AFTA
AFTA
Pengenalan
AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area)
adalah perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara
(ASEAN) untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat.
Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN memiliki enam
buah negara anggota iaitu, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina,
Singapura dan Thailand. Vietnam bergabung pada 1995, Laos dan Myanmar
pada 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pada 1999. AFTA sekarang terdiri dari
sepuluh buah negara ASEAN. Keempat-empat buah negara-negara anggota baru
tersebut diwajibkan menandatangani perjanjian AFTA untuk menyertai
ASEAN. Namun begitu, kelonggaran waktu telah diberi untuk memenuhi
kewajiban pengurangan tarif AFTA.
Tujuan Perjanjian AFTA
Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkatkan daya
saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui
penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN. Selain itu,
dengan wujudnya AFTA, ia mampu menarik pelaburan asing langsung ke
ASEAN. Pada masa yang sama, pengguna dapat memperoleh barang dagangan
dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan perdagangan
intra-ASEAN. Seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam
industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar,
pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran.
Perlaksanaan AFTA
Menurut Deklarasi Singapura 1992 (28 Januari 1992), Kawasan Perdagangan
Bebas ASEAN ditubuhkan menggunakan Skim CEPT sebagai mekanisme utama
mulai 1 Januari 1993 dengan tarif istimewa asas dari 0% hingga 5% dalam
linkungan masa 15 tahun. Satu Majlis yang bertaraf kabinet juga
ditubuhkan untuk mengawasi, menyelaras, dan meninjau perlaksanaan
Perjanjian Skim CEPT untuk AFTA.
Pada 31 Januari 2003,
perjanjian AFTA dan CEPT dipinda dalam perkara yang berkaitan dengan
penghapusan duti-duti import. Antara perkara-perkara yang disentuh
adalah:
Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Brunei
Darussalam, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapura, dan Thailand
akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2010. Duti import produk
dalam Senarai-senarai Termasuk Kemboja, Laos, Myanmar, dan Vietnam akan
dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2015. Namun, penghapusan duti
import bagi produk-produk sensitif dibenarkan tidak lewat daripada 1
Januari 2018.
No comments:
Post a Comment