Followers

Carian dalam Blog ini

31 October 2009

PSKPP Selangor 2009

Salam 1 Malaysia,

Ambo penat sangat hari ni coz terlibat dengan PSKPP Selangor 2009 acara bolasepak (senior + veteran). Ambo ni dah kategori veteran, kena main plak pagi petang...terbongkang di buatnya.

Manisnya game pagi tadi menang 3-0 , ambo buat hatrik tu.... sedihnya petang kalah 3-1 ...emm kira dah 'habis gas' - pagi dah pulun sakan.

Anyway kepada team Hulu Langat, tahun mendatang bagilah comitment anda 100%.

TQ

27 October 2009

Soalan Geografi Manusia STPM

3. a) Nyatakan lima faktor yang menyebabkan fenomena penyahhutanan di negara-negara Asia Tenggara. [5m]

Lima faktor yang menyebabkan fenomena penyahutanan di Asia Tenggara ialah:

Aktiviti pembalakan haram tanpa kawalan
Aktiviti pertanian perladangan dan pertanian pindah.
Aktiviti pembinaan empangan hidroelektrik.
Aktiviti pembinaan infrastruktur khususnya jaringan lebuhraya.
Aktiviti pembinaan estet perumahan dan estet perindustrian


b) Mengapakah hutan masih dianggap sebagai sumber ekonomi yang penting bagi negara-negara di Asia Tenggara. [10m]

1. Penting kepada sistem ekonomi tradisional yang masih bergantung kepada sumber hutan seperti masyarakat asli yang menjalankan aktiviti pertanian pindah, mengutip dan berburu. Ekosistem hutan sebagai habitat/tempat tinggal mereka disamping mereka menggunakan sumber-sumber hutan itu sendiri sebagai sumber makanan mereka. Selain itu terdapat juga orang-orang asli yang menjual hasil-hasil hutan sebagai sumber ekonomi seperti hasil rotan, damar, akar-akar kayu untuk perubatan dan sebagainya.

2. Penting untuk sektor pembalakan. Menghasilkan sumber kayu dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan dan juga di eksport . Ini akan menghasilkan pendapatan negara khususnya melalui pendapatn eksport. Sebagai contoh negara Thailand dan Burma amat bergantung kepada pengeksportan kayu jati mereka ke negara Jepun, USA, negara-negara Eropah dan sebagainya yang mempunyai nilai matawang yang lebih tinggi daripada mereka bagi memperolehi keuntungan dari tukaran mata wang.

3. Penting untuk sektor pelancongan (Eko-pelancongan) seperti hutan lipur, air terjun, kepelbagaian spesis fauna dan flora yang menarik pelancong yang akan menambahkan pendapatan penduduk dan negara. Di Malaysia sebagai contoh, perkembangan pesat sektor pelancong amat dibantu oleh khazanah kepelbaaian biologi hutannya. Oleh itu kawasan hutan seperti Taman Negara di Pahang, hutan Endau – rompin, Taman negara Sepilok amat terkenal sebagai destinasi pelancongan utama.

4. Membantu memajukan industri-industri yang berkaitan dengan sumber hutan (industri hiliran) seperti industri membuat perabot, industri pembinaan (perumahan) serta industri pengangkutan. Dengan adanya industri-industri ini maka kepelbagaian ekonomi dan rantaian ekonomi di sesebuah negara berkembang dengan pesat. Selain itu dengan adanya industri-industri yang berkaitan ini juga ia telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk dalam pelbagai sektor seperti pekerja kilang pemprosesan kayu balak, pekerja kilang perabot, pemandu di sector pengangkutan dan sebagainya. Ini akan menambahkan lagi pendapatan perkapita penduduk dan taraf hidup mereka sekaligus pengganguran dan kemiskinan dapat dikurangkan.

5. Menjadi kawasan tadahan air yang membekalkan air kepada empangan yang diproses untuk dijual kepada penduduk atau dieksport ke negara lain yang kelak menghasilkan pendapatan negara. Dalam kes ini Malaysia dan Singapura boleh dijadikan contoh. Dalam kes ini sumber-sumber air di Johor telah diproses untuk dijual ke Singapura dan hasil jualan diperolehi sebagai sumber pendapatan eksport Negara.

c) Bincangkan kesan penyahutanan terhadap aspek kepelbagaian biologi di negara-negara berkenaan. [10m]

1. Pelbagai spesis fauna dan flora diancam kepupusan/kemusnahan akibat kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hutan dimusnahkan/dinyahkan maka fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan musnah sama sekali. Dengan itu hidupan lain yang bergantung kepada tumbuhan seperti herbivor (kancil, rusa) akan kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hal ini berlaku ia memberi kesan kepada hidupan-hidupan lain yang sememangnya saling bergantung di dalam sesebuah hutan.

2. Penghijrahan spesis akibat pemusnahan habitat .Hutan berfungsi sebagai satu habitat. Proses penyahutanan memusnahkan sama sekali habitat. Kemusnahan habitat mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Justeru itu haiwan-haiwan akan berhijrah ke hutan/habitat lain untuk mencari perlindungan atau tempat baru. Di tempat baru ini mereka terpaksa bersaing dengan koloni lain. Persaingan intra dan interspesis akan berlaku dan mana-mana spesis yang kalah akan musnah dan pupus.

3. Menggangu kestabilan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga, komponen biotik dan abiotik yang kelak menggangu keseimbangan ekologi setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila huan-hutan dimusnahkan. Ketidakseimbangan ekologi mikro dan makro akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap unsure-unsur lain seperti cuaca, hakisan, banjir/hidrologi dan sebagainya.

4. Menggangu kehidupan orang asli di dalam hutan yang dianggap sebagai komponen penting untuk menstabilkan ekosistem hutan. Memusnahkan pelbagai spesis herba yang sangat bernilai.

25 October 2009

Masjid Sultan Abu Bakar

Photobucket

Masjid Slim River

Photobucket

Masjid UKM

Photobucket

Soalan Sistem Bumi

1 a) Walaupun jumlah tenaga matahari yang sampai ke sistem bumi sedikit tetapi sudah cukup untuk menggerakkan sistem-sistem bumi. Jelaskan [12 markah]

b) Nyatakan peranan tenaga suria dalam mempengaruhi proses luluhawa [8 markah]

2 a) Pada musim tertentu sesetengah kawasan mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malam. Bincangkan pernyataan ini. [12 markah]

b) Terangkan kepentingan tenaga suria kepada sistem bumi [13 markah]

Skema

1 a) Sistem atmosfera: Tenaga matahari mempengaruhi imbangan haba sehingga mewujudkan perbezaan tekanan atmosfera dan ini berupaya menggerakkan edaran umum atmosfera/angin
Sistem hidrologi: Tenaga matahari menjana pelbagai proses menegak seperti sejat peluhan, susupan dan kerpasan serta proses mendatar seperti larian air permukaan, air bawah tanah dan alir lintang (awan).

Sistem Geomorfologi: Tenaga matahari memanas dan memecahkan batuan melalui proses luluhawa dan melalui perantaraan air, angin dan tumbuhan akan menjana proses pergerakan jisim, hakisan, pengangkutan dan pemendapan.
Sistem ekologi: Tenaga matahari digunakan oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis dengan bantuan air dan karbon dioksida untuk meneruskan aliran tenaga dan pelbagai kitar nutrien.


b) Peranan tenaga suria terhadap luluhawa melalui proses-proses seperti

Tindakan pengembangan dan penguncupan akibat perubahan suhu yang ekstrem. Pada waktu siang pemanasan matahari menyebabkan lapisan luar batuan mengembang lebih cepat daripada bahagian luar batuan. Sebaliknya pada waktu malam suhunya rendah menyebabkan lapisan luar batuan menyejuk dan mengecut lebih cepat. Proses yang berulang-ulang akan menyebabkan lapisan luar batuan merekah dan pecah secara mengelupas selapis demi lapis.
Penghabluran garam: Akibat suhu yang tinggi proses sejatan yang tinggi akibat panas yang melampau mampu menarik garam galian dari dalam bumi naik ke permukaan melalui daya tarikan kapilari. Larutan garam yang naik ke permukaan akan tersejat meninggalkan hablur garam yang keras dan banyak. Pembesaran hablur garam akan menimbulkan kuasa tekanan dan ketegangan atas dinding rekahan dan akhirnya pecah bersepai.
Proses pembasahan dan pengeringan: Di kawasan tropika lembab musim hujan dan kering yang nyata menyebabkan proses pembasahan akan menyebabkan batuan mengembang dan tenaga suria akan mengeringkan batuan dengan menyejat air menyebabkan batuan mengecut. Proses yang berulang akan menyebabkan batuan pecah.
Tindakan fros: Pada musim sejuk , air di celah batuan akan membeku dan isipadu bertambah 10% dan menambah kuasa tekanan pada dinding rekahan . Pada musim panas, tenaga suria akan mencairkan ais dalam rekahan dan berlaku kenduran pada dinding rekahan. Proses yang berulang akan menyebabkan rekahan bertambah luas dan akhirnya pecah.


2 a) Pada musim tertentu sesetengah tempat mengalami siang lebih panjang daripada malam kerana
a. Peredaran bumi mengelilingi matahari pada solstis musim panas 21 Jun, matahari akan berada tegak di atas kepala di kawasan garis lintang sartan (23 ½ U)(1m).
Pada masa ini kawasan yang terletak dalam lingkungan garis lintang ini mempunyai waktu siang dan malam yang tidak sama panjang. Di kawasan Hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malam(2m).
Manakala di kawasan Hemisfera Selatan pula mengalami malam yang lebih panjang daripada waktu siang(2m).
Pada masa ini Hemisfera mengalami musim panas sementara Hemisfera Selatan mengalami musim sejuk.(1m)

b. Pada 22 Disember matahari berada tegak di Garisan Jadi (23 ½ S )(1m) .
Hemisfera Utara mengalami waktu malam yang lebih panjang daripada waktu siang(2m) sementara di Hemisfera selatan kawasan ini mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malam(2m).
Pada masa ini Hemisfera selatan mengalami musim panas sementara Hemisfera utara mengalami musim sejuk.(1m)



b) Kepentingan tenaga suria kepada sistem bumi

Sistem atmosfera: semua proses dalam atmosfera bermula dengan adanya tenaga haba, tanpa tenaga haba, tindakan angin, hujan/kerpasan, ribut, taufan, petir dll tidak akan berlaku. Contohnya dalam kejadian hujan bermula dengan tenaga suria memanaskan permukaan bumi untuk membolehkan wap air tersejat ke udara. Semakin tinggi wap air naik ke udara proses kondensasi akan berlaku menunjukkan tenaga haba dalam jisim udara berkurangan dan suhu menjadi rendah sehingga wap air menjadi tepu dan akhirnya turun sebagai hujan. Syarat untuk angin bertiup apabila wujud perbezaan tekanan udara akibat perbezaan suhu antara dua tempat.

Sistem geomorfologi: Dalam proses luluhawa fizikal tenaga suria diperlukan dalam proses pengembangan dan penguncupan batuan. Perubahan suhu yang ekstrem secara berulang akan menyebabkan batuan tersepai/pecah. Hakisan glasier berlaku dengan giat apabila musim panas apabila suhu meningkat untuk membolehkan glasier cair dan melakukan hakisan dengan giatnya.

Sistem hidrologi: Untuk memulakan proses dalam kitar hidrologi sejumlah tenaga suria diperlukan untuk memulakan proses sejatan di permukaan air laut, tasik dan sungai. Begitu juga dengan proses sejat peluhan dari tumbuhan dan lembapan tanih yang memerlukan tenaga haba untuk melakukan proses transpirasi bagi membolehkan wap air terbebas menerusi liang stomanya.

Sistem Ekologi: Kepentingan tenaga suria kepada tumbuhan ialah kepada tumbesaran tumbuhan dalam ekosistem tersebut kerana tumbuhan sebagai pengeluar yang akan membekalkan makanan kepada pengguna seterusnya dalam rantaian makanan. Tanpa tenaga suria tiada proses fotosintesis untuk membuat makanan dan tiada tumbuhan untuk membekalkan makanan kepada pengguna seterusnya termasuk manusia.

24 October 2009

Soalan Sistem Bumi

BAB 1: SISTEM BUMI

1 a) Huraikan jenis-jenis sistem alam fizikal [10 markah]

b) Berdasarkan contoh-contoh tertentu, tunjukkan keadaan saling bergantung antara sistem- sistem bumi [15 markah]

2 a) Jelaskan maksud sistem dari sudut alam sekitar fizikal [6 markah]

b) Huraikan ciri-ciri sistem alam sekitar fizikal [7 markah]

c) Merujuk contoh-contoh yang khusus, tunjukkan kesan terhadap sistem-sistem fizikal yang
lain apabila sesuatu sistem mengalami perubahan [12 markah]

3 a) Bezakan konsep sistem terbuka dengan sistem tertutup [6 markah]

b) Pilih satu jenis sistem terbuka
i. Huraikan peranan tenaga suria terhadap sistem tersebut [7 markah]
ii. Terangkan kepentingan sistem yang anda pilih itu kepada sistem-sistem alam sekitar
fizikal yang lain [12 markah]

4 a) Namakan planet-planet yang terdapat dalam sistem suria [9 markah]
b) Kenapakah bumi dikatakan sebagai sebuah planet yang hidup? [6 markah]

c) Huraikan fenomena yang berlaku akibat putaran dan peredaran bumi [10 markah]

5 a) Jelaskan sebab-sebab bumi hanya mendapat sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan
tenaga matahari [ 5 markah]

b) Mengapakah sesetengah kawasan mengalami musim panas dan musim sejuk tetapi tidak
berlaku di sesetengah kawasan yang lain? [10 markah]

c) Terangkan bagaimana pengaruh matahari menentukan kegiatan pertanian di kawasan
tropika lembap. [10 markah]

6 a) Nyatakan pengaruh tenaga suria terhadap kehidupan manusia di bumi [6 markah]

b) Mengapakah pada masa kini sistem bumi didapati menerima tenaga suria yang berlebihan
[9 markah]

c) Huraikan kesan negatif terhadap sistem dan kehidupan di bumi apabila ia terpaksa
menerima tenaga suria berlebihan? [10 markah]

7 a) Jelaskan perbezaan tenaga endogenik dan tenaga eksogenik [6 markah]

b) Tunjukkan kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem-sisten bumi [9 markah]

c) Jelaskan pengaruh permukaan bumi terhadap nilai albedo tenaga suria. [10 markah]
Skema

1 a) Jenis-jenis sistem alam sekitar fizikal

Terdapat 3 jenis sistem alam sekitar fizikal iaitu:
Sistem terpencil (isolated system) – sistem jenis ini mempunyai sempadan tertutup dan tidak membenarkan keluar masuk tenaga dan bahan ke dalamnya. Sistem ini terdapat di dalam makmal sahaja.
Sistem tertutup (closed system) – sistem ini mempunyai sempadan tertentu yang hanya membenarkan pertukaran tenaga sahaja tetapi tidak membenarkan pertukaran bahan. Contohnya Bumi dengan Matahari iaitu bumi menerima tenaga sahaja drp matahari.
Sistem terbuka (open system) – sistem yang membenarkan keluar masuk tenaga dan bahan menerusi sempadannya. Sistem ini akan bergerak dan beroperasi sampai ke tahap stabil. Sistem ini banyak terdapat di alam nyata . Contohnya sistem cerun, sistem hutan dll

b) Saling kaitan antara sistem-sistem bumi
Sistem bumi terdiri daripada empat sistem alam sekitar fizikal yang saling berinteraksi dalam hubungan yang kompleks iaitu sistem Geomorfologi, sistem atmosfera, sistem ekologi dan sistem hidrologi. Sebarang perubahan atau gangguan kepada sesebuah sistem akan turut mempengaruhi sistem-sistem yang lain. Contohnya saling kaitan dalam konteks Kitaran Hidrologi:
Dalam kitaran Hidrologi, proses sejatan berlaku di permukaan air spt laut, diikuti pula oleh proses pemeluwapan dan kerpasan berlaku dalam sistem atmosfera.
Seterusnya proses pintasan/cegatan silara dari tumbuh-tumbuhan yang berlaku dalam sistem ekologi. Air hujan yang turun akan sampai ke permukaan sehingga berlaku proses larian permukaan dan proses infiltrasi yang berlaku dalam sistem geomorfologi.
Akhirnya rembesan aliran air bawah tanah , akuifer yang membekalkan air kepada sungai, kolam, tasik dan empangan dalam sistem hidrolgi. Dalam konteks ini sistem hidrologi sendiri bertindak sebagai proses dan penyedia air manakala sistem-sistem lain sebagai medium/bahantaranya kerana peringkat-peringkat dalam kitaran hidrologi akan melibatkan keempat-empat sistem tersebut.

2 a) Maksud sistem
Sistem adalah satu set angkubah/pembolehubah atau unsur-unsur / objek/komponen-komponen yang saling bertindak antara satu sama lain sebagai satu keseluruhan yang kompleks untuk mencapai kesimbangan bagi sesuatu sistem

b) Ciri-ciri sistem alam sekitar fizikal
Sesuatu sistem itu mempunyai
i. objek-objek/ komponen / pemboleh ubah/ angkubah yang saling berinteraksi antara satu sama lain
ii. Mempunyai sempadan tertentu yang jelas dan boleh dibezakan dengan sistem yang lain
iii. Mempunyai jisim/bahan seperti air, mineral yang boleh keluar masuk dari sempadan sistem tersebut
iv. Mempunyai tenaga yang boleh mengalir, masuk dan keluar dari sempadan sistem itu
v. Kesemua angkubah/objek berinteraksi untuk mencapai kestabilan/tahap keseimbangan
vi. dinamik iaitu akan mengalami perubahan/tindakbalas ke atas sesuatu gangguan untuk mencapai keseimbangan. Tindakbalas dalam sistem boleh bersifat positif atau negatif

c) Kesan yang dialami oleh sistem-sistem fizikal lain apabila sesuatu sistem mengalami perubahan: Contohnya Pemanasan suhu global.
Makenisme kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon adalah gangguan kepada sistem atmosfera. Ini kerana bajet haba yang diterima oleh bumi menjadi tidak seimbang. Bumi telah menerima lebihan bahangan suria menyebabkan suhu dunia meningkat.
Kesannya yang akan dialami oleh sistem geomorfologi apabila litupan ais benua dan pergunungan cair, membanjiri laut, menenggelamkan daratan yang rendah disamping meningkatkan kadar hakisan ombak.
Kesan lain ialah penenggelaman daratan akan memberi risiko besar kepada sistem ekologi terutama manusia untuk hidup, mendirikan petempatan dan menjalankan aktiviti pertanian selain pemanasan global juga menjejaskan kesihatan manusia dengan pelbagai penyakit spt barah kulit, katarak mata dll.Di samping itu manusia akan sentiasa rimas, panas dan tidak selesa.

3 a) Perbezaan antara sistem terbuka dengan sistem tertutup
Sistem terbuka mempunyai sempadan tertentu yang hanya membenarkan pertukaran tenaga sahaja tetapi tidak membenarkan pertukaran bahan. Contohnya Bumi dengan Matahari iaitu bumi menerima tenaga sahaja drp matahari tetapi sistem terbuka adalah sistem yang membenarkan keluar masuk tenaga dan bahan menerusi sempadannya. Sistem ini akan bergerak dan beroperasi sampai ke tahap stabil. Sistem ini banyak terdapat di alam nyata . Contohnya sistem cerun, sistem hutan dll

b) Sistem terbuka dipilih contohnya dalam sebuah ekosistem hutan Hujan tropika. Peranan tenaga suria terhadap sistem tersebut ialah:
i. Tenaga suria akan membekalkan tenaga untuk proses fotosintesis dan tenaga itu akan disimpan oleh tumbuhan dalam bentuk karbohidrat, protein, lemak dan asid tumbuhan dalam daun, batang, bunga, buah dan sebagainya.
ii. Tumbuhan tersebut akan dimakan oleh haiwan lain melalui rantaian makanan dan memindahkan tenaga ke setiap komponen dalam ekosistem tersebut.
iii. Tumbuh-tumbuhan juga akan melakukan proses perpeluhan dan akan tersejat melalui sejat peluhan ke atmosfera dengan adanya tenaga suria.
iv. Tenaga suria juga akan menyejat air dari tasik, sungai dan tumbuhan melalui proses sejat peluhan untuk membentuk wap air di atmosfera sehingga berkumpul membentuk awan dan seterusnya menghasilkan hujan apabila berlaku pembebasan haba pendam.


c) Kepentingan ekosistem hutan hujan tropika kepada sistem-sistem alam sekitar fizikal yang lain ialah:
1. Kepada sistem ekologi :Hutan hujan tropika menjadi habitat kepelbagaian biologi khususnya fauna seperti hidupan liar yang boleh hidup , membesar dan membiak dengan sempurna di dalam ekosistem hutan yang stabil tanpa diganggu oleh manusia
2. Kepada sistem geomorfologi: Hutan hujan tropika merupakan pelindung daripada hakisan tanah. Litupan tumbuhan melindungi tanih daripada hakisan percikan atau hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan larian air permukaan. Sistem akarnya membantu mengurangkan hakisan terutama di cerun-cerun.
3. Kepada sistem hidrologi: Hutan berperanan mengawal keseimbangan kitar hidrologi iaitu sebagai kawasan tadahan air yang akan menentukan bekalan air sungai, tasik, kolam , paya dan empangan serta berfungsi menyerap air masuk ke dalam tanah melalui proses infiltrasi/susupan serta menjamin bekalan air bawah tanah
4. Kepada sistem atmosfera: Hutan tebal juga berlakunya proses transpirasi yang membebaskan wap air ke udara. Wap air ini akan tersejat ke atmosfera dan menjadi punca kepada kelembapan udara dan seterusnya mengawal suhu udara. Hutan juga mengawal imbangan gas di udara apabila menggunakan karbon dioksida dan membebaskan oksigen ke atmosfera. Selain itu hutan juga berperanan mengurangkan kelajuan angin dengan berkesan.

4 a) Planet-planet yang terdapat dalam sistem suria ialah:
Utarid, Zuhrah, Bumi, marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan pluto

b) Bumi dikatakan sebagai sebuah planet yang hidup kerana mempunyai empat sfera utama yang berfungsi sebagai penerus kehidupan misalnya:
i. atmosfera : mengandungi pelbagai gas terutama oksigen yang berguna untuk pernafasan semua hidupan, fenomena cuaca spt hujan untuk bercucuk tanam dan keperluan hidup manusia, tumbuhan dan haiwan. Pelbagai lapisan di atmosfera berperanan menjadi pelindung kepada kehidupan di bumi spt lapisan ozon.
ii. Hidrosfera ; Komponen air dari tasik, sungai, kolam, paya penting sebagai penerus kehidupan di atas muka bumi
iii. Litosfera: Lapisan kerak bumi menjadi pentas kepada kehidupan manusia dan melalui pelbagai bentuk bumi dapat digunakan oleh manusia untuk pelbagai kegunaan seperti bertani, melombong dan membina petempatan
iv. Biosfera : komponen yang dihuni oleh hidupan termasuk tumbuhan, haiwan dan manusia. Komponen ini penting sebagai penyedia makanan dan habitat kepada hidupan di bumi

c) Fenomena akibat putaran bumi
kejadian siang dan malam: semasa berputar permukaan bumi yang menghadap matahari akan mengalami siang manakala permukaan bumi yang terlindung akan mengalami malam

kejadian pasang surut air laut: Tarikan graviti bulan akan menarik air laut di permukaan bumi yang menghadap bulan menyebabkan berlaku pasang sementara bahagian yang tidak menghadap bulan akan mengalami surut. Apabila matahari berada selari dengan bulan maka tarikan graviti yang kuat dari bulan dan matahari akan menyebabkan berlaku pasang perbani


Fenomena akibat peredaran bumi
kejadian empat musim: Apabila bumi beredar mengelilingi matahari dengan kecondongan paksinya menyebabkan kedudukan matahari berbeza mengikut garis lintang pada tarikh-tarikh tertentu sehingga mewujudkan empat musim iaitu
Ekuinoks musim bunga pada 21 mac
Solstis musim panas pada 21 Jun
Ekuinoks musim luruh pada 23 September
Solstis musim sejuk pada 22 Disember
kejadian gerhana bulan dan matahari: Gerhana berlaku apabila kedudukan bulan, bumi dan matahari pada satu garisan mendatar yang sama.
Gerhana bulan: berlaku apabila bumi berada di antara bulan dan matahari
Gerhana matahari: berlaku apabila bulan berada di antara bumi dengan matahari

5 a)
Bumi hanya menerima sebahagian kecil sahaja daripada tenaga suria kerana tidak semua tenaga suria akan sampai dan diterima oleh permukaan bumi. Sebahagian besarnya akan diserap, ditapis, diserak dan dibalikkan oleh lapisan ozon dan juga atmosfera. Hanya sebahagian kecil sahaja yang sampai ke permukaan bumi untuk digunakan oleh seluruh hidupan dan makhluk di atas muka bumi iaitu kira-kira 47% sahaja daripada jumlah tenaga suria.

b) i. Faktor peredaran bumi mengelilingi matahari dan putaran bumi di atas paksinya yang condong menyebabkan kedudukan matahari pada garis lintang berbeza.
Apabila matahari berada tegak di Garisan sartan maka bahagian hemisfera utara akan mengalami musim panas sementara hemisfera selatan akan mengalami musim sejuk. Di kawasan khatulistiwa tidak mengalami keadaan musim yang ketara kerana penerimaan cahaya matahari yang tinggi dan konstant. Hal ini berbeza di kawasan kutub. Pada waktu tertentu tempoh siang dan malamnya adalah 24 jam
Apabila matahari berada di Garisan Jadi maka bahagian Hemisfera selatan akan mengalami musim panas sementara Hemisfera Utara akan mengalami musim sejuk sebaliknya keadaan itu tidak dialami oleh kawasan khatulistiwa.
ii. faktor perihelion dan afelion iaitu semasa bumi mengelilingi matahari dalam orbit bujur maka terdapat jarak yang berbeza pada lokasi yang berbeza antara bumi dengan matahari. Pada jarak lebih dekat (perihelion) maka bumi akan terima banyak tenaga suria sebaliknya pada jarak yang jauh (afelion) makan bumi akan terima jumlah tenaga suria yang sedikit. Oleh itu kerana sifat bumi berbentuk sfera maka ada kawasan yang mengalami musim sejuk dan musim panas sementara kawasan lain tidak mengalaminya.

c) Pengaruh matahari dalam menentukan kegiatan pertanian di kawasan tropika lembap:
Kawasan tropika lembap seperti di Malaysia yang mempunyai suhu tinggi(27 C) dan hujan lebat(2030mm) sepanjang tahun.
i. Keadaan iklim sedemikian membolehkan kegiatan pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun
ii. Penerimaan cahaya matahari yang banyak juga membolehkan proses pengeringan hasil-hasil tani dengan sempurna misalnya kelapa, padi , koko dll
iii. Penerimaan cahaya matahari menggalakkan proses fotosintesis ini membolehkan tanaman hidup subur di kawasan tropika lembap
iv. Pengaruh matahari juga menyebabkan proses sejat peluhan berlaku iaitu proses ini membolehkan lebihan air pada tumbuhan dikeluarkan dan membantu penyuburan pokok dan mengelakkan terlalu berkulat
v. Cahaya matahari yang banyak membolehkan pengeringan sisa-sisa pertanian, pokok belukar dan rumput mati untuk dibakar bagi membersihkan ladang dan dijadikan baja.

6 a) Pengaruh tenaga suria terhadap kehidupan manusia di bumi
i. Penternakan - membolehkan kegiatan pindah ternak(transhumance) pada musim panas ternakan dibiarkan meragut bebas sementara pada musim sejuk lembu dikurung dalam kandang
ii. Pertanian – tenaga suria akan mempengaruhi bilangan hari-hari untuk bertani. Biasanya tanaman padi perlukan musim panas untuk padi masak dan menuai. Kegiatan penanaman sayuran dapat dijalankan sepanjang tahun
iii. Pelancongan – musim panas dan musim sejuk
iv. Pembalakan – musim salji di kawasan sederhana
v. Perlombongan- kawasan khatulistiwa berbeza dengan kutub kerana kegiatan dapat dijalankan sepanjang tahun
vi. Aktiviti sosial- pakaian dan tempat tinggal

b) Pada masa kini sistem bumi menerima lebihan tenaga suria kerana
Sinaran matahari dapat menembusi ruang atmosfera dengan lebih banyak kerana berlaku penipisan lapisan ozon menyebabkan bahang matahari sampai lebih banyak ke bumi.
Bahang bumi tidak dapat dikeluarkan ke angkasa kerana pelbagai gas pencemar di atmosfera menyekat bahang bumi dibebaskan. Ini menyebabkan berlaku lebihan bahangan di ruang atmosfera bumi.


c) Kesan lebihan tenaga suria terhadap sistem bumi dan kehidupan manusia
i. peningkatan suhu global – mencairkan ais di kutub dan menenggelamkan kawasan rendah serta meningkatkan kadar hakisan ombak
ii. Peningkatan kemasukan pancaran ultraungu akan memberi kesan kepada kulit iaitu kulit menjadi gelap dan pendedahan yang lama akan menyebabkan barah kulit
iii. Kekurangan sumber makanan akibat perubahan suhu akan mengurangkan pembentukan plankton seterusnya mengurangkan jumlah ikan dan hasil laut
iv. Menghadkan aktiviti luar rumah kerana pemanasan akan menjadikan keadaan rimas, panas dan tidak selesa
v. Kehilangan air daripada sistem badan berlaku dengan lebih cepat atau berlebihan
vi. Peningkatan pancaran ultraungu akan melemahkan sistem pelalian manusia dan mempengaruhi genetik sehingga menyebabkan kecacatan.

7 a) Tenaga endogenik ialah tenaga dalaman yang berpunca dari dalam bumi seperti tenaga graviti, radiogenik dan tenaga haba yang amat penting untuk proses-proses tektonik kerak bumi seperti gempa bumi, gunung berapi, lipata, gelinciran dan sebagainya. Tenaga endogenik termasuklah tenaga seismic(gempa bumi), tenaga vulkanik(gunung berapi) dan tenaga atomic daripada galian plutonium, uranium dll. sementara tenaga eksogenik ialah tenaga yang berpunca dari luar bumi iaitu tenaga matahari yang akan digunakan oleh hidupan di bumi dengan menukarkan kepada bentuk tenaga lain seperti tenaga kimia, tenaga kinetik dan tenaga potensi

b) Kepentingan tenaga eksogenik kepada sistem-sistem bumi
Tenaga eksogenik ialah tenaga daripada matahari
i. sistem atmosfera: tenaga suria diperlukan untuk memanaskan permukaan air bagi membolehkan air tersejat menjadi wap air. Semakin tinggi wap air naik ke udara proses kondensasi berlaku dan akhirnya turun sebagai hujan
ii. Sistem geomorfologi : dalam luluhawa fizikal tenaga suria diperlukan untuk meningkatkan suhu dan menurunkan suhu mengikut perubahan siang dan malam sehingga menyebabkan batuan pecah
iii. Sistem hidrologi: Untuk memulakan proses-proses dalam kitaran hidrologi spt sejat peluhan tenaga matahari diperlukan misalnya sejumlah 600 kalori tenaga haba bagi setiap 1 gm air pada suhu 0 darjah
iv. Ekologi: tenaga suria penting untuk tumbesaran tumbuhan kerana proses fotosintesis memerlukan bekalan tenaga suria yang cukup kepada tumbuhan yang bertindak sebagai pengeluar

c) Pengaruh muka bumi terhadap nilai albedo
i. warna permukaan bumi yang gelap seperti hutan, batuan, permukaan bertar lebih banyak menyerap tenaga suria berbanding permukaan yang cerah seperti salji yang lebih banyak membalikkan tenaga suria. Ini menyebabkan nilai albedo atau pembalikan tenaga suria oleh permukaan bumi adalah berbeza-beza.
ii. Permukaan bumi yang bertekstur kasar dan kasp seperti permukaan bertar dan dinding konkrit adalah lebih banyak menyerap haba berbanding permukaan yang rata dan licin
iii. Struktur bumi yang mendatar lebih banyak menerima haba berbanding dengan struktur permukaan yang menegak
iv. Daratan dan air . daratan lebih cepat panas dan cepat sejuk berbanding air

Majlis Graduasi Tingkatan 6 Atas SMK Tinggi Kajang 2009



YDP PIBG Menyempurnakan Majlis Graduasi kali ke 9.



Kumpulan Koir 6 Atas



Menyampaikan Lagu Kau Ilhamku



Pemuzik mengiringi Koir di ketuai oleh Sdri Tan Yin Ying (Keyboard)



Ikrar Azam dan Setia


Taniah dan syabas kepada AJK pelaksana Majlis Graduasi Tingkatan 6 Atas 2009 yang pada ambo melaksanakan tugas dengan cemerlang sekali.
Terima kasih kepada rakan-rakan guru yang hadir kerana sokongan anda semua kepada Majlis Sekolah dan anak didik STPM 2009.
Semoga Majlis kali ini menjadi pembakar semangat kepada anda semua pelajar STPM 2009 untuk cemerlang dalam peperiksaan nanti...cikgu doakan.





Masjid Kuala Pilah


Masjid Pekan Kuala Pilah 23/10/2009

22 October 2009

Masjid Ubudiah K.Kangsar



Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.

21 October 2009

Lagi Kejadian Sejadah Beribadat.


Sumber: Berita Harian 21/10/2009


MURID-MURID dan penduduk kampung melihat kejadian sejadah berdiri di surau SK Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.



PASIR MAS - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkut, Repek dekat sini gempar apabila 35 helai sejadah yang berada di dalam surau sekolah berkenaan didapati berdiri.
Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu kelihatan seolah-olah lelaki dan wanita sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk antara dua sujud.
Sejadah-sejadah tersebut juga seperti sedang berjemaah dengan sehelai daripadanya seolah-olah menjadi imam dan diikuti dengan 15 helai di ruang sembahyang lelaki dan 19 helai lagi di ruang sembahyang wanita.
Kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 10.55 pagi oleh seorang pelajar tahun dua, Nurul Huda Mat Jali, 8, yang sedang mengikuti kelas pemulihan bersama beberapa pelajar lain di pondok berhampiran surau berkenaan.
"Saya secara tidak sengaja ternampak sejadah seperti sedang bersembahyang melalui celah pintu. Saya beritahu kawan dan dia memaklumkan kepada guru," katanya ketika ditemui semalam.
Sementara itu, guru terbabit, Adnan Abdullah, 37, berkata, dia terkejut apabila melihat sejadah-sejadah tersebut berada dalam keadaan berdiri dan seolah-olah menunaikan sembahyang secara berjemaah.
"Keadaan sejadah tersebut seperti berada dalam saf sembahyang, ada yang tinggi dan rendah seperti jemaah dewasa bersama jemaah kanak-kanak," ujarnya.




Sumber : Kosmo Online 21/10/2009.

20 October 2009

Bolasepak Pantai ada Potensi Di Malaysia



Semasa bercuti sempena Deepavalli ambo sempat tengok game final Bolasepak pantai anjuran FAM buat julung kalinya di Teluk Cempedak, Kuantan. Aksi final menemukan 'Team Penyu' -Negeri Terengganu dgn 'Team Jelapang Padi' - Kedah. Tahniah & syabas untuk team penyu yang menang game ni 6-2. Kapten penyu, pada ambo cemerlang sekali... tahniah 1 kali lagi.
Cadangan ambo, FAM kena perbanyakkan lagi kejohanan seperti ni baru lah anak Malaysia ada potensi masuk world Cup.


Polis Merempit!






Ambo terserempak dengan satu kumpulan polis trafik menjalani latihan di Stesen Petronas Muazam Shah semalam. Depa bukan merempit....moga abg polis cepat lulus & boleh jaga lalulintas kasi kurang itu 'eksiden'.

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



Masjid KL dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta, 2009.

Masjid Negeri, Pahang



Masjid Negeri. Pahang di ambil semasa cuti Deepavalli 2009.

Masjid Bandar Baru Jempol



Ambo ambil dalam perjalanan ke Kuantan.

Masjid KUIS



Ambo ambil semasa Perkembangan Staff KHS di KUIS, 2008.

Masjid Mentakab



Masjid Mentakab ambo singgah semasa Kajian Luar di Taman Negara Pahang, 2008

Rumah-Nya



Mesjid berhampiran kem TUDM, Kuantan.

19 October 2009

TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA

UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM


Konsep Cuaca dan Iklim

Cuaca merujuk kepada fenomena harian yang sentiasa berubah mengikut tempat dan masa. Contohnya, cuaca tempat A mungkin tidak sama dengan tempat B walaupun jaraknya hanya beberapa kilometer.

Iklim merujuk kepada purata unsur-unsur cuaca seperti suhu, hujan, kelembapan udara dalam tempoh 35 tahun meliputi skala yang luas seperti sebuah negara atau rantau/wilayah.

Unsur-unsur cuaca

1. Suhu

Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat. Darjah kepanasan datang dari sinaran matahari atau bahangan matahari. Cthnya, sinar ultra unggu, sinar infra red, sinar gamma, sinar X. Sinar infra red yg paling banyak membawa tenaga haba. Apabila tenaga haba bertambah, maka udara akan menjadi panas dan indeks suhu akan meningkat. Indeks suhu di ukur dalam unit darjah selsius menggunakan termometer Six.

2. Kerpasan

Merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan beku. Unsur yang paling penting ialah hujan yang terjadi akibat proses pemeluwapan dan kondensasi. Akibat sejatan wap air akan naik ke atmosfera dan bercantum antara satu sama lain dengan bantuan nukleus kondensasi seperti garam galian dan bahan pencemar udara membentuk awan. Turun dalam bentuk hujan apabila awan mencapai tahap tepu. Hujan disukat menggunakan alat tolok hujan dan dinyatakan dalam unit milimeter.

3. Kelembapan udara

Merujuk kepada jumlah wap air yang terdapat dalam udara.
Terbahagi kepada dua:

a) Kelembapan mutlak – ialah kandungan wap air yang sebenarnya terdapat dalam udara pada satu masa. Dinyatakan dalam unit gram semeter padu (gm/m3).

b) Kelembapan bandingan – ialah nisbah jumlah wap air yang sebenarnya terdapat dalam udara berbanding dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh udara berkenaan dlm keadaan suhu tertentu dinyatakan dlm bentuk peratus.
Diukur menggunakan alat higrometer putar yang mengandungi termometer bebuli kering dan termometer bebuli basah.

4. Awan

Merupakan titisan air yang sangat halus yang berdiameter antara 0.02 mm hingga 0.06 mm serta terapung di udara. Terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku yang menyebabkan air terpeluwap di atmosfera. Berdasarkan ketinggian dan lokasi awan terbahagi kepada 4:
a) Awan tinggi – 6100 m – 12 000 m seperti awan sirus, sirostratus dan sirokulumulus.
b) Awan Pertengahan – 1200 m – 6100 m seperti awan altostratus, altokumulus.
c) Awan rendah – 0 – 1200 m seperti awan stratokumulus, stratus, nimbostratus.
d) Awan tegak – had dasar 180 m seperti awan kumulus dan kumulonimbus.

5. Tekanan udara

Tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera terhadap permukaan bumi. Pada paras laut tekanan udara normal ialah kira- kira 1.03 kg/cm2 bagi setiap permukaan yang terdedah kepadanya.
Berubah mengikut ketinggian. Udara semakin berkurangan apabila ketinggian bertambah dan beratnya juga berkurangan. Disukat dgn menggunakan alat barometer aneroid dlm unit milibar (mb). 1000 mb = 760 mm.

6. Angin

Adalah udara yang bergerak secara mendatar. Bertiup dari kws tekanan udara tinggi ke kws tekanan udara rendah. Arah tiupan merujuk kepada arah dari mana angin itu bertiup dan ditunjukkan oleh penunjuk arah angin. Halaju angin diukur menggunakan alat anemometer. kesan halaju angin boleh dilihat dengan menggunakan skala angin Beufort.

15 October 2009

AS-SABBUR

Yang Maha Penyabar - Dia (iaitu Allah) Yang Maha Penyabar dan tidak cepat memberi pembalasan ke atas yang berdosa. Allah tetap berkenan menerima taubat hamba-hamba-Nya yang benar-benar mahu bertaubat atas segala dosa yang telah diperbuatnya.
Ya-Sabbur
Insyaallah akan membebaskan kita dari kesulitan jika membaca Asma ini berulangkali sebanyak 3000 kali setiap hari terus-menerus hingga akhir hayat.
Sumber: Tafsir Sufi dan Fadhilat 99 Asma'ul-Husna, Iman Al-Qusyairi.

AR-RASYID

Yang Maha Bijak - Allah S.W.T. yang membimbing dan menunjukkan manusia ke jalan yang lurus sesuai dengan rencana-Nya.
Ya-Rasyid
Mereka yang berzikir Asma ini sebanyak 1000 kali antara waktu Maghrib dan Insyak secara terus-menerus, insyaallah akan menjadi bijak dan bebas dari kesulitan.

AL-WAARITS

Yang Maha Pewaris - Allah S.W.T adalah pemilik segala-galanya. Manusia hanya pemilik sementara. Pada hari kemudian, Allah jualah yang akan mewarisi seluruh alam berserta isinya.
Ya-Waarits
Meraka yang berulang kali menyebut Asma ini akan dikurniakan umur panjang serta berhasil dalam hidupnya, insyaallah.

AL-BAAQI

Yang Maha Kekal - Allah S.W.T. adalah Zat Yang Maha Kekal Abadi, Tidak mengalami perubahan, tidak akan binasa dan tidak akan berakhir.
Ya-Baaqi
Mereka yang dengan terus menerus berzikir Asma ini sebanyak 100 kali sebelum terbit matahari akan terhindar dari segala bencana selama hidupnya.

AL-BADI'U

Yang Maha Pencipta - Allah S.W.T. menciptakan semesta alam tanpa ada contoh.
Ya-Badi'u
Mereka mengucapkan "Ya Badi'us Samawati Wal Ardhi" sebanyak 70 kali setiap hari terus menerus akan dibebaskan dari kesulitan, insyaallah.

AL-HAADI

Yang Maha Pemberi Petunjuk - Allah S.W.T yamg memberi Petunjuk serta membimbing hamba-hamba-Nya ke jalan keselamatan.
Ya-Haadi
Mereka yang mengamalkan zikir 'Ya Haadi" sebanyak-banyaknya dengan terus menerus akan memperoleh ilmu kerohanian atas izin Allah jua.

6BA 2009



Happy Deepavalli to all indian Student from my class.

AN-NUUR

Yang Maha Bercahaya - Allah S.W.T. yang memberi cahaya kepada semesta alam, termasuk wajah-wajah, jiwa-jiwa dan kalbu hamba-hamba-Nya.
Ya-Nuur
Mereka yang mengulang-ulang Asma ini akan memperoleh cahaya yang terang di hatinya, insyaallah.

AN-NAAFI'U

Yang Maha Pemberi Manfaat - Allah S.W.T menciptakan segala sesuatu yang memberi kebaikan dan kemanfaatan.
Ya-Naafi'u
Allah S.W.T. akan melenyapkan dukacita, menyembuhkan penyakit serta menghindarkan bencana yang akan menimpa jika kita berzikir Asma ini sebanyak-banyaknya, insyaallah.

14 October 2009

Zon Aman Bebas Berkecuali

ZOPFAN

Latarbelakang

Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali' (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb. November, 1971.
Rasional

Beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara telah mendorongkan timbulnya konsep ZOPFAN ini. Faktor-faktor dan peristiwa itu ialah:

(i) Kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa-kuasabesar dalam konteks ketegangan politik Timur-Barat; pergolakan politik di Vietnam serta keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 70an. Perkembangan-perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara-negara ASEAN, kerana ianya mungkin menjejaskan kestabilan serantau.

(ii) Peperangan-peperangan di Korea dan di Vietnam telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara-negara kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini.

(iii) Semangat 'regionalisma' masa itu telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serantau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN.

Objektif

Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat, Russia dan Republik Rakyat China.
Strategi Pelaksanaan

Antara strategi-strategi utama yang telah digubal dan dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut adalah:-

(i) Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasa-kuasa besar tentang objektif atau usaha menjadikan

(ii) Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam jangka panjang.

(iii) Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas daripada senjata nuklear.

Dapat dirumuskan bahawa ZOPFAN tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kesanggupan kuasa-kuasa besar untuk mengiktiraf dan menjamin ZOPFAN dan sokongan padu kesemua anggota negara-negara ASEAN. Walau bagaimanapun, usaha ASEAN mencari penyelesaian politik di Kampuchea berdasarkan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Persidangan Antarabangsa mengenai Kampuchea (1981) mencerminkan tekad ASEAN untuk terus berusaha mencapai konsep ZOPFAN.

ADH-DHARRU

Yang Maha Pemberi Derita - Allah S.W.T. yang menciptakan penderitaan bagi makhluk-Nya.
Ya-Dharru
Mereka yang sedang derita sakit, jika mengucapkan Asma ini sebanyak 1001 kali setiap hari terus menerus, insyaallah akan sembuh.

AL-MAANI'U

Yang Maha Mencegah - Allah S.W.T. Maha Mampu mencegah segala sesuatu, baik yang mudarat mahupun yang manafaat.
Ya-Maani'u
Jika kita berzikir "Ya Maani'u" sebanyak 161 kali sebelum solat subuh, insyaallah, Allah akan memberikan kehidupan kekeluargaan yang baik serta terhindar dari kezaliman orang.

13 October 2009

AFTA

AFTA

Pengenalan

AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat.

Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN memiliki enam buah negara anggota iaitu, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Vietnam bergabung pada 1995, Laos dan Myanmar pada 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pada 1999. AFTA sekarang terdiri dari sepuluh buah negara ASEAN. Keempat-empat buah negara-negara anggota baru tersebut diwajibkan menandatangani perjanjian AFTA untuk menyertai ASEAN. Namun begitu, kelonggaran waktu telah diberi untuk memenuhi kewajiban pengurangan tarif AFTA.

Tujuan Perjanjian AFTA

Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN. Selain itu, dengan wujudnya AFTA, ia mampu menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN. Pada masa yang sama, pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-ASEAN. Seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar, pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran.
Perlaksanaan AFTA

Menurut Deklarasi Singapura 1992 (28 Januari 1992), Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ditubuhkan menggunakan Skim CEPT sebagai mekanisme utama mulai 1 Januari 1993 dengan tarif istimewa asas dari 0% hingga 5% dalam linkungan masa 15 tahun. Satu Majlis yang bertaraf kabinet juga ditubuhkan untuk mengawasi, menyelaras, dan meninjau perlaksanaan Perjanjian Skim CEPT untuk AFTA.

Pada 31 Januari 2003, perjanjian AFTA dan CEPT dipinda dalam perkara yang berkaitan dengan penghapusan duti-duti import. Antara perkara-perkara yang disentuh adalah:
Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapura, dan Thailand akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2010. Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Kemboja, Laos, Myanmar, dan Vietnam akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2015. Namun, penghapusan duti import bagi produk-produk sensitif dibenarkan tidak lewat daripada 1 Januari 2018.

Tip Jimatkan Tenaga

Tip-Tip Menjimatkan Tenaga

Pencahayaan, Komputer dan Skrin TV

Bertukarlah kepada lampu kalimantang dan juga lampu kalimantang mampat untuk pencahayaan dalaman . Lampu-lampu ini mahal sedikit daripada lampu mentol biasa, tetapi ia menggunakan hanya suku daripada tenaga yang digunakan oleh lampu mentol biasa serta mempunyai jangka hayat 10 kali ganda daripada lampu mentol biasa.
Gunakan cahaya semulajadi untuk cerahkan bilik . Buka langsir pada waktu siang berbanding membuka lampu.
Gunakan lampu meja di mana pencahayaan banyak diperlukan . Ini mengelakkan penggunaan pencahayaan sekeliling bilik.
Penggunaan komputer riba (laptop) atau skrin rata komputer . Komputer riba menggunakan hampir 30 % kurang tenaga berbanding komputer meja (desktop).

Umum

Tutup dan keluarkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua peralatan seperti pemain DVD, pemain VCR, television, and radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mod rehat dan tidak dimatikan. Mod rehat biasanya menggunakan hampir 20 % tenaga berbanding kegunaan biasa.

Pertimbangkan untuk menukar model lama peralatan elektrik anda, terutamanya jika ia lebih lama daripada 10 - 15 tahun. Model lama secara biasanya menggunakan lebih daripada 3 kali tenaga model-model baru.
Gunakan cat yang cerah untuk bilik. Ia membantu pemantulan cahaya daripada lampu yang dipasang.
Apabila anda membeli belah, pastikan anda menggunakan kaedah 2 tag harga. Tag pertama akan meliputi merupakan harga pembelian - anggap ia sebagai modal awal. Tag harga kedua adalah untuk kos operasi peralatan ini sepanjang jangka hayatnya. Anda akan membayar tag harga kedua setiap bulan melalui bil elektrik anda untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.
Bersihkan peralatan anda lebih kerap. Setelah peralatan mula digunakan, kotoran akan mula terkumpul di atas permukaan peralatan dan mengurangkan kerja (output) perkakas ini ataupun memaksa perkakas ni bekerja dengan lebih kuat untuk melakukan kerja, ini menggunakan lebih banyak.
Rujuk kepada label kecekapan tenaga apabila membeli peralatan elektrik . Produk-produk ini akan di label daripada 1 hingga 5 bintang, di mana 5 bintang membawa maksud lebih cekap. Label ini dihasilkan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (kini untuk peti sejuk sahaja); walau bagaimanapun, label ini bukan sesuatu yang mandatory untuk pengeluar peralatan ini. Sila rujuk kepada buku panduan kami untuk melihat label-label yang digunakan pakai di peringkat antarabangsa.
Jangan bazirkan air . Pembaziran air membazir tenaga kerana salah satu pengguna tenaga yang besar di beberapa Bandar adalah untuk membekalkan serta merawat air sisa.
Tempatkan papan atau almari kayu di atas dinding, terutamanya yang menghadap sinaran matahari yang terus . Ini adalah sebab kayu boleh menyerap haba, dan secara tidak langsung mengurangkan kepanasan dalam bilik.

Peti Sejuk Beku dan Peti Sejuk

Biarkan peti sejuk dimuatkan tidak melebihi dua per tiga (66.7 %) penuh dan ruangan sejuk beku 3 suku (75 %) penuh, serta tutup semua cecair serta bekas makanan dalam peti sejuk . Makanan yang tidak di tutup dan peti sejuk yang kosong mengambil lebih banyak tenaga untuk menyejuk.
Jangan membuka pintu sejuk beku atau peti sejuk dengan kerap . Berfikir dahulu dan rancang apa yang perlu di ambil keluar. Membuka pintu dengan kerap menyebabkan kehilangan udara dan ini akan menyebabkan lebih banyak tenaga digunakan untuk mengawal suhu udara dalam peti sejuk atau sejuk beku.
Pastikan anda defros (mencairkan ais) peti sejuk atau sejuk beku secara kerap atau bila perlu . Kawasan sejuk beku yang mempunyai ais yang banyak akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyejuk, dan ini akan menyebabkan penggunaan tenaga yang lebih banyak. Banyak model baru peti sejuk dan sejuk beku datang dengan defros automatik, pengguna dinasihatkan membeli dengan betul.
Anda tidak boleh menyimpan barangan yang panas terus ke dalam peti sejuk . Ini akan menyebabkan peti sejuk bekerja lebih untuk memastikan keadaan kembali sejuk, senantiasa pastikan makanan sejuk dahaulu sebelum di simpan dalam peti sejuk. Jangan meletakkan peti sejuk berdekatan dengan kepanasan seperti sinaran matahari dan juga berdekatan dengan dapur. Sentiasa pastikan terdapat ruangan sekeliling peti sejuk untuk pengudaraan . Jangan rapatkan peti sejuk kepada dinding.
Dapur, tandas, bilik

Seterika pakaian yang banyak sekaligus . Ini boleh mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika setiap kali digunakan.
Jika anda menggunakan mesih basuh dengan kerap, mungkin anda patut membeli mesin basuh muatan depan . Ini kerana ianya 15% lebih cekap tenaga dan menggunakan 40% kurang air daripada mesin basuh muatan atas. Walau bagaimanapun, mesin basuh muatan depan lebih mahal daripada muatan atas.
Pastikan mesin basuh digunakan dengan muatan penuh . Ulangan basuhan dengan kuantiti pakaian yang sedikit hanya menggunakan lebih banyak tenaga.
Hanya didih air yang diperlukan dalam cerek . Mendidih air yang lebih dan tidak menggunakannya hanya membazir tenaga.
Tutupkan suis kipas apabila anda tiada dalam bilik . Kipas hanya mengurangkan kepanasan dari badan, ia tidak dapat mengurangkan suhu bilik. Maka, membiarkan kipas berfungsi tidak dapat menjadikan bilik sejuk.
Gunakan tenaga semulajadi untuk pemanasan . Ia mungkin mahal sedikit untuk memasang peralatan ini tetapi ia adalah sumber yang boleh diperbaharui dan tiada bil elektrik untuk ini. Sebenarnya, ia adalah lebih murah untuk memasang sel solar untuk pemanasan berbanding sel solar untuk penjanaan elektrik. Dalam kes-kes tertentu, bagi penggunaan yang tinggi, adalah dinasihati supaya sel solar untuk pemanasan dipasang untuk tujuan ini, dalam jangkamasa 10 tahun beberapa ribu ringgit dapat dijimatkan.
Tetapkan suhu penyaman udara pada 24 - 26 ºC berbanding kelembapan relative (relative humidity-RH) di antara 60% dan 70%. Perubahan daripada 20 ºC kepada 24 ºC dapat menjimatkan tenaga hamapir 33%. Tingkap dan pintu mesti sentiasa di tutup rapat untuk mengelakkan udara sejuk daripada terbebas. Pakaian yag sesuai dengan cuaca . Ini dapat mengurangkan keperluan untuk suhu yang rendah bagi penyaman udara. Pemakaian kot atau blazer dan beberapa lapisan pakaian menyebabkan kita merendahkan suhu penyaman udara.
Sumber: SWITCH

Ambo dah Kata layak ke Dia ni?

Obama perlu tolak Hadiah Nobel Keamanan

CARACAS - Presiden Venezuela, Hugo Chavez kelmarin menegaskan rakan sejawatnya di Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tidak layak menerima Hadiah Nobel Keamanan.

Menurut Chavez, Obama tidak melakukan sebarang pencapaian yang mengagumkan untuk melayakkannya memenangi hadiah berprestij tersebut.

Chavez yang terkenal dengan pendekatan dan kenyataan kontroversi itu mendakwa Obama sebenarnya meneruskan dasar perang seperti bekas Presiden George W. Bush.

Beliau dan Obama bertemu buat kali pertama dalam satu pertemuan dalam sidang kemuncak pada April lalu.

Dalam satu ruangan pojok kelmarin, Chavez mendakwa jawatankuasa Nobel di Norway terlupa mengenai keazaman Obama untuk terus berperang di Iraq dan Afghanistan.

Beliau turut mengkritik Obama kerana terus mendesak Columbia untuk membenarkan tentera AS meningkatkan kehadirannya di beberapa pangkalan tentera negara berkenaan.

Sementara itu, bekas Menteri Luar Australia, Alexander Downer semalam menyatakan Obama sepatutnya berani untuk menolak hadiah tersebut.

Downer berkata, keputusan untuk memberikan hadiah berkenaan merupakan satu keputusan paling bodoh.

Jelasnya, integriti Hadiah Nobel akan terus terpelihara jika Obama menolak hadiah tersebut. - Agensi

Soalan Geografi Manusia STPM

2. a) Kepentingan aktiviti perikanan laut dalam di negara Asia Pasifik. [ 12 Markah]

Di antara kepentingan aktiviti perikanan laut dalam di negara Asia Pasifik ialah:

1. Sebagai sumber pemakanan (protein) yang penting. Ini kerana budaya pemakanan penduduk di sebahagian besar negara Asia pasifik amat bergantung kepada perikanan laut dalam yang amat kaya dengan pelbagai sumbernya. Sumber ikan digunakan sebagai makanan bersama dengan makanan ruji seperti nasi. Justeru negara-negara Asia Pasifik yang dikelilingi oleh laut seperti Jepun, Korea, Filipina, Indonesia termasuk juga Malaysia amat bergantung kepada bekalan ikan khususnya dari laut dalam.

2. Menyumbang kepada pendapatan negara. Sebagai bahan eksport yang akan menghasilkan pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing. Sesetengah negara menjadikan ikan laut sebagai hasil eksport. Thailand misalnya banyak mengeksport hasil perikanannya ke Malaysia dan Singapura. Jepun juga mengeksport hasil ikan seperti minyak ikan kod, lemak ikan paus ke negara-negara lain. Hasil jualan ini akan dapat menambahkan pendapatan eksport negara.

3. Menyediakan peluang perkerjaan kepada penduduk yang berkaitan dengan sektor perikanan seperti sebagai nelayan, pekerja di kilang memproses, perkhidmatan pemasaran dan lain-lain. Sebagai contoh penduduk yang tinggal di tepi pantai amat bergantung kepada aktiviti perikanan seperti pesisir pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang. Hasil tangkapan laut dalam biasanya memberikan pulangan yang lumayan,justeru itu ia boleh menambakan pendapatan dan nelayan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka

4. Membantu menggalakkan perkembangan industri yang berkaitan. Industri hilirandan huluan yang bergantung kepada sumber perikanan laut akan berkembang dengan cepat seperti industri pengentinan, pembuatan bot, kilang ais, peralatan penangkapan dan sebagainya. Industri perikanan bertindak sebagai pembekal bahan mentah kepada industri lain khususnya IKS seperti pemprosesan ikan kering dan keropok. Dengan itu rantaian ekonomi dalam negara menjadi lebih kukuh.

5. Membantu meningkatkan teknologi dalam sesebuah negara khususnya yang berkait dengan teknologi perikanan laut dalam seperti teknologi awet-beku, penggunaan radar pengesan, penyediaan habitat tiruan/tukun, teknologi komunikasi dan sebagainya. Apabila keupayaan R&D dalam sector ini bertambah maju maka ia sekaligus membantu perkembangan R&D dalam sektor-sektor lain juga.

6. Memperluaskan pasaran samada di dalam atau di luar negara. Kesan-kesan positif daripada perluasan pasaran diperolehi melalui peningkatan kuasa beli pengguna, rangkaian pemasaran dalam negara yang akan meningkatkan pendapatan negara. Sesetengah negara seperti Jepun pula berkemampuan untuk mengukuhkan rangkaian paaran luar negara melalui pengeksportan hasil-hasil perikanan laut dalamnya.


b) Masalah-masalah yang dihadapi dan yang ditimbulkan oleh aktiviti perikanan laut dalam.

(i) Masalah yang dihadapi:

1. Masalah yang berkaitan dengan perikanan secara umun seperti kekurangan modal, kekurangan teknologi, masalah pasaran, kekurangan buruh, kemudahan asas dan sebagainya. Kekurangan modal dan kekurangan teknologi amat ketara sekali terutamanya bagi negara Asia Pasifik yang masih membangun dan miskin. Keupayaan modal yang terhad dan teknologi tangkapan yang rendah menyebabkan mereka tidak mampu memaju/meneroka perikanan laut dalam secara besar-besaran.

2. Masalah keselamatan nelayan. Ancaman lanun di laut antarabangsa, ancaman nelayan asing/pencerobohan. Sesetengah penduduk tidak berkesanggupan untuk meneroka perikanan laut dalam kerana khuatir keselamatan mereka yang amat sukar dijamin di perairan antarabangsa. Resiko lanun amat besar. Pengentahuan yang terhad juga membolehkan mereka mudah terceroboh memasuki kawasan perairan negara lain yang menyebabkan mereka ditangkap.

3. Masalah politik perairan antarabangsa. Pertindihan kawasan/sempadan perairan khususnya di zon ekonomi eksklusif (ZEE). Ini menimbulkan risiko pencerobohan atau mudah tertangkap oleh pihak berkuasa negara lain. Selain itu aktiviti perikanan laut dalam juga mendapat tentangan daripada pergerakan alam sekitar seperti Green Peace misalnya mereka menghalang penangkapan ikan paus oleh nelayan laut dalam Jepun.


(ii) Masalah yang ditimbulkan:

1. Masalah kepupusan sumber perikanan akibat kadar tangkapan yang berterusan melebihi had serta kaedah tangkapan yang boleh memusnahkan habitat . Sesetengah kaedah tangkapan seperti penggunaan pukat harimau dan pukat tunda memberi kesan kepupusan sumber perikanan dalam jangkamasa panjang. Kerana kaedah ini mengambil semua saiz dan jenis ikan. Anak-anak ikan juga tidak terkecuali. Selain itu terumbu karang yang menjadi habitat ikan juga boleh musnah dengan menggunakan pukat tunda.

2. Konflik dengan nelayan perikanan pinggir pantai apabila nelayan laut dalam tamak sehingga menceroboh zon perikanan pinggir pantai yang sama sekali diharamkan untuk mereka. Jelas sekali masalah ini sering ditimbulkan oleh nelayan laut dalam. Zon perikanan pinggir pantai sepatutnya tidak boleh dijadikan lokasi mereka. Apabila pencerobohan berlaku konflik akan timbul. Pencerobohan zon pinggir pantai bukan sahaja oleh nelayan laut dalam malah oleh nelayan-nelayan asing. Misalnya Malaysia sering diceroboh oleh nelayan Thailand. Menceroboh perairan negara lain sehingga ditangkap oleh pihak berkuasa akan menimbulkan banyak masalah kerana ia memerlukan penyelesaian diplomatik dan politik.

Contoh Soalan Geografi Manusia STPM

1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan penduduk ? [5 Markah]

KONSEP:
Konsep Lebihan Penduduk : Suatu keadaan dimana jumlah penduduk berlebihan berbanding dengan sumber-sumber pengeluaran . Terbahagi kepada 2 iaitu:

lebihan penduduk mutlak yang bermakna sumber alam yang amat sedikit atau sudah habis digunakan dan lebihan penduduk relatif iaitu sumber alam masih ada/masih banyak tetapi keupayaan teknologi untuk membangun/menjana sumber tersebut adalah rendah sehingga aras dan keperluan penduduk tidak boleh ditampung.

CIRI

Ciri-ciri negara yang mengalami lebihan penduduk: Antaranya: Kebuluran,kemiskinan, kadar pengganguran yang tinggi; kadar kelahiran dan kadar kematian yang tinggi; pendapatan perkapita yang rendah, taraf sosial seperti tahap pendidikan, kesihatan yang rendah, struktur penduduk tidak seimbang dll yang relevan dengan ciri kependudukan negara sedang membangun.

CONTOH
Contoh Negara; Lebihan mutlak: Afrika Utara, Sudan, Ethopia, Swaziland, Contoh Negara lebihan relatif: Indonesia, Filipina, India, Bangladesh dll.

b) Bagaimanakah kemerosotan pelbagai jenis sumber Alam di pengaruhi oleh lebihan
penduduk di sesebuah negara. [9Markah]


Cadangan Isi Jawapan

Kemerosotan pelbagai jenis sumber alam dipengaruhi oleh lebihan penduduk. Ini berlaku dengan cara mengeksploitasi/ mengguna sumber alam secara berlebihan dan tanpa kawalan :

1. Kehabisan sumber-sumber makanan – khususnya sumber makanan seperti sumber pertanian dan perikanan. Akibat permintaan yang tinggi dan eksploitasi berlebihan bagi menampung lebihan penduduk.

2. Kemerosotan kualiti tanih - Tanah diteroka secara berlebihan untuk petempatan dan pertanian. Kesuburan tanih terjejas akibat kekerapan penanaman. Struktur tanih menjadi rosak, kehilangan nuterin, terhakis, cerunnya tidak stabil dan mudah runtuh.

3. Kemerosotan sumber hutan – Hutan dinyahkan secara berleluasa bagi memenuhi permintaan penduduk yang semakin pesat untuk petempatan, tapakbina bandar,pelbagai kemudahan asas, kawasan pertanian dll. Kesannya seperti kemusnahan kepelbagaian biologi, habitat, ekosistem dan kepupusan sumber hutan.

4. Kemerosotan sumber-sumber mineral – Sumber-sumber seperti petroleum dan gas asli, sumber logam boleh pupus kerana ia terpaksa dikeluarkan secara berlebihan untuk menampung keperluan penduduk yang terlalu ramai. Pengeluaran dan penggunaan yang berlebihan membolehkan sesetengah sumber mineral habis di luar jangkaan.

5. Kemerosotan sumber udara – Kadar Pencemaran meningkat akibat pertambahan kenderaan, industri, sisa domestik yang biasanya sejajar dengan pertumbuhan penduduk yang pesat/lebihan penduduk. Cth perlepasan asap, pelbagai gas karbon monaksida dll.

6. Kemerosotan sumber air – Kekurangan bekalan air bersih dan kadar pencemaran air meningkat ekoran daripada eksploitasi dan penggunaan yang berlebihan bagi menampung penduduk yang ramai dan berlebihan.

7. Kemerosotan sumber marin – sumber perikanan laut. Kepupusan hidupan akuatik termasuk ekosistemnya akibat penerokaan sumber yang berlebihan.

Nota:
Kemerosotan pelbagai jenis sumber alam dilihat dari segi kualiti dan kuantiti sumber tersebut.
Kuantiti – Kepupusan/kehabisan/kemusnahan sumber yang semakin berkurangan
Kualiti -- Pencemaran sumber atau kerosakan sumber, hakisan, runtuhan dll

c) Pilih sebuah negara di Asia Pasifik yang mengalami lebihan penduduk, cadangkan langkah- langkah yang boleh diambil untuk mencapai tahap penduduk optima di negara yang
anda pilih itu. [11 Markah]


Cadangan Isi Jawapan

Memilih sebuah negara di Asia Pasifik yang betul mengalami lebihan penduduk: Contohnya; Indonesia. Filipina, Thailand, Vietnam, Kembojadll. [ 1 Markah.]

Langkah-langkah untuk mengoptimakan penduduk sesebuah Negara yang berlebihan penduduk ialah:

1. Mengurangkan kadar kelahiran dengan cara ; Perancangan keluarga – penggunaan pil, kondom, penjarakan kelahiran, kaunseling keluarga dsb.

2 Melaksanakan dasar saiz keluarga kecil seperti “satu keluarga satu anak” atau satu keluarga dua anak. Cth China.

3. langkah perundangan seperti menaikkan had umur boleh kahwin. Misalnya dari umur belasan tahun kepada awal/pertengahan 20-an.

4. Meningkatkan kerjaya wanita – meramaikan wanita berkerjaya tinggi supaya tempoh perkahwinan boleh dilambatkan.

5. Meningkatkan keupayaan teknologi khususnya melalui R&D untuk menjana dan memajukan sepenuhnya pelbagai stok sumber yang ada untuk kesejahteraan penduduk. Disamping mencipta teknologi baru untuk kegunaan penduduk dan negara.

6. Mempelbagaikan aktiviti ekonomi; Mencipta banyak peluang pekerjaan khususnya dalam sektor industri dan perkhidmatan yang menjamin pendapatan perkapita yang tinggi kepada penduduk dan mengatasi pengangguran sepenuhnya.

7. Meningkatkan kualiti sumber manusia dalam negara dengan cara: Pertingkatkan tahap pendidikan dan kemahiran penduduk, latihan lanjutan – melahirkan tenaga mahir yang boleh mendominasikan teknologi tinggi serta boleh mengurus – tadbir sumber dengan bijaksana.






AL-MUGHNI

Yang Maha Pemberi Kekayaan - Dia (iaitu allah) yang memberikan kekayaan kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya.
Ya-Mughni
Mereka yang berzikir Asma ini sebanyak-banyaknya selama 40 hari, insyaallah akan dimudahkan baginya rezeki.

AL-GHANIYU

Yang Maha Berkecukupan - Allah S.W.T. yang sangat sempurna Kekayaan-Nya tidak memerlukan bantuan makhluk-Nya.
Ya-Ghaniyu
Allah S.W.T. akan menanugerahkan kekayaan lahir dan batin serta memudahkan perjalanan hidup kita jika kita amalkan Asma ini sebanyak 1007 kali setiap hari terus menerus hingga hayat kita, insyaallah.

12 October 2009

AL-JAAMI'U

Yang Maha Pengumpul - Allah S.W.T mengumpulkan segala makhluk setiap saat diinginkan-Nya di dunia dan di akhirat.
Ya-Jaami'u
Dengan mengamalkan Asma ini, insyaallah benda yang hilang akan dijumpai kembali demikian juga anggota keluarga yang keluar rumah tanpa izin akan pulang kembali.

AL-MUQSITH

Yang Maha Adil - Allah S.W.T. yang menjalankan Keadilan dan membuat Hukum-hukum yang adil.
Ya-Muqsith
Bagi mereka yang banyak membaca Asma ini setiap hari terus-menerus, insyaallah akan dilindungi dari godaan-godaan syaitan serta akan dapat melakukan pertimbangan akal yang adil.

Soalan Geografi Fizikal STPM

Bulan /Hujan (mm)/ Sejatan (mm)

Jan/ 78/ 89

Feb /97 /102

Mac /88 /98

Apr/ 102 /98

Mei /123 /103

Jun /184/ 102

Jul /202/ 85

Ogos /251 /101

Sept/ 186 /134

Okt /175/ 128

Nov /121 /116

Dis/ 98/ 121

Jadual 1 : Jumlah hujan dan sejatan bagi stesen cuaca di bandar Jelebu, Negeri Sembilan bagi tahun 2002

6. a) Berdasarkan Jadual 1, lukiskan sebuah graf bar untuk menggambarkan
imbangan air bandar Jelebu, Negeri Sembilan pada tahun 2002. [10]
Tajuk - 1 m
Label - 1 m
Skala - 1 m
Petunjuk - 1 m
Plotan - 6 m

b) Berdasarkan graf yang dilukis, huraikan pola imbangan air bagi bandar
Jelebu pada tahun 2002 [5]

B1 Kekurangan air pada bulan Januari hingga Mac dan Disember
disebabkan oleh nilai sejatan lebih tinggi daripada kerpasan –
bandar Jelebu mengalami musim kering (3m)

B2 Lebihan air pada bulan April hingga November kerana hujan lebat turun dalam tempoh
ini. (2m)

c) Jelaskan pengaruh imbangan air yang sedemikian kepada kegiatan
ekonomi penduduk di kawasan tersebut [10]

C1 Pertanian
C2 Pelancongan
C3 Perindustrian
C4 Peindustrian
C5 Perlombongan


7. a) Berikan maksud ekosistem. [5]

Suatu sistem semula jadi merangkumi komponen-
komponen biotik dan abiotik yang saling bergantungan
berinteraksi dengan persekitarannya

b) Terangkan bagaimana tenaga dipindahkan dalam siratan makanan
bagi ekosistem hutan paya bakau. [10]
Tenaga - Pengeluar – pengguna – pengurai
* Gambarajah mesti bersirat

c) Mengapakah ekosistem hutan paya bakau perlu dipelihara dan dipulihara?
. C1 Habitat flora dan fauna
C2 Mengekalkan keseimbangan ekosistem
C3 Pusat persinggahan burung migrasi
C4 Pusat penyelidikan
C5 Pusat pelancongan dan rekresasi
C6 Sumber makanan
C7 Sumber ekonomi – kayu bakau, daun nipah

Mana-mana 5 X 2 = 10 m
[

8. Berdasarkan kajian luar yang telah dijalankan di suatu kawasan,

a) Nyatakan lima aktiviti manusia yang menyebabkan kemerosotan kualiti
sumber air semula jadi di kawasan tersebut. [5]
A1 Lokasi, tujuan dan kaedah kajian
A2 Pelancongan
A3 Pertanian
A4 Pelancongan
A5 Perdagangan
A6 Perikanan
A7 Pengangkutan
A8 Perindustrian
A9 Pembalakan
Mana – mana 5 X 1 = 5

b) Huraikan tiga kesan kemerosotan kualiti air terhadap kehidupan manusia di kawasan tersebut. [10]
B1 Perikanan – merosot, akuakultur – ikan mati
B2 Domestik – penghuni guna air tercemar
B3 Bekalan air – tercemar
B4 Penyakit – taun, cirit-birit
B5 Pertanian - merosot
Mana-mana 3 X 3 + 1 = 10

c) Cadangkan lima langkah yang boleh diambil untuk mengawal
kemerosotan kualiti sumber air di kawasan berkenaan. [10]

C1 Kempen / pendidikan
C2 Kuatkuasa undang-undang
C3 Kitar semula
C4 Penempatan semula tapak bengkel dan industri perkilangan
C5 Merawat air yang telah tercemar
C6 Mengawal selia aktiviti pembalakan
C7 Kerjasama antara agensi-agensi yang terlibat.

Mana-mana 5 X 2 = 10

Soalan Geografi Fizikal STPM

5. a) Takrifkan sejatan . [5]

Sejatan ialah proses perubahan fizikal air daripada bentuk cecair kepada bentuk wap air yang berlaku pada permukaan air.

b) Huraikan lima faktor yang mempengaruhi sejatan. [10]

B1 Suhu udara atau air
B2 Tenaga haba
B3 Tekanan wap
B4 Tiupan angin
B5 Kandungan lembapan tanih
B6 Kawasan sejatan
B7 Kandungan air
Mana-mana 5 X 2 = 10

c) Jelaskan pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti manusia di kawasan
tropika lembap. [10]

C1 Pertanian
C2 Pelancongan
C3 Perdagangan
C4 Perikanan
C5 Pengangkutan
C6 Perindustrian
C7 Pembalakan
Mana-mana 5 X 2 = 10

Soalan Geografi Fizikal STPM

4. a) Berikan maksud kesan rumah hijau. [5]
Kesan rumah hijau ialah pemerangkapan bahangan matahari oleh gas
rumah hijau iaitu karbon dioksida, metana, kloroflorokarbon, yang
membentuk satu kubah / lapisan yang menyelimuti atmosfera daripada terbebas
keluar daripada atmosfera.

b) Huraikan empat faktor yang membawa kepada fenomena kesan rumah
hijau. [8]

B1 Perindustrian – CFC
B2 Pembakaran bahan api fossil
B3 Kuari
B4 Letusan gunung berapi
B5 Pembakaran terbuka
B6 Stesen jana kuasa
B7 Pertanian
Mana-mana 4 X 2 = 8

c) Jelaskan tiga kesan rumah hijau terhadap alam sekitar fizikal dan tiga
langkah untuk mengurangkannya. [12]

C1 Peningkatan suhu
C2 Pencairan ais / peningkatan aras laut
C3 Mengurangkan kelembapan udara
C4 Perubahan cuaca
C5 Keseimbangan air semulajadi terjejas
C6 Pencemaran udara bertambah

CL1 Penggunaan sumber tenaga alternatif/ mesra alam
CL2 Undang-undang
CL3 Kempen dan kependidikan
CL4 Kawalan mekanikal
CL5 Penghutanan semula
CL6 Kerjasama serantau
CL7 Meningkatkan kelembapan udara – pancutan air
Mana-mana 3C + 3CL X 2 = 12

Soalan Geografi Fizikal STPM

3.. Pada peta dunia, labelkan :

a) Lima kawasan gunung berapi di dunia. [5]

b) Huraikan tiga bentuk muka bumi igneus jalar luar dan dua bentuk muka
bumi igneus jalar dalam.. [10]

BL1 Kon abu
BL2 Kon komposit
BL3 Penara basalt
BL4 Kaldera
BL5 Kawah
BL6 Krater
BD1 Sil
Bd2 Lakolit
BD3 Pakolit
BD4 Daik
BD5 Lapolit
BD6 Batolit
Mana-mana 3BL dan 3 BD X 2 = 12m

c) Jelaskan lima kesan aktiviti igneus terhadap alam sekitar manusia. [10]

C1 Pertanian – lava bes
C2 Penjanaan tenaga elektrik – haba terma
C3 Pelancongan – kolam air panas, krater
C4 Perlombongan – batu arang
C5 Merosakkan sumber makanan
C6 Penyakit – pencemaran udara / jerebu
C7 Kemusnahan harta benda
C8 Kematian
C9 Kerosakan kemudahan infrastruktur/awam
Mana-mana 5 X 2 = 10
ATAU

a) Nyatakan empat cara hakisan ombak. [4]
A1 Lagaan
A2 Tindakan hidraul
A3 Larutan
A4 Geselan

b) Huraikan empat bentuk muka bumi hasil daripada proses hakisan ombak.
[12]

B1 Tanjung dan teluk
B2 Gua
B3 Gloup dan geo
B4 Gerbang laut
B5 Batu tunggul dan batu sisa
Mana-mana 4 X 3 = 12

c) Jelaskan tiga kepentingan bentuk muka bumi pinggir pantai terhadap
aktiviti manusia. [9]

C1 Pelancongan
C2 Pelabuhan
C3 Penjanaan kuasa hidroelektrik
C4 Petempatan
C5 Pertanian
C6 Perindustrian
Mana-mana 3 X 3 = 9m

Soalan Geografi Fizikal STPM

2. (a) Apakah yang dimaksudkan pergerakan jisim . [5]

Pergerakan jisim adalah semua jenis pegerakan bahan yang terluluhawa
menuruni cerun akibat tarikan graviti.
Catatan : ( Pergerakan bahan, menuruni cerun, graviti – 4 markah)

b) Terangkan lima faktor yang menyebabkan proses pergerakan jisim di
kawasan tropika lembap. [10]

B1 Regolit yang tebal [2]
B2 Iklim – hujan lebat [2]
B3 ktiviti manusia – teres bukit, menebuk / memeotong kaki cerun [2]
B4 Gangguan tektonik – gempa bumi, gelinciran [2]
B5 Litupan tumbuh-tumbuhan [2]
B6 Bentuk muka bumi – factor kecerunan [2]

Mana-mana 5 X 2 markah = 10

(c) Huraikan lima langkah-langkah untuk mengurangkan kadar pergerakan jisim. [10]

C1 Menanam tumbuhan yang berakar panjang di cerun [3]
C2 Penyimenan permukaan cerun gunung yang berbatu-batan [3]
C3. Melaksanakan kempen kesedaran [3]
C4 Kuatkuasa undang-undang agar dapat memantau sebarang kegiatan
manusia [3]
C5 Peneresan cerun yang curam [3]

Mana-mana 5 X 2 markah = 10 markah

Contoh Soalan Geografi Fizikal STPM

1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem? [5]

Sistem adalah hubungkaitan yang berstruktur dan berfungsi antara
pembolehubah/objek/komponen.

A1 – hubungkaitan
A2 – berstruktur
A3 – berfungsi
A4 – pembolehubah/objek/komponen

A2 dan A3 = 2m

* Catatan : hubungkaitan dan pembolehubah/objek/komponen = 3m

b) Bezakan antara tenaga eksogenik dengan tenaga endogenik. [4]

B1 Tenaga endogenik ialah tenaga dalam bumi yang berpunca dari perut bumi
B2 Tenaga eksogenik ialah tenaga yang berpunca dari luar bumi iaitu dari matahari.

c) Huraikan tiga bukti yang menunjukkan bumi berbentuk sfera.[6]

C1 Pelayaran – serombong kapal
C2 Gerhana bulan – imej bumi
C3 Imej satelit
C4 Bentuk kaki langit - melengkung
C5 Bentuk planet-planet lain – zuhal, musytari, Uranus
Mana-mana 3 X 2 = 6

d) Jelaskan tiga kesan bahangan matahari terhadap kitaran hidrologi.[10]

C1 Proses sejatan dan sejatpeluhan
C2 Transpirasi atau perpeluhan tumbuhan
C3 Kerpasan khususnya hujan
C4 Aliran permukaan seperti proses pencairan salji

Perubahan Aras Laut (PAL)

Perubahan Aras Laut (PAL)


PAL merujuk kepada kenaikan atau penurunan aras laut berbanding dengan aras daratan.

Terbahagi kepada 2:

a)Perubahan positif – kenaikan aras laut : aras laut lebih tinggi berbanding aras daratan
b)Perubahan negatif – penurunan aras laut : aras laut lebih rendah berbanding aras daratan.
Faktor dan mekanisme proses PAL

Mekanisme terbahagi 2:

a)Perubahan Eustatik – perubahan yang dialami oleh aras laut diseluruh dunia dalam keadaan aras daratan tidak berubah. Ia berkait dengan pencairan glasier pada zaman ais pliestosien.

b)Perubahan Isostatik – perubahan akibat perimbangan blok-blok bumi apabila bumi mengalami pertambahan atau pergurangan berat beban. Beban kurang bumi terangkat, aras laut jatuh. Beban bertambah bumi menurun, arau laut naik.
Perubahan Eustatik

Berlaku disebabkan:

a)Eustatik glasieran - PAL berpunca daripada pencairan ais secara besar-besaran yang berlaku pada zamn ais lampau.

b)Eustatik tektonik – PAL terjadi akibat gerakan tektonik yg berlaku di dasar laut seperti letusan gunung berapi dasar laut.

c)Eustatik enapan – PAL berpunca drp pertambahan bahan-bahan yang dienapkan di dasar laut.

d)Eustatik meteorit – sekiranya jatuh ke laut boleh menyebabkan PAL.

e)Manusia – tindakan manusia seperti perindustrian, pembandaran, penyahutaan menyumbang kepada pemanasan global yang menyebabkan pencairan ais di kutub berlaku.
Perubahan Isostatik

Berlaku disebabkan:

a)Pembebanan dan pengurangan beban akibat proses pembekuan dan pencairan glasier.

b)Beban bertambah dan berkurang kerana proses penggodolan dan pemedapan bahan enapan oleh air mengalir khususnya sungai.

c)Beban bertambah atau berkurang akibat letusan gunung berapi yang memuntahkan lava, piroklas serta debu. Cth, letupan Karakatoa pd tahun 1883 telah memuntahkan bahan sejumlah 18 km padu yang menyebabkan PAL dan banyak pulau kecil di sekitarnya tenggelam.
Bukti penurunan aras laut
(a) Kewujudan pantai timbul atau pantai terangkat
(b) Kewujudan teres-teres enapan dan teres hakisan
(c) Kewujudan likuan mendalam pada bahagian tengah dan hilir sungai
Kaitan Sistem Geomorfologi dengan Manusia

1. Pertanian spt penanaman padi sawah diusahakan di dataran mendap, delta.

2. Rekreasi spt berkelah, berkayak boleh dijalankan di kawasan air terjun, jeram, tasik ladam.

3. Pembinaan janakuasa elektrik hidro boleh dibina di kawasan air terjun.

4. Akuakultur – penternakan ikan siakap dijalankan di kawasan tasik ladam, muara sungai.

5. Petempatan di mana rumah dibina dijalankan di kawasan tetambak, dataran mendap.

6. Perhubungan / pengangkutan di mana bot digunakan untuk mengangkut penumpang dan hasil laut dan jetinya dibina di kawasan tetambak.

7.Sumber air untuk kegunaan domestic boleh diperolehi di kawasan tasik, sungai dan air terjun.

8.Perlombongan pasir dijalankan di kawasan beting di mana pasir diguna sebagai bahan binaan, penambakan daratan.

DZUL-JALAALI WAL-IKRAM

Yang Maha Memiliki Kebesaran serta Kemuliaan - Allah S.W.T. bersifat Agung dan selayaknya dimuliakan.
Ya-Dzul-Jalaali Wal-Ikram
Allah S.W.T. akan berkenan mengabulkan maksud serta memberi kekayaan kepada mereka yang membiasakan menyebur Asma ini sebanyak 1065 kali setiap hari, paling sedikit selama sebulan, insyaallah.

MAALIKUL-MULKI

Yang Maha Menguasai Segala Kerajaan - Allah S.W.T. yang memiliki segala kerajaan dan berkuasa yang abadi.
Ya-Malikul-Mulki
Mereka yang berzikir Asma ini setiap hari sebanyak 212 kali setelah solat lima waktu atau 2120 setiap malam, paling tidak selama sebulan, maka dengan kurnia Allah S.W.T. akan mendapat penghargaan tinggi di antara orang-orang serta akan dikukuhkan kedudukannya.

AR-RA'UFU

Yang Maha Pengasih - Allah S.W.T. Maha Pengasih kepada hamba-hamba-Nya melebihi kasih sayang orang tua kepada anaknya.
Ya-Ra'uf
Bagi mereka yang berzikir Asma ini sebanyak-banyaknya setiap hari, akan dilimpahkan rahmat hingga ianya tidak akan mengalami kepahitan hidup, insyaallah.

AL-'AFUWU

Yang Maha Pemaaf - Allah S.W.T. bersifat pemaaf kepada hamba-hamba-Nya yang memohon maaf kepada-Nya.
Ya-'Afuwu
Ibsyaallah dosa-sosa kita akan dimaafkan Allah bila kita berzikir "Ya 'Afuwu" setiap hari sebanyak-banyaknya, bahkan akan dikurniakan Allah akhlak yang luhur dan terpuji serta terhindar dari permusuhan.

11 October 2009

AL-MUNTAQIM

Yang Maha Penyiksa - Allah S.W.T menghukum dengan adil mereka-mereka yang melanggar akan hukum-hukum-Nya.
Ya-Muntaqim
Bagi mereka yang membaca Asma ini sebanyak 690 kali setiap selesai solat lima waktu atau 6900 kali diwaktu malam, insyaallah akan diberikan pertolongan bagi mengalahkan seteru yang berlaku zalim ke atas dirinya.

AT-TAWWABU

Yang Maha Penerima Taubat - Dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya, Allah sentiasa menerima taubat hamba-hamba-Nya yang berdosa kecuali dosa syirik.
Ya-Tawwab
Mereka yang berzikir "Ya Tawwab" sebanyak-banyaknya, insyaallah akan dipermudahkan baginya untuk kembali ke jalan yang benar dan diredhai-Nya.

Thanks to My Student

Salam,

Cikgu ucapakan berbanyak terima kasih kepada yang sudi datang berhari raya di rumah cikgu, khasnya team bolasepak KHS: Ciquek, Baz, Afiq Sahar n the gangs; Wan SAAS, Ilya Saari, Alif, Zulhilmi n the gangs. Cikgu doakan kalian berjaya dalam peperiksaan SPM n STPM nanti.

TQ

Pergerakan Jisim

Aliran lumpur merupakan satu jenis pergerakan jisim yang berlaku tanpa amaran/tanda awal. kesannya amat tragis. Salah satu kes yang berlaku di negara kita ialah Tragedi Pos Dipang.