PROJEK GEOGRAFI
ALAM SEKITAR FIZIKAL
2009 /2010
TEMA 4
SISTEM HIDROLOGI
KUMPULAN 4
AHLI KUMPULAN
- PARIMALA A/P SUBRAMANIAM
- MUHAMMAD BAZLI BIN KAMARUDDIN
- MUHAMMAD SHAFIQ AZWAD BIN ZULKIFLE
Soalan 1
a) Huraikan konsep kitar hidrologi. (10 markah)
b) Jelaskan lima proses yang terlibat dalam kitar hidrologi. (15 markah)
JAWAPAN
a)
>Ayuode, J.O.,(1998) dalam bukunya ‘Tropical Hydrology and Water Resources’ mengatakan hidrologi adalah satu penelitian saintifik tentang kitaran air. Istilah kitaran digunakan untuk menerangkan pertukaran air yang berterusan pelbagai bentuk seperti wap, cecair dan pepejal yang melibatkan pelbagai ruang sama ada ruang hidrosfera, atmosfera, biosfera dan ruang litosfera.
>Kitaran hidrologi ini sebenarnya tidak ada titik permulaan dan penamat yang mutlak. Ia merujuk kepada sistem edaran air yang melibatkan pelbagai storan dan laluan untuk air tersebut berputar dan bertukar bentuk daripada satu tahap kepada tahap yang lain.
b)
>Proses sejatan adalah proses penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air. Sejatan berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum mencapai peringkat tepu. Sejatan memerlukan tenaga haba yang cukup untuk memanaskan air di permukaan sama ada daripada lautan, sungai, tasik, kolam dan lain-lain.
>Proses perpeluhan dan sejat peluhan juga melibatkan pembebasan wap-wap air ke atmosfera tetapi ia berlaku menerusi liang-liang stoma daun. Ia terjadi kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera terutama pada waktu siang yang panas.
>Proses pemeluwapan adalah proses penukaran wap air kepada cecair khususnya titisan hujan (bintik air). Pemeluwapan terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalam atmosfera. Proses ini dinamakan sebagai penyejukan adiabatik (aras semakin tinggi, suhu semakin rendah).
>Kerpasan boleh terjadi melalui tiga cara iaitu hujan perolakan, hujan perenggan, dan juga hujan relief (bukti). Contoh kerpasan ialah hujan, salji dan embun. Proses in berlaku apabila bintik-bintik air atau ais di udara turun ke bumi.
>Larian air permukaan iaitu baki air hujan yang mengalir di permukaan bumi setelah ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan juga yang diguna oleh tumbuhan. Pergerakan larian air di atas permukaan ini biasanya berlaku setelah semua liang pori tanah tepu dengan air yang telah menyusup ke dalam tanah.
Soalan 2
a) Bezakan proses sejatan dengan proses sejat peluhan. (6 markah)
b) Huraikan empat faktor yang mempengaruhi kadar sejatan dan sejat peluhan di sesebuah kawasan. (12 markah)
c) Jelaskan bagaimana projes sejatan dan sejat peluhan mempengaruhi kelembapan atmosfera. (7 markah)
JAWAPAN
a) >Sejatan adalah penukaran air daripada bentuk cecair kepada bentuk gas atau wap. Lautan, laut, tasik dan sungai membekalkan lebih kurang 90% lembapan atmosfera melalui proses sejatan. Proses sejatan penting bagi air untuk menyerap semula ke dalam kitaran hidrologi daripada bentuk cecair kepada bentuk wap di atmosfera.
>Proses sejat peluhan memindahkan wap-wap air ke atmosfera. Kombinasi antara sejatan di permukaan air, sejatan dari storan lembapan tanih dengan pepeluhan oleh tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai sejat peluhan. Sejat peluhan dari sudut hidrologi sebenarnya merujuk kepada kehilangan air dari proses sejatan secara langsung, sejatan dari tanih dan proses perpeluhan dari tumbuhan.
b)>Suhu - Dalam proses sejatan, apabila suhu air meningkat bermakna tekanan wap air atau keupayaan wap air untuk terbebas ke atmosfera akan meningkat dengan cepat. Bagi proses sejat peluhan, suhu udara di atas permukaan tanih ialah lebih tinggi.
>Kelembapan bandingan - Dalam proses sejatan, semakin tinggi nilai kelembapan maka kadar sejatan menjadi semakin rendah. Bagi proses sejat peluhan, kuantiti air yang sebenarnya disejatkan daripada tanih dan perpeluhan tumbuhan dalam, satu jangka masa yang tertentu di bawah keadaan lembapan tanih dan litupan tumbuhan yang berubah-ubah.
>Angin - Dalam proses sejatan, angin berupaya menukarkan udara lembap di permukaan air dengan udara yang lebih kering. Bagi prose sejat peluhan, aliran udara yang tinggi agar dapat mengalih udara tepu di atas permukaan tanah dan menggantikannya dengan udara kering.
>Kemasinan air - Dalam proses sejatan, air laut yang masin, kadar sejatannya lebih lambat berbanding dengan air tawar yang bersih dan jernih. Bagi proso sejat peluhan, pergerakan air dalam tanih menuju kepada permukaan tanah atau zon serapan di sekitar akar tumbuhan.
c)>Proses sejatan mempengaruhi kelembapan atmosfera melalui lapisan tanah yang mengalami susupan air semasa hujan, akan menyimpan air tersebut buat sementara waktu di dalam ruang-ruang udara yang ada di dalam tanah. Air yang tersimpan ini dinamakan sebagai storan lembapan tanih. Apabila bekalan tenaga haba mencukupi dan tekanan udara di permukaan tanih lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara di permukaan tanih lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera, maka air yang tersimpan di dalam storan lembapan tanih itu akan tersejat ke atmosfera.
>Proses sejat peluhan mempengaruhi kelembapan atmosfera melalui perpeluhan. Pergerakan air dalam tanih menuju kepada permukaan tanah atau zon serapan di sekitar akar tumbuhan. Pengewapan air pada permukaan tanih atau daun pokok(pintasan) atau melalui liang stoma. Pemindahan dan pengangkutan air yang tersejat dalam bentuk gas ke dalam atmosfera.
Soalan 3
a) Huraikan kepelbagaian jenis kerpasan. (8 markah)
b) Kenal pastikan dua teori pembentukan kerpasan. Berdasarkan kedua-dua teori kerpasan yang anda kenal pasti itu, huraikan bagaimana kerpasan terjadi. (8 markah)
c) Tunjukkan tiga kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi terhadap kitaran hidrologi di sesebuah kawasan. (9 markah)
JAWAPAN
a)
>Hujan - Titisan cecair yang turun dari awan. Ia terjadi melalui proses pemeluwapan sehingga terbentuknya bintik-bintik air yang kemudiannya bercantum antara satu sama lain menjadi berat dan tepu. Bintik air yang melebihi daya apungan dalam atmosfera maka ia akan turun sebagai hujan.
>Salji - Hablur-hablur ais yang terdiri daripada pelbagai bentuk yang terjadi akibat pemeluwapan dalam jisim udara yang sedang naik dan disejukkan kepada suhu bawah daripada takat beku. Salji terjadi apabila paras beku terlalu hampir dengan permukaan bumi yang menyebabkan hablur-hablur ais tidak sempat untuk cair sebelum tiba ke bumi.
>Hujan beku - Hujan yang turun bercampur dengan salji. Ianya kelihatan seperti partikel-partikel ais yang jernih. Sekiranya titisan air jatuh dari awan dan melintasi satu lapisan udara yang bersuhu takat beku maka titisan air ini akan membeku menjadi bintik ais yang kecil dan jernih sifatnya.
>Hujan batu - Sejenis kerpasan dalam bentuk pepejal yang paling berat dan besar. Ia terjadi dalam keadaan rebut atau angin kencang. Dengan adanya ribut yang kuat, ia akan bertindak memutar dan mengolakkan titisan hujan ke atas sehingga ke satu paras di bawah takat beku.
b)
>Teori yang pertama ialah Teori Bergeron - Pembentukan kerpasan berlaku apabila suhu atmosfera jatuh dengan cepat di bawah takat beku akibat pertukaran adibatik. Tekanan wap atmosfera akan jatuh dengan lebih pesat di bahagian atas permukaan air berbanding di permukaan air itu sendiri.
