ZOPFAN
ZOPFAN
Latarbelakang
Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara,
ASEAN sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Malaysia telah
menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali'
(Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima
sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui
Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb. November, 1971.
Rasional
Beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia
Tenggara telah mendorongkan timbulnya konsep ZOPFAN ini. Faktor-faktor
dan peristiwa itu ialah:
(i) Kedudukan Asia Tenggara yang agak
strategik kepada kuasa-kuasabesar dalam konteks ketegangan politik
Timur-Barat; pergolakan politik di Vietnam serta keputusan pengunduran
tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada
awal 70an. Perkembangan-perkembangan tersebut telah menimbulkan
kecurigaan di kalangan negara-negara ASEAN, kerana ianya mungkin
menjejaskan kestabilan serantau.
(ii) Peperangan-peperangan di
Korea dan di Vietnam telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan
sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara-negara
kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini.
(iii) Semangat 'regionalisma' masa itu telah menghasilkan pertubuhan
kerjasama ekonomi serantau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera
untuk mencapai tujuan ZOPFAN.
Objektif
Objektif ZOPFAN
adalah untuk menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan
berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya
Amerika Syarikat, Russia dan Republik Rakyat China.
Strategi Pelaksanaan
Antara strategi-strategi utama yang telah digubal dan dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut adalah:-
(i) Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasa-kuasa besar tentang objektif atau usaha menjadikan
(ii) Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam jangka panjang.
(iii) Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas daripada senjata nuklear.
Dapat dirumuskan bahawa ZOPFAN tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa
kesanggupan kuasa-kuasa besar untuk mengiktiraf dan menjamin ZOPFAN dan
sokongan padu kesemua anggota negara-negara ASEAN. Walau bagaimanapun,
usaha ASEAN mencari penyelesaian politik di Kampuchea berdasarkan
Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Persidangan
Antarabangsa mengenai Kampuchea (1981) mencerminkan tekad ASEAN untuk
terus berusaha mencapai konsep ZOPFAN.
No comments:
Post a Comment