Kajian Kes: Masalah dan isu semasa Pembandaran:
Masalah persetingganan dalam bandar utama negara sedang membangun.
A) Konsep Setinggan
- Satu proses menduduki bangunan atau tanah yg bukan hak milik secara tidak sah di sisi undang-undang. Merupakan petempatan haram di kws tanah yg bukan hak milik penghuninya s/ada di kws tanah kerajaan, swasta atau individu.
- Banyak terbentuk di tanah rezab seperti j/raya, j/kereta api, rezab sungai, rezab antara bangunan, lereng-lereng tanah tinggi, kws bekas lombong, dll.
- Mengikut T.G.Mc Gee 1979 petempatan setinggan merupakan fenomena universal di kebanyakkan bandar raya negara sedang membangun.
B) Ciri-ciri petempatan setinggan
- Terletak sehampir yg boleh dgn zon pusat bandar (CBD).
- Mengikut W. Burgess, 1925 petempatan setinggan terletak di zon kedua selepas zon pusat bandar.
- Zon ini dikenali sabagai zon peralihan yg didiami oleh golongan kelas bawahan. Zon ini dipilih atas alasan menjimatkan kos pengangkutan ulang alik ke tempat kerja.
- Cthnya, di KL petempatan setinggan banyak tertumpu di Kg. Pandan Dalam, Kg. Datuk Keramat, Kg. Baru, Kg. Abdullah Hj Hukum, Brickfield dan Sentul yg terletak antara 2-5 kilometer dari pusat bandar.
2. Ciri fizikal
- Meliputi susun atur bagunan yg tidak tersusun dan terancang. Pembinaan rumah bergantung kpd ruang kosong yg ada tanpa mengira soal kedudukan yg selamat atau tidak.
- Tidk hairanlah jika berlaku kebakaran hampir keseluruhan kws setinggan akan musnah berikutan rumah yg dibina rapat-rapat malah bersambungan antara satu sama lain.
- Struktur binaan pula biasanya diperbuat drp bhn-bhn yg terbuang seperti serpihan kayu, zink, kulit kotak yg keras.
- Persekitaral fizikal petempatan juga sesak, kotor, tidak mempunyai kemudahan asas yg cukup seperti bekalan air bersih, sistem perparitan dan pembentungan yg tidak sempurna. Ciri-ciri ini dikenali sebagai SLUM.
3. Demografi
- Biasanya dihuni oleh saiz keluarga yg besar dgn jumlah tanggungan yg ramai.
- Komposisi penduduk kebanyakkannya terdiri drp golongan migran yg baru pindah ke bandar.
- Di Malaysia kini sebahagian besar setinggan terdiri drp pendatang tanpa izin Indonesia.
- Manakala di Hong Kong pula sebahagiannya adalah migran dari China yg tinggal di rumah rakit.
4. Ekonomi
- Dihuni oleh golongan berpendapatan rendah dan miskin.
- Di KL misalnya golongan yg berpendapatan RM 800 ke bawah secara majoritinya tinggal di kws setinggan.
- Hal ini berlaku kerana mereka tidak mampu menyewa atau memiliki rumah sendiri yg tinggi harganya.
- Relatif dgn kos sara hidup yg tinggi di bandar maka kws setinggan di wakili oleh mereka yg mempunyai taraf hidup yg rendah, mempunyai pendapatan boleh guna yg kecil, tabungan yg rendah, dan dibelenggu dgn lingkaran kemiskinan.
5. Sosial
- Dikaitkan dgn masalah sosial dan penyakit berjangkit. Masalah penyakit taun, demam denggi, malaria sering dialami di kws ini berikutan kekurangan kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan sistem pembentungan yg tidak cekap.
- Selain itu, masalah penyalahgunaan dadah, kegiatan haram, dll gejala sosial adalah rempah ratus kehidupan masyarakat ini. Cthnya, di Afrika Selatan seringkali dikaitkan dgn rusuhan kaum terutama zaman pemerintahan dasar Apartheid.
- Golongan kulit hitam hidup dalam kemiskinan dan daif sentiasa ditindas yg memaksa mereka melakukan tindakan di luar batas undang-undang demi kelangsungan hidup.
C) Faktor-faktor menggalakkan pertumbuhan petempatan setinggan
1. Kadar urbanisasi yg pesat dan tidak terkawal
- Merupakan pemangkin utama kewujudan petempatan setinggan.
- Pembangunan yg pesat menyebabkan kemasukan migran yg begitu hebat. Migran yg kurang kelayakkan terlibat dlm ekonomi informal yg tidak menjamin pendapatan yg tetap dan lumayan.
- Pendapatan yg kecil mendorong mereka memilih tinggal di petempatan setinggan untuk menjimatkan kos sara hidup di bandar.
2. Krisis perumahan
- Bilangan rumah kos rendah terlalu sedikit berbanding dgn permintaan drp penduduk berpendapatan rendah.
- Keadaan ini berlaku disebabkan persaingan guna tanah untuk kediaman yg lebih menguntungkan.
- Mengikut laporan Bank Dunia (1980) hampir 20% penduduk KL tidak mampu membeli rumah yg murah.
- Dianggarkan lebih kuramg 50 ribu penduduk setinggan di KL berpendapatan kurang drp RM 500 sebulan.
- Ini menunjukkan penghuni bandar raya KL berada di bawah garis kemiskinan badar walaupun kos sewa rumah murah pada kadar RM 200 hingga RM 300 sebuah.
3. Masalah Pentadbiran tanah dan ketidakcekapan perancangan guna tanah bandar
- Keadaan kelonggaran, kelalaian dan ketidakcekapan dlm mentadbir tanah rezab di kaitkan dgn pertumbuhan petempatan setinggan.
- Kurangnya kawalan terhadap pentadbiran dan perancangan guna tanah di kws rezab memberi peluang dan kesempatan kpd para setinggan mendirikan rumah kilat atau petempatan spontan.
- Di KL, terdapat 1011 hektar kws bekas lombong yg dijadikan sebagai kws rezab bandar telah didiami para setinggan secara haram.
4. Pertumbuhan penduduk badar yang pesat dan berterusan
- Pertambahan penduduk bandar semakin bertambah akibat migrasi masuk dan pertumbuhan semula jadi.
- Pertambahan penduduk tidak diimbangi oleh peluang pekerjaan dan kemudahan asas yg mencukupi.
- Migrasi luar bandar ke bandar juga menimbulkan satu fenomena iaitu kemiskinan bandar yg mendorong wujudnya petempatan setinggan.
5. Kadar kelahiran tinggi dalam kalangan migran yang berkahwin
- Migran yg berpendidikan rendah tidak mengamalkan perancangan keluarga bagi mengawal kelahiran. Dgn kadar ferteliti yg tinggi dlm kalangan migran juga menyebabkan kadar kelahiran di kws setinggan tinggi.
- Keadaan ini menambah bebanan keluarga yg akhirnya memaksa pasangan memilih hidup di kws setinggan utk mengurangan kos hidup.
- Faktor migrasi luar bandar ke bandar merupakan faktor utama wujudnya kws setinggan.
- Mc Gee berpendapat dengan adanya kws setinggan di bandar raya sedang membangun kws ini sedang mengalami urbanisasi palsu.
D) Langkah Membendung masalah persetingganan
- Proses pembandaran antara satu bandar dengan bandar yg lain dirancang, disusun dan dikaji dgn teliti supaya masalah ketidakseimbangan pembangunan bandar dapat dielakkan.
- Usaha pembandaran tidak hanya tertumpu di sesebuah bandar sahaja.
- Di Malaysia pembandaran tidak hanya tertumpu di KL sahaja. Pembandaran mula tersebar ke Ipoh, Johor Bharu, George Town serta bandar-bandar lain.
- Bandar tersebut turut di majukan agar tidak wujud jurang yg ketara dengan bandar raya KL.
- Kosentrasi penduduk yg melampau, kepadatan berlebihan, kesesakan dan fenomena persetingganan dpt dikurangkan di bandar raya KL krn aliran migrasi ke bandar KL dpt dikekang.
- Perumahan kos rendah disediakan dan ditambah
- Kerajaan telah mengesa pihak swasta memperbanyakkan bilangan rumah kos rendah dan menyediakan perumahan yg lengkap kpd pekerjanya sebagai satu tanggungjawab sosial.
- Kerajaan juga telah menubuhkan dana untuk memberi kemudahan kredit dan pinjaman kpd golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.
3. Mengekang aliran migrasi luar bandar ke bandar
- Kerajaan telah melaksanakan program pembangunan wilayah dengan menerapkan pertanian moden untuk menarik golongan muda menceburi sektor pertanian sekaligus mengurangkan migrasi ke bandar.
- Penyelerakan industri juga menambah peluang pekerjaan di kawasan luar bandar.
- Pembangunan kws kampung tradisional juga turut di lakukan melalui strategi pembangunan in-situ untuk menarik golongan muda agar tidak berhijrah ke bandar.
4. Melaksanakan program perancangan bandar yang lebih sistematik
- Penggunaan ruang tanah dan pengezonan bandar mestilah dirancang dgn teliti agar tidak wujud kws rezab yg boleh digunakan oleh migran dan pendatang untuk membina rumah-rumah haram mereka.
- Kws rezab boleh digantikan dgn kws hijau yg boleh mengindahkan lagi kws bandar.
- Rumah-rumah setinggan sedia ada perlulah dirobohkan tanpa apa-apa tekanan politik dan kerenah birokrasi.
- Mengawal kemasukan pekerja asing
- Kerajaan perlu lebih tegas membendung kemasukan warga asing yg cenderung membina petempatan setinggan utk mengurangkan kos hidup di negara ini.
- Kawalan sempadan negara perlu diperketatkan.
- Tindakan tegas terhadap tekong-tekong yang menjadi perantara kemasukkan warga asing ke negara ini.
No comments:
Post a Comment