA MANA-MANA SYARIKAT ATAU AGENSI YANG DIDAPATI BERSALAH. SELAIN ITU, MEMPERBAIKI AMALAN PENGURUSAN TAPAK LADANG SEPERTI TEBANG-BAKAR DITUKAR KEPADA TEBANG-REPUT UNTUK MENGHASILKAN BAJA ORGANIK DI SAMPING DAPAT MEMELIHARA ALAM SEKITAR.
MENGAMALKAN KAEDAH PERTANIAN CAMPUR, TANAMAN BERGILIR DAN TANAMAN SELINGAN (LUAR MUSIM). KAEDAH TANAMAN BERGILIR INI AMAT PENTING UNTUK MENYEIMBANGKAN NUTRIEN TANAH DI SAMPING DAPAT MENGURANGKAN KADAR HAKISAN KETIKA TANAH ITU DIREHATKAN UNTUK MUSIM PENANAMAN SETERUSNYA. MISALNYA DALAM KONTEKS SAWAH PADI PERLU DIGILIRKAN DENGAN JAGUNG, KACANG TANAH, TEMBAKAU DAN LAIN-LAIN LAGI. KACANG TANAH SEBAGAI CONTOH MEMBEKALKAN NITRAT YANG TINGGI KEPADA TANAH. TANAMAN BERCAMPUR DAN TANAMAN SELINGAN PULA SESUAI DILAKUKAN DI KAWASAN LADANG GETAH DAN KELAPA SAWIT DI PERINGKAT AWAL PENANAMAN ATAU SELEPAS PROSES TANAM SEMULA DILAKUKAN.SEBAGAI CONTOH, KELAPA SAWIT DISELANGI DENGAN TANAMAN PISANG, UBI KAYU, KELEDEK, KACANG TANAH DAN LAIN-LAIN LAGI YANG BERSIFAT JANGKA PENDEK. TANAMAN-TANAMAN INI BUKAN SAHAJA BOLEH MENJADI PELINDUNG TANAH KEPADA AGEN-AGEN HAKISAN MALAH IA MAMPU MENGEKALKAN NUTRIEN SEMULA JADI TANAH.DENGAN ITU, KITA BOLEH MENGELAKKAN KEBURUKAN AMALAN TANAMAN SEJENIS.
MENANAM TANAMAN TUTUP BUMI DAN JUGA POKOK-POKOK PELINDUNG BAGI SESUATU KAWASAN TANAH YANG BARU DIBUKA/DITANAM. TANAH-TANAH YANG BARU DIBUKA SEPERTI UNTUK PERLADANGAN GETAH DAN KELAPA SAWIT MEMPUNYAI STRUKTUR YANG AGAK LONGGAR AKIBAT KETERDEDAHAN KEPADA AGEN-AGEN GEOMORFOLOGI. JUSTERU, DI PERINGKAT AWAL PENANAMAN ATAU KETIKA POKOK SEDANG MEMBESAR, TANAMAN KEKACANG AMAT PERLU DITANAM SEBAGAI PELINDUNG TANAH DARIPADA MENGALAMI HAKISAN DAN LARUT RESAP YANG BERTERUSAN. TANAMAN KEKACANG ATAU RUMPUT MAMPU BERTINDAK MENGIKAT BUTIRAN TANAH MELALUI SISTEM AKARNYA YANG BERSERABUT DAN KOMPLEKS. DI SAMPING ITU, TANAMAN KACANG JUGA BOLEH MENAMBAHKAN KANDUNGAN NITRAT TANIH.
AMALAN PERTANIAN BERTERES/MENGIKUT KONTUR, TANAMAN BERJALUR SERTA MEMBINA ALUR DAN SISTEM PERPARITAN/KAWASAN PENGAIRAN TERUTAMANYA DI KAWASAN LERENG-LERENG BUKIT YANG BERALUN ATAU BERELIEF CURAM SEPERTI DI KAWASAN TANAH TINGGI CAMERON YANG DITANAM DENGAN SAYUR-SAYURAN, BUNGA-BUNGAAN DAN TEH. TANAMAN BERKONTUR BOLEH MENGURANGKAN PERGERAKAN HAKISAN LARIAN AIR PERMUKAAN MANAKALA SISTEM PERPARITAN YANG SESUAI JUGA MENYEDIAKAN LALUAN-LALUAN AIR AGAR IA TIDAK MELIMPAHI PERMUKAAN. KEDUA-DUA LANGKAH INI BERTUJUAN UNTUK MENGURANGKAN HAKISAN PERMUKAAN SEKALI GUS MENGEKALKAN LAPISAN ARAS TANAH YANG SUBUR (TOP SOIL).
MELAKSANAKAN KAWASAN EKOLOGI DI KAWASAN-KAWASAN TANAH PERTANIAN TERMASUK MEMPERBAIKI TEKSTUR TANIH DENGAN BANTUAN BAJA ORGANIK. DI ANTARA CONTOH KAWALAN BIOTIK IALAH PENGGUNAAN BURUNG HANTU BAGI MENGAWAL TIKUS DI KAWASAN SAWAH PADI.KAEDAH INI AKAN MENGURANGKAN TANIH DI KAWASAN TANAMAN SAYUR.DENGAN ITU, KEBERGANTUNGAN KEPADA BAJA KIMIA DAPAT DIKURANGKAN YANG KELAK BOLEH MENGURANGKAN KESAN NEGATIF KEPADA ALAM SEKITAR.
MENGGALAKKAN PENGGUNAAN BIOTEKNOLOGI DAN MENINGKATKAN R&D DALAM BIDANG PERTANIAN KHUSUNYA TEKNOLOGI BARU YANG BERSIFAT MESRA ALAM. SEPERTI PENGGUNAAN KAEDAH HIDROPONIK. KAEDAH TANAMAN INI TIDAK MEMERLUKAN TANAH DAN BAJA KIMIA SEBALIKNYA LARUTAN-LARUTAN NUTRIEN DIGUNAKAN. DENGAN ITU, TEKANAN KEPADA SUMBER TANAH DAPAT DIKURANGKAN
SOALAN – 3
a) BERDASARKAN CONTOH-CONTOH NEGARA YANG ANDA TELAH KAJI DI KAWASAN ASIA TENGGARA,TUNJUKKAN EMPAT KESAN FENOMENA PENYAHHUTANAN TERHADAP ALAM SEKITA NEGARA-NEGARA TERSEBUT. (10M)
b) “MALAYSIA MERUPAKAN SALAH SEBUAH NEGARA ASIA TENGGARA YANG TERBAIK DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM PENGURUSAN SUMBER-SUMBER .
c) PERHUTANANNYA”.BERDASARKAN PERNYATAAN INI, HURAIKAN ENAM PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN YANG TELAH DIJALANKAN OLEH MALAYSIA. (12M)
JAWAPAN...
SOALAN – 3
a) KESAN-KESAN FENOMENA PENYAHUTANAN DI NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA TERHADAP ALAM SEKITAR YANG BOLEH DIBINCANGKAN IALAH:
KESAN KE ATAS SISTEM GEOMORFOLOGI.
- PENYAHHUTANAN AKAN MENDEDAHKAN PERMUKAAN BUMI SECARA LANGSUNG KEPADA PELBAGAI PROSES GEOMORFOLOGI SEPERTI LULUHAWA DALAMAN, HAKISAN DAN TANAH RUNTUH.PERMUKAAN BUMI KINI KEHILANGAN PELINDUNG, KEHILANGAN DAYA PENGIKAT DAN DAYA CENGKAMAN TANAH YANG MENYEBABKAN STRUKTUR TANAH MENJADI LONGGAR DAN CERUN-CERUN BUKIT MENJADI TIDAK STABIL.WUJUDNYA KESAN-KESAN GEGALUR DAN KEJADIAN HAKISAN SERTA TANAH RUNTUH.
- PENCEMARAN SUNGAI/KEKERUHAN DAN DASAR SUNGAI MENJADI CETEK YANG MEMPERCEPATKAN FENOMENA BANJIR. BAHAN REGOLITH DARIPADA HAKISAN DAN TANAH RUNTUH SEPERTI KELODAK,LUMPUR SERTA BAHAN AMPAIAN AKAN MEMASUKI SISTEM SUNGAI,MENGERUHKAN AIR SUNGAI. BAHAN-BAHAN TERMENDAP DI DASAR SUNGAI MENYEBABKAN SUNGAI MENJADI CETEK DAN LEBIH CEPAT MENGALIR-LIMPAHKAN AIRNYA. MISALNYA KEJADIAN BANJIR LUMPUR.
KESAN KE ATAS SISTEM HIDROLOGI
- MENGGANGGU KESTABILAN KITAR HIDROLOGI. PENYAHHUTANAN AKAN MENGHILANGKAN KAWASAN TADAHAN HUJAN YANG MENJADI STOK/SIMPANAN AIR UTAMA KEPADA SISTEM SALIRAN SEPERTI SUNGAI, TASIK, KOLAM DAN LAIN-LAIN MENERUSI EDARAN AIR BAWAH TANAH.PROSES SUSUPAN TIDAK BERLAKU, STORAN AIR TANAH (AKUIFER) AKAN BERKURANGAN, SUMBER AIR KEPADA SUNGAI DAN TASIK JUGA AKAN BERKURANGAN SEKALI GUS BOLEH MENGGANGGU SISTEM BEKALAN AIR.
- MENGURANGKAN JUMLAH HUJAN TEMPATAN. PENYAHHUTANAN BERERTI MENGHAPUSKAN PROSES SEJAT-PELUHAN TUMBUHAN-TUMBUHAN YANG MENJADI PENYUMBANG UTAMA KEPADA KELEMBAPAN UDARA UNTUK MENGHASILKAN AWAN DAN HUJAN. AKHIRNYA, CURAHAN HUJAN DI KAWASAN TERSEBUT AKAN BERKURANGAN DAN KAWASAN TERSEBUT AKAN MENGALAMI KEMARAU.
KESAN KE ATAS ATMOSFERA
- PENYAHHUTANAN MENGUBAH IKLIM MIKRO HUTAN/PENINGKATAN INDEKS SUHU SEKITAR. PENGHAPUSAN HUTAN MENYEBABKAN KESAN PEMANASAN SETEMPAT. HUTAN TIDAK LAGI BOLEH BERFUNGSI UNTUK MENYEDERHANAKAN SUHU DAN MENGEKALKAN PERATUS KELEMBAPAN UDARA YANG TINGGI. UDARA MENJADI KERING (DRY AIR).KAWASAN TERSEBUT JUGA AKAN TERDEDAH KEPADA BAHANGAN MATAHARI SECARA LANGSUNG TANPA DITAPIS DAN DISERAP OLEH TUMBUHAN. AKIBATNYA, SUHU SEKITAR AKAN MENINGKAT
KESAN KE ATAS SISTEM EKOLOGI
- PENYAHHUTANAN AKAN MENYEBABKAN KESAN NEGATIF KEPADA BIODIVERSITI. SPESIES FLORA DAN FAUNA AKAN DIANCAM KEPUPUSAN BERIKUTAN DARIPADA KEMUSNAHAN HABITAT DAN EKOSISTEMNYA SERTA RANTAIAN MAKANAN YANG SEDIA ADA. SELAIN KEPUPUSAN SPESIES, PENGHIJRAHAN SPESIES JUGA AKAN BERLAKU UNTUK MENCARI HABITAT YANG BARU.
b) ANTARA USAHA-USAHA YANG TELAH DIJALANKAN OLEH MALAYSIA IALAH:
- PENUBUHAN KAWASAN HUTAN SIMPAN KEKAL YANG DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA KELAS,IAITU HUTAN PERLINDUNGAN, HUTAN BERHASIL DAN HUTAN LIPUR YANG DIURUSKAN DENGAN SEMPURNA,SISTEM SISTEMATIK DAN SAINTIFIK.CONTOH: TAMAN NEGARA, HUTAN BELUM DI PERAK DAN HUTAM SIMPAN ENDAU-ROMPIN DI PAHANG.
- LANGKAH PERUNDANGAN, MELULUSKAN DAN MELAKSANAKAN AKTA PERHUTANAN NEGARA 1984 YANG MENGENAKAN HUKUMAN DENDA DAN PENJARA KE ATAS MANA-MANA INDIVIDU/SYARIKAT YANG MENCEROBOH KAWASAN HUTAN SIMPAN KEKAL SAMA ADA AKTIVITI, MENEBANG, MEMOTONG, MENGGELANG,MENANDA ATAU MENGAMBIL SUMBER-SUMBER YANG ADA DENGAN APA JUA CARA SEKALIPUN.
- MELAKSANAKAN DUA SISTEM PENEBANGAN HUTAN, IAITU SISTEM SEBAYA MALAYA (MUS) DAN SITEM PENGURUSAN TEBANGAN MEMILIH (SMS). KEDUA-DUANYA MEMBOLEHKAN TUMBESARAN DAN KEMATANGAN POKOK DENGAN SEMPURNA BAGI MENJAMIN KEBERTERUSAN PENGUSAHASILAN DAN PENGELUARANNYA PADA MASA-MASA AKAN DATANG.
- MENANAM SEMULA HUTAN/PERLADANGA HUTAN MELALUI PROJEK LADANG HUTAN KOMPENSATORI. SPESIS-SPESIS POKOK KAYU KERAS TROPIKA YANG CEPAT MEMBESAR DAN MATANG SEPERTI ACACIA MANGIUM, YAMANE, SENTANG, EXOTIC, DAN BANTAI DITANAM SEMULA SECARA SISEMATIK DAN SAINTIFIK DI KAWASAN-KAWASAN HUTAN YANG SUDAH DIBALAK
- MELAKSANAKAN USAHA-USAHA PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) KHUSUSNYA YANG BERKAITAN DENGAN SIVIKULTUR, PENJAGAAN DAN PERAWATAN HUTAN DARIPADA PEROSAK DAN PENYAKIT ,BIAKBAIK POKOK SERTA SIFAT DAN KEPELBAGAIAN GUNA SUMBER-SUMBER HUTAN. KEBANYAKKAN PROGRAM R&D DIJALANKAN OLEH FRIM DAN UPM. DI SAMPING MENJALANKAN PROGRAM LATIHAN PERHUTANAN DAN SAINS PERHUTANAN.
- BERALIH KEPADA SUMBER-SUMBER PENGGANTI DAN MENGELAKKAN PENGGUNAAN SUMBER-SUMBER HUTAN SECARA BERTERUSAN SEPERTI PENGGUNAAN SIMEN/BATU BATA DALAM INDUSTRI PERUMAHAN, PENGGUNAAN KAYU GETAH DALAM PEMBUATAN PERABOT ATAU MENGITAR SEMULA (RECYCLE) BAHAN-BAHAN KAYU YANG TERPAKAI.
- KEMPEN KESEDARAN. MEMUPUK KEFAHAMAN YANG MELUAS KEPADA MASYARAKAT UMUM TENTANG PERI PENTINGNYA HUTAN SECARA FAEDAH-FAEDAHNYA KEPADA GENERASI AKAN DATANG MELALUI PELBAGAI SALURAN MEDIA ELEKTRONIK DAN MEDIA CETAK. SEPERTI KEMPEN PENGHIJAUAN BUMI, CINTAILAH HUTAN KITA, HUTAN WARISAN KITA DAN LAIN-LAIN KE ARAH MELESTARIKAN SUMBER-SUMBER PERHUTANAN NEGARA.
SOALAN – 4
BERDASARKAN NEGARA-NEGARA DI RANTAU ASIA TENGGARA:
a) BAGAIMANAKAH FENOMENA PENYAHUTANAN BERLAKU DI NEGARA-NEGARA BERKENAAN? (10M)
b) JELASKAN LIMA KEPENTINGAN USAHA-USAHA PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN SUMBER HUTAN DI NEGARA-NEGARA TERSEBUT. (15M)
JAWAPAN...
SOALAN – 4
a) FENOMENA PENYAHUTANAN BERERTI PEMUSNAHAN SUMBER-SUMBER HUTAN YANG BERLAKU SECARA BESAR-BESARAN. DI NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA, FENOMENA KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN INI BERLAKU MELALUI PELBAGAI CARA. ANTARANYA IALAH:
- PEMBUKAAN TANAH BARU YANG MELIBATKAN KAWASAN HUTAN UNTUK PELBAGAI PEMBINAAN KAWASAN INDUSTRI, JARINGAN PENGANGKUTAN SEPERTI LEBUH RAYA DAN SEBAGAINYA. KAWASAN DAN SUMBER HUTAN AKAN DIMUSNAHKAN SECARA BESAR-BESARAN DEMI MENGEJAR PEMBANGUNAN ATAU UNTUK MENAMPUNG PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG BEGITU PESAT.
- MELALUI AKTIVIT PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL SEPERTI PEMBALAKAN HARAM ATAU KEGIATAN PEMBALAKAN YANG TERLALU LAMA DI SATU-SATU TEMPAT. AKTIVITI PEMBALAKAN TANPA KAWALAN AKAN MENYEBABKAN SEGALA SPESIES KAYU YANG BERHARGA TERUTAMA SEKALI KAYU KERAS TROPIKA AKAN DIAMBIL TANPA MEMPEDULIKAN USAHA-USAHA BAIK-PULIHNYA.
- AMALAN PERTANIAN PINDAH. MELALUI AKTIVITI HUTAN-HUTAN PRIMER AKAN DITEBANG-BAKAR OLEH PUAK-PUAK ASLI DI KAWASAN PENDALAMAN BAGI MENJALANKAN KEGIATAN PERTANIAN MEREKA. APABILA SESUATU KAWASAN SUDAH TIDAK MENJADI SUBUR LAGI IA AKAN DITINGGALKAN DAN KAWASAN HUTAN YANG BARU PULA AKAN DIMUSNAHKAN UNTUK DIJADIKAN TAPAK PERTANIAN. PROSES YANG SAMA DALAM JANGKA MASA YANG TERLALU LAMA AKHIRNYA MENYAHKAN HUTAN TERSEBUT.
- MELALUI PROJEK HIDROELEKTRIK. AKTIVITI INI AKAN MEMUSNAHKAN HUTAN DENGAN DUA CARA, IAITU PERTAMA PENEBANGAN DAN PEMBERSIHAN HUTAN UNTUK PEMBINAAN EMPANGAN DAN KEDUA PENENGGELAMAN HUTAN BAGI TUJUAN MENAKUNG AIR. PENENGGELAMAN HUTAN LEBIH BESAR KEMUSNAHANNYA MELIBATKAN SATU KAWASAN TADAHAN AIR DAN SUMBER-SUMBERNYA AKAN DILENYAPKAN TERUS.
- KEMUSNAHAN SEMULA JADI. SEPERTI KEBAKARAN HUTAN BESAR-BESARAN YANG BERLAKU SECARA SEMULA JADI AKIBAT CUACA PANAS EL-NINO SEPETI MANA YANG TERJADI DI SUMATERA DAN KALIMANTAN INDONESIA PADA TAHUN 1997. HUTAN JUGA BOLEH MUSNAH AKIBAT LETUSAN GUNUNG BERAPI ATAU ANCAMAN PEROSAK DAN PENYAKIT HUTAN.
-
b) PEMELIHARAAN HUTAN MELIBATKAN AKTIVITI PENJAGAAN DAN PENGAWALAN HUTAN DARIPADA DITEROKA/DIMUSNAHKAN MANAKALA PEMULIHARAAN PULA MELIBATKAN AKTIVITI MEMBAIK-PULIH SUMBER HUTAN YANG SUDAH DITEROKA/ DIMUSNAHKAN. ANTARA SEBAB-SEBAB HUTAN PERLU DIPELIHARA DAN DIPULIHARA.
- UNTUK MENGEKALKAN/MENGAWAL KAWASAN TADAHAN AIR. HUTAN MENADAH DAN MENYIMPAN AIR HUJAN MELALUI FUNGSI CEGATAN SILARA OLEH KANOPINYA DAN JUGA PROSES SUSUPAN. OLEH ITU, SIMPANAN AIR DALAM TANAH DI KAWASAN HUTAN ADALAH TINGGI. AIR BAWAH TANAH INI MENYUMBANG/MEMBEKALKAN AIR KEPADA SISTEM SUNGAI AGAR SENTIASA ADA DAN BERTERUSAN YANG SETERUSNYA MENJAMIN KITAR HIDROLOGI SESUATU TEMPAT TIDAK TERGANGGU.
- UNTUK MENGAWAL KADAR HAKISAN TANIH, TANAH RUNTUH DAN BANJIR LUMPUR. HUTAN BERTINDAK SEBAGAI PELINDUNG SEMULA JADI TANAH YANG TERBAIK. KANOPINYA YANG BERLAPIS-LAPIS SERTA CENGKAMAN AKARNYA BOLEH MENGURANGKAN KADAR HAKISAN LARIAN AIR PERMUKAAN SETERUSNYA MENJAMIN KESTABILAN CERUN.
- MENGEKALKAN EKOSISTEM SEMULA JADI DAN MENJAMIN KEPELBAGAIAN BIOLOGI/KEPELBAGAIAN SPESIS DARIPADA DIANCAM KEPUPUSAN. PENGEKALAN ALAM SEMULA JADI MEMBOLEHKAN PULA PEMBANGUNAN ‘EKO-PELANCONGAN’ DAPAT DILAKSANAKAN YANG BERUPAYA MENAMBAHKAN PENDAPATAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA.
- MENJAMIN BEKALAN KAYU BALAK YANG BERHARGA PADA MASA DEPAN. APABILA SUMBER HUTAN DIKAWAL DAN DIPULIHARA MAKA SUMBER KAYU YANG BERHARGA SEPERTI MERANTI, CENGAL, SERAYA, KERUING, JATI DAN SEBAGAINYA SENTIASA ADA,TERJAMIN BEKALANNYA DAN BERTERUSAN. HAL INI AKAN DAPAT MEMBANTU MENGEKALKAN PENDAPATAN EKSPORT NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA.
- MENJAMIN INDUSTRI-INDUSTRI YANG BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA SUMBER HUTAN BOLEH BEROPERASI PENGILANGAN PAPAN DAN PAPAN LAPIS, PEMBUATAN PERABOT DAN IKS-IKS YANG BERKAITAN. DENGAN ITU, PELUANG PEKERJAAN MASIH TERBUKA SEKALI GUS PENGANGGURAN DALAM SESEBUAH NEGARA DAPAT DIELAKKAN. JIKA SUMBER HUTAN TIDAK DIKAWAL DAN DIPULIHARA MAKA INDUSTRI YANG BERGANTUNG KEPADANYA AKAN DITUTUP, PENGANGGURAN AKAN BERLAKU.
- MENJAMIN MASYARAKAT ORANG ASLI MENERUSKAN KEHIDUPANNYA.HUTAN SEBAGAI PERSEKITARAN, HABITAT, SUMBER MAKANAN BAGI PUAK-PUAK ASLI YANG MASIH RAMAI DI NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA. MASYARAKAT INI AMAT BERGANTUNG KEPADA SUMBER HUTAN.JIKA DIMUSNAHKAN, ’SURVIVAL’ MEREKA AKAN TERPUTUS. SELAIN ITU, HUTAN JUGA BERTINDAK SEBAGAI MEDAN UNTUK MENJALANKAN PENYELIDIKAN KHUSUSNYA YANG BERKAITAN DENGAN PERUBATAN DAN HERBA.
SOALAN – 5
a) HURAIKAN EMPAT KESAN NEGATIF TERHADAP ALAM SEKITAR YANG BERPUNCA DARIPADA AKTIVITI PERINDUSTRIAN YANG TIDAK MENGAMALKAN KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI. (12M)
b) BAGAIMANAKAH KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI BOLEH DILAKSANAKAN DALAM PEMBANGUNAN SEKTOR PERINDUSTRIAN DI SEBUAH NEGARA SEDANG MEMBANGUN YANG TELAH ANDA KAJI? (13M)
JAWAPAN...
SOALAN - 5
a) DI ANTARA KESAN-KESAN NEGATIF TERHADAP ALAM SEKITAR AKIBAT AKTIVITI PERINDUSTRIAN YANG TIDAK MENGAMALKAN KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI IALAH :
PENCEMARAN UDARA.I NDUSTRI MEMPROSES MEMBEBASKAN ASAP, HIDRO KARBON, GAS KARBON DIOKSIDA, SULFUR DIOKSIDA DAN LAIN-LAIN PARTIKEL TERAMPAI (PM 10) YANG BOLEH MENINGKATKAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) SERTA MENGGALAKKAN FENOMENA JEREBU TERUTAMA SEKALI DI KAWASAN ESTET PERINDUSTRIAN. CONTOHNYA INDUSTRI MEMPROSES KELAPA SAWIT DAN GETAH, KILANG PAPAN, KILANG PADI, DAN LAIN-LAIN. KUANTITI DAN KUALITI ATMOSFERA AKAN BERUBAH DICEMARI OLEH GAS TEROKSIDA YANG MERBAHAYA UNTUK KESIHATAN DAN BIOTIK LAIN.
PENIPISAN LAPISAN OZON DAN KESAN RUMAH HIJAU. BOLEH MENINGKATKAN INDEKS SUHU SEKITAR/PEMANASAN SETEMPAT ATAU GLOBAL JIKA BERLAKU DI SELURUH DUNIA. GAS-GAS RUMAH HIJAU TERUTAMANYA KARBON DIOKSIDA DAN KARBON MONOKSIDA BERTINDAK SEBAGAI SATU LAPISAN YANG MEMBENARKAN BAHANGAN MATAHARI MASUK TETAPI MEMRANGKAP BAHANGAN BUMI DARIPADA DIPANTULKAN SEMULA KE ANGKASA. MANAKALA GAS-GAS CFC DAN BROMIN BERTINDAK MEMUTUSKAN IKATAN KOVALEN OZON YANG MENYEBABKAN SINAR LEMBAYUNG (UV) MELEPASI SISTEM ATMOSFERA BUMI DENGAN MUDAH.KEDUA-DUA MEKANISME INI MEMAKSA SISTEM BUMI MENERIMA INPUT HABA YANG LEBIH BANYAK MENYEBABKAN KESAN PENINGKATAN SUHU SEKITAR.
FENOMENA HUJAN ASID. INDUSTRI PETROKIMIA DAN INDUSTRI PEMPROSESAN YANG LAIN BANYAK MEMBEBASKAN SULFUR OKSIDA, NITROGEN OKSIDA, KARBON DIOKSIDA DAN SEBAGAINYA. BAHAN-BAHAN PENCEMAR INI BOLEH BERTINDAK SEBAGAI NUKLEUS KONDENSASI UNTUK MENARIK WAP-WAP AIR, MEMBESAR, TEPU DAN AKHIRNYA MEMBENTUK MANIK-MANIK HUJAN ASID. MISALNYA ASID NITRIT DAN ASID SULFURIK. HUJAN ASID BOLEH MENJEJASKAN EKOSISTEM AKUATIK SEPERTI PLANKTON DAN TERUMBU KARANG DI SAMPING MELUNTURKAN WARNA BANGUNAN, MEROSAKKAN LIANG STOMA DAUN SERTA TISU BADAN MANUSIA.
PENCEMARAN AIR. KHUSUSNYA SUNGAI DAN LAUT YANG MENJADI TEMPAT PERLEPASAN ENFLUEN SISA-SISA TOKSID INDUSTRI.SEPERTI INDUSTRI MEMBUAT CAT, SABUN (DETERGENT), PETROKIMIA SERTA INDUSTRI MEMPROSES KELAPA SAWIT DAN GETAH. LEBIH MERBAHAYA JIKA SESETENGAH INDUSTRI MELUPUSKAN SISA-SISA RADIOAKTIFNYA KE DALAM LAUT. HAL INI KERANA BAHAN RADIOAKTIF TIDAK MUSNAH DAN MEROSAKKAN ALAM SEKITAR DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG. PEMBUANGAN SISA TOKSID KE DALAM SUNGAI MENYEBABKAN SUNGAI BERACUN, MENINGKATKAN KANDUNGAN BODnya SERTA BEBERAPA JENIS BAKTERIA PENCEMAR SEPERTI COLIFORM DAN E-Coli YANG JELAS MENUNJUKKAN KUALITI AIR MEROSOT.
KEMUSNAHAN EKOSISTEM AKUATIK. PEMBUANGAN SISA TOKSID INDUSTRI DAN SISA RADIOAKTIF KE DALAM SUMBER-SUMBER AIR AKAN SECARA LANGSUNG MEMUSNAHKAN EKOSISTEM DAN HIDUPAN AIR TERSEBUT. LAUT YANG TERCEMAR AKAN MEMATIKAN TUMBUH-TUMBUHAN PLANKTON DAN HIDUPAN ZOO PLANKTON YANG BERTINDAK SEBAGAI PENGELUAR MAKANAN UTAMA KEPADA MASYARAKAT PENGGUNA SAMUDERA. KESANNYA IKAN, UDANG, SOTONG, DAN LAIN-LAIN AKAN MENGHADAPI KEKURANGAN SUMBER MAKANAN. SELAIN ITU,KAWASAN TERUMBU KARANG TURUT MUSNAH YANG SEKALI GUS MEMUSNAHKAN HABITAT HIDUPAN LAUT. BEGITU JUGA DENGAN SISTEM SUNGAI YANG TERCEMAR, SEGALA KOMPONEN BIOTIK DAN ABIOTIK DALAM EKOSISTEM TERSEBUT TURUT ROSAK.
PENCEMARAN BAU. UDARA DAN PERSEKITARAN BERBAU BUSUK KESAN SESETENGAH INDUSTRI YANG MELEPASKAN BAU BUSUK APABILA SUMBER KITU DIPROSES. SEBAGAI CONTOH, INDUSTRI MEMPROSES KELAPA SAWIT DAN GETAH. PERSEKITARAN YANG BERBAU BUSUK AKAN MENJEJASKAN KUALITI DAN KEHARMONIAN HIDUPAN DI SEKITARNYA.
b) BAGAIMANA KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI BOLEH DILAKSANAKAN DALAM SEKTOR PERINDUSTRIAN
MENYEBUT SEBUAH NEGARA YANG DIKAJI – MALAYSIA. TERDAPAT TIGA ELEMEN PENTING YANG MESTI DITERAPKAN DALAM SEKTOR PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA BAGI MENCAPAI TAHAP PEMBANGUNAN LESTARI, IAITU : PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG, AMALAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR INDUSTRI YANG CEKAP DAN BERKESAN, DAN KEMPEN KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT INDUSTRI.DI ANTARA LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DILAKSANAKAN IALAH :
LANGKAH PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG YANG LEBIH KETAT KEPADA MANA-MANA PENGUSAHA/SYARIKAT YANG MENCEMARKAN ALAM SEKITAR. SEPERTI KES-KES PEMBANGUNAN SISA TOKSID, MENCEMARKAN SUNGAI, MENCEMARKAN UDARA YANG TERUK DAN LAIN-LAIN.HUKUMAN DAN DENDA MAKSIMUM PATUT DIKENAKAN SEPERTIMANA YANG DIPERUNTUKKAN DALAM AKTA KUALITI ALAM SEKITAR 1974. SELAIN ITU,TINDAKAN MENGGANTUNG/MENARIK BALIK LESEN OPERASI/MENYITA MANA-MANA SYARIKAT YANG TIDAK MEMBERSIHKAN PERSEKITARAN YANG DICEMARINYA. DI SAMPING ITU, LANGKAH-LANGKAH PEMANTAUAN DAN KAWAL-SELIA YANG LEBIH KERAP DAN TEGAS HARUSLAH DILAKUKAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) BERDASARKAN STANDARD KUALITI (SQ) YANG TELAH DITETAPKAN. PIHAK PENGURUSAN KILANG JUGA DIWAJIBKAN MENYEDIAKAN LAPORAN EIA DARI MASA KE SEMASA DAN BERTERUSAN KEPADA PIHAK-PIHAK YANG BERWAJIB BAGI MENJAMIN INDUSTRINYA SENTIASA ‘MESRA ALAM’.
MENGURUSKAN SISA TOKSID DENGAN CEKAP DAN BERKESAN. TERUTAMA SEKALI SISA-SISA PEPEJAL HARUSLAH DIURUSKAN DENGAN SISTEMATIK DAN SAINTIFIK. SEPERTI SETIAP KILANG MESTI MENYEDIAKAN TAKUNGAN KHAS UNTUK SIMPANAN SISA TOKSIDNYA DAN TIDAK MEMBUANGNYA KE DALAM SUNGAI, TASIK, KOLAM DAN LAIN-LAIN. PADA MASA YANG SAMA, SISA-SISA TOKSID TERSEBUT MESTI DIRAWAT DAHULU SEHINGGA RISIKIONYA PALING MINIMUM SEBELUM DIALIRKAN KE DALAM SUNGAI DAN SUMBER AIR LAIN-LAIN. JUSTERU BIDANG R&D DALAM KONTEKS PENGURUSAN SISA PEPEJAL HARUSLAH DIKEMBANG-LUASKAN OLEH SETIAP SYARIKAT. MISALNYA R&D DALAM KITAR SEMULA BAHAN BUANGAN AGAR IA TIDAK MEMBAZIR BEGITU SAHAJA.
MENGURUSKAN BAHAN PENCEMARAN UDARA. INDUSTRI YANG MELEPASKAN ASAP PENCEMAR MELEBIHI SQ YANG DIBENARKAN OLEH AKTA KUALITI ALAM SEKITAR MESTILAH MENGGUNAKAN BEBERAPA KAEDAH SEBELUM BAHAN-BAHAN PENCEMAR TERSEBUT DILEPASKAN KE UDARA. MISALNYA MENGGUNAKAN SISTEM (FILTER) DI DALAM SEROMBONG ASAP, MENINGGIKAN SEROMBONG ASAP AGAR KONSENTRASI BAHAN PENCEMAR BOLEH TERSERAK DAN TIDAK TERKUMPUL DI DALAM ATMOSFERA SETEMPAT, TIDAK MENJALANKAN PEMBAKARAN TERBUKA SEPERTI HABUK KAYU DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN KAYU BALAK ATAU SEKAM PADI. SEBALIKNYA BAHAN-BAHAN BUANGAN TERSEBUT BOLEH DIKITAR SEMULA, DIJADIKAN BAHAN MENTAH UNTUK IKS YANG LAIN ATAU DIBIARKAN REPUT SEBAGAI BAJA KOMPOS.
BERALIH KEPADA TEKNOLOGI INDUSTRI YANG MESRA ALAM DAN TIDAK MENCEMARKAN ALAM SEKITAR TERUTAMANYA DALAM KONTEKS PENGGUNAAN TENAGA, SEBAGAI CONTOH TERLALU BERGANTUNG KEPADA BAHAN API FOSIL PETROLEUM HARUSLAH DIKURANGKAN SEBALIKNYA LEBIH BANYAK MENGGUNAKAN TENAGA ALTERNATIF YANG MURAH DAN BERSIH SEPERTI MENGGUNAKAN TENAGA HIDROELEKTRIK, GAS ASLI (NGV) ATAU MENGGUNAKAN TENAGA SOLAR.SEKALI LAGI PIHAK INDUSTRI HARUSLAH MENGEMBANGKAN R&D MASING-MASING DALAM BIDANG TENAGA KHUSUSNYA TENAGA SOLAR YANG AMAT BERPOTENSI DI MALAYSIA.SELAIN ITU, INDUSTRI PENCUCIAN DAN PELARUT SEBOLEH MUNGKIN TIDAK MENGGUNAKAN BAHAN YANG MENGANDUNGI CFC SEBALIKNYA MENGGANTIKAN DENGAN BAHAN YANG LEBIH BERSIH DAN MESRA ALAM SEPERTI MENGGUNAKAN AIR.
MENGGIATKAN KEMPEN-KEMPEN KESEDARAN TERUTAMANYA KEPADA PENGUSAHA-PENGUSAHA DAN KAITANGAN SEKTOR INDUSTRI YANG MENJADI ‘MASYARAKAT INDUSTRI’ TENTANG PENTINGNYA MENGURUSKAN ALAM SEKITAR DENGAN BIJAK DAN HIDUP HARMONI DENGAN ALAM SEKITAR.KEMPEN BOLEH DILAKUKAN DENGAN PELBAGAI CARA SEPERTI PROJEK PENGHIJAUAN PERSEKITARAN INDUSTRI, MEMBERSIH DAN MENJAGA SUNGAI MELALUI AKTIVITI AMAL DAN SOSIAL, MELAKSANAKAN PERADUAN KILANG YANG MESRA ALAM DAN LAIN-LAIN. KEMPEN JUGA BOLEH DILAKUKAN MENERUSI CETAK DAN MEDIA ELEKTRONIK, BENGKEL PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN ALAM SEKITAR DAN LAIN-LAIN YANG BERSESUIAN.DALAM HAL INI, IA HARUSLAH DIGERAKKAN OLEH BAHAGIAN TEKNOLOGI DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DI KEMENTERIAN SAINS DAN TEKNOLOGI.
SOALAN – 6
BERDASARKAN MANA-MANA SEBUAH NEGARA DI RANTAU ASIA TENGGARA YANG ANDA TELAH KAJI :
a) JELASKAN EMPAT PUNCA UTAMA YANG MENYEBABKAN BERTAMBAHNYA PENCEMARAN SUMBER AIR DALAM NEGARA TERSEBUT (13M)
b) HURAIKAN EMPAT LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MENJAMIN SUMBER AIR DALAM NEGARA TERSEBUT BERSIH DAN BERTERUSAN. (12M)
JAWAPAN...
SOALAN – 6
a)
SEBUAH NEGARA YANG DIKAJI IALAH MALAYSIA. DI ANTARA PUNCA-PUNCA UTAMA YANG MENYEBABKAN MENINGKATNYA KADAR PENCEMARAN SUMBER-SUMBER AIR SAMA ADA DI DALAM SUNGAI,TASIK,KOLAM,AIR HUJAN DAN LAIN-LAIN.
PUNCA PERINDUSTRIAN. MENINGKATNYA KADAR PEMBUANGAN PELBAGAI JENIS BAHAN SISA PERINDUSTRIAN ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI SISA-SISA TOKSID SEPERTI MINERAL TERLARUT, OTORAN MINYAK, BAHAN-BAHAN ORGANIK, BAHAN-BAHAN KIMIA, HAMPAS DAN LAIN-LAIN KE DALAM SUNGAI, TASIK, KOLAM DAN AKHIRNYA KE LAUT (TERMASUK PEMBUANGAN BAHAN SISA RADIOAKTIF). ENFLUEN DAN PERINDUSTRIAN INI BUKAN SAHAJA MENYEBABKAN SUMBER AIR BERBAU BUSUK TETAPI JUGA MENINGKATKAN KANDUNGAN BOD DALAM AIR YANG BOLEH MENCERMINKAN KUALITI AIR TIDAK LAGI BERSIH, TEROKSIDA (BERACUN), MENGANDUNGI BERBAGAI JENIS BAKTERIA YANG MERBAHAYA SEPERTI E-Coli DAN COLIFORM YANG BOLEH MEMUSNAHKAN HIDUPAN AKUATIK.CONTOH KES SEPERTI SUNGAI GOMBAK, SUNGAI KLANG, SUNGAI JURU, SUNGAI PRAI DAN SEBAGAINYA.
PUNCA DOMESTIK. MENINGKATNYA KADAR PEMBUANGAN SISA-SISA DOMESTIK DARI PERUMAHAN SEPERTI SAMPAH SARAP OLEH PENDUDUK DAN JUGA SISA KUMBAHAN TERUTAMANYA SETINGGAN YANG TINGGAL DI TEPI SUNGAI. SISTEM PEMBUANGAN SAMPAH DAN SALIRAN NAJIS YANG TIDAK TERURUS TELAH MENJADIKAN SUNGAI SEBAGAI MANGSA YANG PALING MUDAH SEBAGAI TEMPAT BUANGAN.ALIRAN SUNGAI AKAN TERSEKAT, KOTOR DAN BERBAU BUSUK.
PUNCA TUMPAHAN MINYAK. MENINGKATNYA KEJADIAN TUMPAHAN MINYAK DAN PADA PEMBUANGAN BAHAN-BAHAN BERMINYAK DI KAWASAN LAUT, TELUK, MUARA SUNGAI DAN DI SEKITAR PELABUHAN TERMASUK PERLANGGARAN DAN PEMBUANGAN OLEH KAPAL-KAPAL TANGKI. TOMPOKAN MINYAK AKAN MENUTUPI PERMUKAAN LAUT MENERUSI PROSES PEMBAURAN. KUALITI AIR LAUT AKAN TERCEMAR DENGAN KETULAN-KETULAN MINYAK MENTAH DAN SETERUSNYA MEMBERIKAN IMPAK NEGATIF KEPADA EKOSISTEM LAUT DAN HIDUPAN MARITIMNYA. BANYAK KES TUMPAHAN MINYAK DI PERAIRAN SELAT MELAKA DAN JUGA LAUT CHINA SELATAN.
PUNCA PERTANIAN. MENINGKATNYA PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN KIMIA (BAJA DAN RACUN SERANGGA) DALAM BIDANG PERTANIAN.BAHAN-BAHAN INI AKAN SEBATI DENGAN AIR HUJAN DAN DILARUT-RESAPKAN KE DALAM TANAH, MENCEMARKAN SUMBER AIR TANAH SETERUSNYA KE SUNGAI SERTA TASIK. SEKTOR TERNAKAN SEPERTI PEMBUANGAN NAJIS KHINZIR JUGA MENJADI PUNCA UTAMA PENCEMARAN SUNGAI. SUNGAI BUKAN SAHAJA BERBAU BUSUK DAN SUKAR UNTUK MENGALIR (DIANGGAP SEBAGAI SUNGAI MATI). CONTOH; SUNGAI SEPANG DI SELANGOR DAN SUNGAI NIPAH,BUKITPELANDUK NEGERI SEMBILAN.
PUNCA PEMBANGUNAN TANAH. MENINGKATNYA AKTIVITI PENYAHUTANAN UNTUK PELBAGAI TUJUAN SEPERTI UNTUK PERTANIAN LADANG, KAWASAN PERINDUSTRIAN, PERUMAHAN, JARINGAN LEBUH RAYA, PEMBINAAN LAPANGAN TERBANG, PADANG GOLF DAN SEBAGAINYA. AKTIVITI INI AKAN MENCEMARKAN SUNGAI-SUNGAI YANG BERHAMPIRAN.PENYAHHUTANAN AKAN MENYEBABKAN PELBAGAI PROSES GEOMORFOLOGI SEPERTI HAKISAN DAN TANAH RUNTUH. LARIAN AIR PERMUKAAN AKAN MEMBAWA LUMPUR, KELODAK, SELUT, BAHAN-BAHAN AMPAIAN SERTA BAHAN ENAPAN LAIN MEMASUKI SISTEM SUNGAI YANG MENYEBABKAN AIR SUNGAI BERUBAH WARNA,KERUH DAN BERLUMPUR SELAIN PROSES MENDAPAN YANG AKAN MENCETEKKAN DASAR SUNGAI.
b)
BAGI MENJAMIN SUMBER-SUMBER AIR DI MALAYSIA SENTIASA BERSIH DAN BERTERUSAN, MAKA BEBERAPA LANGKAH PATUT DIAMBIL. ANTARANYA IALAH :
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG. PENGAWASAN YANG TELITI, PEMANTAUAN (KAWAL SELIA) DAN TINDAKAN YANG TEGAS TERMASUK DENDA, PENJARA, MENARIK BALIK LESEN OPERASI KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT MENCEMARKAN SUMBER-SUMBER AIR SAMA ADA KE ATAS KILANG, PENTERNAK, PEMILIK-PEMILIK KAPAL DAN SEBAGAINYA. JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) SEBAGAI SEBUAH BDAN KERAJAAN DIBERI KUASA SEPENUHNYA UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEPERTI MANA YANG DIPERUNTUKKAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKITAR 1974.
MEMPERTINGKATKAN R&D UNTUK MERAWAT AIR YANG TELAH TERCEMAR KHUSUSNYA DARIPADA PERKUMUHAN KILANG.HAL INI TERMASUK JUGA TEKNOLOGI KITAR SEMUA AIR, MEMPROSES AIR MISALNYA MEMPROSES AIR LAUT YANG MENGANDUNGI GARAM MENJADI AIR TAWAR YANG AKHIRNYA BOLEH DIGUNA ATAU MENGUBAH TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN YANG TIDAK MENCEMARKAN AIR. KAJIAN, PENYELIDIKAN DAN PENGAWASAN KUALITI AIR SUNGAI DAN LAUT/PESISIR PANTAI HENDAKLAH DILAKUKAN DARI MASA KE SEMASA.
MENGAWAL AKTIVITI PENYAHHUTANAN TERUTAMANYA YANG BERDEKATAN DENGAN KAWASAN TADAHN AIR. HUTAN-HUTAN DI SEKITAR 10 KM PERSEGI DARI KAWASAN TADAHAN HENDAKLAH DIKEKALKAN. HUTAN SEMULA JADI BUKAN SAHAJA BOLEH BERTINDAK SEBAGAI KAWASAN TADAHAN UNTUK MEMASTIKAN KEBERTERUSAN SUMBER AIR, IA JUGA BOLEH BERTINDAK SEBAGAI PENAPIS SEMULAJADI (FILTER) YANG PALING BERKESAN UNTUK MENJAMIN SUMBER AIR SENTIASA BERSIH DAN SELAMAT. JUSTERU KAWASAN HUTAN SIMPAN HENDAKLAH DIKEKALKAN DARIPADA SEBARANG BENTUK PEMBANGUNAN TANAH.
KEMPEN MENINGKATKAN KESEDARAN MASYARAKAT TENTANG PENTINGNYA AIR BERSIH DAN MENJAGA SUMBER AIR SEBAGAI PENERUS KEHIDUPAN. KEMPEN-KEMPEN BOLEH DILAKUKAN MENERUSI MEDIA MASSA, MEDIA CETAK ATAU MENGANJURKAN AKTIVITI-AKTIVITI SOSIAL YANG MELIBATKAN MASYARAKAT SEKITAR UNTUK MENGHAYATI KEPENTINGAN AIR. CONTOHNYA KEMPEN CINTAI SUNGAI KITA, HARGAI AIR DAN LAIN-LAIN YANG BERKAITAN.
MEMPERTINGKATKAN KERJASAMA SERANTAU BAGI MENGAWAL PENCEMARAN LAUT TERUTAMANYA DI PERAIRAN SELAT MELAKA. SEBAGAI RAKAN ASEAN, MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA BOLEH BEKERJASAMA DALAM PELBAGAI ASPEK SEPERTI RONDAAN DAN PEMANTAUAN, BEKONGSI KOS PEMULIHARAAN PERAIRAN, PERKONGSIAN TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT SERTA PENYELARASAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LAUT AGAR AKTIVITI PENCEMARAN LAUT KHUSUSNYA OLEH KAPAK-KAPAL TANGKI BOLEH DIBENDUNG.
Hasil Kerja
Kumpulan 11
1. Muhammad Saifullah b Suhairi
2. Nurhafizah bt Md Nor
No comments:
Post a Comment