Followers

Carian dalam Blog ini

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

19 July 2013

Shisha Haram



Shisha Haram Bagi Umat Islam - Jawatankuasa Fatwa


KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan shisha adalah haram bagi umat Islam.

Selain menghisap shisha, muzakarah yang bersidang pada Rabu lepas, turut melarang umat Islam daripada menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti berkaitan shisha.

Ini diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dalam kenyataan hari ini.

"Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar daripada Kementerian Kesihatan dan meneliti maklumat serta bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudaratan besar yang dihadapi akibat shisha...maka muzakarah bersetuju memutuskan shisha adalah haram," katanya.

Abdul Shukor menjelaskan penggunaan shisha akan memberi kesan dan kemudaratan besar dari segi kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi akan datang.

Muzakarah khas itu, katanya, mendapati semua dapatan saintifik menerusi pelbagai kajian komprehensif yang dilakukan di negara ini mahupun di peringkat antarabangsa berjaya membuktikan shisha memberi kesan amat berbahaya dan penularannya amat membimbangkan, khususnya dalam kalangan remaja dan wanita.

"Dalam hal ini, muzakarah menasihatkan seluruh umat Islam supaya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti berkaitan shisha kerana pengharamannya adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada Al-Quran dan hadis serta kaedah Fiqhiyyah," kata Abdul Shukor.

Ini, katanya, bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari'yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara seperti mana tuntutan syarak.

"Shisha jelas memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai perkara buruk atau keji yang perlu dihindari oleh semua umat Islam," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Shukor berkata muzakarah khas itu juga kecewa terhadap perlakuan pihak-pihak yang sengaja menimbulkan isu bagi mencetuskan kemarahan umat Islam, sekali gus menggugat keharmonian hidup masyarakat berbilang agama dan bangsa di Malaysia.

"Muzakarah khas berpandangan siri-siri penghinaan yang dilakukan golongan tidak bertanggungjawab ini semacam sudah dirancang dan sengaja dilakukan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang amat mulia bagi umat Islam," katanya.

Menurutnya, perbuatan yang dilakukan golongan itu telah melampaui batas kesabaran umat Islam.

"Dengan pelbagai penghinaan yang dilakukan sebelum ini, kita tidak mahu lagi kata-kata atau perlakuan biadap dan tidak bertamadun oleh rakyat Malaysia atau mana-mana warga asing dipandang sebelah mata tanpa diambil tindakan tegas dan hukuman maksimum mengikut undang-undang sedia ada," katanya.

Abdul Shukor menekankan tindakan tegas dengan kadar segera perlu dilaksanakan pihak berkuasa supaya perbuatan menghina Islam tidak terus berulang selain menjadi pengajaran buat semua.

Beliau menarik perhatian perbuatan menghina dan mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kemarahan umat Islam dan kemudian memohon maaf sudah menjadi mainan pihak-pihak berkaitan, dan ini tidak harus dibiarkan berlaku.

Justeru, Abdul Shukor berkata muzakarah khas itu menggesa umat Islam supaya bersatu dalam menghadapi niat jahat pihak-pihak yang biadap itu demi mempertahankan kesucian agama dan maruah umat Islam di negara ini.

-- BERNAMA

21 August 2011

Menghidupkan Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan


Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin
Pegawai Penyelidik

19/08/2011 | Utusan Malaysia

Masa berlalu begitu pantas. Sedar ataupun tidak, hari ini genaplah 19 hari kita menjalani ibadah puasa. Dalam tempoh tersebut, sudahkah kita berjuang habis-habisan untuk mencapai tahap takwa dalam erti kata yang sebenar atau sebaliknya? Jika tempoh tersebut belum mampu memperlengkapkan diri kita dengan takwa, masih belum terlambat untuk kita berusaha ke arah itu. Justeru, saki baki hari-hari terakhir Ramadhan perlu kita rebut dan gunakan dengan sebaik-baiknya agar kita tidak ketinggalan mendapat manfaat yang berganda dalam meniti pemergiannya.

Jika sepuluh hari terakhir Ramadhan merupakan saat di mana Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf, dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya melaksanakan ibadah-ibadah sunat, bagaimanakah pula dengan kita? Sewajarnya contoh yang ditunjukkan oleh Baginda dalam menghayati sepuluh hari terakhir Ramadhan dijadikan teladan kepada seluruh umat Islam pada hari ini.

Sesungguhnya pedoman yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW jelas mencerminkan kepada kita betapa tinggi dan bernilainya detik-detik terakhir Ramadhan yang sedang kita lalui saat ini. Alangkah malangnya jika kita semakin alpa dan lalai dalam melaksanakan ibadah kita pada saat-saat Ramadhan yang kian melabuhkan tirainya.

Sedangkan kita seharusnya menghidupkannya dengan meningkatkan lagi amalan-amalan sunat bagi meraih pahala berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Lebih manis lagi apabila Allah SWT turut menjanjikan kehadiran malam Lailatulqadar (yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan) pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud: "Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

Dalam ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa Dia telah menurunkan al-Quran al-Karim pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam Lailatulqadar. Malah, jika dihitung; seribu bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun dan empat bulan, ini bermakna bahawa satu malam ini sahaja adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang. Ia secara jelas menunjukkam bahawa keistimewaan malam tersebut tiada tolok bandingannya.

Malam Lailatulqadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang-Nya. Oleh yang demikian, bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, maka mereka akan lebih ghairah dan teruja mencari keredhaan dengan memperbanyakkan amalan dalam meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan.

Justeru, umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut Lailatulqadar. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir" (hadis riwayat al-Bukhari). Dalam salah satu riwayat yang lain, dinyatakan juga bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam-malam terakhir Ramadan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam,maka dia juga telah menghidupkan seluruh malam itu" (hadis riwayat Abu Dawud). Di sini bermaksud, sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh sahaja dianggap telah mendapat sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan Lailatulqadar.

Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan-amalan lain sepanjang malam itu. Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadhan ialah menghidupkan malam-malam tersebut dengan memperbanyakkan solat sunat seperti tahajjud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah SWT.

Selain itu, amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadhan yakni dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah SWT. Iktikaf merupakan sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran Lailatulqadar.

Malah, menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini adalah berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah SWT, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya.

Dalam sebuah hadis yang lain Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari"(hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi).

Di samping itu, kita juga turut dianjurkan untuk memperbanyakkan doa, khasnya dengan memohon keampunan kepada Allah SWT. Dalam konteks ini, para Ulama telah bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam Lailatulqadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT.

Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Tirmidzi, Aisyah diajar oleh Rasulullah SAW membaca doa pada malam Lailatulqadar yang bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku" (hadis riwayat al-Tirmidzi, 5:535).

Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu kelak" (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65).

Begitulah teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada seluruh umat Islam dalam menjalani ibadah puasa. Namun persoalannya, sejauh manakah kita mencontohi keperibadian Baginda dalam melaksanakan ibadah puasa dan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan?

Mudah-mudahan, dalam menghitung hari-hari terakhir Ramadhan kita dapat bermuhasabah diri dan merenung kembali pengisian yang telah kita laksanakan sepanjang tempoh 19 hari yang telah berlalu. Jika, masih terdapat banyak lagi kelemahan dalam kita melunaskan puasa kita sebelum ini, maka masih belum terlewat untuk kita memperbaiki kelemahan tersebut agar kita mampu mencapai takwa dalam erti kata sebenar.

07 January 2011

06 January 2011

Menyingkap Tirai Kebahagiaan

Menyingkap Tirai Kebahagiaan

by Akhi Ahmad Kamil on Tuesday, January 4, 2011 at 12:22am

MENYINGKAP TIRAI KEBAHAGIAAN

Bila kita bertanyakan secara berasingan kepada sepuluh orang kenalan kita mengenai erti kebahagiaan, maka kita akan mendapatkan jawapan yang pelbagai. Kebarangkalian untuk kesemua mereka memberikan jawapan yang sama adalah tipis. Ini kerana definisi kebahagiaan adalah subjektif mengikut penilaian setiap individu. Persoalannya, adakah benar erti kebahagiaan yang kita sangka selama ini bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh Islam?

Ada yang merasakan bahawa kebahagiaan itu terletak dalam kedudukan dan jawatan yang hebat di sisi manusia lalu dia bersungguh-sungguh mengejarnya. Misalnya Firaun, seorang yang mempunyai kedudukan dan jawatan tertinggi di Mesir satu ketika dahulu. Berulang-ulang kali Allah ceritakan perihal Firaun ini di dalam Al-Quran. Betapa dia seorang yang angkuh, sombong, ego dan bongkak dengan kuasa dan kedudukan yang dimilikinya sehingga menjadi seorang yang sangat ingkar kepada ajaran Nabi Musa a.s. Akhirnya dia mati dalam keadaan hina ditelan Laut Merah. Bahkan Allah kekalkan jasadnya hingga hari ini sebagai pengajaran kepada kita semua. Ternyata kedudukan yang tinggi tidak menjamin kebahagiaan seorang manusia bila tidak disertakan dengan iman.

Ada yang menyangka bahawa kebahagiaan itu adalah pada harta yang melimpah ruah, lalu dia berusaha siang malam untuk mengumpul harta sehingga menjadi mewah. Allah mengisahkan perihal Qarun, si kaya yang memiliki khazanah harta yang sangat banyak sehingga anak-anak kunci gedungnya sahaja terpaksa dibawa oleh satu kumpulan pekerjanya yang gagah. Namun malang sekali, kemewahannya itu hanya membawanya semakin jauh daripada Allah. Dia menjadi salah seorang penentang terhebat kepada dakwah Nabi Musa a.s selain Firaun. Akhirnya Allah membenam Qarun dan mahligainya ke dalam bumi sebagai balasan kepada perbuatannya. Ternyata kemewahan yang melimpah ruah tidak menjamin kebahagiaan seseorang apabila tidak disertakan dengan iman.

Tidak kurang pula yang menganggap kebahagiaan itu terletak pada raut wajah yang cantik, lalu dia sanggup membelanjakan sebanyak mungkin hartanya melakukan pembedahan plastik demi mencantikkan wajah. Ya, kebiasaannya wajah memang menjadi cantik setelah pembedahan. Namun untuk tempoh berapa lama? Berapa banyak pula pantang larang yang mesti dijaga supaya kulit muka tidak rosak? Adakah siapa-siapa yang boleh menjamin bahawa wajahnya akan kekal cantik sampai ke hari tua?

Ramai juga yang mengira bahawa kebahagiaan itu terletak di dalam kemasyhuran. Mereka sanggup melakukan apa sahaja yang boleh menjadikan mereka masyhur, walaupun terkadang terpaksa melakukan perkara yang menggadai nyawa mereka sendiri bahkan terkadang sanggup meninggalkan solat bila bertembung waktunya. Mereka mendambakan kemasyhuran, pujian dan sanjungan disisi manusia sedangkan dalam masa yang sama mengundang murka Allah. Bahagiakah mereka sebenarnya?

Dikalangan remaja khususnya, ada yang menyangka kebahagiaan itu terletak dalam rasa cinta dan kasih tidak terhingga kepada pasangannya walaupun masih belum diikat dengan ikatan yang sah. Mereka berasa amat bahagia dapat berpegangan tangan, jalan berpelukan dan 'bersiar-siar' di taman pada waktu malam berduaan. Sehingga dek kerana melayan rasa cinta itu tadi kehormatan pun terkorban. Maruah tercalar. Pasangan yang tadinya begitu hebat menyusun bait-bait indah madah cinta, kini mula mengatur langkah untuk menjauhkan diri. Lalu hati menjadi hancur dan akal hilang pertimbangan. Rasa sesal mula menyinggah. Akhirnya berlakulah 'drama bersiri' pembuangan anak, bunuh diri dan macam-macam lagi yang entah bila akan menemui episod terakhir.

Begitulah realiti yang terjadi dalam kehidupan kita. Banyak perkara yang kita sangka ianya membahagiakan dan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk memperolehinya, rupanya tanpa kita sedar ia sebenarnya adalah punca kebinasaan.

DI MANAKAH KEBAHAGIAAN HAKIKI?

Kebahagiaan itu sebenarnya terletak dalam sejauh mana kecintaan kita sebagai seorang hamba kepada Allah s.w.t. Rasa cinta ini tidak akan hadir melainkan dengan iman. Kemanisan iman pula tidak akan diperolehi melainkan apabila kita bersungguh-sungguh berusaha meningkatkan dan memeliharanya.

Seorang hamba Allah yang benar-benar beriman kepada Allah akan sentiasa redha dan pasrah dengan apa jua ketentuan Allah kepada dirinya. Dia tahu bahawa segalanya datang dari Allah. Kesenangan dan kesusahan itu dari Allah. Buruk dan baik juga dari Allah. Begitu juga dengan kebahagiaan, ia juga datangnya dari Allah. Setiap apa yang berlaku kepadanya, dia akan sandarkan kepada Allah dan dengan itu dia akan sentiasa berasa tenang dan bahagia dalam apa jua keadaan. Kalau diberi nikmat, dia bersyukur. Kalau diuji dengan musibah, dia bersabar.

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Ajaibnya orang beriman; semua urusannya baik-baik belaka. Sekiranya dia dikurniakan nikmat, dia bersyukur dan itulah yang terlebih baik baginya. Sekiranya ditimpa ujian, dia bersabar dan itu adalah terlebih baik baginya. Hal seperti ini tidak akan berlaku melainkan hanya kepada orang yang beriman." HR Muslim.

Ya, kebahagiaan hakiki adalah anugerah yang Allah khususkan untuk orang yang beriman. Mereka tetap bahagia walaupun kehidupan mereka sentiasa diliputi dengan perkara yang pada pandangan insan lain sebagai kesengsaraan. Mereka faham bahawa kemewahan, pangkat, darjat, kedudukan, kecantikan dan apa sahaja yang seumpamanya hanya nikmat yang bersifat sementara dan tidak berkekalan. Ia bukanlah syarat kebahagiaan. Syarat bahagia adalah iman. Semewah mana pun kita, setinggi mana pun darjat kita, seindah mana pun rupa paras kita, semuanya tidak akan dapat menjamin kebahagiaan selagi kita tidak sertakan dengan iman.

BAGAIMANA UNTUK BAHAGIA?

Ada banyak cara yang diajar oleh Islam untuk kita memperoleh kebahagiaan. Antaranya adalah dengan menahan kemarahan kita selagi perkara itu bukanlah perkara yang meremehkan soal agama. Jangan mudah marah kerana marah itu adalah kunci kepada kejahatan. Syaitan amat suka dengan orang yang sedang marah. Oleh kerana itulah Rasulullah s.a.w mengajar kita supaya segera berwuduk ketika sedang marah, kerana kemarahan itu adalah 'api' yang dinyalakan oleh syaitan dan ia akan segera padam bila kita berwuduk. Bila rasa marah itu hilang, kita pasti akan berasa tenang, bahagia dan tidak tertekan.

Kebahagiaan juga akan datang bila kita sentiasa bersyukur dan redha dengan apa jua yang Allah rezekikan kepada kita. Rezeki segantang kita bersyukur, rezeki secupak pun kita bersyukur. Lihatlah mereka yang lebih bawah daripada kita dalam hal keduniaan ini. Pasti kita akan mendapati mereka yang jauh lebih susah dan sedikit pendapatannya daripada kita. Bukan hendak mengatakan tidak perlu berusaha mencari rezeki dan hanya berserah sahaja kepada Allah. Tidak. Ini bukan konsep yang betul. Bahkan kita hendaklah berusaha semampu yang boleh, namun urusan rezeki kita serahkanlah kepada Allah. Seperti yang dikatakan tadi, kalau banyak kita bersyukur, kalau sedikit pun kita bersyukur.

Ikhlas dalam beramal juga adalah kunci kebahagiaan. Amalan yang ikhlas hanya kerana Allah akan membuat kita langsung tidak mengharapkan sebarang pujian daripada manusia. Bila kita melakukan amalan yang bukan kerana Allah, maka kita tidak akan berasa puas hati selagi amalan itu tidak diketahui oleh orang yang kita sasarkan. Kita akan berasa tidak bahagia bila bakal mertua tidak melihat kesolehan kita menunaikan solat dengan penuh 'khusyuk'. Kita juga akan berasa tidak bahagia kalau orang ramai tidak melihat cek besar yang kita sumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Sedangkan apalah yang ada pada pujian manusia yang sangat bersifat sementara. Oleh itu ikhlaskanlah niat kita dalam beramal. Beramallah dengan penuh rasa cinta kepada Allah, bukan cinta kepada pujian orang ramai. InsyaAllah kita pasti akan berasa bahagia.

SIFAT MAZMUMAH MENGHILANGKAN BAHAGIA

Kebahagiaan yang hakiki tidak dapat dirasai oleh seorang yang melazimi perbuatan mazmumah, iaitu perbuatan yang dicela oleh agama. Iman adalah cahaya yang membawa kebahagiaan manakala perbuatan mazmumah hanya mengundang kegelapan. Hati yang tiada cahaya iman sebenarnya tidak bahagia walaupun pada zahirnya dilihat bahagia.

Sesungguhnya sifat marah, dendam, hasad dengki, bakhil, tamak, mudah marah, ego, riak, cinta dunia dan pelbagai lagi penyakit hati adalah sifat mazmumah yang sangat perlu kita hindari jika kita ingin mengecap nikmat bahagia. Yakinlah, semakin banyak sifat mazmumah ada dalam diri kita sebanyak itulah juga kita akan jauh daripada kebahagiaan.

Oleh itu marilah kita semua sama-sama kembali kepada Allah. Carilah kebahagiaan yang hakiki. Kebahagiaan yang pernah dikecapi oleh para kekasih Allah. Marilah kita kembali kepada ajaran Al-Quran dan Hadis. Marilah kita luangkan masa untuk menghayati ajaran Rasulullah s.a.w. InsyaAllah melaluinya kita akan beroleh kebahagiaan.

