Followers

Carian dalam Blog ini

31 July 2010

Tra-GD 15: tak cukup menginsafkan ke?



Seorang tukang sapu wanita terbunuh selepas kereta Proton Pesona dinaikinya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sehingga menyebabkan besi itu menembusi kereta mangsa di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini, petang kelmarin.


Oleh Shahrul Nizam Mohamad

2010/07/31


KUALA LIPIS:
.
NGERI...keadaan kereta dinaiki mangsa yang ditembusi besi penghadang jalan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang, Halimah Hamat, 57, dari Gua Musang, Kelantan yang bekerja sebagai tukang sapu di Sekolah Kebangsaan Tengku Muhamad Fakhri Petra, Kelantan maut di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Suami mangsa, Yusuf Che Hamid, 60, yang bekerja sebagai tukang kebun di sekolah yang sama dikatakan mengalami cedera ringan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, turut cedera anak saudara mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang, Nuraiman Azhar, 7.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa bersama suaminya dikatakan dalam perjalanan menghala ke Seremban, Negeri Sembilan dari Gua Musang, dipercayai untuk menziarahi saudaranya.

Katanya, kereta Proton Pesona dipandu Yusuf dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar besi penghadang jalan mengakibatkan besi itu menembusi kereta mangsa.

29 July 2010

Najib Gesa Generasi Muda Malaysia Manfaatkan Peluang Dalam Pendidikan

29 Julai, 2010 22:02 PM

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa generasi muda Malaysia memanfaatkan peluang yang diberikan kerajaan untuk cemerlang dalam akademik.

Beliau berkata kerajaan telah menyediakan banyak inisiatif, termasuk semua pelajar yang memperoleh 9A+ dan lebih dalam perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) layak mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Najib berkata pelbagai inisiatif lain sedang dirumuskan, yang sedang ditelitinya secara peribadi, yang akan memberikan lebih banyak peluang kepada generasi muda Malaysia untuk mencapai matlamat dan impian mereka.

Katanya sebahagian daripada penjimatan yang diperoleh kerajaan daripada langkah rasionalisasi subsidi baru-baru ini juga akan disalurkan untuk menyediakan lebih banyak peluang dalam pendidikan.

"Kepada pembaca muda: manfaatkan peluang keemasan ini untuk berjaya. Ini merupakan manifesto jelas bahawa kami berada di sini untuk membantu anda. Kami mahu anda cemerlang.

"Kami telah mengambil maklum keperluan anda dan permintaan yang dikemukakan oleh ibu bapa anda di dalam blog ini dan telah menyediakan laluan yang jelas untuk anda cemerlang dalam akademik. Saya menggesa anda mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian anda," tulis Perdana Menteri dalam blog beliau www.1malaysia.com

Najib turut memberikan perhatian terhadap komen-komen yang dikemukakan oleh pelajar dan ibu bapa dalam blog itu berhubung biasiswa bagi pelajar cemerlang SPM, yang menurutnya beliau akan merumuskan langkah-langkah berdaya maju untuk menanganinya.

Sehubungan itu, katanya ibu bapa dan guru perlu sama-sama membimbing dan menggalakkan anak-anak dan pelajar untuk fokus bagi mencapai aspirasi mereka melalui kerja keras.

Katanya mereka perlu mengingatkan generasi muda yang mereka akan mendapat ganjaran jika memperoleh gred tinggi dan jangan sekali-kali biarkan mereka goyah.

"Pendidikan mereka bermula dari rumah. Saya percaya adalah adil untuk mengatakan bahawa disebalik pelbagai ujian dan rintangan yang anda hadapi dalam mendapatkan pelajaran, ramai daripada anda bercita-cita untuk mencontohi ikon-ikon yang ada pada hari ini, yang berada di kedudukan mereka itu adalah hasil daripada usaha gigih mereka tanpa mengenal waktu dan penat lelah.

"Perjalanan untuk mencipta bintang-bintang di hari muka adalah bermula dari hari ini. Saya juga tidak sabar menanti tibanya hari di mana anda, pembaca muda di laman web saya, menjadi antara mereka yang berjaya mencapai kecemerlangan akademik dan memenuhi impian dan cita-cita mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata dalam melaksanakan prinsip meritokrasi dalam sebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia, prinsip keadilan sosial juga perlu diaplikasikan.

Untuk itu, katanya pelajar yang serba kekurangan daripada segi peluang sosio-ekonomi yang memperoleh keputusan kurang daripada 9A+ juga akan diberikan bantuan untuk melanjutkan pelajaran.

Sebagai contoh, katanya pelajar yang hidup dalam persekitaran serba kekurangan mungkin tidak dapat memperoleh keputusan 9A+, tetapi masih mampu mencapai keputusan cemerlang, disebalik kekurangan itu.

"Ini memaparkan daya tahan yang tinggi dalam persekitaran amat mencabar, anda patut tahu yang pelajar ini harus dibantu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Oleh yang demikian, dalam beberapa bulan kebelakangan ini, saya menyaksikan beberapa bantuan diberikan kepada pelajar yang tinggal, antaranya di Tumpat, Long Banga, Kanowit, Brickfields dan di Putrajaya," katanya.

-- BERNAMA

Pasukan Khas Diwujud Kaji Kelakuan Bakteria Melioidosis, Leptospirosis

29 Julai, 2010 19:46 PM

KUANTAN, 29 Julai (Bernama) -- Satu pasukan khas akan diwujudkan bagi mengkaji tindak laku bakteria Melioidosis dan Leptospirosis, terutama di tiga daerah berisiko di Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang Datuk Hoh Khai Mun berkata, berdasarkan laporan pakar perubatan, tiga daerah tersebut iaitu Jerantut, Lipis dan Maran pernah mempunyai kes jangkitan wabak itu.

"Kerajaan negeri Pahang bersetuju untuk mewujudkan pasukan berkenaan melalui Jabatan Kesihatan Pahang, untuk melakukan kajian menyeluruh terhadap kelakuan bakteria itu dan kawasan-kawasan yang berisiko," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah F&N Beverages dan Majlis Perbandaran Kuantan di sini Khamis.

Beliau berkata pasukan itu akan disertai seorang pakar bakteria Universiti Islam Antarabangsa.

Hoh berkata hasil kajian akan membolehkan pihaknya mengambil langkah awal bagi mengelak wabak itu daripada berulang.

Bagaimanapun Hoh berkata pasukan itu hanya beroperasi setelah kes jangkitan di Hutan Lipur, Lubuk Yu, Maran kembali normal.

Setakat ini, tujuh kematian dicatat melibatkan anggota operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di pusat rekreasi tersebut hujung bulan lepas.

Seorang remaja berusia 15 tahun dari Bentong dilaporkan maut pada 21 Julai lepas akibat jangkitan bakteria Melioidosis selepas cedera di lutut kiri ketika bermain bola sepak di padang sebuah sekolah di daerah itu.

Kematian mangsa, Ng Wai Kin, yang juga pesakit kencing manis, dilaporkan tiada kaitan dengan kes yang berlaku di Lubuk Yu kerana dia tidak pernah berkunjung ke situ.

Sehubungan itu, Hoh menasihatkan orang ramai agar tidak panik, namun golongan yang berisiko, terutama pesakit kencing manis, diingatkan supaya mendapatkan rawatan segera, jika mengalami simptom jangkitan wabak itu.

Katanya, kesemua mereka yang meninggal dunia setakat ini disahkan menghidap penyakit kencing manis.



-- BERNAMA

27 July 2010

Jangan Jadi Ibu Bapa Bertoksik - Pengasih

27 Julai, 2010 18:56 PM

Oleh Nurul Halawati Azhari

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Pengalaman Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) selama 18 tahun merawat dan memulihkan penagih dadah mendapati amalan keibubapaan yang kurang baik menjadi antara punca kepada masalah tingkah laku anak mereka.

Menurut Presiden Pengasih Yusuf Pathi, apabila anak-anak disakiti emosi, fizikal dan rohaninya oleh ibu bapa, adik-beradik atau anggota keluarga yang lain, akan meninggalkan kesan mendalam serta menjejaskan pertumbuhan psikologi anak-anak itu.

Ada ibu bapa yang melepaskan kemarahan serta bebanan kepada anak atau bertengkar di hadapan mereka. Bila abang dan kakak mempunyai masalah, ia dilepaskan kepada adik.

"Ada juga ibu bapa yang melakukan penderaan fizikal, seksual selain mengabaikan keperluan emosi anak-anak. Selain hubungan yang tidak mesra di antara adik-beradik," tambah Yusuf.

Gaya keibubapaan negatif yang diamalkan oleh ibu bapa ini `bertoksik' dan akan diturunkan kepada anak mereka.

"Tanpa disedari, keibubapaan negatif di rumah menyebabkan anak hilang pertimbangan. Ibu bapa bertoksik ini mencederakan anak-anak melalui perlakuan, perbuatan serta kata-kata mereka."

ELAK TOKSIK DALAM KELUARGA

Selain itu, Yusuf juga menasihatkan ibu bapa supaya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Sikap terlalu mengkritik juga boleh menjurus kepada kecacatan kendiri anak.

�Ibu bapa janganlah terlalu ego. Mungkin mereka bijak, tetapi janganlah meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap anak-anak. Ada anak tidak boleh berjaya dalam bidang akademik, tapi mereka boleh berjaya dalam bidang lain.

"Kita sebagai ibu bapa mesti jujur dengan anak serta tidak meletakkan peraturan yang mengelirukan mereka,� tambahnya.

ANAK-ANAK KITA DALAM RISIKO

Sikap dan perilaku ibu bapa yang melampau seperti masuk campur dalam hal anak, terlalu mengongkong, memaksa kehendak mereka pada anak, membuat tuntutan yang tidak realistik, membuat peraturan yang mengelirukan, membezakan kasih sayang ialah antara sikap keibubapaan yang perlu dielakkan.

Bagaimanapun, ibu bapa juga perlu menambah pengetahuan mereka mengenai dunia anak-anak hari ini. Sikap ambil tahu penting supaya mereka tidak mudah ditipu atau diperdaya anak sendiri.

�Anak-anak kita hari ini ialah anak-anak yang bermaklumat. Setiap daripada mereka menghadapi risiko, jadi ibu bapa juga perlu mengubah cara pemikiran mereka dengan menerima perubahan zaman dan mendidik anak secara seimbang. Kita kena faham tentang jiwa remaja,� jelas Yusuf.

Ibu bapa juga perlu peka terhadap tanda-tanda awal remaja yang berisiko, contohnya, apabila anak mula renggang dengan ibu bapa, tidak dapat bertentang mata bila berkomunikasi, mula memberontak, terlalu berahsia dan sebagainya.

BERMULA DARI RUMAH

Mahu atau tidak, ibu bapa perlu menjadi contoh baik buat anak-anak, membimbing dan melatih anak dalam membuat keputusan, mewujudkan suasana yang menyeronokkan di rumah, mengetahui apa yang anak lakukan serta perkembangannya selain perlu mengenali rakan sebaya anak.

Segala-galanya bermula di rumah dengan mewujudkan suasana rumah yang harmoni. Ini dapat dicapai melalui diskusi dengan anak tentang pelbagai perkara, meluangkan masa dan mendengar masalah anak.

Misalnya, solat berjemaah dengan anak-anak untuk menerapkan nilai agama dan kebersamaan yang boleh melahirkan anak cemerlang.

MENDIDIK SATU PROSES BERULANG

Proses mendidik dan membentuk anak yang cemerlang ialah proses berulang dan memerlukan kesabaran.

Menurut Dr Yahya Don daripada Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia (UUM), perkataan jemu untuk menegur, mendidik, mengajar, membimbing dan membentuk keperibadian mulia, tidak boleh wujud dalam diri setiap ibu bapa.

�Ada ibu bapa yang merungut seperti �dah berbuih mulut saya menegur atau menyuruh anak saya berubah, tetapi masih begitu juga�.

"Persoalannya, berapa kerapkah ibu bapa menegur atau membimbing mereka? Adakah mereka ditegur dengan cara yang betul?

"Atau adakah mereka sudah melaksanakannya setiap hari atau sudah melebihi 20 kali? Proses ini perlu berlaku secara kerap,� ulas Dr Yahya.

Masalah lain yang sering dihadapi ialah sikap tidak sabar ibubapa untuk melihat anak mereka berubah dalam sekelip mata atau dalam tempoh beberapa hari.

Dr Yahya berpendapat perubahan tingkah laku biasanya melalui proses dan jangka masa tertentu. Cepat atau singkat perubahan tingkah laku bergantung kepada pengaruh motivasi dan persekitaran anak-anak.

Ibu bapa berkewajipan mendidik dan mengawal tingkah laku anak-anak bagi mencapai kecemerlangan. Tetapi, akibat sikap tidak sabar untuk melihat perubahan serta merta, berlakulah tindakan seperti menampar, mengherdik, merotan dan sebagainya.

Kesannya akan berlaku kerenggangan di antara anak-anak dengan ibu bapa, hilang motivasi, dendam, murung, stres, tingkah laku ganas dan sebagainya.

�Perlu diingat anak-anak bukanlah robot yang boleh diubah berdasarkan kepada kemahuan kita. Kadang-kadang apa yang ditegur hari ini mungkin, akan memberi kesan perubahan diri mereka, lima atau 10 tahun akan datang.

�Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita perlulah bersabar dan yang penting, amanah dan tanggungjawab kita untuk menegur, membimbing dan mendidik anak-anak perlu dilaksanakan dan jangan merungut.�

LEPAS TANGAN

Malah ibu bapa juga tidak seharusnya mengambil sikap lepas tangan atau memindahkan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada orang lain. Contohnya kepada pihak sekolah atau guru-guru yang sudah terlalu banyak komitmen dan tanggungjawab seharian.

Dr Yahya juga menyentuh sikap ibu bapa yang sedia maklum dengan sikap negatif anak di sekolah tetapi sengaja menutup mata dan telinga mereka.

Menurutnya, ada ibu bapa yang maklum tentang sikap dan prestasi anak di sekolah tetapi mereka buntu dan tidak tahu untuk bertindak dan mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak.

Beliau berpendapat perkara sedemikian memperlihatkan bahawa waris juga memerlukan sesi khidmat kaunseling dalam mendidik dan membentuk anak-anak di rumah.

�Contohnya apabila anak terjebak dengan dadah, menjadi ganas, menghidu gam dan bertindak di luar batasan, ibu bapa mula takut untuk bertindak.�

Berdasarkan pengalamannya, Dr Yahya melihat ada ibu bapa yang tidak mahu mengambil tindakan kerana malu dengan masyarakat, takut anak-anak bertindak nekad melarikan diri dari rumah, takut ditangkap polis, dipenjarakan dan sebagainya.

Dalam hal ini, ibu bapa begini perlu dibantu kerana kasih sayang membuatkan mereka buta hingga tidak tahu membuat keputusan. Selain ibu bapa dan guru, masyarakat dan persekitaran turut mempengaruhi perkembangan anak-anak.

Bagi Dr Yahya, mendidik memerlukan kesabaran, kasih sayang, perhatian, dorongan, motivasi, bimbingan dan sebagainya secara kerap dan berterusan.

Ibu bapa perlu memahami proses, keperluan dan kehendak mereka untuk membentuk anak yang cemerlang.

-- BERNAMA

26 July 2010

Lawak International 10: Logik akal

Seorang guru ilmu alam sedang mengajar di kelas lemah. Beliau ingin menguji penguasaan murid sebelum topik pengajaran dimulakan.


Cikgu ilmu alam: Siapa yang dapat menerangkan;

1. tempat yang paling ramai penduduk?
2. tempat yang paling banyak sumber mineral?
3. tempat yang paling kering?..di Malaysia

murid A: dengan penuh yakin menjawap

1. Perak kerana di lumut dan parit, pon ada orang tinggal cikgu..
2. Kelantan kerana ada pasir mas cikgu...
3. Gurun , Kedah sebab iklim dia melampau cikgu....

Wabak denggi pada tahap bahaya

KUALA LUMPUR 25 Julai – Wabak denggi di seluruh negara kini berada pada tahap bahaya berdasarkan 91 korban yang dicatatkan dalam tempoh lebih enam bulan tahun ini berbanding hanya 88 korban sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, statistik semasa menunjukkan terdapat tujuh kematian akibat denggi dalam tempoh seminggu lalu.

“Ini merupakan satu amaran penting untuk semua supaya menjaga kebersihan keadaan sekeliling termasuk di dalam rumah bagi memastikan tiada ruang untuk pembiakan nyamuk aedes di tempat berisiko.

“Berdasarkan jumlah kes tersebut, adalah tidak mustahil kes kematian membabitkan demam denggi akan terus bertambah sekiranya tiada sebarang tindakan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Jacob’s Walk of Life di Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM), Kepong hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kraft Foods Malaysia dan Singapura, Dieter Schulz.

Rosnah berkata, tanpa kerjasama semua pihak khususnya daripada masyarakat dalam menjaga kebersihan kawasan perumahan mereka, segala usaha kerajaan untuk memerangi denggi tidak akan berkesan.

Beliau berkata, aktiviti gotong-royong perlu dipertingkatkan di semua kawasan perumahan agar kawasan itu tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.

“Pihak berkuasa juga akan terus melakukan pemantauan di semua kawasan perumahan yang berpotensi tinggi,’’ katanya.

Tambah Rosnah, sehingga April tahun ini, jumlah kompaun yang telah dikeluarkan kepada mereka yang didapati ‘membiakkan’ nyamuk mencecah RM1.4 juta.

Beliau turut menyeru orang ramai agar lebih peka dengan wabak demam denggi serta perlu serius dalam mengambil langkah mencegah penyakit itu daripada terus merebak.

Siasat punca penurunan ketara paras air Sungai Kelantan

KOTA BHARU 25 Julai - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menggesa kerajaan negeri menyiasat punca penurunan ketara paras air Sungai Kelantan sejak empat bulan lalu.

Ini kerana ia mengancam operasi tiga rumah pam utama miliknya dan menjejaskan penanaman padi serta masa depan lebih 54,000 keluarga petani di negeri ini.

Sambil menyifatkan keadaan tersebut sebagai 'tragedi', Pengerusi KADA, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan negeri perlu menubuhkan pasukan penyiasat bagi mengkaji punca itu sama ada ia daripada aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah berskala besar yang tidak terkawal.

Beliau berkata, sejak awal tahun ini, paras air di stesen pam utama KADA iaitu Kemubu, Kasar dan Lemal berada di bawah paras kritikal iaitu di bawah paras 4.9 meter di Kemubu berbanding paras semasa 4.1 meter.

Sementara itu, katanya, paras kritikal rumah pam Kasar adalah 1.07 meter dan Lemal pula 1.6 meter, berbanding paras semasa air sungai 0.9 hingga 0.8 meter dan 1.0 hingga 1.05 meter.

"Punca berlakunya hendaklah disiasat. Kita menyeru oleh kerana soal sungai di bawah kuasa kerajaan negeri, satu badan atau pasukan perlu diwujudkan untuk membuat kajian mengenainya.

"Kita menjangkakan ini berlaku kerana sungai telah menjadi cetek dan punca sungai menjadi cetek secara mata kasarnya, adalah kerana banyaknya hakisan tanah berlaku di hulu sungai akibat pembalakan dan pembukaan tanah pada skala yang terlalu besar secara tidak terkawal.

"Itu adalah andaian yang kita nampak, bila tebing jadi tinggi, ertinya sungai jadi cetek aliran air sungai lari ke laut menjadi lebih cepat, ini penemuan kita setakat ini. Kalau hujan pun, air lariannya semakin deras ke laut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Annuar berkata, fenomena tersebut akan memberi kesan ekonomi yang besar kepada KADA yang mengusahakan kira-kira 31,000 hektar tanaman padi melibatkan lebih 54,000 keluarga petani.

Tambahnya, masalah itu sekiranya tidak ditangani segera bukan sahaja menjejaskan operasi KADA, tetapi semua pihak termasuk Air Kelantan Sdn. Bhd. yang menggunakan air Sungai Kelantan sebagai sumber utama operasinya.

Utusan Online.

Stesen Solar Hibrid Ubah Kehidupan Penduduk Di Pulau-Pulau Mersing

25 Julai, 2010 12:11 PM


Stesen solar Hibrid. (Dari kiri: Mohd Aminuddin dan Mohd Azhar) FotoBERNAMA: Ismail Abdullah
Laporan Khas Oleh Mohd Haikal Mohd Isa

JOHOR, 25 Julai (Bernama) -- Semenjak tahun 2004, kehidupan harian penduduk di Pulau Aur, pulau yang terletak paling jauh di luar perairan Mersing telah banyak berubah.

Malah kehidupan penduduk di pulau itu kini tidak banyak bezanya dengan penduduk di bandar-bandar besar negara ini, dengan siaran televisyen satelit, komputer, internet dan pelbagai kemudahan moden terkini.

Kesemua perubahan yang dikecapi oleh penduduk di Pulau Aur sejak enam tahun lepas berlaku berikutan wujudnya perkhidmatan bekalan elektrik 24 jam sehari oleh syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB).

TNB menerusi anak syarikatnya, TNB-Energy Services Sdn Bhd (TNBES) berjaya menyelesaikan masalah bekalan elektrik di pulau-pulau Mersing seperti di Pulau Aur menerusi kaedah pembinaan stesen-stesen solar hibrid.

Stesen solar hibrid, yang hanya terdapat di Malaysia menggabungkan teknologi penjanaan kuasa solar, bateri dan set generator.

Bekalan elektrik yang dijana oleh stesen solar hibrid itu bukan sahaja telah berjaya meningkatkan keadaan sosio-ekonomi penduduk, tetapi juga telah merapatkan jurang digital di antara pelajar luar bandar dan bandar.

Contoh terbaik adalah murid-murid di Sekolah Kebangsaan Pulau Aur yang kini mengikuti pembelajaran dengan memanfaatkan komputer dan projektor LCD, sebagaimana yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka di sekolah-sekolah lain.

Menurut murid tahun tiga sekolah itu, Nur Aminah Salim, 9, mempelajari subjek kegemarannya menggunakan komputer dan projektor LCD adalah lebih menarik dan mudah untuk difahami.

"Belajar di sekolah sekarang ini lebih senang dengan menggunakan komputer dan projektor. Senang nak belajar guna komputer, dengan gambar kartun dan muzik. Saya suka belajar di sekolah," katanya.

Bagi rakan sebayanya Mohd Shukri Hamdan, 9, pula berkata dia sedikit sebanyak dapat menimba pengetahuan penggunaan komputer di sekolah.

"Adik suka guna komputer di sekolah, senang nak belajar," kata murid itu.

Guru sekolah berkenaan, Zamri Bakar, 28, berkata bekalan elektrik berterusan yang diterima oleh pulau terbabit membolehkan pihak sekolah menyediakan pelbagai kelengkapan moden bagi proses pembelajaran murid-murid.

"Tidak dapat dinafikan tanpa bekalan elektrik, pelbagai peralatan moden bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran murid-murid tidak dapat digunakan. Tidak ada beza murid-murid di sini dan di bandar lain," katanya.

Dengan adanya kemudahan bekalan elektrik sepanjang hari itu, pengusaha-pengusaha pelancongan di Kampung Teluk Berhala di pulau ini turut merasai kesannya dengan jumlah kedatangan pelancong ke pulau itu semakin meningkat.

"Dengan adanya bekalan elektrik, pelancong dalam dan luar negara tertarik untuk menginap di Pulau Aur dan ini secara langsung memberi faedah ekonomi kepada kami, pengusaha pelancongan," menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai "Pak Atan."

Perairan Pulau Aur yang terkenal dengan batu karangnya berwarna-warni dan kehidupan marinnya, kini semakin terkenal di kalangan masyarakat penyelam dalam dan luar negara.

Pemangku Pengarah Urusan TNBES Ir Mohd Azhar Abdul Rahman yang turut serta di dalam tinjauan di Pulau Aur itu berkata, TNB menerusi anak syarikatnya, TNBES setakat ini telah membina lapan buah stesen solar hibrid di lima buah pulau di Mersing.

Pulau-pulau terbabit termasuk Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Besar, Pulau Sibu Besar dan Pulau Tinggi.

"Lebih daripada 1,000 penduduk di pulau-pulau perairan Mersing itu menikmati bekalan elektrik 24 jam yang dihasilkan oleh stesen-stesen solar hibrid itu. Ia telah berjaya mengubah kehidupan dan kedudukan sosio-ekonomi mereka," katanya.

Menurut beliau, sejak 2001 TNBES telah berjaya membina 30 buah stesen solar hibrid di seluruh negara, terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman dengan keseluruhan kuasa penjanaan elektrik mencecah empat megawatt.

Katanya, tanggungjawab sosial TNB itu telah membawa kakitangan syarikat menjelajah ke seluruh pelosok negara daripada pulau-pulau terpencil seperti Pulau Aur dan Pulau Banggi di Sabah sehingga perkampungan masyarakat Orang Asli.

-- BERNAMA

Melaka Fokus Jadi Negeri Hijau Menjelang 2020

23 Julai, 2010 20:01 PM

MELAKA, 23 Julai (Bernama) -- Melaka kini fokus untuk menjadi "Negeri Hijau" menjelang tahun 2020 setelah hasrat menjadi negeri maju bakal tercapai pada Oktober ini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kerajaan negeri akan memanfaatkan sepenuhnya teknologi hijau dan menjadi negeri yang kaya dengan khazanah flora dan fauna dalam tempoh 10 tahun tersebut.

"Kita sudah mulakan banyak usaha untuk menjadi "Negeri Hijau" seperti projek Solar Valley di Rembia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Landskap Negara peringkat negeri di Ayer Keroh di sini, hari Jumaat.

Mohd Ali berkata antara manfaat yang bakal diperolehi ialah pengurangan pelbagai jenis kos jangka panjang seperti kos penjanaan tenaga elektrik yang boleh dikurangkan sehingga 30 peratus sekiranya menggunakan tenaga diperbaharui.

Katanya rakyat akan memperoleh persekitaran yang lebih bersih, tempat tinggal yang selesa dengan pengekalan pelbagai jenis tumbuhan. Mohd Ali berkata pembangunan teknologi hijau dan pengekalan flora dan fauna perlu seiring contohnya pembinaan empangan hidro elektrik perlu dilakukan tanpa membinasakan khazanah flora dan fauna di kawasan itu.

Bagaimanapun, katanya usaha tersebut mempunyai beberapa kesukaran seperti teknologi tenaga diperbaharui sekarang tidak mampu menampung sepenuhnya keperluan tenaga elektrik di negeri itu dan antara penyelesaian yang difikirkan ialah pengunaan tenaga nuklear.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri mensasarkan untuk menanam sebanyak 20,000 pokok di negeri ini tahun ini dan setakat Jun lepas sebanyak 19,257 pokok telah ditanam oleh empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Katanya dalam tempoh tersebut, sebanyak 7,000 pokok telah ditanam oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (7,100), Majlis Perbandaran Alor Gajah (3,000) dan Majlis Perbandaran Jasin (2,157).

Beliau berkata usaha ini merupakan sebahagian daripada konsep bandaraya dalam taman dan dengan pembinaan taman-taman sebagai tempat rekreasi boleh menggalakkan rakyat negeri itu menjalankan aktiviti sihat dan mengukuhkan perpaduan di kalangan mereka.

-- BERNAMA

25 July 2010

Sejauhmana Keperluan Antioksidan Dalam Pemeliharaan Kesihatan

Norkumala Bint Awang
Pegawai Penyelidik

01/07/2010 | Artikel Bahasa Malaysia
Pemakanan merupakan pola yang membentuk sebahagian daripada gaya hidup holistik yang perlu diamalkan secara seimbang disamping faktor-faktor lain yang menyumbang kepada penjagaan dan pemuliharaan kesihatan. Mutakhir ini, banyak sekali sogokan dan keributan di kalangan masyarakat kita berkenaan dengan makanan yang mempunyai antioksidan. Maka, berlumba-lumbalah, pengeluar dan pengilang mengeluarkan makanan tambahan yang mengandungi unsur antioksidan yang dipercayai dapat mencegah dan merawat penyakit. Namun, adakah benar dakwaan bahawa suplemen tersebut mampu memberikan fungsi seperti yang digembar-gemburkan dan benarkah semua jenis makanan mempunyai keupayaan yang sama sebagai antioksidan dalam meneutralkan radikal bebas?

Di dalam badan kita, pelbagai jenis tindakbalas berlaku yang tidak diketahui. Radikal bebas dihasilkan oleh badan melalui tindakbalas biokimia tetapi terlalu banyak radikal bebas akan mendatangkan bahaya kepada tubuh badan. Faktor-faktor luaran seperti merokok, minum arak, makan terlalu banyak lemak, cahaya matahari, pendedahan kepada radiasi dan juga pencemaran persekitaran akan menghasilkan lebih banyak radikal bebas di dalam badan. Oleh sebab itu, kita memerlukan antioksidan termasuklah vitamin, mineral dan enzim yang dipercayai dapat melindungi tubuh dan memperlahankan pemusnahan sel yang disebabkan oleh proses pengoksidaan untuk memelihara kesihatan tubuh badan daripada sebarang penyakit. Antara contoh antioksidan ialah vitamin A,C, E, lycopene, beta carotene dan lain-lain lagi.

Terdapat antioksidan yang boleh disintesiskan oleh tubuh. Namun begitu, kita juga boleh mendapatkan dan meningkatkan keupayaan antioksidan melalui sumber makanan. Selain daripada itu, setiap individu perlu menjalani gaya hidup yang sihat dengan menjauhi tabiat merokok dan mengamalkan pemakanan seimbang untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan kandungan antioksidan yang terdapat di dalam badan.

Untuk memenuhi keperluan badan, seharusnya antioksidan diambil melalui makanan bukannya suplemen seperti vitamin. Ini kerana sumber makanan seperti buah-buahan dan sayuran-sayuran mempunyai kandungan antioksidan yang pelbagai dan juga mineral-mineral lain yang berkerjasama melindungi badan. Sebaliknya, jika antioksidan diambil daripada suplemen vitamin, ia akan membataskan fungsi sekiranya salah satu antioksidan berkurangan di dalam badan. Oleh itu, sebaik-baiknya, kita perlu mendapatkan diet yang kaya dengan sumber antioksidan dalam makanan untuk menjamin kombinasi pelbagai zat tersebut. Ini akan memberikan kebaikan perlindungan berbanding nutrien yang khusus di dalam satu-satu jenis suplemen.

Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dikatakan dapat memperlahankan proses penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Tufts di Boston mendapati pengambilan makanan antioksidan yang tinggi dapat mengelakkan berlakunya hilang daya ingatan dan keupayaan belajar.

Di antara antioksidan yang terbaik untuk kesihatan badan ialah glutathion. Ia merupakan antioksidan yang kuat, berada di dalam badan dan amat diperlukan untuk aktiviti antioksidan serta melindungi molekul di dalam badan. Ia dihasilkan oleh sel badan secara semulajadi dan berperanan menyingkirkan toksik badan, menggalakkan sistem imun badan berfungsi secara optimum dan memelihara protein sel badan. Barangkali kita tidak dapat melihat bagaimana fungsi-fungsi tersebut amat penting untuk kita. Ia berlaku secara semulajadi dan perlu dilihat sebagai satu keperluan untuk menyelengara tubuh badan yang kadangkala kita tidak pedulikan pemeliharaannya sehinggalah sesuatu penyakit dapat dikesan. Walaubagaimana pun, glutathione akan berkurang sekiranya seseorang mengidapi penyakit tua seperti Alzheimer, Parkinson dan kanser. Ini adalah kerana, sejajar dengan peningkatan usia, keupayaan untuk menghasilkan glutathione juga berkurang. Di samping itu, kekurangan glutathione juga berkait rapat dengan alergi, atritis dan penyakit koronari.

Walaubagaimanapun, aras glutathione di dalam badan tidak boleh dipertingkatkan dengan begitu mudah hanya dengan pengambilan makanan atau suplemen yang mengandungi antioksidan. Ini kerana, ia dihasilkan di dalam sel. Maka, keperluannya adalah menyediakan sumber prekursor glutathione ataupun dengan pengambilan sumber yang mampu meningkatkan penghasilannya di dalam badan. Contohnya mengambil makanan kaya dengan amino asid yang mengandungi sulfur seperti asparagus, brokoli, bayam, telur mentah dan bawang putih.

Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu diambil sekurang-kurangnya lima hidangan sehari untuk mendapat manfaat daripada antioksidan. Kuncinya adalah kepelbagaian dalam pengambilan sumber makanan tersebut untuk mendapat manfaat perlindungan sepenuhnya. Kadangkala, masa menjadi kekangan individu untuk mendapatkan nutrien semulajadi tersebut tetapi sebenarnya ia boleh diusahakan bagi memenuhi keperluan harian. Contohnya memastikan makan sepotong buah sewaktu bersarapan pagi. Buah juga boleh dijadikan snek di antara waktu sarapan dan waktu makan tengahari. Yang penting kita mesti membuat pilihan yang tepat dan menjadikannya sebagai satu amalan. Lama-kelamaan ia akan menjadi kelaziman dalam hidup kita sepanjang hari.
Berbicara mengenai antioksidan, buah-buahan yang dalam kumpulan beri contohnya buah blueberry mempunyai unsur antioksidan yang baik berbanding buah atau sayuran lain disamping ia dilengkapi dengan vitamin C,E, serat, potassium, kalsium dan asid folik. Ia juga mengandungi pigmen anthocyanins yang merupakan flavonoid yang mampu melindungi dan menguatkan salur darah dan sebagai antipenuaan. Walaubagaimanapun, fungsi antioksidan buah tersebut akan terencat sekiranya diambil bersama makanan lain seperti susu. Kajian ini membuktikan bahawa untuk mendapatkan kemanfaatan fungsi daripada buah-buahan, ia perlu diambil satu jam sebelum mana-mana makanan berprotein diambil ataupun 2 jam selepas itu. Ia juga menyokong cara yang paling ideal untuk menikmati buah-buahan ialah dimakan ketika perut kosong dan bukannya bersama hidangan lain. Namun begitu, seolah-olah telah menjadi satu budaya dalam masyarakat kita yang menjadikan buah sebagai pencuci mulut selepas memakan sesuatu hidangan. Amalan ini jelas sekali tidak mendatangkan apa-apa kelebihan kepada kesihatan kerana nutrien daripada buah tersebut tidak dapat dihadamkan secara optimum.

Vitamin E juga merupakan antioksidan semulajadi yang terdapat dalam pelbagai jenis makanan tetapi kebanyakan orang tidak memperolehi jumlah yang mencukupi dalam diet seharian. Ia amat penting untuk memperbaiki dinding sel, kulit, otot, saraf, darah dan jantung disamping juga untuk kesuburan dan sistem imun tubuh. Vitamin E juga disebut sebagai penyembuh semulajadi kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka dan mengelakkan parut terjadi. Ini kerana, ia membantu dalam penggantian semula sel kulit, mengelakkan pembekuan darah dan dapat mengurangkan tekanan darah. Pelbagai sumber makanan yang membekalkan vitamin E seperti buah avocado, kentang, sayuran berdaun hijau gelap, kekacang dan semua bijirin. Walaubagaimanapun, vitamin E juga terdapat dalam bentuk suplemen. Vitamin E tergolong dalam kumpulan tocopherols. Oleh itu, apabila membeli suplemen vitamin E, seharusnya kita bijak memilih vitamin E semulajadi dikenali sebagai d-alpha-tocopherol. Terdapat juga yang berbentuk sintetik dikenali sebagai dl-alpha tocopherol, namun ia patut dielakkan. Ini kerana, vitamin E semulajadi adalah lebih aktif secara biologi dan ia lebih mudah diserap dan kekal lama di dalam badan berbanding vitamin E sintetik.

Jelas sekali,setiap individu perlu mempunyai maklumat terperinci tentang pemakanan agar tidak mudah tertipu dengan dakwaan yang kadangkala lebih bersifat mengaut keuntungan. Individu yang sarat dengan informasi pemakanan akan mengetahui dengan jelas dan tahu untuk mempertimbangkan sesuatu produk benar-benar mempunyai sifat terapeutik seperti yang didakwa atau tidak. Sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah az Zumar ayat 9: "....Katakanlah lagi kepadanya, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna".

Pemuliharaan batu karang

Oleh FIRDAUS SAHAT

2010/07/18

DARI permukaan, air laut yang kebiruan kelihatan sungguh jernih sehingga kelihatan dasarnya. Warna-warni terumbu karang serta pelbagai spesies ikan membuatkan penulis tidak sabar-sabar untuk turut berenang bersama hidupan itu.

Sebanyak 200 tukun tiruan ditanam   di kawasan pantai Pulau Perhentian bagi pembiakan.
Sebanyak 200 tukun tiruan ditanam di kawasan pantai Pulau Perhentian bagi pembiakan.
sebelum - selepas
KEKAL...banyak tikun tiruan ditanam di pantai Pulau Perhentian. KEKAL...banyak tikun tiruan ditanam di pantai Pulau Perhentian. ROSAK...terumbu karang berwarna putih. ROSAK...terumbu karang berwarna putih. CANTIK...hidupan laut berkumpul di terumbu karang. CANTIK...hidupan laut berkumpul di terumbu karang. KHAZANAH...inisiatif membina tukun tiruan berhasil. KHAZANAH...inisiatif membina tukun tiruan berhasil.

KEKAL...banyak tikun tiruan ditanam di pantai Pulau Perhentian.

Meskipun berkesempatan menyelam sedalam lima meter menerusi program ‘Discovery Scuba Dive’ (DSD), ia sudah cukup buat penulis menikmati keindahan alam dalam laut.


Bagaimanapun, dalam keseronokan menyelam, mata penulis terpana terhadap terumbu karang yang berwarna putih. Tidak kurang juga yang jatuh menyembah bumi dan mulai reput.


Timbul persoalan di hati penulis, apakah itu tanda terumbu karang yang menjadi khazanah laut kita mati? Daripada pemahaman penulis, terumbu karang mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk hidup semula. Jadi, pasti sukar untuknya kembali hidup mewarnai dasar laut.


Bersama Panasonic, beberapa saintis dan sukarelawan turut hadir membantu program pemulihan terumbu karang di Pulau Perhentian. Dalam kekeliruan itu, penulis sempat menemubual Timbalan Pengarah Institut Sains Bumi dan Laut, Universiti Malaya, Dr Azhar Hussin.

Katanya, fenomena keputihan terumbu karang perkara biasa dan ia terjadi selang beberapa tahun akibat kadar suhu air meningkat.


“Kebanyakan terumbu karang bertukar warna kepada warna putih kerana ia berada di bawah tekanan. Tekanan ini pula datang daripada pelbagai faktor, terutama keadaan suhu air yang meningkat akibat pemanasan dunia.


“Kebanyakan terumbu karang tidak boleh hidup dalam suhu air yang terlalu sejuk atau panas. Buat masa ini suhu air di sini (Pulau Perhentian) meningkat kepada 31 hingga 32 darjah Celsius manakala suhu yang sesuai untuk tumbuhan ini hidup ialah 27 hingga 29 darjah Celsius.


“Terumbu karang mendapat makanan daripada alga yang berada di dalamnya. Bila suhu air meningkat, alga ini akan meninggalkan terumbu karang itu dan berpindah ke tempat yang lebih sejuk. Proses ini dipanggil simbiosis.


“Bagaimanapun, selepas alga meninggalkan terumbu karang, warna terumbu karang itu akan berubah atau luntur menjadi putih. Jika suhu air meningkat, ia akan mati kerana tiada makanan. Masalah ini digelar ‘coral bleaching’,” katanya.


Begitupun, bila suhu air kembali menurun, terumbu karang yang berwarna putih itu akan berada dalam proses pemulihan.


“Jika keadaan suhu air berubah, terumbu karang akan mengambil masa beberapa bulan untuk pulih seperti sedia kala. Ini lebih baik daripada membiarkan ia mati dan menunggu untuk terumbu karang lain tumbuh kerana ia mengambil masa lama,” tambahnya.

Bukan mudah untuk melihat terumbu karang tumbuh melata. Rata-ratanya, ia memerlukan satu benda keras dan kukuh untuk membiak.


Namun, jika anda pernah menyelam atau snokeling berhampiran pantai Pualu Perhentian, anda akan dapat melihat ribuan terumbu karang membiak di kawasan itu.


Hakikatnya, tidak mudah untuk menyaksikan terumbu karang hidup di kawasan berkenaan yang mempunyai ombak kuat.


Disebabkan inisiatif pihak Panasonic yang menanam lebih 200 tukun tiruan di kawasan pantai berkenaan, keindahan alam di dasar laut itu dapat dinikmati semua lapisan masyarakat.


Menurut Pengurus Besar Penjenamaan dan Komunikasi Korporat Panasonic, Azizah Wahid, pembinaan tukun tiruan itu sebagai satu langkah oleh pihaknya untuk memulihara ekosistem marin.


Katanya, terumbu karang dan hidupan laut pelbagai spesies adalah khazanah negara yang tidak ternilai harganya. Jadi, pelbagai kemusnahan terhadap hidupan laut yang tidak dibendung menyuntik perasaan ingin membantu daripada syarikatnya.


“Kami mula serius terhadap penjagaan khazanah laut sejak 2005. Pelbagai kerosakan berlaku terhadap hidupan ini. Saya tidak nafikan ia sukar dibendung tetapi sebagai anggota masyarakat, saya mahu turut sama membantu menjaga dan memulihara ekosistem itu.


“Pada mulanya kami hanya menanam 10 tukun tiruan sebagai percubaan. Selepas melihat perkembangan tukun itu, kami menambah bilangan tukun tiruan yang dibuat dalam pelbagai bentuk menerusi bahan Polyvinyl Chloride atau pvc.


“Sejak kami menurunkan tukun tiruan ini, terumbu karang mula membiak. Dalam pemantauan kami, terumbu karang ini membesar sebanyak tiga sentimeter (cm) setahun. Sehingga kini ia membesar dan membentuk satu kumpulan terumbu karang pelbagai warna.


“Tambah menarik, kehadiran terumbu karang ini turut menarik perhatian pelbagai spesies hidupan laut lain yang menjadikan kawasan itu sebagai rumah atau makanannya,” katanya.


Melihat inisiatif Panasonic serta pihak lain yang terbabit, penghargaan perlu diberi kepada mereka yang bijak memilih aktiviti marin sebagai tumpuan bagi merealisasikan tanggungjawab sosial korporat.


Sebaik melihat terumbu karang mula membiak di sekeliling tukun tiruan yang ditanam, proses pemuliharaan itu sudah menjadi agenda tahunan mereka.

24 July 2010

Qatari Engineer Develops Cooling System

24 Julai, 2010 16:42 PM

DOHA, July 24 (Bernama) -- Qatari engineer has designed an environment-friendly machine that can reduce the temperature considerably, Qatar News Agency (QNA) reported, citing the Peninsula newspaper report Saturday.

According to the Qatari engineer, Farej Sakeri, the "Cooling Palm" can eliminate the sizzling heat and high humidity levels in the atmosphere.

"The multifunctional device can reduce the temperature from some 45 degrees Celsius to 20 degrees Celsius," Sakeri said.

"It can also reduce humidity from 60 percent to 10 percent and can also increase the oxygen content in the air from 24 percent to 40 percent.

It can also absorb the carbon dioxide in the atmosphere," he said.

The Cooling Palm owes its multi-functionality to a couple of gadgets that can filter air which include a device that absorbs the moisture in the air, thereby reducing humidity. Another device subsequently converts this moisture into water by condensing it.

"The whole machine is based on solar energy and it needs no electricity or water to run. The leaf-like structures in the palm help to absorb the sun's energy. The whole machine stands at a height of 40 metres," he said.

-- BERNAMA

Tra-GD 14 tak cukup menginsafkan kah?

Lelaki tersepit sejam dalam kereta remuk



2010/07/23

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tersepit hampir sejam selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah kereta lain yang terbabas dalam kemalangan di Jalan Kinabalu di sini, pagi semalam.

REMUK..kenderaan yang terbabit kemalangan, semalam.
REMUK..kenderaan yang terbabit kemalangan, semalam.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Tengku Amri, 20-an, terpaksa menanggung kesakitan akibat kakinya tersepit selepas bahagian depan keretanya remuk. Dalam kemalangan kira-kira jam 5 pagi berhadapan Masjid Negara itu, sebuah kereta Perodua Kembara yang dipandu seorang ‘awang hitam’ memasuki jalan bersebelahan dengan melanggar tembok konkrit sebelum merempuh kereta mangsa.


Mangsa yang tersepit masih sedarkan diri, namun cedera di kepala dan mengadu sakit dada manakala ‘awang hitam’ terbabit tidak cedera.


Orang ramai cuba membantu mengeluarkan mangsa, tetapi gagal kerana papan pemuka yang remuk menghimpit kedua-dua kakinya.


Difahamkan, ketika orang ramai cuba mengeluarkan mangsa, lelaki warga Afrika terbabit melarikan diri.


Pasukan Bomba dan Penyelamat serta polis trafik yang mendapat maklumat kejadian terbabit tiba kira-kira 15 minit selepas itu dan mengeluarkan mangsa.


Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan.

Mesin cuci badan lembu


GAMBAR menunjukkan seekor lembu dicuci dengan mesin berus di sebuah ladang di Sweden.


STOCKHOLM - Sebuah syarikat di Sweden mengeluarkan mesin yang membersihkan lembu mirip mencuci kenderaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Mesin itu boleh meningkatkan penghasilan susu sehingga 3.5 peratus dan ia mampu memperbaiki pengedaran darah dan menghentikan pembiakan penyakit pada haiwan ternakan.

Pengeluar mesin itu, DeLaval menyatakan rekaan tersebut merupakan berita baik buat golongan penternak.

Sebanyak 30,000 unit mesin itu telah dijual di Sweden dan kini mula meneroka pasaran United Kingdom.

"Berus yang berputar ini merupakan alat membersih diri yang membuatkan lembu-pembu lebih gembira, sihat dan produktif," kata seorang jurucakap syarikat berkenaan. - Agensi

Konservasi biodiversiti Borneo



OAKLEY menjalankan pelbagai kerja berhubung kemusnahan terumbu karang di Sabah.


LIMA tahun lalu ia adalah sebuah kawasan paya kosong. Hari ini, kawasan tersebut menjadi kediaman kepada lebih 1,200 spesies semula jadi biodiversiti Borneo yang terdiri daripada ikan jerung, ikan pari, ular dan katak.

Kawasan paya itu adalah sebahagian daripada The Green Connection iaitu sebuah akuarium dan pusat penemuan sains yang membuka pintunya kepada orang ramai sejak Mei lalu.

Ia bukan sekadar sebuah taman tema eko yang lazimnya diusahakan oleh perbadanan-perbadanan yang berorientasi keuntungan, sebaliknya ia adalah sebuah pusat konservasi dan pendidikan yang ditubuh serta dikendalikan oleh pakar-pakar konservasi dan Yayasan Sabah.

Terletak kira-kira 2.5 kilometer (km) dari Kota Kinabalu, pusat itu berusaha meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar dengan mempamerkan biodiversiti marin dan daratan yang terdapat di Borneo. Ia juga mendedahkan ancaman yang mereka hadapi dan keperluan untuk memulihara biodiversiti.

Para pelawat akan meredah ekosistem-ekosistem yang boleh didapati di Borneo dan meneroka khazanah semula jadi yang terkandung di dalamnya.

Prof. Steve Oakley, seorang ahli biologi marin sejak 25 tahun lalu adalah antara perintis di pusat itu. Oakley, yang merupakan pengarah teknikal pusat tersebut dari England telah bermastautin di Malaysia sejak 15 tahun lalu dan pernah bertugas di 28 buah negara.

"Beberapa tahun lalu, ahli-ahli konservasi yang bertugas di bawah saya di Institut Biodiversiti dan Pemuliharaan Alam Sekitar, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menjalankan pelbagai kajian terhadap kemusnahan batu karang di Sabah dan Sarawak.

"Apabila kami menemui punca masalah itu, kami mula mencari jalan penyelesaiannya untuk mewujudkan kawasan-kawasan marin yang dilindungi, tetapi itu tugas pihak berkuasa seperti mengawal kaedah penangkapan ikan yang membawa kemusnahan, bukan peranan sebuah NGO," katanya.

Sehubungan itu, mereka menggunakan satu pendekatan lebih kurang sama dengan pendekatan yang diambil oleh World Wide Fund for Nature (WWF).

Beri nafas baru

"Kami mula memberi nafas baru kepada batu karang, menyelamatkan jerung, pari dan ular, jadi langkah logik yang berikutnya ialah untuk membuka sebuah kemudahan konservasi seperti yang anda lihat hari ini," tambah beliau.

Bagaimanapun, ia bukan tugas mudah. Usaha itu mengambil masa lima tahun untuk disiapkan dan mengumpul wang sebanyak RM12 juta bagi projek itu.


SELAIN berpeluang melihat pelbagai jenis hidupan laut, permainan kanak-kanak turut disediakan di The Green Connection.


Mereka bernasib baik kerana bertemu rakan yang mempunyai objektif yang sama iaitu Yayasan Sabah (YS). YS kini merupakan pemegang utama saham bagi Aquatica Aquarium and Discovery Centre Sdn. Bhd. syarikat yang memiliki The Green Connection.

"Kami mencari rakan dengan objektif yang sama untuk mengasaskan pusat ini," kata Oakley.

Seperti objektif teras yayasan itu, pusat tersebut juga mahu membantu membasmi kemiskinan dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada pemuda-pemudi Sabah yang tidak mempunyai kelayakan dan berasal dari pedalaman.

"Hari ini, kita mempunyai kira-kira 80 pemuda-pemudi Sabah yang sedang bekerja bersama kita. Malah kami menghantar beberapa orang untuk bekerja di akuarium-akuarium di seluruh dunia bagi menimba pengalaman," tambah beliau.

Akuarium The Green Connection kata Oakley, berbeza daripada akuarium yang terdapat di Kuala Lumpur, Langkawi atau Pulau Sentosa (Singapura).

"Kami hanya membangunkan satu hektar tanah sahaja untuk akuarium ini tetapi kami mempunyai tangki terumbu karang terbesar di Asia Tenggara dan akuarium ini mempunyai jendela paparan terbesar di Malaysia.

"Aquaria KLCC mempunyai terowong-terowong yang cantik tetapi kami mahu jendela paparan yang besar dan koridor besar supaya dapat memberi penerangan kepada kumpulan pelajar yang besar bagi tujuan pendidikan. Anda tidak boleh melakukannya dalam terowong kerana ruangnya sempit. Akuarium-akuarium pula tidak ditempatkan dalam bangunan jadi batu karang kami dalam akuarium tumbuh dengan baik," jelas beliau.


Kolam buatan manusia yang memelihara pelbagai hidupan laut menjadi tumpuan pelancong ketika berkunjung di The Green Connection.


Sebagai usaha meningkatkan kesedaran, The Green Connection menawarkan pakej pendidikan tiga jam pada harga menarik iaitu RM5 bagi setiap pelajar. Maklumat lanjut mengenai pusat itu boleh didapati di www.the-green-connection.com.

Oakley juga mendedahkan pihaknya sedang menimbangkan idea untuk menubuhkan pusat seumpamanya tetapi pada skala yang lebih kecil di Tawau atau Semporna tidak lama lagi.

Memulihara biodiversiti

"Kami mungkin membina akuarium lain, kami berminat untuk menubuhkan pusat-pusat yang lebih kurang sama di Tawau atau Semporna, kerana ramai pelajar sekolah di kawasan itu tidak mempunyai akses ke pusat utama di sini," katanya. Dalam usaha menyelamatkan spesies-spesies yang diancam kepupusan, The Green Connection membeli ikan, jerung dan pari daripada nelayan sebagai usaha menyelamatkannya daripada menjadi makanan manusia selain berusaha untuk membiakkannya.

Contohnya, pasukan beliau pernah menukar seekor babi hutan dengan seekor penyu yang sepatutnya menjadi hidangan untuk jamuan perkahwinan.

"Semasa kami membeli ikan pari daripada nelayan, kami terlihat seekor penyu agar dalam sangkar yang menurut nelayan tersebut akan dijadikan hidangan majlis perkahwinan.

"Kami beranggapan adalah lebih baik jika penyu agar dibawa ke sini untuk dibiak, jadi kami membeli seekor babi hutan dan menukarnya dengan penyu itu. Apa yang kita perlu buat ialah bayar lebih sedikit untuk mencegah hidupan ini berakhir di dalam kuali," kata Oakley.

Oakley dan rakan-rakan konservasi juga merawat ular yang mengalami kecederaan dan berpenyakit. Mereka melepaskan semula ular jantan ke dalam hutan tetapi menyimpan ular betina sehingga ia bertelur.

"Kami membiak ular laut, biawak, kura-kura dan jerung tetapi masih belum membiak ikan pari," kata beliau bahawa bilangan ikan pari semakin meningkat.

Pusat itu juga membuat persiapan untuk menempatkan jerung dan pari air tawar yang boleh ditemui di sungai Kinabatangan, namun haiwan itu jarang dapat dilihat hari ini kerana bilangannya yang kian merosot. - Bernama

23 July 2010

Pencemaran sungai simbol kemusnahan alam

KEJAHILAN dan kedegilan manusia merubah sungai menjadi tempat buangan sampah sarap dan bahan buangan kilang menyebabkan manusia menghadapi krisis air walaupun berada dalam negara yang dikelilingi sungai. Mereka tidak menyedari bahawa sikap dan tindak tanduk sedemikian boleh menyebabkan mereka termasuk dalam golongan orang yang tidak bersyukur dan perosak alam.

Manusia diciptakan oleh Allah sebagai pemelihara atau pemimpin kepada setiap ciptaan-Nya di muka bumi ini, bukannya perosak dan pemusnah alam semula jadi.

Manusia terikat dengan perundangan Allah berkaitan dengan makhluk yang wujud di dunia ini. Allah menjelaskan perkara ini dalam Surah al-A'raf ayat 56 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik".

Air merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Ia merupakan unsur utama yang wujud sebelum langit dan bumi dicipta. Allah menjelaskan perkara ini dalam Surah Hud ayat 7 yang bermaksud, "Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, dan adalah singgahsana-Nya (sebelum itu) dalam air."

Justeru air menjadi nadi dan sumber kehidupan setiap benda di dunia ini. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam Surah al-Anbiya' ayat 30 yang bermaksud, "Dan daripada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup". Penurunan air dari langit ke bumi dianggap sebagai rahmat dan kasih sayang daripada Allah terhadap makhluk-Nya.

Air yang diturunkan dari langit itu menyerap ke dalam bumi dan bertakung menjadi sungai sepatutnya dipelihara dan dikawal daripada pencemaran kerana ia merupakan keperluan asas manusia dan makhluk-Nya yang terpenting di dunia.

Betapa pentingnya air dalam kehidupan manusia tidak pernah dihiraukan oleh manusia. Penurunan hujan dan takungan air yang berlimpah tidak pernah tergambar dalam akal pemikiran mereka bahawa sumber air ini mungkin menghadapi kekeringan atau keracunan jika manusia cuai menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemelihara alam sekitar.

Islam amat prihatin terhadap kebersihan tempat dan tubuh manusia. Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya, "Sesungguhnya kebersihan itu separuh daripada iman". Islam menekankan aspek kebersihan dalam hidup adalah kerana setiap aspek berkaitan dengan ibadah kepada Allah terutama sembahyang memerlukan kebersihan diri dan tempat.

Dua unsur utama dalam pembersihan badan sebelum melaksanakan ibadah kepada Allah ialah air dan debu yang bersih. Kedua-dua unsur ini juga merupakan asas penciptaan manusia, seperti mana firman Allah dalam Surah al-Hijr ayat 26 yang bermaksud, "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang dibentuk".

Air merupakan satu anugerah daripada Allah. Ia adalah salah satu daripada tiga perkara yang mana setiap manusia mempunyai hak, iaitu rumput (padang rumput untuk binatang ternakan) air dan api. Berdasarkan kepada kepentingan air bagi makhluk di muka bumi ini, maka Islam telah meletakkan beberapa perundangan berkaitan dengan air.

Terdapat dua dasar ajaran yang penting mengenai hak air dalam syariah Islam, iaitu shafa (hak untuk orang yang dahaga), menubuhkan hak universal untuk manusia bagi menghilangkan dahaga mereka dan juga binatang ternakan mereka, dan shirb (pengairan) yang mana memberi hak kepada semua pengguna untuk menyiram tanaman mereka.

Rasulullah SAW memberi amaran kepada mereka yang tidak mengambil berat terhadap hak air untuk manusia keseluruhannya dengan sabda-Nya yang bermaksud, "Di antara tiga orang yang tidak akan dipedulikan Allah pada Hari Kebangkitan ialah orang yang mempunyai air berlebihan daripada yang diperlukan dan enggan memberikannya kepada musafir". Baginda menegaskan bahwa orang yang membazir air adalah berdosa.

Realiti kehidupan manusia hari ini adalah dalam kategori pemusnah air yang diperlukan oleh makhluk Allah di muka bumi. Dosa mereka berkaitan dengan air adalah sampai ke tahap yang paling tinggi iaitu mencemarkan air dengan bahan-bahan kotoran dan kimia sehingga mereka terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyuling air, selain terpaksa berubat selepas diserang pelbagai penyakit yang kronik berkaitan dengan air. Kekejaman sesetengah manusia yang rakus dengan keuntungan dunia jelas kelihatan apabila bahan-bahan toksik dialirkan ke sungai dan lautan sehingga setiap hidupan dalam air menghadapi penderitaan dan kepupusan.

Berdasarkan suasana begini, kerajaan sepatutnya melaksanakan perundangan yang ketat kepada individu-individu yang mencemar air sungai atau sumber air lain kerana perbuatan mereka adalah berdosa dan dimurkai Allah. Sikap mereka mencemarkan air seperti sungai boleh dianggap sebagai penjenayah kemanusiaan dan alam.

Mereka boleh digolongkan sebagai orang yang melakukan kerosakan di muka bumi seperti mana firman Allah dalam Surah al-Rum ayat 41 yang bermaksud, "Telah nampak kerosakan di darat dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, sehingga Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)".

Oleh itu, umat Islam keseluruhannya perlu bekerjasama dengan kerajaan memelihara sungai, lautan dan sumber air di negara ini supaya kemanisan air yang dianugerahkan oleh Allah dapat dinikmati.

Penulis ialah pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

22 July 2010

Terumbu karang Malaysia mula mati


KESAN pemanasan global semakin memberi tekanan terhadap kawasan terumbu karang seperti di Pulau Redang, Terengganu. - Gambar hiasan


LANGKAWI - Sebanyak 12 lokasi pelancongan - sembilan pulau taman laut dan tiga pulau lain yang kesemuanya di Kedah, Terengganu dan Pahang - terpaksa ditutup sehingga 31 Oktober ini berikutan kejadian pelunturan karang.

Fenomena yang menunjukkan tanda-tanda karang tertekan dan mungkin akan mati itu semakin meluas, malah ia mencapai status 90 peratus bagi sesetengah kawasan terumbu yang terjejas.

Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia, Abdul Jamal Mydin berkata, antara lokasi itu ialah Teluk Wangi, Pantai Damai dan Coral Garden di Pulau Payar di sini.

Beliau menambah, di Terengganu, kawasan yang terjejas ialah sembilan lokasi di Pulau Redang, dua di Pulau Perhentian Besar serta masing-masing satu di perairan Pulau Lima dan Pulau Tenggol.

Di Pahang, tiga lokasi yang dikenal pasti terletak di Pulau Tioman, Pulau Chebeh dan Pulau Tulai.

Pada masa yang sama, tiga pulau lain di Pahang iaitu Pulau Rengis, Pulau Tumok dan Pulau Soyak turut ditutup.

"Ini adalah kali kedua berlaku kelunturan karang dan ia lebih teruk berbanding kes pertama kali semasa fenomena El-Nino pada 1998,'' kata Abdul Jamal pada sidang akhbar di sini semalam.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.

Abdul Jamal berkata, antara punca berlaku kelunturan karang di semua perairan itu ialah pemanasan global.

Tambahnya, serentak dengan itu, sebuah jawatankuasa bertindak ditubuhkan dengan disertai pelbagai jabatan termasuk Kementerian Pelancongan, Jabatan Kerja Raya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan badan-badan bukan kerajaan.

Abdul Jamal berkata, setiap tahun taman laut di Malaysia dikunjungi lebih 500,000 pelawat dalam dan luar negara.

Beliau juga mengumumkan langkah mengehadkan jumlah pelawat ke Taman Laut Pulau Payar daripada 400 orang kepada 200 orang sehari bagi mengurangkan tekanan terhadap terumbu karang.

Kosmo Online: 22/7/2010

21 July 2010

Identiti mangsa bunuh di Machang dikenal pasti

Identiti mangsa bunuh di Machang dikenal pasti

21/07/2010 6:39pm

MACHANG 21 Julai - Polis mengenal pasti identiti mayat seorang gadis, yang dibunuh dengan kejam di Sungai Bagan di Pulai Chondong di sini semalam, sebagai Ilya Nabilah Rosnata, 19, yang berasal dari Kampung Pendek, Kota Baharu.

Ketua Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedot berkata, identiti mayat itu dikenal pasti apabila keluarga mangsa membuat pengecaman di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu, hari ini.

"Sebelum kejadian, Ilya Nabilah telah hilang dari rumah keluarganya di kampung tersebut sejak Jumaat lepas dan satu laporan polis telah dibuat oleh keluarganya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat mangsa yang dipercayai dibunuh dijumpai diikat pada sebatang pokok di tebing sungai itu oleh penduduk kampung dalam keadaan bogel selain terdapat kesan tikaman di dada, tengah hari semalam.

Che Malek berkata ibu mangsa mengesahkan ia sebagai Ilya (anaknya) dan telah diserahkan kepada keluarga terbabit untuk dikebumikan selepas bedah siasat selesai dijalankan petang ini. - Bernama

Bekalan Air Di Selangor, KL Dan Putrajaya Membimbangkan: Syabas

21 Julai, 2010 13:53 PM

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Jumlah bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak cukup untuk menampung keperluan dan permintaan yang semakin meningkat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Datuk Ruslan Hassan yang menyifatkan keadaan itu sebagai sangat membimbangkan.

Beliau berkata jumlah kapasiti bekalan air di ketiga-tiga kawasan itu hanyalah sebanyak 4,326 juta liter sehari (JLH) berbanding purata pengeluaran sebanyak 4,086 JLH bagi tempoh 1 Jun hingga 11 Julai lepas.

"Ini menunjukkan hanya terdapat rizab kapasiti bekalan sebanyak 240 JLH atau 5.9 peratus sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata dengan peningkatan keperluan sebanyak empat peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, rizab bekalan air yang sedikit itu akan semakin berkurangan dan meruncing.

"Keadaan ini sangat membimbangkan sekiranya berlaku kemarau panjang atau pencemaran sumber air mentah di kawasan takungan ataupun sungai-sungai yang boleh menyebabkan penutupan loji air," katanya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam dilaporkan berkata bahawa bekalan air di negeri berkenaan adalah mencukupi sehingga tahun 2019.

Ruslan berkata Syabas sedang menghadapi kesulitan untuk menampung keperluan bekalan air terutama selepas berlaku gangguan, iaitu untuk memulihkan kembali bekalan, kerana rizab kapasiti yang terhad dan keperluan puncak yang meningkat akibat gangguan tersebut.

Beliau juga menjelaskan beberapa loji air telah dipaksa beroperasi dalam keadaan jauh melebihi kapasiti reka bentuk asal sejak beberapa tahun lepas tanpa henti untuk menampung keperluan pengguna.

Ia termasuk Loji Sungai Langat dengan kapasiti 386 JLH telah sentiasa beroperasi pada tahap 450 JLH dan Loji Air Semenyih dengan kapasiti 565 JLH beroperasi pada lingkungan 580-620 JLH.

"Hal ini menyebabkan loji-loji tidak dapat diselenggara pada waktu yang sepatutnya kerana dikhuatiri akan menjejaskan bekalan. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menyebabkan kesan jangka panjang," kata Ruslan.

Beliau berkata fakta-fakta bekalan air itu telah dimajukan kepada kerajaan negeri dan persekutuan untuk tindakan selanjutnya.

"Syabas sedia memberi penerangan kepada mana-mana pihak agar (mereka ini) lebih bersedia sekiranya berlaku krisis bekalan," katanya.

-- BERNAMA

Tra-GD 13 tak cukup menginsafkan kah?

Kulit kepala terkoyak

Oleh Salman Hamat

2010/07/21

JOHOR BAHRU: Biarpun kulit kepala terkoyak, manakala kaki dan tangannya patah, seorang wanita yang terlanggar penghadang konkrit di persimpangan lampu isyarat di Jalan Pantai Lido di sini, semalam, masih mampu bertenang ketika tersepit dalam Proton Iswara yang dipandunya.

REMUK...keadaan kereta dipandu wanita selepas melanggar tiang lampu  isyarat.
REMUK...keadaan kereta dipandu wanita selepas melanggar tiang lampu isyarat.
Mangsa menunggu kira-kira 30 minit sebelum dikeluarkan dari keretanya yang remuk oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Tun Seri Lanang kira-kira jam 9.10 pagi.

Wanita itu, Siti Hasmalizam Md Ali, 22, cuba dikeluarkan orang ramai sejurus kejadian, namun gagal berikutan tersepit dalam kenderaan terbabit serta bimbang tindakan itu mungkin menambahkan kecederaannya.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Larkin, K Sevam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 9.15 pagi dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian bersama dua jentera dan 15 anggota.

“Ketika sampai kami dapati wanita tersepit di bahagian pemandu, usaha mengeluarkan mangsa dilakukan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan pada kaki yang patah bertambah teruk.

“Walaupun mengalami kecederaan agak parah, mangsa tenang dan mengadu sakit selepas dia dikeluarkan serta dipindahkan ke atas pengusung,” katanya.

Bahaya di sebalik gula


GULA yang tersembunyi terdapat dalam makanan.


KEKURANGAN bekalan dan kenaikan harga runcit gula menimbulkan persoalan.Apa yang ada pada gula sehingga pengguna yang bijak turut membiarkan diri mereka menjadi semut sanggup berebut kerana bahan pemanis itu?

Gula memudaratkan kesihatan. Gula itu racun. Gula penyebab pelbagai penyakit kronik. Ini antara perkara negatif yang dikaitkan dengan gula. Malah pepatah Melayu ada juga menyebut mati semut kerana gula.

Namun, di sebalik impak negatif yang dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan, adalah jelas sesetengah pengguna di negara ini masih tidak mahu mengambil peduli bahaya yang disebabkan oleh gula.

Kepada mereka, kesihatan mungkin bukan isu utama dalam kehidupan mereka. Peringatan atau nasihat baik daripada pakar pemakanan atau perubatan bak masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Mahu tidak mahu gula pasir menjadi sebahagian daripada kehidupan masa kini sehinggakan ada yang seperti tidak boleh hidup tanpa bahan pemanis itu.

Menurut Ensiklopedia bebas, Wikipedia, bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu kuning dan tebu hitam.

Dilaporkan kira-kira 107 buah negara menanam tebu untuk menghasilkan sekitar 1,324 juta tan gula. Negara pengeluar terbesar gula, mengikut Wikipedia ialah Brazil, India, China dan Pakistan.

Batang tebu yang tebal menyimpan sukrosa. Secara ringkasnya, gula dihasilkan daripada air tebu yang kaya dengan sukrosa.

Rasa gula sememangnya manis tetapi di sebalik kemanisan itu ia sebenarnya mengundang bahaya. Pada tahun 1929, Sir Frederick Banting, individu yang menemui insulin iaitu hormon utama mengawal metabolisme glukos dalam tubuh manusia mendapati, diabetes adalah penyakit lazim di kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sementara pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk peribumi Panama tidak menghidap penyakit kronik itu.

Sebabnya? Pemilik ladang tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu pada kadar yang banyak sedangkan pemotong tebu sekadar mengunyah keratan tebu. Impak negatif gula putih turut ditekankan oleh pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr. William Coda Martin.

Punca penyakit

Pada tahun 1957, beliau tampil mengklasifikasi gula putih halus sebagai racun. Martin membuat takrifan itu daripada segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika diaplikasi ke tubuh, ditelan atau diproses di dalam tubuh akan menyebabkan atau mungkin menyebabkan penyakit.

Beliau turut mengklasifikasi gula sebagai racun kerana kandungan vitamin dan galiannya rendah. Apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen.

Gula akan melahap vitamin dan galian yang berharga daripada tubuh manusia untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.

Pengambilan gula setiap hari juga dilapor menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian di dalam tubuh dan ketidakseimbangan ini perlu diperbetulkan.

Selain gula pasir dan gula perang sebagai bahan pemanis, terdapat bahan pemanis lain seperti madu dan sirap maple serta gula yang tidak dapat dilihat.

Pakar pemakanan tempatan, Mary Easaw John menjelaskan bahawa gula yang tersembunyi boleh ditemui di dalam roti, aiskrim, coklat, pastri, pai dan kuih-muih.


GULA dihasilkan daripada batang tebu yang tingi kandungan sukrosa.


"Untuk membuat roti, ia memerlukan yis atau ragi. Bahan ini pula memerlukan gula untuk mengaktifkannya dan memastikan roti menjadi," katanya. Jeli dan jem juga mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Sebagai contoh, 60 peratus kandungan jem adalah gula. Sepotong kuih pula, katanya, mengandungi setengah sudu teh gula, sementara minuman berkarbonat pula mengandungi lapan hingga sembilan sudu teh gula.

Justeru, kita sebenarnya tidak memerlukan gula pasir halus dalam kehidupan harian. "Apa yang perlu ialah mendidik cita rasa kita. Kalau hendak pun mengambil gula pasir, enam atau tujuh sudu teh gula pasir halus sudah memadai. Ini termasuk gula yang tersembunyi seperti dalam kek dan manisan yang lain.

"Gula yang berlebihan dalam tubuh manusia akan disimpan sebagai lemak.

"Ini berbeza jika kita makan sayur atau buah-buahan, ada galian dan vitamin dan ia tidak disimpan dengan cara begitu," katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya berhati-hati apabila mahu membeli makanan yang sudah diproses.

"Ambil sedikit masa untuk teliti label makanan. Periksa kandungan lemak dan gula," kata Easaw John.

Sebuah agensi berita Barat baru-baru ini melaporkan, makanan ringan menjadi punca ledakan penyakit diabetes di rantau Asia Tenggara.

Kajian mendapati, kira-kira 11 peratus lelaki dan 12 peratus wanita di bandar raya Ho Chi Minh, Vietnam, tanpa mereka sedar menghidap diabetes Jenis 2, tidak termasuk empat peratus rakyat negara itu yang disahkan sebagai pesakit diabetes.

Diabetes Jenis 2, paling lazim disebabkan paras lemak dan gula yang tinggi dalam pemakanan di samping kurang senaman. Ia boleh menyebabkan kegagalan ginjal dan penyakit jantung.

Di peringkat global, Persekutuan Diabetes Antarabangsa menganggarkan menjelang tahun 2025 seramai 147 juta orang penghidap diabetes berusia 60 tahun atau lebih.

Statistik negara turut menunjukkan peningkatan dalam jumlah penghidap diabetes.

Pada tahun 2009, sebanyak 17 peratus daripada 27 juta penduduk menghidap diabetes sementara data tahun 2006 pula menunjukkan 21 peratus rakyat mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obes.

Apakah kita mahu terus menikmati kemanisan gula dan menjadi penderita penyakit diabetes atau penyakit kronik lain terutama pada usia senja kita? - Bernama

20 July 2010

Ibu Bapa Perlu Memantau Akhlak Mahasiswa

Mohamad A'sim Bin Ismail
Pegawai Penyelidik

08/07/2010 | Artikel Bahasa Malaysia
Pada awal bulan Julai ini, sesi pendaftaran pelajar baru di Institut Pengajian Tinggi (IPT) rancak berjalan. Pemandangan mahasiswa baru sibuk memunggah barang, membawa timba bekas air dengan ditemankan waris keluarga khasnya ibu bapa sudah menjadi satu yang lumrah. Begitu juga suasana ibu bapa yang sedih melepaskan anak mereka tinggal berasingan di asrama. Pada tahun 70-an dan 80-an, ibu bapa walaupun mempunyai sentimen sedih yang sama ketika melepaskan anak mereka menuntut ilmu di menara gading tetapi mereka melepaskan anak-anak dalam zaman yang kita dapat sifatkan masih konservatif, masih belum ada ledakan teknologi maklumat, tanpa ada penularan budaya kuning secara melampau yang boleh menggugat aspek keselamatan akhlak dan potensi keilmuan anak-anak mereka.

Keadaan sebaliknya berlaku pada zaman globalisasi ini. Kecanggihan teknologi seperti internet mengandungi banyak lambakan nilai buruk yang mudah diperolehi. Pergaulan sosial yang lebih luas dan bebas pula akan membuka jalan kepada pelajar IPT untuk terlibat dalam perlakuan dan eksperimen apa-apa yang diperolehi di internet.

Ibu bapa tidak boleh lagi ‘melepas tangan' mereka secara mutlak kepada pihak kedua untuk memantau khasnya tentang keselamatan akhlak anak-anak mereka. Walaupun anak-anak mereka mendapat status pelajar IPT, ini tidak bererti status itu dapat menjadi pelindung mereka daripada terjebak ke dalam gejala sosial yang menjadi beban masyarakat. Ini terbukti apabila terdapat kes-kes pelajar IPT yang terlibat dalam salah laku akhlak khasnya dalam hubungan kelamin luar nikah atau zina. Ini akhirnya boleh pula membawa kepada gejala kelahiran anak tidak sah taraf dan pembuangan bayi.

Dalam soal selidik yang dilakukan oleh Mazlin Mohamad Mokhtar dalam kajian mengenai pengetahuan, sikap dan amalan berkaitan kesihatan seksual dan reproduksi di kalangan pelajar kolej dan universiti pada tahun 2005 telah mendapati bahawa daripada 727 responden pelajar dua buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan dua buah lagi Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), seramai 50% mengaku pernah melakukan hubungan seks, 80% pula tidak menggunakan bahan kontraseptif.

Laporan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 21 Mac 2010 menyatakan bahawa bilangan anak tidak sah taraf dalam tempoh 2005 - 2009 ialah 214,033 orang seperti statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Daripadanya, seramai 74,723 anak tidak sah taraf atau 35% adalah anak bangsa Melayu.

Jika dilihat kepada statistik, berlaku peningkatan bilangan anak luar nikah bangsa Melayu iaitu pada tahun 2007 terdapat 16,100 orang meningkat kepada 16,541 pada tahun 2008 dan seterusnya 17,303 orang pada tahun 2009. Situasi ini sepatutnya memberi kebimbangan kepada masyarakat khasnya ibu bapa remaja dalam kalangan pelajar IPT. Langkah-langkah pencegahan daripada terjebak ke dalam kegiatan tidak bermoral perlu dilakukan oleh pihak bertanggungjawab termasuk ibu bapa.

Peranan berterusan ibu bapa penting dalam proses pendidikan akhlak anak-anak walaupun anak-anak mereka telah melangkah ke IPT. Ibu bapa kekal menjadi ketua keluarga yang bertangunggjawab memimpin anak-anak bertepatan dengan kehendak Syariah. Ini sesuai dengan sebuah hadis nabi SAW yang bermaksud: "Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipersoalkan setiap apa-apa yang kamu pimpin". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Walaupun anak-anak di IPT tidak lagi tinggal sebumbung, ibu bapa sebenarnya boleh terus melaksanakan tanggungjawab didikan akhlak kepada anak-anak mereka. Selain menyalurkan dana kewangan dan keperluan pengajian yang mencukupi, ibu bapa perlu sentiasa mengikuti perkembangan hidup anak-anak mereka di IPT dengan sebaik mungkin. Ini boleh dilakukan dengan sentiasa berhubungan dengan anak-anak dan bertanya khabar. Dengan kemudahan telefon, teknologi maklumat dan kemudahan prasarana pengankutan sekarang, ibu bapa secara berterusan dapat memberikan pimpinan, kasih sayang, keprihatinan dan membuat kunjungan menziarahi anak-anak mereka di IPT.

Hubungan yang tidak putus di antara anak-anak dengan ibu bapa boleh mengelakkan hambatan pengaruh-pengaruh negatif yang sentiasa menerjah kehidupan pelajar di IPT. Manusia secara tabiatnya akan mudah terpengaruh jika mereka terdedah kepada sesuatu perkara. Dalam kehidupan berdikari pelajar IPT, mereka sudah tentu terdedah kepada pergaulan sosial dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan, masyarakat sekeliling, termasuk gaya hidup materialistik dan hedonistik. Jika tidak ada pihak yang prihatin dalam soal akhlak dan moral, golongan belia ini yang pada asalnya terpilih untuk mengejar kecemerlangan akademik akhirnya boleh tersasar dan terjebak pula ke dalam mengejar keseronokan hawa nafsu. Ini termasuk terlibat dengan pergaulan yang tiada batasan, seks rambang, seks luar nikah, salah guna dadah, alkohol, kehamilan remaja, pengguguran, jangkitan kelamin, HIV dan AIDS, keganasan seksual, menjual maruah diri demi mendapatkan duit dan sebagainya.

Ibu bapa yang sentiasa mengambil tahu hal anak-anak di IPT dan pada masa yang sama menghormati kebebasan dan hak-hak remaja sebenarnya akan menimbulkan keinsafan dalam diri anak-anak remaja mereka. Ini kerana anak-anak terus dihargai dan dibelai dengan pimpinan, teladan serta kasih sayang. Ibu bapa boleh mengesan sebarang keganjilan tingkah laku anak-anak mereka yang biasanya berlaku jika mereka terjebak dalam aktiviti songsang. Jika dapat dikesan lebih awal, ia akhirnya boleh diperbetulkan. Kasih sayang dan pimpinan ibu bapa menjadi benteng yang kebal memelihara akhlak pelajar di IPT.

Lombong Pasir Dikhuatiri Jejas Alam Sekitar

Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin
Pegawai Penyelidik

16/07/2010 | Utusan Malaysia
Demam Piala Dunia baru sahaja berakhir. Kini, isu korek pasir pula hangat diperkatakan. Isu tersebut begitu cepat meraih perhatian umum sejak kebelakangan ini memandangkan ia melibatkan kelangsungan masa depan alam sekitar dan juga penghuni di dalamnya. Kegiatan melombong pasir yang sedang giat dijalankan kira-kira 50 meter daripada taman rekreasi Paya Indah Wetlands begitu menggusarkan hati penduduk sekitar. Ini kerana, ia dikuatiri akan memberi implikasi negatif kepada ekosistem dan alam sekitar jika ia dikendalikan tanpa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

Mengimbas kembali laporan akhbar sejak seminggu kebelakangan ini, pelbagai maklum balas di terima daripada pihak-pihak tertentu berhubung isu berkenaan. Walaupun kegiatan perlombongan pasir yang dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) itu mempunyai permit yang sah, namun ia tetap menimbulkan ketidakpuasan hati pelbagai pihak lantaran lokasi kegiatan tersebut yang terlalu hampir dengan taman rekreasi Paya Indah Wetlands. Malah, permit yang dikeluarkan oleh pentadbir tanah Kuala Langat selepas mendapat kelulusan daripada beberapa jabatan (seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Majlis Daerah Kuala Langat dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat) itu terus menjadi pertikaian pelbagai pihak atas nama ‘melindungi alam sekitar'.

Namun, persoalannya sejauh manakah polemik demi polemik berhubung isu tersebut benar-benar untuk memperjuangkan nasib alam sekitar? Jika isu tersebut benar-benar dicanang atas dasar menjaga kepentingan alam sekitar, maka ia seharusnya diperhalusi agar pertimbangan yang sewajarnya dapat dilakukan. Ini kerana, sikap menuding jari menyalahkan antara satu sama lain semata-mata tidak akan mampu menyelesaikan permasalahan tersebut. Sebaliknya, ia akan lebih memburukkan lagi keadaan.

Oleh yang demikian, isu ini perlu dilihat secara menyeluruh merangkumi pelbagai aspek tanpa didalangi unsur-unsur yang tidak sepatutnya seperti untuk kepentingan individu atau pihak-pihak tertentu sahaja. Sebaliknya, ia perlu dilihat sebagai isu bersama tanpa mengira latar belakang dan kepentingan politik masing-masing. Ini memandangkan, ia merupakan isu besar yang perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana ia melibatkan masa depan alam sekitar dan juga habitat flora serta fauna. Justeru, ia perlu dikaji sedalam-dalamnya sebelum sesuatu keputusan atau kata sepakat diambil demi kepentingan bukan sahaja alam sekitar, bahkan juga semua makhluk yang menghuninya.

Jika diamati sedalam-dalamnya, kebimbangan penduduk di sekitar kawasan perlombongan tersebut adalah berasas. Ini memandangkan sejak kegiatan perlombongan pasir itu dijalankan, mereka telah terdedah kepada pelbagai kesan sampingan seperti pencemaran air, udara dan juga bunyi. Situasi ini akan memberi implikasi yang tidak sihat kepada persekitaran hidup mereka. Jika kegiatan perlombongan tersebut dibiarkan berlanjutan, ia akan menjejaskan tahap serta kualiti kesihatan penduduk sekitar ekoran terdedah kepada debu, habuk dan juga sumber air yang tercemar. Malahan, pencemaran air, udara dan bunyi yang berpunca daripada jentera melombong serta mencuci pasir juga akan turut mengancam habitat burung air yang menjadi antara salah satu daya tarikan di taman rekreasi itu.

Selain itu, bunyi bising daripada jentera yang menjalankan kerja-kerja mengorek pasir akan memungkinkan berlakunya migrasi unggas terutamanya spesies tempua dan puchong serandau ke tempat lain. Apabila berlakunya migrasi secara berterusan, ia akan menyebabkan spesies unggas di kawasan berkenaan akan berkurangan. Ini akan memberi implikasi yang buruk kepada taman rekreasi berkenaan lantaran keunikan taman yang semakin terhakis dan kekayaan spesies yang kian berkurang. Bahkan, tidak mustahil jika situasi ini dibiarkan berlanjutan ia akan turut mengancam spesies hidupan liar lain yang menghuni taman ini.

Kerja-kerja melombong pasir yang dilakukan terlalu hampir dengan sempadan Paya Indah Wetlands juga dikhuatiri akan menganggu dan memberi kesan yang serius terhadap habitat flora dan fauna di taman rekreasi berkenaan. Apabila habitat dan sistem ekologi di kawasan terbabit terganggu, pastinya ia turut akan menjejaskan kawasan pembiakan kebanyakan spesies hidupan liar dan unggas yang terdapat di kawasan rekreasi itu.

Keadaan ini sekaligus akan meletakkan spesies-spesies berkenaan dalam situasi bahaya. Malah, lebih buruk lagi ia akan mendedahkan spesies-spesies berkenaan kepada ancaman kepupusan. Apabila keadaan ini berlaku, ia pastinya akan mengagalkan matlamat awal penubuhan taman rekreasi tersebut yakni untuk mengekalkan kekayaan serta kepelbagaian spesies flora dan fauna demi kepentingannya sebagai pusat ekopelancongan utama di Malaysia. Jika kawasan ekopelancongan ini terjejas, ia sekaligus akan turut memberi implikasi ekonomi yang besar kepada negara.

Selain memberi kesan negatif kepada spesies hidupan liar, ia juga akan memberi kesan yang serius ke atas bentuk muka bumi di kawasan terbabit. Misalnya, ia akan menyebabkan struktur tanah menjadi tidak stabil dan kemungkinan berhadapan dengan tanah runtuh dan jerlus adalah tinggi. Malah, jika kegitan tersebut dibiarkan berlanjutan ia akan meninggalkan lompang besar yang sukar dipulihkan apabila operasi berakhir. Ini akan mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut dan sekaligus akan mengubah landskap Paya Indah Wetlands. Jika ingin dipulihkan, ia mungkin memerlukan belanja yang lebih besar daripada kos untuk kerja-kerja perlombongan itu sendiri. Jadi, langkah pemulihan ke atas tapak-tapak tinggalan perlombongan tersebut kelak hanya akan merugikan negara semata-mata.

Melihat kepada implikasi-implikasi buruk yang timbul ekoran kegiatan perlombongan tersebut, kelulusan yang dikeluarkan ke atas tapak perlombongan itu seharusnya dipertimbangkan kembali. Perkara ini sewajarnya diperhalusi dengan sedalam-dalamnya agar ia mengambil kira kesemua faktor dan adil kepada semua pihak termasuk alam sekitar, flora serta fauna, masyarakat dan juga negara. Jika belum pun siap sepenuhnya projek fasa pertama, kita sudah nampak implikasi negatifnya. Jadi, bagaimanakah pula jika diteruskan untuk projek fasa kedua kelak? Ia pastinya akan memberi kesan yang lebih buruk lagi kepada alam sekitar dan ekosistem seluruhnya.

Sehubungan itu, diharap pihak berwajib dapat mengkaji dan memperhalusi semula kewajaran permit yang telah dikeluarkan untuk projek perlombongan pasir berkenaan. Jangan kerana mengejar wang ringgit semata-mata, maka kepentingan alam sekitar dikorbankan. Buatlah pertimbangan yang waras agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Ini kerana, wang ringgit yang hilang boleh kita cari ganti, tetapi nikmat keharmonian alam sekitar yang hilang tak akan ada galang gantinya.

Jika kita fahami hikmah kejadian alam, pastinya nilai wang ringgit sudah tidak bermakna lagi kepada kita. Sebaliknya hanya keredhaan Ilahi menjadi agenda utama hidup kita. Sama-samalah kita renungkan. Mudah-mudahan kita menjadi seorang insan yang tahu erti ‘bersyukur'. Apabila kita kenal nilai dan erti syukur, kita pastinya akan dekat dengan Allah. Dan apabila kita dekat dengan Allah, ia akan menjadi tunjang kekuatan kita untuk menggapai kejayaan dalam menjalankan peranan kita sebagai hamba dan khalifah Allah untuk memakmurkan bumi serta menjaga amanah alam dengan sebaik-baiknya.