>Teori yang kedua pula Teori Pelanggaran. - Pelanggaran berlaku apabila hablur-hablur ais atau bintik-bintik air semasa jatuh dari awan sehingga menyebabkan percantuman antara bintik-bintik air tersebut.
c)
>Perubahan aliran batang amat bergantung kepada jenis batang pokok. Batang pokok yang licin berupaya mengalirkan air dengan lebih cepat dan banyak dalam jangka masa yang singkat. Sudut percambahan ranting pokok yang curam juga mempengaruhi jumlah air yang dapat mengalir turun ke batang dengan cepat berbanding dengan sudut percambahan ranting yang rendah.
>Jatuhan langsung bergantung kepada saiz kanopi. Saiz kanopi yang besar dan lebar serta padat pada umumnya berupaya memerangkap lebih banyak air hujan yang turun berbanding dengan kanopi yang jarang-jarang. Walau bagaimanapun, pola jatuhan langsung adalah berubah-ubah dengan jarak daripada pangkal pokok dan juga kelebatan hujan dalam sehari.
>Sifat tumbuhan, kadar pintasan juga dipengaruhi oleh keamatan hujan. Kehilangan air melalui pintasan semakin berkurangan apabila jumlah hujan semakin tinggi dan lebat. Keadaan ini kerana storan sementara seperti daun, dahan dan ranting lebih cepat dan awal mengalami ketepuan.
Soalan 4
a) Jelaskan proses kitaran hidrologi menegak. (6 markah)
b) Huraikan sungai atau alur yang mengalirkan air. (6 markah)
c) Huraikan lima faktor yang mempengaruhi kadar larian air permukaan dan larian air alur sungai. (13 markah)
JAWAPAN
a)
> Sejatan merupakan proses asas dan pertama dalam kitar hidrologi. Proses ini berlaku secara menegak. Sejatan berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum sampai ke peringkat tepu.
>Pemindahan wap-wap air ke atmosfera secara menegak juga berlaku menerusi proses perpeluhan. Perpeluhan ialah kehilangan air melelui liang-liang stomata daun. Proses ini berlaku kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera.
b)
>Sungai Fauna - Sungai Fauna ialah sungai atau alur yang mengalirkan air semasa hujan atau sebaik sahaja salji cair.
>Sungai Jeda - Sungai Jeda merupakan alur yang mengalirkan air dalam jada masa yang tertentu seperti dua atau tiga bulan dalam setahun iaitu mangikut musim hujan sahaja dan selebihnya adalah kering.
>Sungai Saka - Sungai Saka ialah alur yang mengalirkan air sungai sepanjang tahun. Sungai jenis ini terdapat di kawasan tropika lembap.
c)
>Faktor yang pertama bagi larian air permukaan adalah, kuantiti hujan. Semakin banyak hujan maka kadar larian air permukaan semakin tinggi. Bagi larian jenis tepu dan aliran intra kuantiti air yang banyak tidak semestinya menambahkan kadarnya, sebaliknya ia boleh berkurangan. Ini kerana jika larian air tersebut sudah mencapai ke peringkat tepu maka penambahan hujan selanjutnyatidak mampu lagi.
>Faktor kedua pula, bentuk hujan mengikut masa. Dua bentuk hujan yang mempengaruhi air larian iaitu hujan yang lebat dalam jangka masa yang singkat dan hujan yang perlahan dalam jangka masa yang lama.
>Faktor ketiga adalah pengaruh geologi setempat. Ciri-ciri geologi yang membawahi dan membentuk satu-satu permukaan cerun amat penting dalam menentukan kadar larian air permukaan. Ini kerana geologi tersebut akan mempengaruhi kadar susupan atau inflatrasi air hujan.
>Faktor keempat pula, pengaruh faktor kecerunan. Faktor cerun sering kali dirujukan kepada dua elemen iaitu cerun curam dan juga cerun landai semakin curam sudut cerun maka halaju pergerakan larian air permukaan semakin tinggi.
>Faktor terakhir bagi larian air permukaan adalah, pengaruh faktor tumbuhan. Jenis dan ketebalan tumbuhan semula jadi juga menjadi faktor penting dalam mengawal kadar larian air permukaan. Ini kerana tumbuhan berfungsi untuk menutupi dan melindungi cerun daripada ditimpa air hujan.
Faktor yang mempengaruhi larian air alur sungai adalah, saiz atau keluasan lembangan saliran. Lembangan saliran yang luas semestinya menjanakan aliran sungai yang banyak kerana keupayaannya untuk menampung isi padu air adalah tinggi berbanding dengan lembangan saliran yang bersaiz kecil.
Faktor kedua adalah bentuk lembangan saliran. Bentuk lembangan saliran yang bujur dan memanjang amat mempengaruhi masa pergerakan air sungai. Air hujan yang turun di hulu sungai akan mengambil masa yang lama untuk luahan di hilirnya.
Faktor ketiga pula, kecerunan atau gradian dasar alur sungai. Cerun dasar sungai khususnya sungai induk yang curam akan mempercepatkan halaju arus sungai terutama luahan air sungai ke laut berbanding dengan sungai yang tidak banyak cawangan.
Faktor terakhir pula kuantiti air dalam sesebuah kawasan tadahan. Air hujan akan menyebabkan peningkatan paras sungai, tetapi peningkatan paras tersebut hanya dapat berlaku jika kawasan tadahan mengalami hujan yang cukup.
Soalan 5
a) Maksud sumber zon tepu dan zon tak tepu. (6 markah)
b) Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi kadar susupan air ke dalam tanih di sesebuah kawasan. (10 markah)
c) Huraikan kepentingan sumber air tanih kepada kitar hidrologi dan juga kepada manusia. (9 markah)
JAWAPAN
a)
>Zon tepu dikenali juga sebagai zon pengudaraan iaitu yang terletak berhampiran dengan permukaan bumi. Air yang tersimpan dalam zon pengudaraan ini juga dinamakan sebagai air tanih, iaitu ia tersimpan dalam tanih yang dipengaruhi oleh tegangan. Air tanih ini menentukan nilai kelembapan tanih.
>Zon tak tepu. Air yang wujud di dalam semua rongga pori tanih yang terletak di bawah lapisan tanih. Air di zon tepu ini menyumbang kepada air perigi dan mata air, air yang wujud di dalam zon tepu ini dianggap sebagai air tanih yang sebenar.
b)
>Faktor yang pertama adalah jumlah liang pori. Tanih yang mempunyai peratus liang pori yang tinggi seperti tanih kapur atau batu kapur maka ia adalah amat poros berbanding dengan tanih yang peratus liang porinya rendah seperti tanih liat.
>Faktor yang kedu pula, struktur atau susunan partikel tanih. Partikel tanih yang tersusun longgar seperti tanih pasir adalah lebih poros berbanding dengan susunan partikel yang lebih padat. Ini kerana wujudnya ruang-ruang udara yang lebih besar atau luas antara partikel-partikel yang tersusun longgar tadi.
>Faktor yang terakhir adalah, komposisi dan saiz partikel tanih. Tanih yang partikelnya pelbagai pelbagai jenis dan saiz seperti campuran bongkah batuan, kerikil dan pasir adalah lebih poros berbanding dengan tanih yang homogeneus komposisinya seperti tanah liat.
c)
>Sumber air tanih berpotensi untuk dimajukan kerana kapasiti air yang yang banyak dan sehingga kini belum lagi digunakan dengan optimum. Dianggarkan simpanan air bawah tanih di Negara ini berjumlah 63 juta meter padu.
>Sumber air tanih digunakan untuk aktiviti pertanian. Sumber air tanih yang banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu yang mempunyai tanih alluvium. Penggunaan air tanih di kedu-dua negeri ini adalah tinggi. Misalnya di Kota Bharu sahaja kira-kira 68 juta liter air tanih dipamkan untuk kegunaan penduduk.
>Sumber air tanih digunakan sebagai bekalan air. Penggunaan air tanih amat mudah dan murah. Kawasan yang sudah dikenal pasti hanya perlu digerudi dan dipamkan keluar airnya untuk disalirkan ke loji pembersihan (perawatan) sebelum diagihkan kepada penduduk melalui system perpaipan Jabatan Bekalan Air (JBA) yang sedia ada.
>Menambahkan kuantiti air sungai. Air tanih membekalkan aliran dasar (base flow) kepada sungai. Justeru ini penggunaan air tanih adalah satu langkah penyelesaian jangka pendek sahaja.
Soalan 6
a) Apakah yang dimaksudkan dengan edaran air tanih? (5 markah)
b) Huraikan lima ciri sesebuah akuifer. (10 markah)
c) Jelaskan tiga faktor yang boleh menentukan simpanan air tanih di sesebuah kawasan. (10 markah)
JAWAPAN
a)
>Edaran air tanih merujuk kepada semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanih sebagai medium (bahan antaranya) seperti aliran sub-permukaan, susupan (infiltrasi) dan pergerakan air secara mendatar dalam system akuifer. Semua pergerakan air ini berlaku dalam bentuk cecair. Pergerakan air tanih secara menegak dipanggil sebagai susupan manakala pergerakan air tanih secara mendatar dipanggil sebagai rembesan.
b)
>Keporosan.Nisbah rongga atau liang pori berbanding dengan keseluruhan isipadu batuan. Setiap batuan mempunyai nilai keporosan yang berbeza bergantung kepada struktur dan tekstur mineral serta kepadatan dan ikatan antara mineral-mineral yang membentuknya.
>Ketertelapan merujuk kepada keupayaan sesuatu jenis batuan untuk memindahkan air atau membenarkan air mengalir dan meresap melaluinya. Batuan bolah dianggap sebagai tidak telap air jika mempunyai rekahan, garis kelemahan dan retakan yang membenarkan air mengalir melaluinya.
>Penahanan tentu adalah satu ukuran tentang keupayaan batuan menahan atau mengekalkan air selepas ketepuan dicapai. Penahan tentu ini wujud di dalam zon tepu.
>Pekali keterusan merujuk kepada keupayaan akuifer untuk mengalirkan air melalui satu unit ketebalan akuifer. Ada akuifer yang hanya menakung air tetapi tidak membenarkan air mengalir di atasnya sebagai edaran air bawah tanih.
>Pekali simpanan adalah keupayaan akuifer untuk mengeluarkan isipadu air pada satu-satu masa tertentu. Kapasiti air yang tersimpan dalam akuifer adalah merupakan stok air untuk masa depan.
c)
>Kejerapairan tanih bergantung kepada jumlah liang pori sesuatu jenis tanih yang menyebabkan tanih itu poros atau tidak. Misalnya tanih pasir yang peroi adalah poros dan tidak mampu menyimpan air. Oleh itu kandungan air tanihnya kurang berbanding dengan tanih liat yang tidak poros dan mampu menyimpan air dengan banyak.
>Ketelapan tanih bergantung kepada struktur dan tekstur tanih. Tanih yang berstruktur longgar dan bertekstur kasar seperti batu pasir dan kerikil lebih cepat kehilangan air berbanding dengan tanih yang berstruktur padat dan bertekstur halus seperti tanih liat dan granit yang menggalakkan air bertakung.
>Jumlah dan sifat hujan. Hujan lebat dalam tempoh yang lama akan membekalkan jumlah air tanih yang tinggi. Misalnya pada musim tengkujuh yang menyebabkan tanih menjadi lembap berbanding dengan jumlah hujan yang sedikit atau pada musim kemarau. Bagi hujan yang lebat tetapi sekejap sahaja tidak akan menghasilkan simpanan air tanih yang banyak kerana bentuk hujan ini membolehkan kadar larian permukaan yang tinggi bukannya kadar susupan.
Soalan 7
a) Apakah yang maksudkan dengan akuifug dan akuiklud? (6 markah)
b) Terangkan bagaimana akuifer berfungsi di dalam sistem hidrologi. (9 markah)
c) Jelaskan lima jenis sumber air tanih dalam sistem akuifer. (10 markah)
JAWAPAN
a)
>Formasi batuan yang hanya boleh menyimpan air tetapi tidak membenarkan air yang disimpannya mengalir dipanggil sebagai akuifug. Sebagai contoh air di dalam tanih yang disimpan di dalam formasi batuan granit.
>Manakala formasi batuan yang boleh menyimpan dan bertindak sebagai conduit untuk air tersebut mengalir sebagai aliran air bawah tanih dinamakan sebagai akuiklud, misalnya air yang tersimpan di dalam lapisan tanih liat dan batuan syal.
b)
>Air hujan yang menyusup masuk ke dalam tanih akan disimpan dalam formasi batuan yang boleh menakung dan membendung air. Formasi geologi yang boleh menyimpan air ini dipanggil sebagai akuifer. Akuifer bukan sahaja boleh menyimpan air di dalam tanih malah bertindak sebagai conduit untuk air tersebut mengalir di dalam tanih menuju ke sungai sebagai aliran dasar atau menjadi sebagai sumber mata air. Keupayaan akuifer untuk mengalirkan air yang disimpannya bergantung kepada beberapa faktor seperti kecerunan, keterlaluan dan luas keratin rentas sesuatu akuifer seperti yang diutarakan oleh Hukum Darcy.
c)
>Air tanih tertutup iaitu keseluruhan akuifer dikurung oleh lapisan tak telap air.
>Air artois iatu kawasan simpanan air tanih yang lokasinya lebih tinggi daripada permukaan lembagaan saliran. Jika perigi digali dalam system akuifer ini air tanah akan memancut keluar.
>Air tertekan iaitu air dalam akuifer yang dilitupi oleh lapisan tak telap air.
>Air bebas iaitu tiada lapisan tak telap air di atasnya.
>Air tenggek iaitu air dalam zon tepu yang terbentuk di ats satu kanta yang tak telap air.
Soalan 8
(a) Terangkan maksud konsep imbangan air. (5 markah)
(b) Jelaskan lima faktor yang mempengaruhi imbangan air negatif (10 markah)
(c) huraikan bagaimana kemarau memberi kesan terhadap alam sekitar fizikal. (10 markah)
JAWAPAN
(a)
-Keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari atmosfera oleh permukaan bumi adalah sama dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera.
-Jumlah air yang diterima oleh permukaan bumi dalam bentuk kerpasan seperti hujan, embun dan salji adalah sama banyak dengan yang akan dibebaskan semula ke atmosfera.
-Keseimbangan antara input dengan output air.
(b)
>Faktor semula jadi
-suhu yang panas menyebabkan udara menjadi lebih kering, lembapan tanih dan akuifer kekurangan air serta proses transpirasi tumbuhan berkurangan ini menyebabkan simpanan air di kawasan tadahan akan berkurangan dan seterusnya mengurangkan bekalan air atau krisis air.
-Fenomena cuaca luar biasa seperti El-Nino. El-Nino dikaitkan dengan kenaikan suhu Lautan Pasifik yang berupaya mengubah, melemah dan menghentikan tiupan angin timuran.
>Faktor tindakan manusia
-Tuntutan pembangunan yang terlalu mendesak telah menyebabkan hutan-hutan diteroka dengan rakus, bukit-bukit digondolkan untuk pembinaan petempatan , perindustrian dan lain-lain sehingga manusia terlupa tentang peri pentingnya keseimbangan air dan kitaran hidrologi dikekalkan.
-Pembandaran yang terlalu pesat. Pembangunan pesat metropolis Kuala Lumpur telah menukarkan hutan semula jadi kepada hutan batu, muka bumi telah diturap dengan aspalt dan bitumen. Ini menyebabkan kadar susupan air berkurangan seterusnya aimpanan air di dalam sistem akuifer bawah tanah semakin sedikit.
(c)
-Kemarau menyebabkan persekitaran menjadi panas dan udara kering. Persekitaran begini memudahkan berlakunya kebakaran hutan secara semulajadi.
-Kemarau juga menjejaskan ekosistem akuatik seperti paya, tasik, dan kolam. Komponen saliran permukaan ini akan kekeringan air yang kelak menjejaskan habitat dan sumber makanan bagi ikan.
-Kemarau berpanjangan menyebabkan kawasan tanah bencah seperti paya akan musnah kerana tumbuhannya akan mati.
-Kemarau yang berpanjangan menyebabkan fenomena penggurunan. Tumbuhan pinggir gurun akan mati dan juga tindakan angin akan bertindak dengan cepat untuk menghakis, mengangkut dan memendapkan debu-debu gurun ke kawasan pinggirnya.
-Kemarau juga akan menjejaskan sumber-sumber air kepada tasik, kolam, sungai dan juga lembapan tanih.
Soalan 9
(a) Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada banjir. (6 markah)
(b) Huraikan kepelbagaian jenis banjir. (8 markah)
(c) Terangkan lima langkah untuk mengurangkan risiko banjir di sesebuah negara. (11 markah)
JAWAPAN
(a)
>Hujan - meningkatkan paras air di permukaan bumi sehingga berlaku banjir.
>Pencairan salji – Pencairan salji bergantung kepada beberapa keadaan tertentu seperti jumlah salji yang turun dan kadar pencairan.
>Kegiatan manusia – Penyahhutanan apabila hutan dimusnah maka permukaan bumi kehilangan daya tampung ini menyebabkan air hujan mengalir di permukaan dengan menuju ke sungai-sungai dan membanjiri sungai.
(b)
> Banjir sungai - isi padu air sungai adalah lebih besar berbanding kemampuan alur-alur sungai.
> Banjir laut – Berpunca daripada gelombang ombak yang besar atau tsunami yang menyababkan kenaikan aras laut secara mendadak
> Banjir tasik – berlaku apabila paras air dalam tasik meningkat naik melebihi daya tamping tasik-tasik tersebut.
> Banjir kilat – Berpunca daripada hujan lebat dalam tempoh yang singkat.
(c)
> Langkah mengurangkan risiko banjir di China.
> Membina empangan-empangan yang besar – bagi menakung dan menyimpan air yang berlebihan daripada curahan hujan lebat serta pencairan salji yang giat.
> Memperluas dan memperdalamkan alur-alur sungai – tujuan untuk cepatkan proses pengaliran air keluar ke laut.
> Membina tetambak – tetambak dan benteng boleh dibuat dengan pelbagai kaedah seperti benteng konkrit, kaedah groin dan gabion dan meletakkan guni-guni pasir.
> Mengawal aktiviti penyahhutanan – aktiviti pembalakan diharam di kawasan tadahan air dan penguatkuasaan undang-undang yang ketat bagi pembalak haram.
> Langkah-langkah persediaan, pencegahan dan kawalan – penyelidikan dan pembangunan (R&D) mesti dilakukan untuk meramal banjir yang akan melanda untuk mengelak berlaku bencana banjir tanpa persediaan.

Soalan 10
(a) Huraikan maksud banjir kilat. (5 markah)
(b) Cadangkan empat langkah yang boleh diambil untuk menangani banjir kilat di kawasan bandar. (10 markah)
(c) Jelaskan punca-punca berlakunya banjir kilat. (10 markah)
JAWAPAN
(a)
> Banjir permukaan yang berlaku dalam jangka masa yang singkat (cepat berlaku dan cepat hilang)
> Hujan yang lebat, menghasilkan aliran permukaan yang banyak dalam jangka masa yang singkat
> Kadar larian air permukaan yang tinggi berpunca daripada susupan yang rendah apabila liang pori sesuatu permukaan tanah seperti di bandar sudah ditutup.
(b)
> Langkah Perundangan – mewartakan hutan paya sebagai hutan rizab kekal. Penguatkuasaan undang-undang juga boleh dikenakan kepada penduduk Bandar yang tidak bertanggungjawab.
> Menyelenggara system saliran kerja-kerja membersih, melebar, mendalam dan meluruskan sistem longkang dapat menampung kapasiti air larian permukaan.
> Menambahkan kawasan hijau dalam Bandar – tanaman rumput dan pokok-pokok peneduh yang boleh bertindak sebagai pintasan air hujan seterusnya boleh melambatkan larian air permukaan daripada mengalir limpah.
> Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada penduduk kawasan Bandar – agar tidak membuang sampah sarap dengan sewenang-wenangnya ke dalam sungai.
(c)
> Kekurangan permukaan telap air – Kebanyakan kawasan bandar dilitupi dengan permukaan yang tidak telap air seperti ditutup dengan bitumen, simen, aspalt dan sebagainya.
> Sistem saliran yang tidak cekap – sistem longkang yang sempit dan cetek yang tidak dapat menampung kuantiti dan velositi air larian permukaan pada satu-satu tempoh masa tertentu apabila hujan lebat.
> Kekurangan litupan tumbuhan – kawasan Bandar juga mempunyai kekurangan litupan tumbuhan yang amat ketara, manakala tumbuhan peneduh yang ditanam pula mungkin tidak padat atau masih kecil.
> Penebusgunaan kawasan tanah lembap – Sesetangah kawasan di dalam Bandar juga terdiri daripada kawasan tanah lembap seperti kawasan paya yang selama ini bertindak sebagai kawasan tadahan dan simpanan air hujan.
> Faktor penduduk – Sikap negatif penduduk menyebabkan sistem saliran khususnya sungai, longkang dan perparitan tersumbat dengan sampah sarap dan juga sisa buangan projek perumahan.
Soalan 11
(a) Terangkan konsep kemerosotan kualiti sumber air. (7 markah)
(b) Huraikan faktor faktor yang menyebabkan kualiti sumbar air merosot. (18 markah)
JAWAPAN
(a)
> Pencemaran terhadap sumber-sumber air iaitu sumber-sumber air bersih sama ada dari sungai, laut, tasik, kolam dan takungan semula jadi, air bawah tanah dan juga air hujan tercemar atau kualitinya semakin rendah.
> Indeks kemerosotan kualiti air bersih dari pelbagai sumbar ini boleh diukur melalui pelbagai indikator seperti kandungan Permintaan oksigen biological (BOD), kandungan bacteria Escherichia coli (E. coli), kandungan ammoniakal nitrogen (NH3-N), kandungan pepejal terampai (SS), nilai keasidan (pH) dan perubahan warna dan bau yang ada dalam sesuatu sumber.
(b)
> Pembangunan tanah – untuk pertanian, petempatan, pembandaran, perindustrian dan lain-lain yang melibatkan aktiviti pembalakan dan penyahhutanan.
> Pembangunan pertanian – penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia menyebabkan sumber-sumbar air seprti air tanah tercemar.
> Pembangunan sector penternakan – penyaliran najis haiwan seperti najis khinzir ke sungai atau pembuangan sisa-sisa haiwan yang disembalih atau yang mati ke sungai, tasik dan paya.
> Pembangunan perindutrian – perlepasan sisa kilang ke sungai, tasik, paya dan sebagainya.
> Perkembangan sektor pelancongan – Perlepasan sisa kumbahan dari hotel, resort dan chalt ke laut menyebabkan pencemaran air laut.
> Perkembangan sektor pengangkutan – sumber air laut tercemar melalui pembuangan enap cemar serta perlanggaran sehingga menyebabkan tumpahan minyak oleh kapal-kapal tangki.
> Proses pembandanran – pertambahan penduduk bandar, kewujudan kawasan setinggan yang membuang sisa domestik.
> Pembangunan sumber tenaga – di peringkat awal pembinaan empangan hidroelektrik biasanya mencemarkan sungai dengan kelodak dan bahan ampaian.
> Perkembangan sector perlombongan – sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan sungai dan tasik apabila ia dibuang ke dalamnya seperti kes perlombongan tembaga di Mamut Sabah.

No comments:
Post a Comment