Followers

Carian dalam Blog ini

04 February 2010

Gejalan Ponteng....

Salam 1 Malaysia;

Kes 1.

Pendedahan TV3 melalui slot aduan rakyat berkaitan gejala ponteng di Klang. Segelintir pelajar leka bermain video game di cybercafe berhampiran sekolah, merokok, mengambil alkohol dan segala macam perlakuan yang sepatutnya tidak dilakukan murid sekolah.

Kes 2.

Laporan sebuah akhbar harian mengenai operasi menahan murid ponteng sekolah di Kajang juga di pusat-pusat cybercafe.


Siapa yang nak di salahkan dalam hal ini?

Ibubapa kah?

Ibubapa sibuk dengan urusan mencari rezeki, terkadang tak termampu memantau perlakuan anak-anak. Namun kerjasama yang erat dengan sekolah pada saya mampu membantu ibubapa mengawasi anak-anak. Sikap percaya 200% cakap anak-anak perlu dibuang dan langkah merujuk kepada pengurusan sekolah tentang aktiviti anak-anak ini perlu diamalkan.

Anak-anak kah?

Kita sedia maklum ( ada yang buat tak maklum) bahawa remaja mengikut kajian psikologi cenderung melakukan sesuatu tindakan tanpa mengambil kira akibatnya. Jadi menjadi tanggungjawab besar kepada ibubapa/penjaga mematangkan remaja ini dalam membuat keputusan. kenalilah anak-anak dengan mendekati mereka bukan dengan cara mengonkong atau bersifat mengarah semata.

Guru kah?

Guru amat terhad masanya dengan murid disamping pengaruh rakan sebaya yang jauh lebih dominan menguasai perkiraan murid membuat pilihan/keputusan/tindakan. Guru hanya mampu memantau pergerakan murid dalam kawasan sekolah, selebihnya ibubapalah berperanan kerana guru tidak mempunyai kuasa untuk bertidak ke atas murid ini di luar kawasan sekolah.


Perubahan mentaliti masyarakat kini yang lebih kepada hal sendiri memburukkan lagi gejala ini. Tidak seperti zaman 60an-70an ibubapa saling berpesan memantau pergerakan anak-anak. Inilah ciri masyarakat murni yang harus di lepaskan dek pemikiran masyarakat kini yang bersifat "lebih baik jaga hal sendiri".

Renungkan kata-kata "bersatu teguh, bercerai roboh".

Jayakah 1 Malaysia dengan gejala sosial yang kian menghimpit....?

No comments: