Followers

Carian dalam Blog ini

15 February 2010

Nota Geografi 942/2 Tema 3: Kesan Pembandaran

Tema 3: Tranformasi Desa dan Pembandaran


Subtopik:


MASALAH & KESAN PEMBANDARAN TERHADAP PENDUDUK DAN ALAM SEKITAR


a) Masalah di kawasan bandar


1. Masalah penggangguran dan kemiskinan bandar


Ekonomi bandar tidak mampu menyerap lebihan penduduk yang terlalu ramai akibat migrasi masuk penduduk ke kws bandar. Peluang perkerjaan terhad utk dipadankan dgn kelulusan, kelayakan dan kemahiran yg ada pada migran

Sektor ekonomi bandar bersifat semi profesional atau profesional – perlukan kelulusan yang tinggi – migran tidak mempunyai kelayakan tersebut.

Migran berkerja dlm sektor informal sbg buruh kasar atau terlibat dlm aktiviti pelacuran – masalah pengangguran dlm bandar akan berlaku.

Kos hidup yg tinggi menyebabkan kualiti dan taraf hidup penduduk bandar menjadi rendah dan kemiskinan bandar akan berlaku.

Urbansasi seumpama ini digelar sebagai urbanisasi Palsu.


2. Masalah perumahan mewujudkan fenomena persetingganan


Kegiatan ekonomi migran dlm sektor informal menyebabkan pendapatan yg diperolehi adalah kecil relatif dgn kos hidup yg tinggi di bandar.

Pendapatan yg kecil menyebabkan migran tidak mampu memiliki atau menyewa rumah yg selesa krn kadar sewa yg tinggi di bandar.

Jalan penyelesaiannya migran membina petempatan haram di atas tanah rezab kerajaan atau swasta seperti rezab bangunan, rezab sungai, rezab jalan raya dsbnya.

Petempatan haran ini dinamakan sebagai petempatan setinggan.


3. Masalah persekitaral fizikal bandar seperti;


Peningkatan kadar pencemaran udara dan air yg berpunca drpd pertambahan bilangan kenderaan sejajar dgn pertambahan penduduk bandar.

Peningkatan dlm kadar pelupusan sampah, pembuangan sisa domestik, dan sisa perumahan ke dlm sungai, tasik dsbnya.

Pembuangan sisa domestik ini menyebabkan sistem perparitan tersumbat yg membawa kpd kejadian banjir kilat ketika hujan lebat.

Fenomena pulau haba bandar pula dikaitkan dgn kadar pembinaan bangunan yg pesat di kws bandar dan peningkatan bhn cemar di dlm udara, cthnya karbon dioksida, karbon monoksida, sulffur dioksida, partikel terampai (PM 10) – habuk, debu, asap, gas tercemar dsbnya.


4. Masalah persekitaran sosial bandar seperti;


Peningkatan kadar jenayah merompak, peras ugut, pelacuran, pengedaran dan peyalahgunaan dadah dsbnya demi meneruskan kehidupan di bandar.

Kemerosotan taraf kesihatan terutamanya di kws-kws setinggan berpunca drp masalah pembentungan yg tidak sempurna, sistem pelupusan sampah yg tidak terurus, dan persekitarannya yg kotor tlh mempercepatkan merebaknya pelbagai jenis penyakit merbahaya seperti denggi, taun, malaria dll.


5. Masalah ke atas sumber alam di bandar


Meliputi masalah tekanan terhadap sumber tanah, kepupusan dan kemerosotan sumber hutan serta pencemaran dan kerosakan sumber. -Proses urbanisasi yg pesat mewujudkan persaingan guna tanah utk petempatan, industri, ruang niaga, jaringan jalaraya dll. - Kesannya tanah menjadi semakin sempit dan harga tanah semakin mahal.

Pertambahan penduduk meningkatkan permintaan terhdp petempatan.- Perumahan baru akan dibuka melibatkan penyahutanan. – Sumber hutan pupus dan musnah. Sumber tanah akan rosak dgn pelbagai kejadian hakisan dan tanah runtuh.

Sumber air dan udara boleh tercemar apabila penduduk, indistri dan kenderaan semakin bertambah sejajar dgn peningkatan kadar urbanisasi di bandar-bandar utama.


b) Masalah di luar bandar


1. Kekurangan tenaga kerja dlm sektor pertanian


Sektor pertanian desa – sektor kebun kecil dan sektor sawah- kehilangan tenaga kerja produktif apabila migrasi ke luar penduduk menuju ke bandar besar.

Kesannya produktiviti desa menurun, perdapatan perkapita penduduk desa semakin rendah, desa terus dibelenggu dgn lingkaran kemiskinan dan jauh ketinggalan berbanding sektor ekonomi moden dibandar.

Perbezaan atau jurang ekonomi yg luas antara desa dgn bandar di namakan sebagai dualisme ekonomi.


2. Pembaziran sumber alam


Sumber alam di desa tidak dpt dibangunkan dgn cekap dan sepenuhnya ekoran drp kehilangan tenaga manusia.

Industri kecil dan sederhana seperti industri kraf tangan tidak dapat digerakkan walaupon mempunyai sumber yg byk. Kesannya ekonomi desa terus lembap, pembangunan desa tidak berkembang pesat, dan desa terus mundur dari arus pembangunan.


c) Kesan ke atas penduduk di kws mengalami proses pembandaran


Kesan negatif


1. Kesesakan lalu lintas


Berpunca drp pertambahan kenderaan, sistem jln bandar yg tidak dpt menampung aliran trafik, dan saiz jln yg sempit. – Keadaan ini menyebabkan darjah ketersampaian menjadi rendah walaupon pd jarak yg dekat, pergerakan penduduk bandar menjadi lambat, dan mengambil masa yg lama utk sampai ke destinasi. – Hal ini mengakibatkan kerugian kos dan masa, risiko kemalangan dll.

Kesesakan lalu lintas amat ketara di waktu puncak iaitu ketika pergerakan keluar masuk pekerja pada sebelah pagi dan petang. Cthya, di Bandar KL, George Town Pulau Pinang dan Johor Bharu.

Di KL kerajaan terpaksa memperkenalkan sistem pengangkutan awam yg moden dan canggih utk mengatasi masalah ini seperti penggunaan komuter, monorail, LRT dan ERL.


2. Kualiti penduduk bandar terjejas


Taraf kesihatan penduduk bandar terjejas akibat pertambahan pencemaran persekitaran seperti pencemaran udara, air, bau, dan bunyi. – Penduduk terdedah kpd pelbagai penyakit kulit (akibat hujan asid), penyakit mata dan lelah (akibat pencemaran udara), bau busuk dll.

Ketidakselesaan hidup juga di rasai khususnya di kws yg mengalami fenomena pulau haba dan banjir kilat. Fenomena pulau haba menyebabkan penduduk sentiasa kepanasan dan kerimasan. Banjir kilat pula menyebabkan kerosakkan harta benda dan memerlukan kos yg tinggi utk mengatasinya.

Pencemaran udara dan jerebu pula mengakibatkan kerosakkan sistem pernafasan. Dianggarkan 50% komponen jerebu yg terdiri drp partikulat terampai yg bersaiz 0.01 hingga 0.1 mikrometer boleh menembusi sistem penapisan pernafasan dan didepositkan di dlm paru-paru.

Fenomena ini akan merosakkan organ pernafasan dan menimbulkan risiko tinggi kepada orang yg mengidap penyakit asma, sakit kerongkong, pneumonia dan penyakit yang berkaitan dgn jantung.


  1. Kesan sosial


Masalah kekurangan perumahan kerana nilai hartanah tinggi yg menyebabkan wujud masalah persetingganan.

Persetingganan membawa kepada perebakan pelbagai penyakit seperti denggi, taun, malaria dll. Penyebaran penyakit disebabkan kws setinggan tidak mempunyai sistem pembentungan yg sempurna, sistem perparitan dan longkang yg tidak terurus, rawatan sisa kumbahan yg tidak memuaskan, bekalan air yg tidak bersih, dan persekitaran tempat tinggal yg kotor serta sesak.

Masalah sosial seperti jenayah, pelacuran, penyalahgunaan dadah dll meningkat kerana masalah pengangguran dan kemiskinan bandar.

Pengangguran dan kemiskinan bandar berpunca dari kemasukkan migran yang pesat dan peluang pekerjaan yg tidak sepadan dgn kelulusan migran.


Kesan positif


1. Kemudahan prasarana dan kemudahan bandar


Penyediaan prasarana dan kemudahan yg cukup utk dinikmati oleh penduduk bandar seperti pusat membeli belah, kemudahan pengangkutan awam yg canggih, kemudahan hospital yg moden, kemudahan pendidikan tinggi, kemudahan riadah dan sukan, kemudahan hiburan dsbnya.

Dgn adanya kemudahan ini kualiti hidup dan kesejahteraan penduduk bandar akan meningkat.

Kewujudan bangunan besar seperti KLCC dan Mid Valley mencantikkanlagi landskap bandar yg menjadi daya tarikan pelancong.


2. Kewujudan kepelbagaian kegiatan ekonomi bandar


Pelbagai kegiatan ekonomi bandar yg saling berkaitan seperti sektor perindustrian, sektor perkhidmatan, dan sektor perniagaan secara besar-besaran telah membuka ruang kpd penduduk bandar utk meningkatkan taraf hidup mereka.

Sektor pekerjaan ini menawarkan gaji yg lumayan utk membolehkan penduduk memperolehi pendapatan yg tinggi bagi memperbaiki taraf hidup mereka.

13 comments:

Unknown said...

salam cikgu nik mie...thanks for sharing the good information n the best note ever..berguna sgt2...thanks sgt2 cikgu..

cikgunikmie said...

Wsalam ..terima kasih sudi merujuk kemari..Alhamdulillah dapat membantu anda...semoga anda berjaya.

najwa said...

SALAM CIKGU NIK MIE... SAYA PINJAM MAKLUMAT CIKGU BOLEH

cikgunikmie said...

silakan

NurQees said...

salam cikgu,nak pinjam maklumat ni boleh??

cikgunikmie said...

silakan...jg lupa pulang balik :)

Unknown said...

cikgu nik mie.. tolong bagi kesan positif pembandaran terhadap alam sekitar ...

cikgunikmie said...

pada saya pembadaran sudah tentu dirancang di mana pembinaan secara terancang...jadi secara tidak langsung ia mengambil kira impak kepada alam sekitar seminima mungkin...cth sistem perparitan/aliran sungai di bandar mungkin dibina untuk mengurangan hakisan tebing yang boleh menyebabkan tanah runtuh.

Unknown said...

Salam,ckgu nak tny ap langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ini . Tq ..

Unknown said...

Isi ni masih valid untuk stpm 2018?

Unknown said...

Cikgu bolehkan saya aplikasikan maklumat ni dalam karangan....mohon cikgu terima kasih

Unknown said...

Okk

Unknown said...

Terima kasih kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat. ❤️