Followers

Carian dalam Blog ini

07 January 2010

Soalan Contoh Geografi STPM Tema 3 Sistem Atmosfera

6. (a) Berikan definisi proses pemeluwapan.
(b) Nyatakan 3 keadaan yang membolehkan proses pemeluwapan berlaku.
(c) Huraikan proses pemeluwapan berlangsung melalui penyejukan yang
dibahagikan kepada 3 cara.

7. (a) Nyatakan konsep kerpasan. STPM 2006
(b) Buktikan teori pembentukan kerpasan.
(c) Huraikan mekanisme kejadian hujan jenis orografik di kawasan tropika lembap.
(d) Huraikan mekanisme kejadian hujan perolakan di kawasan iklim khatulistiwa.

8. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan edaran umum atmosfera secara global?
(b) Jelaskan secara ringkas kandungan atmosfera

9. (a) Nyatakan konsep tekanan udara.
(b) Jelaskan daya-daya yang mempengaruhi tiupan angin.
(c) Jelaskan perbezaan siklon tropika dengan siklon sederhana dunia.


10. (a) Berikan maksud El-Nino dan La-Nino
(b) Bagaimana fenomena El-Nino mempengaruhi keadaan jerebu di Negara-negara Asia
Tenggara.
Skema
6.(a) Definisi proses pemeluwapan sebagai perubahan wap air kepada cecair. Berlaku apabila suhu dalam jisim udara tersebut menurun sehingga ke takat embun (0 celcius). Penurunan suhu ini akibat kadar tukaran adiabatik (semakin tinggi jisim udara naik maka suhu dalamnya semakin menurun).

(b)-Kandungan wap air yang cukup dalam atmosfera – penting untuk mewujudkan keadaan ketepuan atau kelembapan bandingannya 100%. Jika wap-wap air tidak cukup udara tidak akan menjadi tepu dan proses pemeluwapan tidak boleh berlaku.
-Takat embun – kejatuhan suhu sehingga 0 celsius.
-Nukleus pemeluwapan – berfungsi mempercepatkan proses percantuman wap air dalam udara.

(c) Penyejukan air Lintang – Proses ini berlaku apabila udara yang bersempadanan dengan permukaan bumi mengalir dari kawasan panas ke kawasan yang sejuk. Hasilnya terbentuk kabus air lintang dan awan jenis stratus yang rendah.
Penyejukan Sinaran – Proses ini berlaku pada waktu malam dalam keadaan langit yang teranf dan udara yang tenang. Bahangan bumi terus hilang ke angkasa lepas kesannya jisim udara disejukan menghasilkan embun dan kabus sinaran.
Penyejukan adiabatik – semakin tinggi jisim semakin naik suhu di dalannya semakin menurun membentuk awan jenis kumulonimbus yang tebal.


7. (a) Kerpasan bermaksud lembapan yang terdapat di atmosfera terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalam pelbagai bentuk seperti pepejal (salji, hujan batu dan hujan beku) dan cecair (hujan dan embun). Kesemua bentuk kerpasan ini turun ke permukaan bumi dalam intensiti yang berbeza. Pembentukan kerpasan apabila awan yang menampung titik air tidak mampu lagi untuk menampung jumlah air yang semakin bertambah. Keadaan ini dinamakan sebagai lampau-tepu.

(b)Teori Bergeron Findeisen- kelembapan udara tinggi di atas permukaan ais berbanding permukaan air.
-wap-wap air akan tersejat dan berubah terus kepada bentuk ais dalam proses pejalwapan.
-hablur ais akan menarik titisan-titisan air ke dalamnya dan mengembang sehingga awan tidak mampu lagi mengampainya beratnya dan jatuh keluar dari awan sebagai hujan.
Teori Pelanggaran-titisan air yang jatuh di dalam sesuatu awan mempunyai halaju
terminal yang berlainan yang berkadar dengan garis pusat titisan-titisan tersebut.
-Oleh itu,titisan-titisan yang lebih besar akan jatuh dengan lebih pesat dan akan “menangkap”(menyerap) titisan-titisan lebih kecil yang jatuh lebih perlahan ke dalan ekornya(Tangkapan Ekor)
-Titisan-titisan itu kemudian melekat kepada titisan besar itu dan seterusnya menjadikannya lebih besar. Seterusnya titisan besar tersebut akan jatuh dengan lebih pesat. Kemudian titisan juga berupaya menyerap lebih banyak titisan kecil yang lain ke dalan ekornya.
-Titisan-titisan air yang lebih halus yang berada di arah hadapan titisan besar tersebut juga dapat di serap melalui ‘Tangkapan Langsung’(serapan langsung).

(c) Mekanisme kejadian hujan orografik atau hujan bukit bermula dengan tiupan angin lazim yang lembap melalui kawasan lautan yang dihalang oleh banjaran tanah tinggi seperti gunung atau bukit. Udara yang lembap yang dipaksa naik ke atas akan mengalami penurunan suhu secara adiabatik. Jisim udara yang tidak stabil ini akan mengalami pemeluwapan dan seterusnya membentuk awan kumulus. Awan kumulus kemudian akan bertukar menjadi awan kumulonimbus apabila mendapat bekalan wap air yang banyak. Keadaan ini menghasilkan hujan yang lebat terhadap cerun hadap angin. Kawasan lindungan hujan kurang menerima hujan kerana kebanyakan hujan telah turun di cerun hadap angin.

(d) Mekanisme kejadian hujan perolakan ialah apabila kepanasan yang tidak sama dipermukaan bumi. Semasa hari panas, udara yang hampir dengan permukaan bumi akan turut di panaskan lalu mengembang dan seterusnya bergerak ke atas. Apabila bungkusan udara (air parcell) yang naik mencecah ketinggian yang tertentu, maka suhu di dalam nya akan turun mengikut kadar tukaran adiabatik sehingga ke tahap embun (0 celcius). Di peringkat ini berlakulah kondensasi yang melepaskan haba pendam (latent heat) 539 cal/g , kondensasi yang berterusan akan membetuk awan dan apabila mencapai tahap tepu hujan akan dilepaskan oleh awan berkenaan.


8.(a) Edaran umum atmosfera secara global adalah pergerakan udara di permukaan bumi dari kawasan sejuk ke kawasan panas. Di kawasan sejuk, tekanan udara adalah tinggi seperti di kawasan kutub atau kawasan garis lintang tinggi. Di kawasan panas, tekanan udara adalah rendah seperti kawasan tropika. Udara akan bergerak dari pusat tekanan tinggi ke pusat tekanan rendah. Namun begitu edaran umum atmosfera bukanlah sebegitu mudah kerana pergerakan udara ini akan dipengaruhi pula daya koriolis iaitu daya yang memesongkan arah angin akibat putaran bumi.
(b) Kandungan atmosfera ialah gas-gas tetap (seperti oksigen, karbon dioksida, nitrogen dan hidrogen), gas-gas inaktif (seperti argon, neon, kripton dan helium), wap air, debu dan bakteria.

9.(a)Tekanan udara ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan oleh suatu jisim udara yang berada di atmosfera ke atas permukaan bumi di bawahnya dan lazimnya diukur menggunakan unit milibar (mb).

(b) Daya Cerun Tekanan – daya utama yang mempengaruhi pergerakan angin. Hasil daripada perbezaan antara kawasan tekanan udara tinggi dengan kawasan tekanan udara rendah. Mempunyai dua komponen iaitu menegak dan mendatar. Komponen menegak mempunyai nilai tekanan udara yang semakin menurun apabila bertambahnya ketinggian dari permukaan bumi. Manakala komponen mendatar pula berbeza mengikut taburan tenaga suria di atas permukaan bumi khususnya taburan tenaga mengikut garis lintang.
Daya Koriolis – daya yang terhasil akibat putaran bumi di atas paksinya sehingga Berjaya memesongkan arah tiupan angin dunia. Di atas permukaaan bumi, arah tindakan daya koriolis dinyatakan dengan jelasnya di dalam Hukum Ferrel.
Daya Geseran – wujud berhampiran permukaan bumi, iaitu dari muka bumihingga ke paras 500 meter. Daya ini juga mempengaruhi arah dan halaju angin serta sentiasa bertindak di arah bertentangan dengan arah daya cerun tekanan.
Daya Putaran Memusat – amat mempengaruhi pergerakan angin secara putaran dan kencang seperti angin putting beliung, ribut taufan, dan juga pelbagai jenis siklon. Daya ini wujud akibat pergeseran angin dengan permukaan bumi dan ia bertindak pada arah yang bertentangan dengan arah tiupan angin.

(C)

Siklon Tropika
Siklon sederhana dunia
1. perbezaan kawasan jadian
-siklon tropika terbentuk antara garis lintang 8 darjah hingga 35 darjah utara dan selatan khatulistiwa.
-kebanyakannya terbentuk di laut.
-siklon sederhana dunia pula terbentuk antara garis lintang 35 darjah hingga 65 darjah utara dan selatan khatulistiwa.
-banyak terjadi di daratan
2. perbezaan kekuatan dan bentuknya
-tiupan siklon lebih kuat kerana kecerunan tekanan udara tinggi dengan udara rendah adalah lebih besar berbasar.-garisan-garisan setekanan (isobar) berbentuk bulat. Diameter –lebih pendek kira-kira 80-400km.



-berbentuk bujur. Diameter –panjang melebihi 2000km.-liputan kawasn siklon sederhana dunia luas
3.perbezaan cara pergerakan menaik jisim udara
-jisim udara naik apabila ia menjadi kurang stabil akibat dipanaskan.jisim udara ini lembap dan semasa naik,proses pemeluwapan akan membebaskan haba pendam yang ada dalam jisim udara tersebut,lantas memanas,dan meringankan lagi jisim udara naik lebih tinggi. Jisim udara ini naik sambil berpusar dgn laju di sekeliling pusat siklon tersebut.
-jisim udara naik melalui proses pertemuan kumpulan udara sejuk dgn kumpulan udara panas dlm atmosfera. Apabila kedua-dua kmpln udara ini bertemu akn membentuk satu sempadan iaitu perenggan panas dan perenggan sejuk. Apabila kedua-dua perenggan ini bertemu
Semula ia akan membentuk satu lagi perenggan yg dikenali sebagai temu perenggan.

4.perbezaan arah pergerakan
-bergerak dari timur ke barat,dipengaruhi oleh angina timuran. Kemudian angina ini berbelok ke kutub.
-bergerak dari barat ke timur dan dipengaruhi oleh angin barat
5.perbezaan daripada segi taburan suhu
-hampir sama di semua kawasan kerana kumpulan-kumpulan udara yang bertemu di situ mempunyai suhu yang hamper sama shj.
-taburan suhu berbeza-beza kerana bergantung kpd perbezaan suhu kumpulan udara panas dan kumpulan udara sejuk yang bertemu.
6.perbezaan dari segi masa pembentukan
-terbentuk pada musim panas dan musim luruh iaitu antara bulan Jun hingga November di Hemisfera Utara dan bulan Januari hingga April di Hemisfera Selatan.
-terbentuk pada musim dingin
10.(a) - El-Nino merupakan satu fenomena cuaca luar biasa yang menyebabkan perubahan arus pemukaan laut iaitu di Lautan Pasifik bertukar arah ke timur menuju ke pantai barat Amerika Selatan. Keadaan ini menyebabkan tiupan angin baratan lebih laju berbanding angin lazim timuran. Aras air laut lebih tinggi di perairan pantai barat Amerika Selatan. Aras air laut yang tinggi menghalang proses upwelling air dari dasar laut. Manakala maksud La-Nino ialah merujuk kepada banjir.

(b)
- El-Nino menyebabkan cuaca panas/kemarau berpanjangan – udara menjadi kering (dry air) yang menjadi syarat penting untuk partikel-partikel terampai (PM 10) berada lebih lama dalam udara yang menghasilkan jerebu.
- El-Nino menyebabkan kekurangan hujan/ketiadaan hujan yang berterusan –partikel-partikel terampai sukar dihapuskan/dihilangkan dalam atmosfera sebaliknya terus berkitar dalam udara kering. Hujan amat penting untuk menghilangkan jerebu.
- El-Nino menyebabkan cuaca panas – cenderung untuk berlakunya kebakaran hutan secara semulajadi atau dibakar oleh manusia sehingga cepat merebak seperti mana yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia pada tempoh El-Nino pada tahun 1997. Kebakaran hutan menjadi penyumbang terbesar kepada PM 10 yang menghasilkan komponen jerebu.

6 comments:

Watin Wardah said...

Assalammualaikum Cikgu NikMie..

Saya minta izin untuk mengambil maklumat yang cikgu catatkan untuk kajian saya...Terima kasih atas maklumat ini.. ;-)

cikgunikmie said...

Wsalam Has..
ambilah saya memang nak kongsi dengan sesiapa saja..moga dapat membantu.

Unknown said...

Assalamualaikum Cikgu Nik Mie...
Saya juga mohon keizinan untuk menggunakan bahan catatan cikgu untuk kegunaan pelajar saya. terima kasih.

Unknown said...

salam..mohon guna maklumat cikgu untuk rujukan peperiksaan saya...terima kasih..

cikgunikmie said...

wsalam

silakan jika ia bermanfaat

Unknown said...

Aslm cikgu saya xfaham la