Ditulis oleh Dr. Ramli | |
Ahad, 12 Julai 2009 | |
1. Jangan Merokok @ Berhenti Merokok Merokok adalah tidak baik untuk kesihatan. Ianya telah diketahui merupakan salah satu risiko kepada Kanser Paru-paru. Selain dari itu ianya juga boleh meningkatkan risiko banyak lagi jenis kanser yang lain. Kita juga perlu mengelak dari menjadi perokok sekunder (iaitu orang lain yang merokok tetapi kita juga menghisap asapnya) 2. Jaga Kulit Dari Pendedahan Kepada Matahari Kanser kulit sekarang ini semakin meningkat insidennya. Salah satu puncanya ialah pendedahan secara langsung kepada cahaya matahari yang terik. Pakailah 'sun-blocker' @ 'Sun-screen' apabila kita keluar dari rumah atau pejabat. Ketahui 'tahi lalat' dan bintik-bintik hitam yang ada pada kulit kita. Berjumpalah dengan doktor sekiranya terdapat perubahan kepada 'tahi lalat' atau bintik hitam tersebut. 3. Makan Banyak Sayur-sayuran & Buah-buahan Kebanyakkan Sayur-sayuran & buah-buahan mengandungi anti-oksidan. Ia dapat membantu memperbaiki sel-sel yang telah rosak. 4. Kurangkan Makan Daging Terutamanya Daging Yang Disalai Penyelidikan menunjukkan makanan yang kaya dengan lemak haiwan boleh menyebabkan penyakit kanser. manakala memakan daging yang disalai pula akan meningkatkan risiko faktor kanser. 5. Jangan Minum Arak Meminum arak atau alkohol akan meningkatkan risiko kanser. Antara kanser yang dikaitkan dengan tabiat minum minuman keras ini adalah kanser hati. 6. Bersenam Sekiranya anda gemuk atau berat badan anda berlebihan (overweight) ianya juga didapati akan meningkatkan risiko mendapat kanser. Adalah baik sekiranya anda dapat menjaga berat badan dengan melakukan senaman secara 'regular'. 7. Ketahui Sejarah Penyakit Kanser Dalam Keluarga Anda memang digalakkan untuk mengambil tahu sejarah penyakit kanser dikalangan keluarga anda sendiri. Dengan mengetahui sejarah penyakit, anda akan dapat mengetahui jenis kanser yang menjadi risiko kepada diri anda. Dengan itu pemeriksaan awal dapat dilakukan. 8. Ketahui Pendedahan Kepada bahan Kimia Di Tempat Kerja Sekiranya anda terdedah kepada bahan kimia semasa anda bekerja, anda patut mengetahui apakah bahan kimia yang terlibat. Gasoline, diesel, arsenik, beryllium, nickel kromat dan banyak lagi telah diketahui adalah karsinogenik. Sesetengah daripada bahan-bahan tersebut dikehendaki untuk anda melakukan pemeriksaan tahunan. Bincanglah dengan majikan anda bagaimana hendak mengurangkan pendedahan terhadap bahan-bahan yang karsinogenik itu. 9. Amalkan Seks Selamat Seks yang selamat ialah seks dengan suami atau isteri sendiri. Selain dari itu semuanya tidak selamat. Jangkitan virus seperti HPV viral boleh menyebabkan kanser pangkal rahim. 10. Lakukan Pemeriksaan Doktor & Ujian Makmal Secara Berkala. Pemeriksaan oleh doktor & ujian makmal seperti 'Pap smear', pemeriksaan buah dada secara manual & mammogram (untuk wanita), pemeriksaan rektal (untuk lelaki) dapat membantu pengesanan awal. Adakalanya sebelum sesuatu ketumbuhan itu menjadi kanser. Selain dari itu pemeriksaan darah seperti 'tumour marker' juga dapat membantu. http://www.dr.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=302&Itemid=26 |
Followers
Carian dalam Blog ini
14 March 2010
10 Tabiat Yang Dapat Menghindar Kanser
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment