Proses Urbanisasi : kesan terhadap persekitaran fizikal bandar
1. Masalah pencemaran udara dan jerebu
- Akibat pertambahan bilangan kenderaan seiringan dgn pertambahan penduduk bandar serta pertambahan kws-kws peindustrian dan kws pelupusan sampah menyebabkan kualiti udara terjejas.
- Pencemaran udara berlaku dgn kehadiran satu atau lebih bhn pencemar seperti gas-gas, bhn berbau, habuk, zarah, debu dsbnya di dlm atmosfera yg boleh mengubah kuantiti, kualiti dan sifat atmosfera tersebut.
- Jerebu pula ditakrifkan sebagai partikel-partikel terampai di atmosfera dlm kepekatan tinggi. Partikel terampai ini terbentuk dlm keadaan cuaca kering dan udara yg stabil utk menghasilkan satu lapisan kabus nipis yg menyelimuti ruang atmosfera sesuatu kws.
- Partikel-partikel ini menyerak dan menyerap cahaya m/hari di udara yg menyebabkan keadaan sekelilingnya menjadi kabur dan kurang jelas.
- Proses serakan dan serapan cahaya m/hari oleh partikulat terampai ini dinamakan serakan mie yg boleh mengurangkan jarak penglihatan.
- Partikulat terampai ini adalah zarah-zarah pepejal yg amat halus dan ringan terdiri drp debu halus, habuk gergaji dan simen, asap pembakaran terbuka, asap kenderaan (dikenali sebagai PM10) menjadi pemyumbang utama kepada masalah jerebu.
Punca fenomena jerebu
- Kekurangan litupan tumbuhan – hutan semulajadi bertukar menjadi hutan batu.
- Terdapat banyak bahan yng menyerap bahangan – tar, bitumen, aspalt.
- Perlepasan banyak gas rumah hijau – karbon dioksida, karbon monoksida
- Perlepasan banyak tenaga haba – kilang, kenderaan dan badan manusia.
2. Kenaikan suhu mikro atau pulau haba bandar
Ø Pulau haba adalah keadaan di mana berlaku peningkatan beberapa darjah celcius suhu di pusat bandar yg melebihi suhu di pinggir bandar kesan aktiviti manusia di bandar.
Ø Bangunan konkrit, jalan berturap dan medan letak kereta berturap merupakan punca-punca menggalakkan proses pengaliran dan simpanan haba pada siang hari sbg haba pendam dan dibebaskan pada waktu malam bagi mengimbangi kehilangan haba di permukaan bumi pd waktu tersebut.
Ø Pembebasan haba dari bumi di halang oleh bhn-bhn pencemar di udara yang bertindak memantulkan semula haba ke permukaan bumi. Kesannya haba terus berkitar pada ruang atmosfera bandar.
Ø Kws bandar yg mengalami fenomena pulau haba mempunyai ciri cuaca yg tersendiri dan berbeza dgn kws pinggirnya.
Antara ciri-ciri tersebut:
a) Suhu yg lbh tinggi atau cuaca yg lbh panas di bandar berbanding dgn pinggir bandar.
b) Kelembapan udara yg rendah.
c) Kekerapan kejadian hujan perolakan yg lbh tinggi di bandar yg berpunca drp kadar sejatan permukaan yg tinggi dr haba yg tersimpan di bandar.
d) Wujud tekanan udara yg rendah akibat suhu yg tinggi di pusat bandar.
e) Komposisi udara atau lapisan udara yg tebal diselimuti jerebu dan bhn pencemar khusunya dlm keadaan udara yg lbh kering di bandar.
3. Fenomena banjir kilat
- Banjir kilat merujuk kepada limpahan air yg berlaku dgn pesat dlm jangka masa yg singkat apabila sistem saliran bandar seperti longkang, parit dan sungai hilang daya tampungnya.
- Banjir kilat berlaku dgn pesat beberapa minit hingga setengah jam selepas hujan dan berakhir dengan cepat dari setengah jam hingga sehari.
- Tenaga haba yg banyak kesan drp pulau haba menyebabkan kadar sejatan yg tinggi di bandar mendorong terbentuknya awan yg akhirnya menurunkan hujan.
- Suhu yg tinggi juga mewujudkan tekanan udara rendah yg menyebabkan angin lembap dari luar bertiup masuk ke pusat bandar yg boleh menurunkan hujan lembap.
- Lebih 50% permukaan bumi di bandar ditutupi dgn bitumen, konkrit dan aspalt. Keadaan ini menghalang proses susupan air hujan ke dalam tanah. Air hujan lebih cepat mengalir yg kita kenali sebagai air larian permukaan.
- Kehilangan air yg cepat disebabkan kadar sejatan yg tinggi dan luahan ke dalam sistem saliran khusunya sungai.
4. Hujan asid
- Air hujan yg mengandungi tahap keasidan yg tinggi ( pH kurang dari 5) spt air hujan yg mengandungi asid sulfurik dan asid nitrit. Berlaku apabila bhn-bhn pencemar udara spt sulfur dioksida, nitrogen dioksida bertindak sbg nukleus kondensasi mencatumkan wap-wap air menjadi bintik dan titisan air.
- Hujan asid akan melunturkan warna baangunan dan kenderaan, kakisan monumen—monumen bersejarah dan memeudaratkan kesihatan manusia.
5. Masalah pencemaran air
- Bererti pencemaran terhdp sumber air iaitu sumber air bersih sama ada dr sungai, tasik, laut, kolam dan takungan s/jadi, air bawah tanah dan air hujan tercemar atau kualitinya semakin rendah.
- Indeks kemerosotan kualiti air bersih di ukur melalui indikator spt Permintaan Oksigen Biologikal (BOD), kandungan bakteria Echerichia Coli, kandungan ammoniakal nitrogen (NH3-N), kandungan pepejal terampai (SS), nilai keasidan (pH) dan perubahan warna dan bau di dlm sesuatu sumber air.
- Bandar juga mengalami maslah pencemaran bunyi (kenderaan dan kilang) dan pencemaran bau (pelupusan sampah buangan domestik).
6. Masalah hakisan tanah, tanah runtuh dan tanah mendap
o Berpunca dari eksploitasi tanah bandar secara berlebihan bagi menampung keperluan penduduk yg bertambah seperti peneresan, pemotongan dan perataan bukit utk petempatan dan pengangkutan
No comments:
Post a Comment