Followers
Carian dalam Blog ini
02 November 2010
20 October 2010
22 June 2010
Kuatkan daya ingatan

OTAK merupakan satu bahagian anatomi tubuh yang hebat fungsinya kerana mampu merakam segala perkara dan peristiwa. Meskipun begitu, masalah kelemahan daya ingatan boleh terjadi kerana kita tidak melatih diri mengulang ingat sesuatu maklumat.
Tidak mustahil jika ramai di antara kita pernah mengalami situasi tidak dapat mengingati barang yang baru sahaja diletakkan. Ada sesetengah pula yang tidak dapat mengingati tempat kenderaan diletakkan ketika hendak pulang dari pusat beli-belah.
Insiden itu sering membuatkan seseorang cuba mengaitkannya dengan faktor usia dan penuaan.
Namun hakikatnya, ingatan boleh diumpamakan sebagai otot dalam tubuh kita. Semakin kita menggunakannya, semakin kuat otot tersebut.
Sebagai remaja khususnya pelajar, memiliki daya ingatan amat penting untuk menentukan kecemerlangan dan kejayaan dalam peperiksaan. Daya ingatan ini berkait rapat dengan keupayaan mental dan fizikal yang sihat.
Daya ingatan yang bagus juga membantu seseorang melontarkan pandangan atau pendapat yang jitu dan bernas dalam perbincangan serta pembelajaran.
Dalam membina daya ingatan itu, terdapat beberapa aspek yang ditekankan. Mungkin panduan yang disenaraikan oleh genK dapat membantu dalam memastikan daya ingatan sentiasa di tahap optimum.
* Tidur yang mencukupi
Seperti kita memerlukan oksigen, tidur yang mencukupi dan berkualiti turut memberi manfaat kepada kita. Tidur ini bukan sahaja mampu meningkatkan daya ingatan, malah memberikan kesan yang menakjubkan iaitu membantu meningkatkan penumpuan dan kecekapan kerja, menulihkan fungsi tubuh dan juga meningkatkan kesejahteraan emosi.

Namun, dalam gaya hidup semasa, ada sesetengah orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan waktu tidurnya. Keletihan itu hanya akan mengganggu maklumat atau data yang disimpan oleh otak di samping menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Seeloknya rancang waktu tidur anda.
* Mengawal tekanan dan kemurungan
Ada sesetengah perkara dalam hidup ini kita tidak mampu mengubahnya meskipun telah berusaha keras. Berhadapan dengan hal-hal yang yang datang secara tidak direlakan atau diduga ini menyebabkan berlaku tekanan dalam hidup. Tekanan ini hanya membuatkan jiwa kita tidak tenteram dan mencetuskan kemurungan dalam hidup.
Dengan ini kita tidak dapat berfikir dengan jelas seterusnya menjejaskan daya ingatan. Oleh itu, kawal tekanan melalui bermeditasi, membaca al-Quran, beriadah, mengunjungi sauna, menggunakan aromaterapi dan sebagainya.
* Pengambilan ubat
Sesetengah daripada kita terlampau taksub untuk menjadi seorang yang bijak pandai dengan berusaha mendapatkan daya ingatan yang kuat. Ia ditambah dengan bisikan daripada rakan-rakan yang telah mencuba pelbagai kaedah sampingan. Keadaan ini membuatkan seseorang sanggup membelanjakan wang untuk produk-produk kesihatan yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan.
Namun, ada sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan penerimaan sistem tubuh hinggakan memberi kesan sampingan yang memudaratkan. Sebaiknya kita mendapatkan rujukan terlebih dahulu daripada pakar perubatan yang bertauliah sebelum membelinya untuk kebaikan kita.

* Bersenam
Seperti kata pepatah, otak yang cerdas bermula daripada badan yang sihat. Bagi membina badan yang sihat semestinya daripada aktiviti yang dapat menggerakkan anggota tubuh yang melancarkan peredaran darah ke otak.
Otak itu sendiri memerlukan oksigen yang mencukupi bagi memastikan tubuh dapat berfungsi ke tahap optimum.
Kekurangan bekalan oksigen hanya akan menyebabkan kita mudah mengantuk seterusnya menjejaskan kecergasan dan keaktifan otak. Luangkan masa untuk bersenam walaupun sekadar berjalan kaki dalam jarak tertentu.
* Aktiviti yang mencabar
Otak kita sentiasa perlu diaktifkan untuk meningkatkan fungsi dan memanjangkan keupayaannya. Otak yang sentiasa aktif akan menajamkan daya ingatan agar tidak dimakan usia.
Dalam mengalakkan otak berfikr secara keseluruhannya aktiviti seperti permainan catur, sudoku, sahibba dan monopoli boleh merangsang pemikiran kita.
Permainan yang berunsur mengatur strategi dan bermain dengan angka ini mampu membuatkan penumpuan dan daya kreativiti kita terserlah. Secara tidak langsung ia membantu mengembangkan minda dan menajamkan daya ingatan.
Kosmo Online 22/6/2010
15 March 2010
Makanan untuk otak
norlaila@hmetro.com.my
2010/02/28
Benarkah ada pil makanan tambahan yang benar-benar memberi kesan positif secara langsung kepada otak? Atau adakah ia hanya strategi pemasaran untuk menarik orang membeli? Tidakkah makanan yang kita ambil setiap hari tidak mencukupi atau tidak mampu merangsang keupayaan otak?
Sebenarnya kita tidak perlu bergantung kepada pil makanan tambahan kerana makanan seimbang (mengandungi tiga hingga lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan) sudah cukup untuk membekalkan semua khasiat diperlukan badan, termasuk otak untuk berfungsi dengan baik, kata Ketua Perunding Pemakanan Hospital Assunta, Lau Wai Hon.
Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi banyak antioksidan, iaitu bahan penting yang sangat penting untuk merangsang aktiviti neuron dalam otak.
Neuron atau sel saraf adalah sel yang teruja oleh ‘arus elektrik’ dalam otak; bertanggungjawab memproses dan memindahkan maklumat melalui isyarat elektro kimia.
Isyarat dan maklumat ini dipindahkan dari satu neuron (sel saraf) ke neuron lain melalui ruang kecil antara sel yang dipanggil sinaps. Neuron boleh diumpamakan seperti cabang pokok yang mempunyai banyak ranting halus (dendrit) dan ranting ini bertugas menerima isyarat. Isyarat akan dipindahkan dengan bantuan pergerakan ion natrium dan potasium untuk sampai ke ranting lain (pada neuron atau sel saraf lain). Pergerakan ion ini akan membentuk gelombang elektrik yang membolehkan isyarat melalui sinaps untuk disampaikan ke neuron sebelahnya.
Ini sebabnya kita perlu mengambil makanan seimbang dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia bukan saja mengandungi vitamin yang bertindak sebagai antioksidan, tetapi turut membekalkan pelbagai garam galian (mineral), termasuk natrium dan potasium bagi membolehkan sel otak berfungsi secara optimum.
“Pemilihan makanan sangat penting untuk memastikan seluruh badan menerima semua khasiat diperlukan, bukan hanya pada otak. Namun memang diakui makanan, terutama yang kaya dengan bahan antioksidan, boleh merangsang aktiviti neuron di samping memberi sumbangan kepada sel lain dalam badan. “Cara paling praktikal ialah mengamalkan pemakanan seimbang. Bagaimanapun, dengan gaya hidup moden yang sibuk dan kerap makan di luar (atau bergantung kepada masakan di restoran), ramai tidak dapat menerapkan konsep pemakanan seimbang dalam hidup mereka. Jika perkara ini berlarutan, akan timbul masalah kekurangan zat walaupun berlebihan makan.
Antara pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan:
l Ungu — beri, terung, kubis merah, akar bit
l Hijau (berdaun) — sayur berdaun hijau, ulam, sawi, kangkung
l Putih (bawang) — semua jenis bawang
l Hijau (cruciferous) — kubis, brokoli, brussels sprout, pak choy
l Merah/jingga/kuning — tomato, lobak merah, keledek, labu, lada benggala merah/kuning, buah-buahan
Walaupun kebanyakan kajian mengenai makanan yang baik untuk otak merujuk kepada buah-buahan atau sayur-sayuran di luar negara, ia tidak bermakna sayur dan buah tempatan kurang berkhasiat. Yang diperlukan sekarang ialah lebih banyak kajian berkaitan penyembuhan penyakit ke atas sayur dan buah tempatan supaya ia boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh penduduk negara ini.
“Lebihkan pengambilan makanan penuh iaitu makanan yang tidak diproses atau ditapis, atau mengalami pemprosesan atau penapisan minimum. Contohnya sayur-sayuran, buah-buahan dan beras perang. Kurangkan makanan yang diproses seperti makanan berasaskan tepung, gula, beras putih, sosej, daging burger dan naget.
“Kurangkan juga penggunaan perisa makanan segera yang semakin banyak di pasaran. Ini termasuk perencah masakan segera, kiub ayam atau ikan bilis, monosodium glutamat (MSG) dan beraneka jenis sos kerana ia mengandungi banyak garam dan bahan awet. Sebaliknya, gantikan perencah ini dengan rempah semula jadi seperti serbuk lada hitam, cengkih, kayu manis, bunga lawang, jintan, daun sup, daun bawang, kunyit, halia, lengkuas atau serai yang boleh menaikkan rasa masakan,” katanya.
Pil makanan tambahan
Menurut Lau, jika sukar mengamalkan pemakanan seimbang, kekurangan zat boleh ditampung dengan mengambil pil makanan tambahan.
Untuk otak, pilih pil makanan tambahan mengandungi kumpulan vitamin B yang boleh membantu mengurangkan tekanan. Dalam keadaan kekurangan zat, pil makanan tambahan tidak lagi berfungsi sebagai pelengkap, sebaliknya menjadi menjadi rawatan untuk mengelak pelbagai masalah kesihatan jika kekurangan zat berterusan.
Bagaimanapun, pil makanan tambahan tidak perlu jika kita bersedia melakukan perubahan pemakanan ke arah lebih baik. Memang diakui, mengambil pil makanan tambahan lebih mudah berbanding mengamalkan pemakanan seimbang, tetapi Lau mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati sebelum membeli produk yang mendakwa menawarkan pelbagai manfaat kesihatan.
“Kebanyakan dakwaan itu adalah strategi pemasaran. Kita perlu lihat siapa pengeluarnya, adakah ia dikeluarkan pengusaha yang mempunyai prestasi cemerlang dalam penghasilan pil makanan tambahan. Pada masa sama, pastikan kuantiti atau dos vitamin yang dibekalkan dalam setiap biji pil supaya tidak alami masalah berlebihan dos. “Bagi vitamin larut air, ia boleh dikeluarkan dari badan melalui air kencing tetapi bagi vitamin yang larut lemak, ia akan berkumpul dalam badan dan sukar disingkir. “Ini penting, terutama bagi individu yang sememangnya ada masalah kesihatan. Justeru, sebelum mengambil makanan tambahan, termasuk persediaan tradisional seperti herba, rujuk dulu kepada doktor,” katanya.
Makanan yang baik saja tidak cukup untuk meningkatkan keupayaan otak (daya ingatan, tumpuan dan kepekaan) kerana minda kita perlukan rangsangan dalam bentuk mental dan fizikal. Keadaan ini sama bagi semua peringkat umur, sama ada kanak-kanak atau orang dewasa.
“Jangan cepat terpengaruh dengan dakwaan pengeluar produk yang mengatakan barangan mereka diperkaya asid eikosapentanoik (EPA) dan asid dokoheksanoik (DHA) khususnya untuk kanak-kanak. “Memang kajian membuktikan dua asid ini boleh membantu merangsang aktiviti neuron, tetapi ia tidak menjanjikan seseorang kanak-kanak yang mengambil produk mengandungi bahan ini akan jadi pandai. “Mereka masih perlu belajar bersungguh-sungguh dengan memberi perhatian dalam kelas, mengulang kaji dan membuat latihan di rumah untuk berjaya dalam peperiksaan. “Ini antara teknik untuk merangsang aktiviti sel otak supaya ia menjadi lebih aktif. Makanan saja tidak akan membuatkan seseorang menjadi pandai. “Keadaan ini juga sama pada pesakit strok. Apabila seseorang diserang strok (serangan otak akibat salur darah ke otak tersumbat atau pecah), ada bahagian dalam otak yang rosak dan mengakibatkan pesakit hilang satu-satu kemahiran. “Antara pendekatan yang digunakan dalam rawatan strok ialah merangsang otak mereka dengan menggalakkan pesakit melakukan pelbagai aktiviti dan biasanya ia membabitkan rutin harian. “Apabila mereka melakukan satu-satu perkara berulang kali, ia akan merangsang sel otak untuk berfungsi dengan lebih baik,” katanya.
Malah banyak kajian menyarankan kita selalu merangsang otak dengan aktiviti yang mencabar minda seperti teka silang kata, menyelesaikan masalah matematik mudah, bermain Sahibba, membuat kerja kreatif atau banyak membaca.
Apa perlu dilakukan untuk mengekal dan meningkatkan kemampuan minda?
Lau berkata, perkara paling asas ialah mengamalkan gaya hidup sihat, mengambil pemakanan seimbang, jangan terlebih makan atau makan pada lewat malam. Sajian terakhir mestilah sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur untuk memberi cukup masa kepada sistem pencernaan memproses makanan. Jika makan sejurus sebelum tidur, sistem pencernaan masih bekerja ketika tidur dan ini akan membuatkan badan tidak cukup rehat.
“Kurangkan kopi walaupun ada kajian yang mengatakan biji kopi mengandungi antioksida yang boleh merangsang minda. Bagaimanapun, lebih baik jika tidak minum kerana biasanya orang minum kopi secara berlebihan, bukan sekadar secawan sehari. Bahan sampingan dalam kopi seperti gula, jika diambil berlebihan, akan mendatangkan kemudaratan.
“Apabila memasak, pilih kaedah sihat seperti kukus, rebus atau bakar. Elak sayur-sayuran dimasak terlalu lama kerana bahan antioksidan seperti vitamin mudah musnah oleh suhu tinggi,” katanya.
Pada masa sama Lau juga menyarankan kita bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman adalah cara paling mudah dan murah untuk melancarkan aliran darah, sekali gus boleh memperbaiki daya tumpuan, kepekaan dan ingatan. Makan ikut waktu dan mesti bersarapan. Sarapan adalah sumber tenaga pertama selepas badan berpuasa selama enam hingga lapan jam ketika kita tidur.
Sarapan membekalkan tenaga penting yang membantu otak untuk lebih aktif. Malah, ada kajian menunjukkan individu yang bersarapan kurang terdorong memilih makanan banyak lemak ketika sajian selanjutnya (tengah hari dan malam) yang secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah berat badan berlebihan.
Antara saranan diberi pakar pemakanan meningkatkan fungsi otak ialah:
l Lebihkan pengambilan ikan — protein ikan, terutama ikan laut dalam yang mengandungi asid lemak omega 3, boleh membantu mengekalkan kemampuan minda, mengurangkan risiko dementia dan kehilangan ingatan
l Makan kekacang dan sedikit coklat — Ia kaya dengan vitamin E (antioksidan), tetapi jangan ambil berlebihan kerana ia mengandungi banyak lemak
l Lebihkan sayur-sayuran berwarna dan buah-buahan
l Galakkan anak makan telur — kuning telur kaya dengan kolin yang membantu daya ingatan.
l Susu dan yogurt — produk tenusu kaya dengan protein dan vitamin B yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan tisu otak, neurotransmiter dan enzim
l Tidur malam secukupnya (enam hingga lapan jam)
l Kerap bersenam
l Kurangkan makanan ringan
l Berhenti merokok — Kajian ke atas kakitangan kerajaan di Britain menunjukkan perokok mempunyai prestasi kerja yang kurang cemerlang berbanding individu tidak merokok.
l Meditasi untuk merehatkan badan dan menenangkan fikiran — bagi umat Islam, sembahyang dan lain-lain ibadat adalah cara terbaik untuk mententeramkan jiwa.
28 February 2010
Perlu Bijak Tangani Emosi
Perlu bijak tangani emosi
norlaila@hmetro.com.my
2010/02/07
KEMARAHAN, tekanan perasaan dan fikiran yang tidak terkawal boleh menyebabkan orang hilang pertimbangan sehingga sanggup mencederakan orang lain termasuklah ahli keluarga sendiri.
Kemarahan dan tekanan adalah satu interaksi antara tuntutan sekeliling dengan kemampuan seseorang untuk menghadapinya. Apa yang menyedihkan ialah ramai orang tidak sedar mereka dalam keadaan tertekan dan apabila berasa marah, tekanan akan menyebabkan kemarahan itu lebih berapi sehingga mereka tidak dapat lagi membezakan antara perkara yang wajar dan tidak wajar dilakukan.
Menurut Perunding Psikologi Klinikal Fakulti Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Azizah Othman, pakar perubatan mengkelaskan tekanan kepada tiga tahap iaitu:
Tekanan bermula apabila berlaku satu peristiwa yang menuntut lebih daripada kemampuan kita dan bagaimana kita menerima keadaan berkenaan (persepsi) dan bertindak balas bagi menanganinya.
Katanya, menguruskan tekanan bermakna kita perlu menguruskan kemarahan dan lain-lain reaksi yang berpunca daripada tekanan berkenaan. Kita perlu memahami keseluruhan proses tekanan dan bersedia untuk mengubah sebanyak mungkin komponen yang berkaitan sama ada punca, tanggapan dan tindak balas.
“Ini bermakna kita perlu bersedia untuk belajar memahami diri sendiri, mengakui kekurangan yang ada dan mahu berubah menjadi individu yang lebih baik. Kita perlu faham ada banyak perkara dalam dunia ini adalah di luar kawalan kita dan keadaan berkenaan dengan hati terbuka,” katanya.
Antara peristiwa yang menuntut lebih daripada kemampuan kita ialah kerja terlalu banyak, tiada pekerjaan, orang lain berasa marah, anak-anak bergaduh, gagal dalam peperiksaan, jangkaan ketua yang terlalu tinggi terhadap anda, tempat meletakkan kenderaan penuh, kekurangan wang dan pasangan tidak mahu memahami keadaan anda.
Persepsi kita terhadap satu-satu perkara juga boleh menambah tekanan yang sedia ada terutama apabila kita mempunyai tanggapan negatif seperti 'kerja ini susah, saya tidak mampu melakukannya, saya tidak akan dapat membuatkan dia faham, orang tidak suka saya, masalah ini tidak akan selesai, saya tidak pandai, saya orang yang gagal, sudah tiada harapan atau jalan keluar, orang itu memang salah dan mesti dihukum atau dunia ini memang tidak adil.’ “Apabila kita mempunyai persepsi yang negatif, badan akan menunjukkan reaksi fisiologi bagi menyesuaikan dengan tuntutan tekanan berkenaan. Antara reaksi fisiologi yang biasa ialah otot terasa tegang; sakit kepala dan belakang; perut rasa tidak selesa, berdebar-debar dan berpeluh.
“Emosi negatif yang sering dikaitkan dengan tekanan ialah berasa bersalah, sedih, takut, keliru, marah, kecewa dan hampa. Ini adalah emosi yang perlu dielakkan kerana perasaan itu sendiri boleh menjadi punca tekanan dan akan menambah tekanan yang sedia ada,” katanya.
Ini akan diikuti dengan reaksi kepada tekanan sama ada kita mahu melawan, lari atau mengelaknya. Reaksi ini adalah pilihan kita dan antara reaksi yang sering ditunjukkan ialah marah, meninggikan suara, mengucapkan kata-kata kesat, memukul, merajuk, buat tidak peduli, enggan berikan apa yang diminta, meninggalkan tempat berkenaan, mengelak dari bercakap atau jumpa, merokok dan mengambil dadah.
Bagaimanapun, ada juga yang bersikap positif menangani tekanan dengan berbincang untuk menyelesaikan masalah. Namun bukan semua orang boleh bersikap tenang apabila berada dalam keadaan tertekan dan inilah sebabnya kita perlu belajar untuk mengenali diri sendiri supaya tekanan yang dialami tidak akan mencetuskan masalah lebih besar.
Dr Azizah berkata, langkah pertama ialah menstrukturkan fikiran dengan:
Tidak kira betapa anda tidak suka atau benci pada sesuatu perkara atau individu, tetapi cubalah sentiasa sejukkan hati sendiri. Kalau kita berasa geram dan marah pun, ia tidak akan mengubah apa-apa sebaliknya hanya membawa kesan negatif pada diri sendiri. Degupan jantung menjadi laju, tekanan darah meningkat dan emosi ini akan terpapar pada wajah. Justeru, jangan jadikan perkara itu sebagai beban kerana ia tidak membawa kebaikan pada kita.
Pada masa sama, belajar cara untuk menenangkan diri. Ia boleh dilakukan dengan:
“Elakkan meminta maaf atau memberi alasan mengapa anda menolak permintaan individu berkenaan. Walaupun anda berhak menolak, tetapi tolaklah secara berhemah dengan mengambil kira perasaan individu yang meminta bantuan anda,” katanya.
27 February 2010
Jenis Syaitan
Nah ni dia senarai syaitan yang saya cakapkan hari tu...renung-renungkan...
*******************************************************************
Jenis-jenis syaitan yg ada disekeliling kita
" Umar Al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :1. Zalituun - duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda manusia supaya berbelanja lebih dan membeli barang-barang yg tidak perlu.
2. Wathiin - pergi kepada org yg mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap ALLAH.
3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf - berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri org yg berada di tempat2 maksiat.
5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan org yg sukakan muzik sehingga lupa kpd ALLAH. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
6. Masuud - duduk di bibir manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dr kata2 mulut.
7. Daasim ( Berilah salam sebelum masuk ke dalam rumah walaupun tiada org di dalamnya ) - duduk di pintu rumah kita. Jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga, suami isteri cerai berai, suami bertindak ganas memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai lg.
8. Walahaan - menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat yg lain.
9. Lakhuus - Merupakan sahabat org Majusi yg menyembah api/matahari.
http://www.sepaku.net/sepaku-nur-addin/6164-jenis-jenis-syaitan-yg-ada-disekeliling-kita.html
26 February 2010
Tips belajar....
Study Tips
1. When studying, gather all notes, handouts or reference materials on the subject. Once you have done that, try to summarize the important points by listing them down in bullet points. Draw diagrams if necessary. Reread your notes and try to recall how your lecturer or teacher discussed them. Also, many students find it more effective to study together with a buddy. A studying buddy can help you test your skill in memory recall and reinforce your understanding of the subject.
2. Laziness can become a big stumbling block in your studies, but with perseverance, commitment and a little support, it can be overcome. Here are some tips to beat laziness: Firstly, think of your target and goals – you know you can’t be lazy if you want to succeed. Secondly, keep healthy by getting enough rest and sleep, doing regular exercises and not eating too much until you feel too heavy to move. Third, repeat your goals everyday, and when you’re ready, tell the people around you. Lastly, the support that you need may come from your family, friends; or maybe your religion. Or, it can even come from your own self! Every morning and before you go to bed, look at the mirror and tell yourself you will beat your lazines.
3. Successful students don’t spend all their weekend having fun. They set a few hours, especially on the evening before class, to review their schoolwork.
This helps them to be ready to go back to class when another week begins.
4. One of the best ways to understand and remember what you studied is by exchanging questions and answers with a partner. You can play this Question-and-Answer game with a classmate. Or you can form teams and play by giving marks for correct answers and subtracting marks for each wrong answer. The winning team gets a small prize such as a cup of tea or a pencil for each member, but all participants will benefit by learning and remembering along the way!
5. There are many pairs of English words that sound alike, but each has a different meaning. For example, affect means to influence, while effect means the result of something. Be careful to use the correct word so that you will not express something different than what you mean to express. Ask your teacher or lecturer; or just check with the Internet, or a dictionary, when you are not sure. Always write the right word!
6. Always remember that time is a critical resource that you can’t replace when it’s gone. Smart students use their time wisely so that they won’t complain of not having enough time when exams or assignment deadlines are around the corner. Stick a large calendar up on your wall, behind the door, on the wall of a cupboard etc and look at it daily so that you always know the number of days you have before the exam or assignment deadline.
7. Review reading assignments and exercises just before class, or before preparing your school bag. Then, review what you have learned immediately after class, or on the same day when you get home. This way, you will be better prepared to absorb lessons during class, and will remember what you have just learned.
- Education News Update, Bernama.
16 February 2010
Diet yang betul
MASALAH berat badan sering menyebabkan remaja kurang berkeyakinan dan berasa rendah diri. Keinginan untuk tampil cantik dan bergaya pasti diidamkan oleh semua anak muda.
Namun ramai remaja tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk berdiet dan mengawal pemakanan mereka. Lebih menyedihkan mereka mengambil jalan singkat dengan memilih pil diet yang mampu menjejaskan kesihatan.
Ada juga remaja yang terikut-ikut rejim diet yang ketat sehingga mengakibatkan mereka mengalami penyakit seperti anoreksia dan bulimia.
Cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan gabungan penjagaan pemakanan dan juga senaman yang teratur.
Bagi mereka yang ingin mengurangkan kilogram pada berat, GenK sediakan beberapa tip khas untuk remaja. Selamat mencuba!
Minum banyak air
Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Bawalah bekal air masak anda sendiri setiap kali pergi ke sekolah atau pun bersiar-siar.
Diet buah-buahan dan sayuran
Makan banyak buah-buahan dan biasakan memilih sayuran sebagai salah satu lauk dalam hidangan setiap kali makan. Jadikan ia hidangan wajib setiap hari.
Lebihkan pengambilan bijirin
Bijirin penuh amat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi gentian, vitamin B, zat besi, mineral, vitamin B, E dan nutrien fito. Pengambilan sarapan seperti bijirin amat baik untuk pelajar sekolah dalam meningkatkan daya kecerdasan minda.
Tentukan tahap kelaparan
Sebelum membuat keputusan untuk makan, tentukan sama ada anda benar-benar lapar atau hanya sekadar memenuhi permintaan rakan untuk menemaninya makan bersama. Ia akan menyebabkan anda mengambil makanan melebihi daripada keperluan.
Kurangkan minuman bersoda
Remaja sememangnya menggemari minuman bersoda. Tahukah anda setin minuman soda mengandungi lapan sudu teh gula iaitu melebihi keperluan pengambilan gula sehari bagi wanita iaitu enam sudu teh bersamaan 100 kalori atau sembilan sudu teh gula bagi lelaki bersamaan 150 kalori.
Menimbang berat setiap minggu
Dengan menimbang berat setiap minggu anda akan tahu perkembangan berat anda. Ia membantu dalam usaha untuk menurunkan berat badan.
Kawal pengambilan makanan
Setiap kali waktu makan, cuba kurangkan pengambilan makanan seperti biasa. Mungkin ia agak sukar pada permulaan namun lama kelamaan anda akan biasa dengan jumlah pengambilan makanan tersebut. Jika anda merasakan ia tidak mencukupi, tambahkan dengan buah-buahan.
Prihatin dengan makanan
Luangkan sedikit masa untuk mengira jumlah kalori yang diambil pada setiap hidangan. Anda boleh layari Internet dan mendapatkan informasi mengenai jumlah kalori terhadap makanan di Malaysia. Ini boleh mengelakkan anda daripada mengikuti diet yang salah. Sebagai contoh, ramai mengelak untuk mengambil nasi dan menggantikan dengan roti putih. Tahukah anda kalori empat keping roti putih bersamaan dengan sepinggan nasi.
Elakkan makan malam
Elakkan makan selepas pukul 8 malam. Sekiranya anda lapar, makanlah biskut dengan air panas seperti air coklat. Jadilah lebih prihatin dengan apa yang anda makan dan pilihlah makanan yang sesuai.
Jangan biarkan diri kelaparan
Menahan lapar bukanlah sesuatu yang bagus untuk menurunkan berat badan. Tahukah anda menahan kelaparan boleh mengakibatkan tahap metabolisme badan anda rendah dan ini akan melambatkan proses pembakaran lemak?
Bersenam
Perkara yang paling penting dalam menurunkan berat badan adalah dengan bersenam. Bersenam boleh membakar setiap kalori makanan yang diambil. Pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman ringkas. Elakkan menggunakan lif sebaliknya gunakan tangga. Jika hendak ke kedai naiklah basikal atau berjalan kaki.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0216&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_02.htm
08 February 2010
Ciri Muslim Unggul
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar
Islam amat menekankan pembangunan modal insan berasaskan ciri pembinaan sahsiah dan keperibadian Muslim. Ia kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah SWT dan khalifah diberi kelebihan serta kekuatan ilmu.
Keunggulan keperibadian manusia hendaklah disulami dengan akhlak mulia, ilmu pengetahuan berpaksikan kepada kebesaran Allah SWT dan ketakwaan kepada-Nya.
Namun, apa yang menyedihkan sekarang ini, kita melihat wujud segelintir umat Islam tidak mampu menjadi contoh kepada orang lain. Umat Islam tidak memiliki akhlak mulia atau menjadi idola kepada orang lain.
Akhbar juga sering melaporkan ada umat Islam terbabit dengan rasuah, penyalahgunaan dadah, pelacuran, jenayah dan pelbagai perbuatan berlawanan dengan ajaran agama itu sendiri.
Lebih dahsyat lagi umat Islam dikatakan ketinggalan dalam kebanyakan bidang kerana mereka meninggalkan agama dalam kehidupan mereka. Apa saja dikaitkan kepada Islam dikatakan mundur, ketinggalan zaman dan tidak sesuai.
Mereka mencemuh akhlak Islamiah sebaliknya mendewa-dewakan apa saja dibawa dari Barat. Semua perkara dilihat hanya daripada lensa Barat dan mengetepikan panduan serta syariat digariskan Islam.
Dalam membahaskan ciri seorang Muslim, seorang ilmuwan Islam, Syeikh Hassan Al-Banna menggariskan 10 ciri jitu lagi mantap untuk memenuhi apa yang dikatakan 'keperibadian Muslim yang unggul'. Semua ciri ini saling lengkap melengkapi bagi menonjolkan kecemerlangan sahsiah Islam. Ciri itu adalah:
• Akidah yang bersih. Ciri ini amat penting kerana ia menjadi teras kepada pembangunan modal insan sebenar. Dengan ada akidah yang mantap, sudah pasti umat Islam tidak akan tergelincir daripada landasan syariat Islam yang betul. Ia juga adalah suatu piawaian ke arah penyerahan diri seperti diikrarkan dalam solat di mana solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semuanya bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam.
• Ibadat yang betul. Ibadat yang betul akan menjurus kepada keikhlasan dan pembentukan peribadi yang mulia. Ia menunjukkan sesuatu ibadat itu mesti bersumberkan sumber yang betul, terdiri daripada al-Quran dan al-Sunnah serta sumber lain diterima ulama.
• Akhlak yang mulia. Perilaku ini harus dimiliki setiap Muslim kerana akhlak mulia bukan saja akan menjaga hubungan antara makhluk, malah hubungan antara makhluk dan Penciptanya.
• Kekuatan jasmani. Daya tahan yang kuat sehingga dapat melaksanakan tuntutan agama yang optimum amat diberi perhatian dalam Islam. Islam tidak pernah mengasingkan kekuatan fizikal dalam mencari keredaan Allah SWT. Ia amat jelas dilihat kerana beberapa amalan dalam Islam memerlukan kekuatan fizikal yang mantap seperti solat, puasa dan haji. Kekuatan jasmani adalah pencegahan kepada pelbagai penyakit.
• Cerdas berfikir. Kecerdasan berfikir akan membawa kepada intelektualisme. Seorang intelek adalah aset kepada masyarakat. Oleh itu, seorang Muslim perlu memiliki wawasan luas dan kemampuan inteleknya tidak harus diragui orang lain.
• Berjuang melawan hawa nafsu. Oleh kerana setiap manusia memiliki kecenderungan kepada sesuatu yang baik dan buruk, perlulah suatu semangat untuk melawan hawa nafsu yang buruk. Kesungguhan melawan hawa nafsu ini perlu disemai dalam diri umat Islam kerana ia akan berupaya melawan pelbagai maksiat dan kemungkaran.
• Pandai menjaga waktu. Ia faktor penting bagi manusia khususnya kepada orang Islam. Umpamanya Islam mengajar perancangan waktu seperti solat pada awal waktu. Solat pada awal waktu perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian sebagai pengurusan masa yang tepat. Setiap tindakan kita perlu dirancang mengikut waktu sesuai.
• Teratur dalam urusan. Ciri ini memerlukan profesionalisme dalam sesuatu urusan. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban dalam melakukan sesuatu urusan akan menjadikan sesuatu perkara itu dapat dijayakan dengan cemerlang.
• Memiliki kemampuan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkan hanya boleh dilakukan sekiranya kita memiliki kemampuan dan kekuasaan dari segi pengetahuan, ekonomi dan sebagainya.
• Bermanfaat kepada orang lain. Ciri ini akan menghakis sikap mementingkan diri sendiri dan sentiasa prihatin kepada kebajikan orang lain. Seseorang Muslim perlu berusaha menjadikan dirinya bermanfaat kepada orang lain. Jika pun beliau tidak memegang jawatan tinggi, sekurang-kurangnya kita boleh bermanfaat kepada ahli keluarga dan sahabat handai.
Semua ciri itu penting serta perlu ada bagi membangunkan modal insan. Walaupun ia mungkin menggunakan nama baru, ulama terdahulu sudah membincangkannya dengan panjang lebar seperti olahan dibuat Hassan Al Banna.
Pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pembangunan modal insan amat dititikberatkan oleh kerajaan. Ia menggariskan lapan teras Dasar Pembangunan Modal Insan merangkumi penambahbaikan sistem penyampaian pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat. Pembangunan kemahiran keusahawanan juga diberi penekanan pada rancangan itu.
Justeru, sekiranya formula pembangunan modal insan itu digarap dengan mengambil kira ciri digariskan Hassan Al-Banna, sudah pasti negara akan mencapai kecemerlangan kerana adunan itu akan menghasilkan natijah amat positif apabila insan yang dibangunkan itu bukan saja berguna kepada masyarakat, malah menjaga hubungan baik mereka dengan Pencipta.
Dengan cara ini akan lahir manusia yang mengejar kejayaan di dunia dan tidak sekali-kali mengabaikan persediaan mereka di akhirat nanti.
Penghayatan sebenar terhadap syariat Islam amat penting bagi membangunkan modal insan di Malaysia. Oleh itu, bagi menjayakan RMK-9, program berterusan berteraskan kepada sepuluh ciri yang ditulis di atas perlu dibuat.
Dengan cara berkenaan , negara kita akan terus maju di samping tidak mengetepikan aspek kerohanian dan spiritual.
Kemajuan yang dikejar bukanlah bersifat kemajuan material semata-mata, malah ia menjurus kemajuan yang bersifat spiritual.
Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Semua tulisan boleh dilayari di http://peguamsyarie.blogspot.com/ dan sebarang komentar boleh dihantar ke exco_pgsm@yahoo.com
31 January 2010
Tangani Stres dengan Amalkan 10B
Apakah itu stres?
Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.
Apakah punca-punca stres?
Punca-punca stres terdiri daripada :
Dalam diri
- Cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi
- Rasa tidak selamat
- Pengalaman zaman kanak-kanak
- Peristiwa dalam kehidupan
- Perwatakan / personaliti
- Dilema dalam membuat keputusan
- Stres keibubapaan
Sosial
- Berpindah rumah
- Konflik keluarga, penceraian, krisis hidup
- Stres perkahwinan dan rumah tangga
- Perhubungan interpersonal yang bermasalah
- Masalah di tempat kerja
- Cabaran kehidupan di kota atau di bandar
- Masalah/ perubahan persekitaran
- Masalah kewangan
Psikologi
- Jenis Personaliti
- Tragedi
- Hilang orang yang dikasihi
- Kurang keyakinan diri
- Takut untuk gagal
Biologi
- Penyakit fizikal yang kronik
- Perubahan dalam tubuh (remaja)
- Kenali tanda-tanda stres anda…
Tanda-tanda fizikal
- Kering mulut
- Gementar
- Sakit kepala
- Masalah tidur
- Perubahan selera makan
- Cepat letih
- Lenguh-lenguh badan
- Jantung berdebar-debar
- Pernafasan semakin laju
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
- Letih lesu
Tanda-tanda psikologi
- Gelisah
- Hilang sabar
- Mudah marah
- Lemah semangat
- Risau dan bimbang
- Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
- Mudah lupa
- Takut gagal
- Rendah diri
- Keresahan
- Tidak merasa seronok
- Bosan
- Low mood dan murung
Tanda-tanda tingkah laku
- Merokok berlebihan
- Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
- Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
- Penyalahgunaan dadah dan alkohol
- Masalah tabiat makan
- Amalkan tips mudah tangani stres serta merta...Amalkan 10B
Bertenang
Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
Bernafas secara dalam
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
Berkata : Relakslah.... Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.
Beribadat
Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang
Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.
Berurut
Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.
Berehat & mendengar muzik
Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.
Beriadah
Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.
Bersenam
Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.
Berfikiran Positif
Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.
Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.
http://hsmanjung.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=13
30 January 2010
Selawat ke atas Rasulullah perintah wajib
Manakala apabila kita mendengar orang menyebut Rasulullah atau apa-apa nama baginda hendaklah berselawat ke atas baginda (Sallallahu alaihi wa sallam). Bagi mereka yang tidak mengendahkan selawat ke atas baginda digolongkan dalam golongan yang bakhil dan rugi serta macam-macam ancaman lain.
Maka ada beberapa perkara yang perlu diketahui umum kenapa wajib kita berselawat ke atas Nabi SAW berbanding Nabi-Nabi yang lain.
1- Apabila seseorang itu berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana menurut perintah Allah SWT sedang Allah juga berselawat ke atas baginda maka selawat Allah SWT bermaksud pujian dan kemuliaan baginda berbanding Rasul dan Nabi yang lain. Manakala selawat manusia ke atas baginda bermaksud doa supaya Allah SWT mengangkat kedudukan baginda ke tempat yang lebih terpuji.
2- Sebagai mentaati perintah Allah SWT ke atas hamba-hambanya agar berselawat ke atas baginda SAW. Dalam surah al-Ahzab Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SWT); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56)
Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa berterusan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Juga bermaksud kedudukan baginda serta kenikmatan yang diperoleh baginda sama ada di dalam alam barzakh mahupun di dalam syurga adalah sentiasa bertambah dan lebih mulia berbanding dengan Nabi-nabi yang lian.
Sekali gus para ulama berpendapat bahawa Allah SWT hanya berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW secara khusus berbanding dengan Nabi-nabi yang lain. Adapun Nabi dan Rasul-rasul yang lain menerima ucapan kesejahteraan dengan ucapan salam tanpa selawat. Di dalam sepotong hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat yang bernama Bashir bin Sa'ad: Kami diperintah Allah agar mengucapkan selawat ke atas kamu wahai Rasulullah, maka bagaimana caranya kami harus mengucapkan selawat itu, lalu baginda diam terlalu lama sehingga ada yang mengharap alangkah baiknya kalu dia tidak bertanya soalan itu kepada baginda. Kemudian barulah baginda bersabda bahawa: " Ya Allah selawatlah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau telah memberikan selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan anugerahi ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau anugerahi Nabi Ibrahim dan ahli keluarga Nabi Ibrahim di dalam alam sekelian, sesungguhnya engkau adalah yang Maha terpuji lagi Maha Mulia. Kemudian ucapkanlah salam sebagaimana yang telah kamu ketahui. (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasaie, al-Tarmidzhi).
3- Berselawat ke atas Rasulullah SAW adalah wajib berdasarkan ayat di atas. Kewajipan ini ditunaikan melalui solat lima waktu yang menjadi selawat itu wajib dalam setiap tasyahud.
3- Baginda Rasulullah SAW adalah penutup seluruh Anbiya, baginda telah menyempurnakan syariat bagi panduan hidup manusia.
4- Baginda Rasulullah SAW adalah pemilik syafaat di mahsyar, bagi mereka yang taat kepada perintah Allah dan Rasulul-Nya juga memperbanyakkan selawat ke atas baginda akan mendapat syafaat.
5- fadilat selawat yang sangat agung, melalui selawat Allah menjanjikan keampunan, kelapangan, keberkatan, kerahmatan dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang menanti orang yang banyak berselawat.
Utusan Malaysia Online, 29/1/2010
24 January 2010
Dadah : Pencegahan bermula di rumah
22 January 2010
7 Kesilapan Lazim Dalam Mengurus Wang
Bijak merancang ketika berbelanja
Jika anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenal pasti terlebih dulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan supaya anda dapat belajar daripadanya.
Gagal Merancang
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah "Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya".
Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat `merancang kewangan' akan membolehkan anda menjadi seorang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.
Berbelanja Melebihi Kemampuan
Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan juga iklan di sekeliling kita. Ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman.
Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yang amat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan selepas ditolak bayaran pelbagai pinjaman, kad kredit, bil dan sebagainya.
Berbelanja Menggunakan Kad Kredit
Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad.
Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari.
Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Justeru, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat.
Lewat Menabung Untuk Hari Tua
Untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Bagaimanapun, masih ramai terutama mereka yang sudah hampir bersara, masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan diperlukan.
Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang bertambah.
Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian
Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Justeru, pastikan anda meneliti ciri sesuatu produk pelaburan berkenaan dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.
Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan
Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama jika kita hilang pendapatan/pekerjaan.
Tanpa insurans atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.
Terlampau Memikirkan Pasal Wang
Dalam usaha memupuk tabiat merancang kewangan, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan.
Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri mengenai kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.
Artikel ini disediakan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC). Sila layari laman web Pelabur Malaysia, www.min.com.my untuk mendapatkan tip pelaburan bijak.
Sumber Maklumat: Fomca
Insurans
Panduan penting apabila membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful.
Benar-benar memahami polisi insurans atau pelan takaful anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.
Memastikan premium insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.
Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.
Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.
Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.
Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman.
Panduan membeli insurans hayat
Pastikan anda membeli daripada syarikat insurans berlesen melalui ejen insurans yang sah.
• Membeli insurans hayat merupakan satu perkara yang penting sebagai jaminan kewangan untuk keluarga di masa hadapan. Senarai syarikat insurans berlesen boleh diperolehi di laman web Bank Negara Malaysia dan sekiranya anda perlu maklumat lanjut, hubungi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).
Buat perbandingan kadar premium
• Meneliti dan membuat perbandingan kadar premium dan manfaat insurans daripada beberapa syarikat insurans. Pastikan anda membuat perbandingan di antara polisi yang serupa kerana tidak semua polisi insurans mempunyai manfaat yang sama.
Fahami skop perlindungan, terma dan syarat polisi
• Pastikan anda memahami semua peruntukan di dalam polisi yang ingin anda beli. Jika perlu, dapatkan penerangan daripada syarikat insurans. Berhati-hati jika anda dijanjikan bonus atau skala dividen.
Elakkan sebarang perlindungan yang tidak perlu
• Jangan rasa tertekan untuk membeli produk-produk yang dipakej sekali yang mungkin mengandungi perlindungan tetap yang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pilihan bagi mendapatkan perlindungan tambahan atau rider dengan premium tambahan yang memberi nilai pulangan yang lebih baik.
Pastikan insurans hayat yang dicadangkan benar-benar sesuai untuk anda
• Semak polisi yang dicadangkan dengan teliti bagi memastikan ia menepati keperluan peribadi anda.
Periksa tarikh insurans anda berkuat kuasa
• Tarikh insurans anda berkuat kuasa mungkin berbeza daripada tarikh syarikat insurans anda mengeluarkan polisi itu. Tanya ejen insurans anda bilakah tarikh polisi anda berkuat kuasa.
Isi borang permohonan anda dengan teliti
• Jangan menandatangani cadangan atau borang permohonan kosong. Pastikan semua maklumat di dalam borang cadangan anda lengkap dan tepat bagi mengelakkan kelewatan atau tuntutan ditolak.
Pastikan premium dibayar kepada syarikat insurans
• Pastikan anda membuat pembayaran cek atau kiriman wang kepada syarikat insurans dan bukan kepada ejen insurans dan minta resit selepas pembayaran sebagai bukti pembayaran.
Baca polisi anda apabila anda menerimanya
• Anda diberi masa selama 15 hari untuk meneliti kandungan polisi selepas menerimanya. Gunakan peluang ini untuk memastikan polisi itu benar-benar sesuai untuk anda.
Sumber: Info Insurans
Hak-Hak Pengguna
Hak untuk mendapat ganti rugi jika barangan yang dibeli tidak berkualiti
Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya
Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.
Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.
Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.
Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.
Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.
Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.
Sumber Maklumat: Fomca
17 January 2010
Mengatasi Tekanan Perasaan Cara Islam
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
Perbanyakkan membaca Al-Quran
Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Bersangka baik dengan Allah
Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Amal diet dengan disiplin yang kuat
Menangis dengan sepuas hati
Hargai kebolehan diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.