15 September 2010

Kesan zikir terhadap otak manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Sem ua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kaji an yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkata an yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Perlu di-ketahui berapa banyak ulama fuqaha’ yang kuat-kuat beribadat tetapi malang-nya di-hati mereka kosong dengan kesan-kesan warid atau nur iaitu warid seperti datang-nya sifat takwa,khauf, zahid dan tawakkal dengan sebenar-benar- nya.Mengapa? Jawab-nya kerana ibadat mereka tidak ada persambungan wayar langsung dengan tarikat sufiah yang mendatangkan warid atau nur..Hendaklah kita faham bahawa ibadat fuqaha’ itu hanya untuk menuntut pahala akhirat jua bukan ibadat sebagai alat pembersihan hati. Tetapi ibadat tarikat sufiah adalah sebagai alat pembersihan hati, bukan kerana menuntut pahala akhirat..Jadi zikir sama sama berzikir terdapat satu macam sebutan, tetapi zikir tarikat lain tujuan-nya dan zikir fuqaha’ lain pula matlamatnya bahkan ia tidak ada langsung persambungan wayar dengan tarikat sufiah.

Bukan sahaja zikir, perkataan atau ayat yang sama jika diulang-ulang seperti dalam kaedah ‘self hypnosis’ akan menyebabkan pertambahan aktiviti sel2 neuron otak lalu diikuti tindakbalas2 spt yg dinyatakan. Kaedah ‘self hypnosis’ banyak dipakai oleh orang2 Barat utk mengurangkan masalah psikologi, menahan diri dari terlebih makan ( berdiet ) dan berbagai-bagai lagi.. Kesan zikr yang tidak kelihatan yang lebih utama kemungkinan besar adalah kepada ROHANIAH manusia.

“Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang” (Ar Raad : 28)
“Orang Mukmin itu bila disebut nama Allah, gementar hati mereka” (Al-Anfaal : 2)

Sumber: http://doaayatdanzikir.wordpress.com/2010/07/05/kesan-zikir-terhadap-otak-manusia/

19 June 2010

19 March 2010

Takutilah....minta di jauhkan.

Azabnya seksa neraka

Allah SWT menyebut lagi tanda-tanda kekuasaannya dan semua penciptaannya menggambarkan betapa hebatnya kudrat Ilahi.

Justeru, dengan menghayati ayat-ayat al-Quran yang membabitkan hari balasan dan keajaiban penciptaannya akan menambahkan lagi keimanan kita.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan. Hari Jumaat adalah Hari Pembalasan sama ada baik atau tidak mengikut amalan keimanan seseorang.

Firman Allah SWT: Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke padang Mahsyar). Ini mengikut ketentuan Ilahi dan wajib kita imani dan yakin.

Firman Allah SWT: Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas. Dan gunung-ganang setelah dihancurkan diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.

Syed Qutb berkata: Itulah keadaan yang amat dahsyat jelas dilihat pada revolusi alam buana seperti keadaan di Mahsyar selepas ditiup sangkakala. Itulah hari pengadilan yang telah ditentukan dengan hikmah dan tadbir Ilahi.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya neraka jahanam adalah disediakan. Ibn Jarir dan Ibn Mundhir meriwayatkan hadis daripada al-Hasan berkata: "Seseorang itu tidak dimasukkan ke dalam syurga sebelum melintasi neraka. Jika dia dapat melintasinya, maka dia akan selamat dan jika tidak dia tertahan di neraka.

Firman Allah SWT: Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum tuhan, sebagai tempat kembalinya.

Al-Maraghi berkata: Neraka merupakan tempat kembali orang yang melampaui batas, sombong dan tidak mahu mendengar ajakan yang membawa mereka kepada petunjuk Allah SWT dan cahaya kebenaran.

Firman Allah SWT: Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya. Ditafsirkan oleh al-Qurtubi: Kinayatun anit ta'bidd, sebagai kata ungkapan daripada kekekalan. Bila telah masuk, payah akan keluar lagi. Ibn Jarir berkata: Dan yang benar bahawa hal itu tidak ada akhirnya.

Firman Allah SWT: Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman. Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir.

Ibn Kathir berkata: Di neraka mereka tidak mendapatkan sesuatu yang dingin bagi mereka dan tidak juga mendapatkan minuman segar yang dapat mereka minum. Abul 'Aliyah berkata: Dikecualikan dari dingin adalah panas dan daripada minuman itu nanah.

Firman Allah SWT: Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk). Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal. Semua yang mereka alami berupa hukuman, sesuai dengan amal perbuatan mereka yang tidak benar yang mereka kerjakan semasa di dunia.

Demikian yang dikemukakan oleh Mujahid dan Qatadah. Al-Biqa'ie berkata: Untuk lebih menekankan sifat buruk mereka itu kerana biasanya manusia mengharap dan menginginkan sesuatu yang baik, walau kemungkinan terjadinya sangat kecil namun sikap mereka sebaliknya.

Firman Allah SWT: Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan kami.

Ibn Kathir berkata: Mereka berdusta semua hujah dan bukti-bukti Allah yang diturunkan kepada Rasul dengan penentangan.

Firman Allah SWT: Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.

Al-Maraghi berkata: Di sebutkan dengan perkataan kitaban (tertulis) bukan ihsa'an (terhitung) kerana menulis itu adalah asas untuk menguatkan sesuatu yang diketahui.

Orang yang ingin menghimpun percakapan seseorang supaya tidak hilang sedikit pun, ia hendaklah dibantu dengan tulisan.

Di sini Allah SWT berfirman: Segala sesuatu telah Kami hitung dengan teliti dan memadai dengan suatu kepastian.

Firman Allah SWT: (setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain daripada menambah berbagai azab kepada kamu".

Hamka berkata: Setelah dimasukkan ke dalam neraka jahanam, janganlah berharap untuk dikurangkan azab bahkan ia akan terus bertambah dengan berlipat kali ganda secara terus menerus.

Penutup

Ayat-ayat yang dibincangkan ini jelas menunjukkan betapa dahsyatnya hari kiamat dan seterusnya menggambarkan sifat neraka Allah.

Seperti kata al-Maraghi: Disebabkan mereka tidak mahu bersiap sedia menunggu kedatangan hari perhitungan amal, mereka selalu melakukan perbuatan buruk dan maksiat serta mendustakan bukti-bukti yang dikemukakan Allah SWT untuk membenarkan Rasul-Nya.

Semoga kita menjadi golongan yang selamat daripada balasan seksaan. Amin.

18 March 2010

Hitung kebaikan, dosa sendiri jauhi riak


Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir

2010/03/18

PENYAKIT rohani yang mengancam kemurnian akidah umat Islam ialah sifat riak yang masih wujud walaupun ia dibenci Allah. Riak boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu. Sifat riak boleh dihindari dengan memperkuat dan mempertingkatkan iman sementara hati sentiasa takut akan azab dan seksaan Allah di akhirat nanti.

Imam Al-Ghazali berkata, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan. Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat, riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.

Allah berfirman maksudnya: “Maka celakalah (azab) bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dari solat lagi mereka itu riak”. (Surah Al-Maun: 4 hingga 6) Firman Allah lagi bermaksud: “Hai orang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia”. (Surah Al-Baqarah: 264)
Paling mudah disimpulkan, riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan orang lain. Hal ini bertentangan kehendak Islam yang menyeru umatnya beramal atau melakukan perkara kebajikan dengan hati ikhlas mengharapkan keredaan Allah.

Jika penyakit riak dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia akan membinasakan kemurnian akidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam. Memang ada kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau ibadat hanya untuk mengaburi mata orang ramai.

Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadat untuk menunjukkan kononnya mereka itu baik, pemurah, warak atau rajin beribadah.
Mereka lakukan perkara itu kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya. Hal ini diingatkan Allah dalam firman bermaksud: “Dan janganlah kamu turut hawa nafsu, nanti ia menyesatkan kamu dari (agama) Allah”. (Surah Sad: 26)

Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhkan diri daripada perbuatan riak. Sabda baginda bermaksud: “Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu” (Hadis riwayat Ad-Dailami)

Sabda baginda lagi: “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat: Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda: Riak”. (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Untuk menjauhkan diri ataupun membersihkan hati daripada amalan riak maka setiap Muslim hendaklah memperhitungkan diri sendiri berapa banyak kebaikan serta dosa dilakukan supaya terus berhati-hati dalam setiap gerakan dan apa juga tindakan yang akan dilakukan.

Firman Allah bermaksud: “Dan orang yang melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon. Dan tiada siapa yang mengampuni dosa melainkan Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya sedang mereka mengetahui”. (Surah Ali-Imran: 135)

14 March 2010

Perang nafsu lawan panas baran


Mohd Zawawi Yusoh
Metro
2010/02/12

ADA satu kisah yang biasa kita dengar daripada ustaz dan guru berkenaan hebatnya Saidina Ali mengawal perasaannya. Dalam satu peperangan, ketika bertempur dengan seorang musuh, beliau punya kesempatan bagi menghapuskan riwayat musuh, tetapi tiba-tiba musuh meludah ke mukanya.

Ketika mengangkat pedang untuk menetak musuh itu, tiba-tiba beliau berhenti seketika. Lalu musuh bertanya: "Kenapa kamu tidak bunuh saja aku?" Beliau menjawab: "Aku tidak ingin membunuhmu kerana perasaan marahku. Marah kerana engkau meludah ke mukaku...berperang kerana agama adalah kebenaran, tetapi berperang kerana marah adalah kerana nafsu." Tazkirah kali ini bukan hendak bercerita soal perang di medan jihad, tetapi adalah perang nafsu melawan panas baran. Lihat bagaimana hebatnya Saidina Ali mengendalikan perasaan beliau, walaupun berada dalam keadaan genting, beliau dapat membezakan antara tuntutan agama dan nafsu amarah.


Kerana bimbang bertindak tidak mengikut tuntutan agama, beliau sempat memberhentikan kelajuan kilauan tetakan pedang berkenaan kerana memiliki ketajaman rohani rabbani. "Ya Allah pilihlah kami bersama generasi hebat ini. Inilah generasi yang syaitan berputus asa menghadapi mereka. Selayaknya mereka menjadi peneroka dan pembina kecemerlangan." Lain pula halnya pada zaman kita yang serba 'hot' dan 'baran' ini. Bertindak ikut nafsu amarah, orang lain fikir kemudian, yang penting diri aku. Inilah perangai orang panas baran. Orang panas baran ini asyik hendak orang lain menjaga perasaan mereka, tetapi mereka dia tidak pula menjaga perasaan orang lain. Tidak salah untuk merasa marah, tetapi biarlah kena pada tempatnya, bukan kerana perkara kecil dan remeh. Selagi boleh bersabar, kita perlu sabar. Lebih besar ganjarannya apabila kita bersabar.


Sebenarnya panas baran, kepala angin, naik hantu yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang perasaan malu. Mereka sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja dan merasa orang di sekeliling mereka semua salah. Ada saja yang tidak kena. Sifat ini ibarat bom masa yang akan meletup tanpa diduga, tempat dan mangsanya. Guru yang panas baran akan ditakuti dan digeruni anak muridnya. Malah, mereka akan takut untuk menegur guru itu walaupun membuat kesalahan ejaan pada papan hitam. Peniaga yang panas baran akan kehilangan pelanggan. Suami yang panas baran akan menyebabkan perceraian. Ini disebabkan isteri tidak tahan kerana selalu kena marah dan kena pukul. Sikit-sikit naik angin dan perkara ini sudah semakin banyak berlaku. Masalah di tempat kerja dibawa ke rumah. Isteri yang panas baran pun akan memecahkan kerukunan rumah tangga juga. Asyik hendak marah tidak tentu pasal, ada saja yang tidak kena pada suami dengan mengungkit dan membanding dengan rumah tangga orang lain.


Apabila marah tidak kira tempat; kadang-kadang di pasar raya, depan orang ramai, majlis kenduri kahwin, parahlah isteri macam ini. Mak dan ayah yang panas baran akan ditakuti anak maka tidak wujud kemanisan dalam berkeluarga.


Anak takut hendak meluahkan masalah dan kemudian merasa tertekan. Sikap marah dan panas baran adalah antara pintu syaitan datang masuk ke pintu hati manusia. Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan tiga langkah mengatasi perasaan marah dan panas baran. Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk, kedua, dan ketiga, mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran).

13 March 2010

Beramal sebelum sampai lima perkara

Bimbingan

Zaharuddin Abd Rahman
Metro

2010/02/21

SUDAH lumrah manusia sentiasa alpa selagi tidak diberi peringatan yang mengakibatkan hilanglah kenikmatan hidup dan barulah mula mengingati Allah.

Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

SIHAT SEBELUM SAKIT

Ketika sihat, hamba Allah harus mengenang nikmat dikurniakan ke atas dirinya dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka yang terlantar sakit.


Ini pasti membantu kita untuk insaf dan berusaha mengisi masa sihat dengan cara membanyakkan ibadat.


KAYA SEBELUM MISKIN


Pengisiannya ialah menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan, terutama di dalam kehidupan akhirat seperti membantu mereka yang kesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak yatim, orang miskin, menunaikan haji dan berzakat.


LAPANG SEBELUM SEMPIT


Sebahagian besar umat Islam terarah akal mereka kepada kegiatan atau aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata ketika masa lapang.


Sepatutnya, mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah SWT, bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas.

MUDA SEBELUM TUA


Umat Islam kini lemah kerana generasi mudanya lebih gemar kepada perkara yang mendatangkan keuntungan duniawi.


Akibatnya, mereka leka dalam mengejar kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan di hari tua.


Mereka seolah-olah tidak sedar kudrat yang kuat pada masa muda lebih mampu melakukan perkara mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri selain masyarakat Islam keseluruhannya jika digunakan sebaik-baiknya.


HIDUP SEBELUM MATI


Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah.


Jika didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya.


Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah SWT.


Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.


Justeru, demi memperoleh keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan Rasulullah.


Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)

20 February 2010

4 perkara dikategori munafik

4 perkara dikategori munafik

Oleh Mohd Shahrizal Nasir
rencana@hmetro.com.my
2010/02/19


GOLONGAN munafik wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Mereka berpura-pura mengikuti ajaran Islam tetapi hakikatnya hati mereka menyimpang daripada Islam.

Firman Allah bermaksud, “Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata, “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah’. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.” (Surah al-Munafiqun, ayat 1).

Dalam al-Quran, Allah menerangkan dengan jelas perihal orang Munafik malah menamakan satu surah, al-Munafiqun bagi menggambarkan bahayanya golongan itu.


Pada zaman Rasulullah s.a.w, mereka sentiasa berdolak-dalih apabila diminta keluar untuk berjihad ke jalan Allah.


Allah s.w.t merakamkan keadaan ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan orang yang munafik yang dikatakan kepada mereka. Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga, dan harta benda kamu)”...

Mereka menjawab: “ Sekiranya kami mengetahui bagaimana hendak berperang , tentulah kami mengikut kamu (turut berperang).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 167).

Ulama mengkelaskan golongan munafik kepada dua;

Pertama, munafik I’tiqadi iaitu kepercayaan dalam hati. Mereka hanya beriman kepada Allah secara luaran.


Mereka hanya berlakon di khalayak ramai, tetapi mendustakan agama Allah yang dibawa Rasul-Nya.


Firman Allah bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang berkata: ‘Kami beriman kepada Allah dan hari Akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.” (Surah al-Baqarah, ayat 8). Golongan itu terkeluar daripada agama Allah.

Yang kedua disebut munafik ‘Amali iaitu yang berkaitan dengan perbuatan.

Rasulullah s.a.w menjelaskan hal ini dalam hadisnya yang bermaksud: “Tanda orang munafik itu ada tiga; apabila berkata ia berdusta, dan apabila berjanji ia mungkir, dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah).” (Hadis riwayat Bukhari).

Secara fitrahnya, kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan. Sudah tentu saban hari kita menuturkan kata-kata, membuat janji dan memikul amanah. Persoalannya, adakah kita melakukan perbuatan berkenaan dengan cara yang betul menurut kehendak Islam? Ataupun kita melakukan perbuatan itu mengikut cara orang munafik melakukannya? Persoalan ini hanya mampu dijawab dengan positif bagi mereka yang memiliki iman yang kukuh.

---------------------------------------------------

Sama-samalah kita berdoa agar tidak tergolong dalam kategori ini.

15 February 2010

Amalan bercanggah Ajaran Islam

Asal Hari Valentine rai paderi tumbang kerajaan Islam



2010/02/14

HARI Valentine lebih dikenali sebagai hari di mana sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang yang disambut setiap tahun pada 14 Februari.

  • ASAL-USUL Versi popular berkaitan sejarah Hari Valentine ialah, perkataan Valentine sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine.


    Dia disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine.


  • PANDANGAN ISLAM ISU SAMBUTAN Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan ‘Amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam’.


    Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: ‘Bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan terbabit mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta dilarang oleh Islam’.


  • KONSEP KASIH SAYANG ISLAM Kasih sayang adalah satu anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam. Manusia sanggup melakukan apa saja untuk orang disayangi hingga terjadi kes bunuh diri yang diharamkanIslam.


  • Konsep sebenar kasih sayang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi berdasarkan panduan Allah.

  • CIRI PASANGAN SESUAI BERCINTA Ia dibahagikan kepada empat iaitu niatnya berkahwin demi menjaga akhlak dan agama sentiasa; mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terbabit dengan perkara yang diharamkan agama dengantindakan yang menjerumus ke arah zina.


    Perkara ketiga ialah Istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan berusaha menjadi Muslim yang sebenar; dan terakhir, sentiasa menjaga batasan aurat.


  • CINTA SEBELUM PERKAHWINAN Ini berlaku kerana cinta seseorang kepada kekasihnya melebihi cintanya kepada Allah. Mereka melanggar hukum Yang Esa kerana khayal di alam percintaan tanpa berpandukan syarak.


  • PERATURAN HUBUNGAN CINTA MANUSIA Peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia itu didasarkan juga kepada cintakan Allah dan hendaklah kita pastikan ketika menjalin hubungan, tiada hukum-Nya yang dilanggar.


  • CARA KEKAL CINTA SESAMA MANUSIA Letakkan asas cinta kepada cintakan Allah SWT. “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.” (az-Zariyat, 51: 56)

  • CINTA SEBELUM KAHWIN Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan berbanding cinta selepas perkahwinan kerana ia menghampiri zina.

  • TEGAHAN SAMBUTAN Islam melarang perayaan ini kerana ia boleh menjerumuskan pasangan ke arah maksiat seperti pergaulan bebas, zina dan hamil tanpa nikah. Paling menyedihkan, ia berlaku kepada masyarakat Melayu, khususnya yang beragama Islam.
  • 13 February 2010

    Budaya meraikan Hari Kekasih perlu disekat

    Salam perpaduan,

    Menjelang detik meraikan hari kekasih ini saya berpandangan budaya ini perlu di bendung kerana ianya bertentangan dengan ajaran agama. Pergaulan bebas tanpa batas harus disekat oleh ibubapa kerana perkara ini membawa kepada isu sosial yang lebih serius iaitu buang bayi.

    Kembalilah kepada ajaran agama sebenar dalam menangani permasalahan remaja masa kini yang bakal mewarisi teraju negara. Moga kita akan sentiasa diberkati Allah dan di jauhkan dari bala bencana.

    ***********************************************************************

    Hari Kekasih rosakkan akidah golongan muda

    Oleh Mohd Masri Mohd Ramli

    SETIAP tahun pada tanggal 14 Februari, media massa akan mula mengiklankan sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih. Pelbagai acara dianjurkan manakala restoran, hotel, kedai bunga dan sebagainya akan mula mempromosi sambutan Hari Valentine di premis perniagaan mereka.


    Dari manakah asal usulnya sambutan perayaan ini? Jika dicari di internet, kita akan menemui versi cerita yang berbeza-beza dan tidak dapat diketahui kisah sahih.

    Namun, secara jelasnya kita dapat melihat Hari Valentine bukan daripada ajaran Islam, sebaliknya ia membawa unsur yang merosakkan akidah dan moral umat Islam, khususnya golongan muda.


    Hari Valentine adalah budaya dan perayaan yang dikairkan dengan bukan Islam. Bahkan dalam sebahagian tulisan, dinyatakan ia bidaah yang direka dalam agama Kristian. Dalam sumber lain pula dinyatakan ia berasal daripada kaum Roman kuno dan ditiru oleh pengikut Kristian.

    Asasnya di sini, perayaan itu adalah milik bukan Islam, bahkan boleh jadi ia bidaah yang direka dalam ajaran Kristian, sedangkan meniru identiti Ahlul Kitab dilarang, inikan pula meniru bidaah dalam agama mereka.

    Dalil mengenai hal ini sangat banyak, antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Siapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.” (Hadis riayat Abu Daud Ahmad dan lain-lain. Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Abi Daud)

    Rasulullah SAW sangat tegas untuk berbeza daripada identiti orang kafir, hatta dalam bab keduniaan sekalipun.

    Shaikh al-Islam al-Imam Ibn Taimiyyah Rahimahullah menyebut wujud kesepakatan (ijmak) mengenai haram meniru orang kafir dalam perayaan mereka.

    Tujuan perayaan ini untuk menyuburkan rasa cinta termasuk dengan bukan Islam. Ini jelas bertentangan dengan Islam. Allah SWT berfirman maksudnya: “Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang yang menentang Allah dan Rasu-Nya, sekalipun orang itu bapa, anak, saudara atau keluarga mereka” (Al-Mujadilah 58:22)

    Kata Ibn Taimiyyah Rahimahullah: “Allah menyatakan kepada kita tiada orang beriman yang akan mengambil orang kafir sebagai teman rapat mereka. Sesiapa yang mengambil orang kafir sebagai teman rapat bukan orang yang beriman. Meniru mereka adalah satu daripada bentuk cinta, maka ia adalah terlarang.” (Al-Iqtidha’ 1/490)

    Cinta dipromosi melalui Hari Valentine adalah kepada bukan mahram. Ia antara jalan yang mendekatkan kepada zina. Kita dapat lihat bagaimana pada 14 Februari, pasangan bukan mahram asyik berdua-duaan, keluar bersama, merayakan di restoran dan hotel.

    Semua ini dilakukan atas alasan menzahirkan rasa cinta, sedangkan perlakuan itu hanya layak dilakukan suami atau isteri kepada pasangannya yang halal, bukan kepada mereka yang bukan mahram.

    Allah SWT jelas menerangkan kepada kita agar menjauhi hal yang mendekatkan kepada zina. Firmannya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan yang buruk.” (Al Isra’ 17: 32)

    Berdasarkan hujah yang dikemukakan di atas, ada beberapa kewajipan yang perlu dimainkan umat Islam dalam isu ini iaitu:

    l Seorang Muslim tidak boleh menyambutnya atau menyertai orang lain dalam sambutan berkenaan sama ada dengan menghadiri atau membantu mereka yang menyambutnya.

    Al-Imam Az-Zahabi menyebutkan: ‘Seandainya orang Kristian dan Yahudi mempunyai sesuatu perayaan yang dimiliki mereka, maka tidak boleh seorang Muslim menyertai mereka (di dalam sambutan itu), sebagaimana dia tidak menyertai mereka dalam agama atau arah kiblat solat.” (Tasyabbuh al-Khasis bi Ahl al-Khamis)

    l Seorang Muslim tidak boleh membantu sama ada umat Islam atau bukan Islam yang menyambutnya. Ini termasuklah menyediakan tempat sambutan, mengiklankan, menjual barangan yang berkaitan seperti kad ucapan, kek dan lain-lain. Ini kerana ia termasuk di dalam membantu mereka melakukan kemungkaran.

    Firman Allah SWT: “Bertolong-tolonglah kamu dalam melakukan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perbuatan dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah 5: 2)

    l Seorang Muslim pelu mengingatkan saudara seagama mengenai larangan menyambut Hari Valentine.Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata: ‘Sebagaimana kita tidak sepatutnya meniru mereka dalam sambutan perayaan, maka kita juga tidak sepatutnya membantu umat Islam yang lain menyambutnya, bahkan dia sepatutnya diperingatkan untuk tidak melakukannya.” (Al-Iqtidha 2/519-520)

    Merayakan Hari Valentine adalah pengagungan ke atas lagenda cinta yang dikaitkan dengan hari berkenaan. Sudah jelas kepada kita latar belakang sejarahnya, walau daripada versi mana sekalipun, ia berasal orang bukan Islam.

    BH, 13/2/2010

    09 February 2010

    Solat perkukuh iman..

    Solat tahajud dapat perkukuh iman, elak perbuatan khianat

    DARIPADA Abdullah, katanya: "Diceritakan kepada Rasulullah, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam hingga Subuh. Maka bersabda Rasulullah: Orang itu telah dikencing oleh syaitan di kedua-dua telinganya." Hadis riwayat al-Bukhari.

    Mengambil berat mengenai solat akan menjadikan seseorang Muslim bebas serta aman daripada gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat menyebabkan syaitan akan mengambil peluang berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.

    Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajud) adalah amalan sangat dituntut oleh Islam bahkan boleh menjadikan iman seseorang itu kuat. Amalan itu juga mampu menjadi benteng menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.

    Islam menyarankan umatnya berwuduk sebelum tidur, membaca ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap.


    Abu Hurairah meriwayatkan: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke pagi.”


    Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    BH Online 9/2/2010

    06 February 2010

    Madah Bercabai 4

    Salam to all,

    Walaupun mengetahui sujud membawa kita berada paling dengan dengan Allah, namun masih ramai yang hanya sujud pada aidilfitri sahaja
    .

    .........................................................................................................................

    Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat

    DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."

    Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

    Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain.

    Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya. Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain.

    Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

    Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu.

    Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut serta perut jari kaki.

    Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.


    Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    BH Online 6/2/2010

    31 January 2010

    Berwuduk hilangkan rasa marah

    Berwuduk hilangkan rasa marah

    PERNAHKAH anda marah kerana disakiti atau berasa hati? Namun, bagi mengawal keadaan anda tidak perlu menonjolkan emosi tersebut. Menegur tidak salah tetapi anda perlu belajar mengawal perasaan marah. Sifat marah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan.

    Marah memang sifat semula jadi manusia, berpunca daripada keadaan tidak adil, disindir, dihina, dituduh bukan-bukan, diperalat, difitnah dan diancam kehilangan sesuatu yang berharga.

    Jika kita berhadapan dengan orang sedang marah, cubalah hadapi dengan langkah berikut:

  • Beri peluang orang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.
  • Ketika berhadapan dengan individu sedang marah, jangan menyampuk dan merendahkannya.
  • Kaji punca kemarahannya dan cuba atasi. Sekiranya berpunca daripada kesilapan kita, mintalah maaf daripadanya.
  • Cubalah bertanya beberapa soalan bagi membantu menyelesaikan masalahnya. Terima kemarahannya dengan tenang.
  • Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

  • Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
  • Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).
  • Minum air.
  • Mendiamkan diri ketika marah.
  • Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
  • Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
  • Berfikiran positif.
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  • Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  • Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

  • Mingguan Malaysia, 31/1/2010

    30 January 2010

    Atasi kesusahan, kesempitan dengan banyak beristighfar

    RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka." (Hadis riwayat Abu Daud)

    Islam menggalakkan kita memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah SAW sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda adalah rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

    Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadanya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

    Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

    Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Selawat ke atas Rasulullah perintah wajib

    Selawat ke atas Nabi SAW adalah perintah wajib daripada Allah SWT. Selawat ke atas Nabi-nabi yang lain tidak diperintah, cuma adabnya apabila kita menyebut nama mana-mana Nabi atau Rasul adalah elok kalau diucapkan selamat atau sejahtera ('Alaihi al-Salam).

    Manakala apabila kita mendengar orang menyebut Rasulullah atau apa-apa nama baginda hendaklah berselawat ke atas baginda (Sallallahu alaihi wa sallam). Bagi mereka yang tidak mengendahkan selawat ke atas baginda digolongkan dalam golongan yang bakhil dan rugi serta macam-macam ancaman lain.

    Maka ada beberapa perkara yang perlu diketahui umum kenapa wajib kita berselawat ke atas Nabi SAW berbanding Nabi-Nabi yang lain.

    1- Apabila seseorang itu berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana menurut perintah Allah SWT sedang Allah juga berselawat ke atas baginda maka selawat Allah SWT bermaksud pujian dan kemuliaan baginda berbanding Rasul dan Nabi yang lain. Manakala selawat manusia ke atas baginda bermaksud doa supaya Allah SWT mengangkat kedudukan baginda ke tempat yang lebih terpuji.

    2- Sebagai mentaati perintah Allah SWT ke atas hamba-hambanya agar berselawat ke atas baginda SAW. Dalam surah al-Ahzab Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SWT); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56)

    Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa berterusan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Juga bermaksud kedudukan baginda serta kenikmatan yang diperoleh baginda sama ada di dalam alam barzakh mahupun di dalam syurga adalah sentiasa bertambah dan lebih mulia berbanding dengan Nabi-nabi yang lian.

    Sekali gus para ulama berpendapat bahawa Allah SWT hanya berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW secara khusus berbanding dengan Nabi-nabi yang lain. Adapun Nabi dan Rasul-rasul yang lain menerima ucapan kesejahteraan dengan ucapan salam tanpa selawat. Di dalam sepotong hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat yang bernama Bashir bin Sa'ad: Kami diperintah Allah agar mengucapkan selawat ke atas kamu wahai Rasulullah, maka bagaimana caranya kami harus mengucapkan selawat itu, lalu baginda diam terlalu lama sehingga ada yang mengharap alangkah baiknya kalu dia tidak bertanya soalan itu kepada baginda. Kemudian barulah baginda bersabda bahawa: " Ya Allah selawatlah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau telah memberikan selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan anugerahi ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau anugerahi Nabi Ibrahim dan ahli keluarga Nabi Ibrahim di dalam alam sekelian, sesungguhnya engkau adalah yang Maha terpuji lagi Maha Mulia. Kemudian ucapkanlah salam sebagaimana yang telah kamu ketahui. (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasaie, al-Tarmidzhi).

    3- Berselawat ke atas Rasulullah SAW adalah wajib berdasarkan ayat di atas. Kewajipan ini ditunaikan melalui solat lima waktu yang menjadi selawat itu wajib dalam setiap tasyahud.

    3- Baginda Rasulullah SAW adalah penutup seluruh Anbiya, baginda telah menyempurnakan syariat bagi panduan hidup manusia.

    4- Baginda Rasulullah SAW adalah pemilik syafaat di mahsyar, bagi mereka yang taat kepada perintah Allah dan Rasulul-Nya juga memperbanyakkan selawat ke atas baginda akan mendapat syafaat.

    5- fadilat selawat yang sangat agung, melalui selawat Allah menjanjikan keampunan, kelapangan, keberkatan, kerahmatan dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang menanti orang yang banyak berselawat.


    Utusan Malaysia Online, 29/1/2010