Followers

Carian dalam Blog ini

16 March 2010

Contohilah Usaha Murni ini....

Salam to all,

Saya secara peribadinya amat kagum dengan Pn. Norlina sekeluarga yang mampu mengambil tanggungjawan menjaga anak-anak yang perlukan kasih sayang. Teruskan usaha murni Puan dan saya doakan semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta dimurahkan rezeki.

Kepada warganegara yang berkemampuan contohilah Puan Norlina dan keluarganya agar anak-anak yang kurang bernasib baik akan terbela.

TQ

***********************************************

16 Mac, 2010 18:36 PM

Norlina Curah Kasih Sayang Kepada 50 Anak

KUCHING, 16 Mac (Bernama) -- Berjiwa kental dan berkat kesabaran dan ketabahan, Norlina Alawi, 38, berjaya membesarkan tujuh anak kandung dan 43 anak angkat dengan penuh kasih sayang.

Selain anak mereka sendiri berusia antara tiga dan 18 tahun, Norlina dan suaminya, Roslan Zakaria, 44, seorang pegawai tentera berpangkat mejar, mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak angkat berumur antara tiga bulan dan 16 tahun terdiri yatim piatu, anak terbiar dan anak luar nikah dan tiga daripada mereka menghidap HIV positif.

"Saya ambil kanak-kanak ini tanpa mengira agama kerana saya mahu mereka merasai belaian kasih seorang ibu. Anak adalah anugerah Allah," katanya kepada pemberita di sini.

Norlina menjaga kesemua anaknya itu di rumahnya di Kuala Lumpur, dan hasil sumbangan badan korporat dan individu, membelanjakan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan untuk memberi perlindungan, rawatan kesihatan, pendidikan dan asas keagamaan kepada mereka termasuk menjemput guru tuisyen dan jurulatih taekwando untuk mendidik dan melatih mereka.

Norlina, adalah pengasas dan Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim). Ia ditubuhkan pada 17 Mac 2004 untuk membela nasib anak-anak yang terbiar dan juga pesakit HIV/AIDS.

Tiga tahun lepas, beliau menubuhkan Pusat Perlindungan Pernim untuk memberi perlindungan kepada anak-anak yatim, mereka yang terbiar dan juga mereka yang kehilangan ibu bapa kerana HIV/AIDS.

"Saya berharap dengan penubuhan pusat ini kanak-kanak ini tidak diabaikan walaupun mereka telah kehilangan ibu bapa kandung," katanya.

-- BERNAMA


No comments: