Followers

Carian dalam Blog ini

12 January 2010

Soalan Contoh Geografi STPM Tema 3: Transformasi Desa dan Pembandaran

KOLEKSI SOALAN CONTOH TEMA 3 TRANSFORMASI DESA DAN PEMBANDARAN

Soalan 1

Dengan merujuk kepada wilayah Asia Pasifik,

a) Nyatakan tiga buah Bandaraya metropolitan.[3m]

b) Nyatakan mengapa Bandaraya metropolitan tersebut mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat.[12]

c) Huraikan masalah –masalah persekitaran fizikal yang dialami oleh Bandar metropolitan tersebut akibat pertumbuhan penduduk yang pesat.[10]


Jawapan

1a) Tiga buah Bandar raya metropolitan di wilayah Asia-Pasifik ialah Bandar raya Kuala Lumpur (Malaysia), Beijing (Re-publik Rakyat China) dan Bangkok(Thailand).

1b) Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan penduduk di Bandar raya tersebut. Pertama pertumbuhan penduduk bertambah secara semula jadi. Dengan jumlah penduduk asas yang banyak di sesebuah Bandar raya, maka kebarangkalian jumlah penduduk juga meningkat setiap tahun.

Kedua, Bandar raya tersebut menjadi tumpuan penduduk dalam Negara dan luar Negara. Kemasukan penduduk yang berhijrah masuk juga menambah jumlah penduduk setiap tahun. Peluang sosioekonomi yang lebih besar di Bandaraya berbandingan bandar lain menjadi faktor tarikan utama kepada penghijrah.

Ketiga, dasar kerajaan Negara dan pihak berkuasa meningkatkan taraf sosioekonkmi warganya yang berkembang perlu mencari ruang baru untuk pembangunan pusat baru Bandaraya, pinggir bandar dan taman perumahan. Sehubungan itu, kawasan Bandaraya diperlukan dan sempadannya diubah mencakupi kawasan berdekatan. Kesannya, petempatan dan penduduk yang dahulunya berada di luar sempadan menjadi sebahagian kawasan pentadbiran Bandaraya.


1c) Pertumbuhan penduduk yang pesat menimbul pelbagai masalah persekitaran fizikal. Pada asasnya, semakin ramai penduduk semakin banyak sisa buangan domestik dan semakin aktif kegiatan ekonomi semakin banyak sisa kilang dan pejabat perlu dilupuskan. Masalah persekitaran fizikal berlaku sekiranya pelbagai pihak gagal menguruskan dengan berkesan bahan sisa yang disebutkan sehingga berlaku pencemaran udara, air dan tanah.

Pencemaran udara berpunca dari pembakaran terbuka oleh orang awam dan pelepasan sisa kilang yang tidak dirawat ke udara. Penggunaan kenderaan yang banyak juga merupakan sumber bahan pencemar udara. Pencamaran udara yang serius boleh menghasilkan hujan asid yang berbahaya kepada hidupan, termasuk manusia.

Sampah sarap domestik juga menjadi masalah untuk dilupuskan kerana tempat perlupusan sampah menjadi semakin terhad sementara jumlah sampah sentiasa bertambah. Bau busuk dan pencemaran bunyi boleh menjejaskan kualiti hidup penduduk setempat. Persekitaran yang tidak bersih dan tercemar sudah tentu mengancam keselamatan dan kesihatan warga Bandar raya.


Soalan 2

“Malaysia telah mengalami proses transformasi desa yang pesat sejak merdeka.”

a) Berdasarkan penyataan ini, huraikan proses transformasi desa yang berlaku di Malaysia. [9m]

b) Jelaskan kesan transformasi desa yang terletak berhampiran dengan bandar besar daripada aspek
(i) sosioekonomi penduduk desa,
(ii) persekitaran fizikal desa. [8m]

c) Jelaskan bagaimana aktiviti ekonomi desa boleh menjejaskan kualiti alam sekitar? [8 m]


Jawapan

2a) Transformasi desa merupakan proses perubahan sesuatu petempatan dari segi pertambahan penduduk, pertambahan kemudahan asas dan pengangkutan. Seperti Bandar-bandar besar yang ada di Malaysia pada hari ini adalah berasal daripada perkembangan petempatan desa pada masa lalu. Apabila petempatan desa yang mempunyai penduuduk melebihi 10,000 orang dan memiliki beberapa cirri-ciri Bandar Sesuatu petempatan itu boleh ditakrifkan sebagai Bandar.


2b) Antara faktor yang mempengaruhi tahap pembangunan sesebuah kawasan luar Bandar di Malaysia adalah seperti potensi sumber alam yang ada di sesebuah desa tersebu. Banyak petempatan luar Bandar atau desa telah berubah menjadi Bandar disebabkan adanya sumber-sumber alam yang berharga di tempat berkenaan. Faktor perkembangan ekonomi yang moden juga mempengaruhi tahap pembangunan sesebuah desa. Sesebuah desa berkembang menjadi Bandar apabila sector ekonomi moden yang terdapat di desa tersebut di desa tersebut berkembang dengan pesat. Faktor seperti tapak kawasan desa tersebut menjadi sebuah Bandar. Selain itu, faktor seperti tarikan alam semulajadi yang menarik di sebuah kawasan desa boleh menggalakkan proses transformasi proses desa. Petempatan luar ban dar yang memiliki cirri-ciri alam sekitar semula jadi yang menarik crnderung berkembang menjadi Bandar-bandar pelancongan. Akhir sekali faktor polisi kerajaan juga dapat menyembangkan kawasan desa menjadi kawasan Bandar. Polisi kerajaan ini bertujuan untuk memajukan penduduk sekitar luar Bandar dan untuk membangunkan wilayah yang baru dibuka.


2c) Aktiviti ekonomi desa boleh menjejaskan kualiti alam sekitar. Bagi menampung pertambahan penduduk yang agak pesat di Bandar kawasan perumah baru akan dibuka dan boleh mengakibatkan beberapa kesan negatif kepada alam sekitar antaranya adalah seperti antaranya adalah seperti hakisan dan gegalur akibat larian air bukit yang sudah dipotong dan ditarah bagi tujuan pembinaan tapak perumahan. Pemotongan dan penarahan bukti yang tidak mengikuti spesifikasi kecerunan yang sesuai (Pemotongan melebihi 45 darjah) telah menyebabkan beberapa cerun bukit menjadi tidak stabil. Selain itu, pencamaran sungai boleh berlaku apabila terdapat dua anak sungai yang berhampiran dengan kawasan projek perumahan ini yang telah menjadi mangsa pencemaran kelodak dan ampaian iaitu Sungai Cenerai dan Jengka.

Kemusnahan ekologi akuatif dan hutan disebabkan penyedianan tapak penyediaan tapak bagi kedua-dua kawasan perumahan tersebut juga melibatkan penimbusan kawasan tanah lembab atau paya iaitu paya lanjut. Pembangunan ini juga mampu meningkatkan suhu mikro atau kesan pemunasan setempat.


Soalan 3

a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Bandar Satelit’?
b) Berdasarkan kepada mana-mana sebuah Negara di Asia Tenggara yang telah anda
kaji, terangkan mengapa wujudnya Bandar-bandar satelit.
c) Jelaskan tiga kesan pembinaan Bandar-bandar satelit terhadap alam sekitar di
dalam Negara tersebut.

Jawapan

3a) Bandar satelit ialah sebuah Bandar yang terbina dan diwujudkan khas tidak jauh dari Bandar induk. Bandar ini juga dianggap sebagai Bandar cawangan. Bandar satelit berada di bawah pengaruh Bandar induk.

3b) Berdasarkan di sebuah Negara di Asia Tenggara seperti Malaysia, Bandar-bandar satelit wujud disebabkan Bandar satelit mempunyai beberapa fungsi seperti kawasan kediaman dan perindustrian lokasi pusat Bandar yang padat dengan bangunan tidak mampu untuk menampung bilangan bangunan kediaman jadi Bandar satelit merupakan kawasan yang sesuai untuk dijadikan kawasan kediaman dan perindustrian. Urusan antara Bandar induk dengan Bandar satelit masih berlangsung dalam urusan pentadbiran, kewangan, perniagaan, dan lain-lain. Hubungan dua Bandar ini diteruskan menerusi rangkaian lebuh raya, komuter, LRT, sistem telekomunikasi dan lain-lain.

3c) Tiga kesan pembinaan Bandar-bandar satelit terhadap alam sekitar di dalam Negara adalah kawasan tanah yang digunakan untuk membina infrastruktur semakin bertambah dan persaingan pengunaan tanah akan meningkat. Selain itu, pembinaan Bandar satelit juga boleh meningkatkan tahap pencemaran sungai. Pertambahan penduduk disebakan pembinaan Bandar satelit menyebabkan ramai orang yang akan membuang sampah dan sisa-sisa buangan ke dalam sungai. Suhu kawasan Bandar juga meningkat disesbabkan oleh pelepasan asap dari tapak-tapak perindustrian di kawasan Bandar tersebut dan menyebabkan peningkatan suhu pulau haba.


Soalan 4

a) Apakah yang dimaksudkan dengan konurbasi Bandar?
b) Jelaskan empat sebab kewujudan fenomena konurbasi Bandar di Asia Tenggara.
c) Huraikan empat masalah akibat kewujudan fenomena konurbasi Bandar tersbut.


Jawapan

4a) Koburnasi adalah satu proses penggabungan atau percantuman antara pinggir Bandar dengan pinggir Bandar yang lain di kawasan berdekatan.

4b) Empat sebab kewujudan Bandar konurbasi di Asia Tenggar adalah kerana proses rebakan Bandar ke kawasan pinggir Bandar yang membolehkan sempadan sesebuah Bandar itu membesar sehingga bertindih dengan sempadan Bandar yang bersebelahan denganya. Selain itu pembemtukan Bandar konurbasi juga disebabkan oleh nilai ekonominya yang lebih tinggi jika dibandingkan denga kawasan-kawasan yang lain. Zon Bandar konurbasi juga merupakan kawasan yang amat berpotensi untuk menjadi maju dengan perindustrian, perumahan, perniagaan, perdagangan, dan sebaganya.


4c) Empat masalah yang wujud akibat kewujudan fenomina konurbasi Bandar adalah masalah pencemaran persekitaran seperti pencemaran air, udara, dan darat akibat pembuangan sisa-sisa domestik, sisa kilang dan kenderaan. Konurbasi akan melibatkan pertambahan penduduk, pertambahan kilang, dan sumber kenderaan. Jesturu itu, pelbagai bahan pencenmar dilepaskan khususnya ke atas sumber-sumber air dan udara. Masalah saiz tanah menjadi semakin kecil, nilai hartanah menjadi semakin mahal akibat persaingan pelbagai guna tanah di pinggir Bandar golongan pendapat rendah tidak mapu memiliki rumah di kawasan pinggir Bandar. Selain itu, masalah kesesakan penduduk Bandar bertumpu untuk tinggal di pinggir-pinggir Bandar tetapi masih bekerja di di pusat Bandar pada waktu pagi dan juga petang. Masalah social juga boleh berlaku seperti peningkatan kadar jenayah serta merebaknya pelbagai jenis penyakit.


Soalan 5

a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘pembangunan yang tidak seimbang?

b) Pilih sebuah Negara di Asia pasifik dan jawab soalan-soalan berikut.

(i) Nyatakan empat keadaan ketidakseimbangan pembangunan yang berlaku di dalam Negara berkanaan.
(ii) Jelaskan lima langkah yang telah dan sedang diambil oleh Negara Negara berkenaan bagi memajukan wilayah-wilayah yang mundur.


Jawapan

5(a) Pembangunan yang tidak seimbang bermaksud aras kemajuan sosioekonomi yang tidak samarata dicapai dalam sesebuah Negara atau wilayah.

5b i) Empat keadaan ketidakseimbangan pembangunan yang berlaku di dalam Negara Malaysia adalah ketidakseimbangan pembangunan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Masalah ketidakseimbangan pembangunan ekonomi antara Malaysia Barat yang lebih maju Berbanding dengan Malaysia Timur yang masih mundur. Masalah ketidakseimbangan antara zon-zon wilayah yang telah dibahagikan mengikut RMK 7 dna RMK8 seperti wilayah tengah yang maju berbanding wilayah timur dan wilayah Sabah serta Sarawak yang masih jauh ketinggalan. Selain itu, juga masalah ketidakseimbangan pembangunan antara kawasan Bandar yang maju dengan kawasan luar Bandar yang masih mundur.

ii) Lima langkah yang telah diambil oleh Malaysia bagi memajaukan wilayah-wilayah yang mundur adlah dengan mewujudkan program pembangunan insitu yang menekankan pembangunan fizikal desa seperti kemudahan asas yang lengkap dan sempurna. Kerajaan Malaysia juga menjalankan program pembangunan pertanian bersepadu (IADP) yang merupakan satu pakej pembangunan bersifat bersepaduan yang mengabungjalinkan segala tenaga, sumber berpotensi, dan agensi bagi memajukan sektor pertanian luar Bandar. Selain itu, kerajaan Malaysia juga mengenal pasti kawasan-kawasan desa yang berpotensi dan akan membina kilang pembuatan dan pemprosesan. Rancangan pembangunan wilayah (RPW) secara khusus adalah satu strategi pembangunan yang dijalankan secara khusus bagi memajukan sesuatu kawasan desa di Negara Malaysia.

Soalan 6

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Bandar primat?

b) Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya Bandar primat di sesebuah Negara

c) jelaskan kesan Bandar raya primat terhadap alam sekitar dan manusia.


Jawapan

(a) Bandar primat merupakan sebuah Bandar, yang berstatus ibu Negara,yang bersaiz beberapa kali lebih besar daripada Bandar kedua terbesar.

(b) Antara faktor-faktor meyebabkan wujudnya bandar-bandar primat adalah dengan adanya sikap nasionalisme penduduk dengan pembangunan kawasan tersebut tertumpa di kawasan ibu Negara.faktor penjajah juga menjadi faktor pembentukan Bandar primat. Pada zaman penjajah, para penjajah hanya membangun pusat pentadbiran ya dan mengbaikan Bandar-bandar yang pesat, terutama migrasi dari luar Bandar ke Bandar juga menggalakn pembentukan Bandar primat.Pada zaman penajajah, para penjajah hanya membangunkan pusat pentadbirannya dan mengabaikan Bandar-bandar lain. Pertumbuhan penduduk Bandar yang pesat, terutama migarasi dari luar Bandar ke Bandar juga menggalakan pembantukan Bandar primat.

(c) Kesan pembentukan Bandar primat terhadap alam sekitar dan manusia adalah seperti wujudnya petempatan setinggan kerana di kawasan tempat tinggak. Masalah penganguran juga boleh berlaku kerana pulang pekejaan terhad. Selain itu masalah seperti kesesakan lalu-lintas dan kesesakkan penduduk disebabkan tumpuan migrasi penduduk. Kasan ke atas alam sekitar juga boleh berlaku seperti pencemaran udara disebabkan pengeluaran asap kenderaan, kilang, dan pembakaran terbuka. Selain pencamaran udara, pencemaran air juga boleh berlaku disebabkan oleh pembuangan sisa domestik dan sisa kilang.

Soalan 7

a) Huraikan maksud lingkungan pengaruh Bandar.
b) Berdasarkan sebuah Bandar, tunjukan lingkungan pengaruh Bandar-bandar tersebut
c) Dengan menunjukan contoh yang sesuai jelaskan bentuk-bentuk interaksi antara petempatan bandar dengan petempatan desa.


Jawapan

7a) Maksud lingkungan pengaruh adalah kawasan-kawasan di sekelilingi Bandar dan Bandar ini memberi perkhidmatan dan kemudahan pada kawasan tersebut. Saiz medan pengaruh Bandar berbeza mengikut jenis perkhidmatan, ketersampaian pengangkutan dan fungsi pentadbiran.

7b) Contoh lingkungan pengaruh sesebuah Bandar adalah seperti perkhidmatan kesihatan. Medan pengaruh klinik bidan meliputi beberapa buah kampung berdekatan yang memberi perkhidmatan kepada ibu mengandung. Bagi kes-kes yang tidak dapat dirawat oleh bidan klinik desa, contoh atau rawatan lanjut, ibu mengandung tersebut terpaksa pergi ke pusat kesihatan kecil untuk berjumpa dengan doktor. Medan pengaruh pusat kesihatan kecil lebih besar daripada medan pengaruh klinik.

7c) Interakasi Bandar dengan desa boleh dilihat dari beberapa aspek iaitu Bandar sebagai pusat pengumpul hasil-hasil desa. Bandar juga berperanan sebagai pusat pembekal dan pengedar keperluan penduduk desa. Selain itu, Bandar juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran. Pusat perkhidmatan penduduk desa juga boleh dijadikan hubungan interaksi antara kawasan desa dengan Bandar. Selain itu, desa juga berperanan sebagai sumber pasaran tersedia barangan dan perkhidmatan dari Bandar.
Hasil kerja : Mohd Hafis Hafizan, Rajaprakas & Muhammad Rusydi Nazirul Hisyam 6AA KHS 2010

No comments: