Followers

Carian dalam Blog ini

16 March 2010

Rokok..Ibubapa perlu di kenakan tindakan: satu cadangan.

Salam to all,

Saya berpandangan untuk membendung gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah, tindakan tegas ke atas pesalah dan mengenakan kompaun kepada ibubapa pelajar berkenaan. Ini mungkin dapat memberi sedikit tekanan kepada ibubapa agar sentiasa mengawasi anak-anak yang masih dalam tanggungannya menjauhi tabiat merokok yang memang terbukti tiada kebaikannya malah mendatang seribu macam masalah dan kesan sampingan. Semoga pandangan ini mendapat perhatian pihak berwajib terutamannya Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

"Kalau kita tidak mencegah siapa lagi"...

********************************************

16 Mac, 2010 20:00 PM

Kenaikan Cukai Rokok Bantu Kurangkan Tabiat Merokok, Kata Zarihah

KOTA KINABALU, 16 Mac (Bernama) -- Kenaikan harga atau cukai rokok merupakan satu cara paling efektif untuk mengurangkan dan menghentikan tabiat merokok, kata Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Kawalan Tembakau, Kementerian Kesihatan Dr Zarihah Zain.

Beliau berkata oleh itu kerajaan tidak berhasrat untuk mengurangkan harga atau cukai rokok buat masa ini kerana impak kenaikan harga pelbagai jenis rokok dilihat memberi kesan amat ketara terhadap jumlah permintaan.

Katanya berdasarkan tinjauan, kesan kempen menyedarkan masyarakat mengenai bahaya rokok agak lambat berbanding kenaikan harga rokok, kerana harga rokok naik, kemampuan orang ramai terutama golongan remaja dan anak-anak orang miskin untuk membeli rokok berkurangan, ia sekaligus akan mengurangkan permintaan.

"Ini adalah satu perkembangan yang baik untuk penjagaan kesihatan," katanya kepada Bernama selepas menghadiri forum yang membincangkan Pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2009 yang berkuatkuasa 1 Januari lepas di Bukit Padang, dekat sini, hari Selasa.

Zarihah berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan beberapa peserta forum berkenaan supaya harga atau cukai rokok diturunkan bagi mengurangkan kegiatan penyeludupan rokok, dan sebaliknya kempen kesedaran yang perlu ditingkatkan.

Beliau berkata mengikut rumusan Bank Dunia, kenaikan cukai rokok sebanyak 10 peratus memberi kesan penurunan permintaan empat peratus di negara-negara maju dan lapan peratus di negara-negara sedang membangun atau negara miskin.

-- BERNAMA

No comments: