Globalisasi Ekonomi
Globalisasi ekonomi
ialah satu proses di mana sempadan negara-negara di dunia kini menjadi
satu unit yang boleh dihubungkan dengan cepat, mudah, pantas dan rapat
atau lebih dikenali dengan ‘Dunia Tanpa Sempadan’ menerusi ledakan dan
kemajuan yang dicapai dalam teknologi maklumat ( IT ) maka segala
pergerakan modal, teknologi, kepakaran (R&D), bahan, informasi
pasaran dan perdagangan boleh menembusi mana-mana negara yang
mengamalkan konsep pasaran bebas tanpa had atau batas sempadan. terdapat
dua konsep penting yang dibawa oleh arus globalisasi ekonomi iaitu:
Ø Liberalisasi Ekonomi,
iaitu dasar pasaran bebas yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja
yang termasuk pemodal-pemodal asing memasuki seterusnya menguasai
pasaran dan ekonomi sesebuah negara tanpa batas. Persaingan pasaran dan
ekonomi akan menjadi terbuka dan bebas. Aliran keluar – masuk modal dan
perdagangan dalam sesebuah negara itu juga tidak boleh disekat atau
dikawal oleh kerajaan. Ia bergantung sepenuhnya kepada kuasa-kuasa
pasaran ( kuasa permintaan dan penawaran ). Seluruh dunia akan menjadi
sebuah negara yang terbuka kepada semua yang berkemampuan dan
berkesanggupan mengeksploitasi pasaran.
Ø Deregulasi Ekonomi,
iaitu penghapusan segala peraturan dan sekatan ekonomi yang diamalkan
oleh sesebuah negara yang selama ini menghalang aktiviti perdagangan,
pengairan dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan pasaran barangan
serta serta perkhidmatan dan lain-lain dasar perlindungan penghapusan
subsidi, penghapusan sekatan tariff, penghapusan skim keutamaan dagangan
( PTA ), penghapusan dasar kawalan modal berpilih seperti mana yang
diamalkan oleh Malaysia kini dan lain-lain yang bertentangan dengan
tuntutan pasaran bebas.
No comments:
Post a Comment