Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

27 October 2009

Soalan Geografi Manusia STPM

3. a) Nyatakan lima faktor yang menyebabkan fenomena penyahhutanan di negara-negara Asia Tenggara. [5m]

Lima faktor yang menyebabkan fenomena penyahutanan di Asia Tenggara ialah:

Aktiviti pembalakan haram tanpa kawalan
Aktiviti pertanian perladangan dan pertanian pindah.
Aktiviti pembinaan empangan hidroelektrik.
Aktiviti pembinaan infrastruktur khususnya jaringan lebuhraya.
Aktiviti pembinaan estet perumahan dan estet perindustrian


b) Mengapakah hutan masih dianggap sebagai sumber ekonomi yang penting bagi negara-negara di Asia Tenggara. [10m]

1. Penting kepada sistem ekonomi tradisional yang masih bergantung kepada sumber hutan seperti masyarakat asli yang menjalankan aktiviti pertanian pindah, mengutip dan berburu. Ekosistem hutan sebagai habitat/tempat tinggal mereka disamping mereka menggunakan sumber-sumber hutan itu sendiri sebagai sumber makanan mereka. Selain itu terdapat juga orang-orang asli yang menjual hasil-hasil hutan sebagai sumber ekonomi seperti hasil rotan, damar, akar-akar kayu untuk perubatan dan sebagainya.

2. Penting untuk sektor pembalakan. Menghasilkan sumber kayu dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan dan juga di eksport . Ini akan menghasilkan pendapatan negara khususnya melalui pendapatn eksport. Sebagai contoh negara Thailand dan Burma amat bergantung kepada pengeksportan kayu jati mereka ke negara Jepun, USA, negara-negara Eropah dan sebagainya yang mempunyai nilai matawang yang lebih tinggi daripada mereka bagi memperolehi keuntungan dari tukaran mata wang.

3. Penting untuk sektor pelancongan (Eko-pelancongan) seperti hutan lipur, air terjun, kepelbagaian spesis fauna dan flora yang menarik pelancong yang akan menambahkan pendapatan penduduk dan negara. Di Malaysia sebagai contoh, perkembangan pesat sektor pelancong amat dibantu oleh khazanah kepelbaaian biologi hutannya. Oleh itu kawasan hutan seperti Taman Negara di Pahang, hutan Endau – rompin, Taman negara Sepilok amat terkenal sebagai destinasi pelancongan utama.

4. Membantu memajukan industri-industri yang berkaitan dengan sumber hutan (industri hiliran) seperti industri membuat perabot, industri pembinaan (perumahan) serta industri pengangkutan. Dengan adanya industri-industri ini maka kepelbagaian ekonomi dan rantaian ekonomi di sesebuah negara berkembang dengan pesat. Selain itu dengan adanya industri-industri yang berkaitan ini juga ia telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk dalam pelbagai sektor seperti pekerja kilang pemprosesan kayu balak, pekerja kilang perabot, pemandu di sector pengangkutan dan sebagainya. Ini akan menambahkan lagi pendapatan perkapita penduduk dan taraf hidup mereka sekaligus pengganguran dan kemiskinan dapat dikurangkan.

5. Menjadi kawasan tadahan air yang membekalkan air kepada empangan yang diproses untuk dijual kepada penduduk atau dieksport ke negara lain yang kelak menghasilkan pendapatan negara. Dalam kes ini Malaysia dan Singapura boleh dijadikan contoh. Dalam kes ini sumber-sumber air di Johor telah diproses untuk dijual ke Singapura dan hasil jualan diperolehi sebagai sumber pendapatan eksport Negara.

c) Bincangkan kesan penyahutanan terhadap aspek kepelbagaian biologi di negara-negara berkenaan. [10m]

1. Pelbagai spesis fauna dan flora diancam kepupusan/kemusnahan akibat kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hutan dimusnahkan/dinyahkan maka fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan musnah sama sekali. Dengan itu hidupan lain yang bergantung kepada tumbuhan seperti herbivor (kancil, rusa) akan kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hal ini berlaku ia memberi kesan kepada hidupan-hidupan lain yang sememangnya saling bergantung di dalam sesebuah hutan.

2. Penghijrahan spesis akibat pemusnahan habitat .Hutan berfungsi sebagai satu habitat. Proses penyahutanan memusnahkan sama sekali habitat. Kemusnahan habitat mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Justeru itu haiwan-haiwan akan berhijrah ke hutan/habitat lain untuk mencari perlindungan atau tempat baru. Di tempat baru ini mereka terpaksa bersaing dengan koloni lain. Persaingan intra dan interspesis akan berlaku dan mana-mana spesis yang kalah akan musnah dan pupus.

3. Menggangu kestabilan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga, komponen biotik dan abiotik yang kelak menggangu keseimbangan ekologi setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila huan-hutan dimusnahkan. Ketidakseimbangan ekologi mikro dan makro akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap unsure-unsur lain seperti cuaca, hakisan, banjir/hidrologi dan sebagainya.

4. Menggangu kehidupan orang asli di dalam hutan yang dianggap sebagai komponen penting untuk menstabilkan ekosistem hutan. Memusnahkan pelbagai spesis herba yang sangat bernilai.

No comments: