Setiap ibu bapa dituntut untuk mengamalkan hubungan baik dan mesra dengan anak-anak mereka. Ini kerana menurut pakar psikologi perkembangan, hubungan yang baik memudahkan pembelajaran kanak-kanak dari sumber yang punca utamanya adalah daripada ibu bapa seperti perolehan bahasa, gelagat dan tingkahlaku seharian, peraturan dan norma social, emosi dan sebagainya.
Banyak tip telah dikemukakan oleh ahli psikologi dan pakar-pakar motivasi mengenai cara mengukuhkan hubungan serta komunikasi baik dengan anak-anak, antaranya ialah:
1. Hargai Tindakbalas Positif
Hargai dan beri pujian kepada perkara yang anda tidak sangka boleh berlaku, seperti bangun tidur tepat pada masanya, membantu menyiapkan meja makan ataupun menyiapkan kerja rumah tanpa perlu ditanya. Tidak ada seorang pun yang dikatakan tidak layak untuk mendengar kata-kata pujian atau mendapat dakapan atau pelukan ataupun penghargaan apabila telah melakukan tugas dengan baik. Letakkan dalam fikiran kita bahawa anak itu tahu bila usaha mereka adalah kurang daripada kemampuan mereka.
2. Berkomunikasi Dan Mendengar Secara Aktif
Komunikasi adalah penting kerana ia membuat si anak rasa selesa untuk bertanya tanpa memikirkan tentang soalan yang bakal diajukannya. Ini kerana sesetengah kanak-kanak menggunakan dadah hanya untuk memenuhi rasa ingin tahu mereka dan hal ini amat sukar ditanya kepada ibu bapa, mungkin lebih mudah ditanya saja kepada kawan-kawan. Dalam hal seperti ini, komunikasi positif di antara ibu bapa dan si anaki amat penting dalam member penerangan kepadanya tentang bahaya dadah serta menghindarnya daripada terus menggunakan dadah.
3. Peneguhan Tingkahlaku dan Bukan Hukuman
Satu perkara yang perlu ditekankan ialah tidak “menangkap” anak ketika membuat kesalahan tetapi “menangkap” tingkahlaku anak yang baik supaya anda dapat memberikan perhatian serta pujian. Ambillah peluang untuk memberi ganjaran kepada anak anda yang mengikut peraturan, malah yang selalu melakukan dan yang melampaui jangkaan anda. Peneguhan positif akan membantu anak anda untuk membina keyakinan diri dan kepercayaan mengikut penilaiannya sendiri serta melihat faedah serta rasional dalam mematuhi peraturan anda.
4. Ajar dan Beri Bimbingan Terhadap Tanggungjawab Yang Membina.
Kanak-kanak yang telah diajar tentang peraturan dan akibat seawall usianya, mula untuk menerima peraturan dan menjadikan anda sebagai model kepada dirinya. Ibu bapa perlu member didikan secara konsisten kepada anak-anak agar masej itu dapat disampaikan dengan jelas. Lama kelamaan, peraturan yang kita bina bersama dalam rumah akan menjadi asas kepada pembentukan displin dan akhlak.
5. Dorongan Serta Panduan Yang Jelas.
Anak anda tidak akan ambil peduli,apabila anda sering meninggikan suara dan bercakap dalam nada yang keras apabila memberi sesuatu arahan.Dalam memberi sesuatu panduan atau arahan kepada anak anda secara berulangkali, berikanlah secara jelas dan fikirkan tentang tindakan yang boleh dikendalikan bersama anak anda.
6. Menghalangi Tingkahlaku Anak Anda.
Jangan sesekali menyatakan anak anda itu seorang yang buruk perilakunya ataupun jahat. Perkataan sedemikian akan mebuatkan anak anda merasa rendah diri. Berkomunikasi dengan anak anda secara lembut dan bersopan dan beri sedikit penjelasan bahawa anda tidak boleh menerima perilakunya yang negative dan bukannya tidak menyayanginya.
7. Menyokong Aktiviti Anak anda.
Kita perlu memberi sokongan kepada aktiviti anak-anak, walaupun ianya kelihatan tidak penting. Sebagai contoh, jika anak anda terlibat dengan sukan atau perlawanan, rancanglah untuk hadir sekerap mana yang anda boleh dan tunjukkan tingkahlaku menyokong yang sesuai. Puji usaha anak anda dalam apa jua aktiviti.
8. Galakkan Anak Anda Membuat Pilihan.
Galakkan anak anda membuat pilihan, terhadap apa jua keputusan mudah yang diwifirkan wajar. Dalam sesuatu hal minta pandangan anak anda, agar anak anda itu merasai dihargai. Perbincangan keluarga agak penting bagi memberi kesempatan kepada mereka untuk mengemukakan beberapa cadangan dan isu dalam kekeluargaan.
9. Hargai Masa dan Jangan Bawa Beban Kerja Di Rumah.
Jika anda tidak memberi sepenuh perhatian terhadap anak-anak, mereka mungkin berisiko terhadap perlakuan menyimpang. Dalam fikiran peringkat remaja, mengambil berat terhadap perlakuan negative adalah lebih daripada tidak mengambil berat terhadap sebarang perlakuan dan tindakbalas. Ingat, perasaan anak-anak anda amat penting untuk dihargai dan dikenalpasti. Ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan urusan pejabat sewajarnya tidak perlu membawa pulang kerja-kerja pejabat itu di rumah. Anda akan kehilangan toleransi terhadap anak-anak jika mebenani kerja-kerja pejabat di rumah.
10. Pengukuhan Kasih Sayang.
Kekalkan dengan keputusan anda dan jadikan satu tauladan terhadap apa yang anda lakukan agar anak anda dapat mengikutinya. Jangan biarkan anak anda berendam air mata dengan janji-janji anda. Anak anda akan menghargainya jika anda mengotakan apa yang anda janjikan.
2 comments:
great tips..satu tip yg jarang sy jumpe kat blog org lain..
:DDDD
kena rajin surf boleh jumpa maaaa..
KHS dah ada coach memanah dgn ...khabar cikgu baru..wow very dangerous for bdk2 khs yg nak ponteng ...lepas ni panah saja bagi msk spital haaa haaaa.
Post a Comment