Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

24 January 2010

Dadah : Pencegahan bermula di rumah

Pencegahan Bermula di Rumah

Apakah itu dadah?
- Dadah bermaksud ubat-ubatan ataupun bahan seperti ganja, heroin, marijuana dan sebagainya yang merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakannya berlanjutan. Dengan kata lain, merosakkan kesihatan, membawa maut dan lain-lain. ( Kamus Dewan edisi keempat, 2005).
- Dadah ialah apa jua bahan kimia psikoaktif sama ada asli atau tiruan apabila dimasukkan ke dalam tubuh akan mengubah fungsi struktur badan manusia di mana penyalah gunaannya menyebabkan seseorang sentiasa bergantung pada bahan itu serta mendatangkan bahaya dan kerosakkan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara ( James Scarzelli, 1983).
Kenapa Individu Menagih Dadah?
- Majoriti mereka bermula dengan tabiat merokok.
- Majoriti mula bereksperimentasi dengan dadah di usia antara 14-16 tahun, malah ada yang lebih awal.
- 2 faktor utama remaja menggunakan dadah adalah faktor rakan sebaya dan faktor keluarga.- Ibu bapa selalunya orang yang terakhir mengetahui anak mereka terlibat dengan dadah. Mereka selalunya akan bercerita kepada rakan mereka.
Kaitan Antara Keluarga dan Penagih Dadah
- Selalunya, anak-anak mencuba dadah sebagai cara mengendalikan gangguan emosi.
- Bagi anak-anak yang menggunakan dadah, peranan rakan sebaya lebih berpengaruh berbanding kedua ibubapa.
- Setiap individu yang menagih selalunya menunjukkan tanda-tanda awal yang boleh di kesan oleh ibu bapa antaranya;
> mengelak daripada bertentangan mata
> nafas atau pakaian berbau arak, rokok atau kimia
> mata layu, merah dan retina membesar tanpa sebab
> tingkah laku khayal atau mabuk
> terlalu gembira atau sedih tanpa munasabah
> bertindak agresif atau tingkah laku tidak terkawal
> mengasingkan diri dari keluarga
> perubahan cara bercakap, pakaian dan tingkah laku
> pergaulan bersama kawan-kawan negatif
> ponteng sekolah
> lari dari rumah
> sering berbohong
> kehilangan barang berharga dan wang ringgit
> menemui peralatan menggunakan dadah
> terlibat dengan kenayah
> tanda-tanda ketagihan
> marah tidak menentu
> sering balik lewat malam
> perubahan rutin harian
- penagihan juga adalah hasil daripada suasana keluarga yang bertoksik
Keluarga Toksik - tanpa disedari?
- Keluarga bertoksik ini menggambarkan perlakuan negatif ahli keluarga meninggalkan kesan yang mendalam serta mencederakan pertumbuhan psikologi ahli keluarga yang lain.
- Ibubapa bertoksik mencederakan kendiri anak-anak melalui perlakuan, perbuatan serta perkataan mereka.
- Ibubapa yang melakukan penderaan dari sudut fizikal, seksual, selain ibubapa yang mengabaikan keperluan emosi anak-anak.
Contoh Perhubungan keluarga bertoksik
- Bila seseorang anggota keluarga merasa disakiti emosi, fizikal, spiritual oleh ibubapa, adik beradik serta ahli keluarga yang lain.
- bila ibubapa mempunyai masalah lalu melepaskan kemarahan serta bebanan kepada anak.
- bila ibu dan bapa bertengkar di hadapan anak-anak.
- bila abang atau kakak mempunyai masalah dengan ibubapa tetapi melepaskannya kepada adiknya.
- bila ibubapa bersikap terlali mengkritik (hypercritical) terhadap anaknya senhingga menyebabkan kecacatan kendiri.
- perbalahan adik beradik hingga berlarutan/berpanjangan.
Sikap ibubapa yang mendorong anak menjadi penagih
> terlampau masuk campur dalam hal anak
> terlalu mengongkong
> mamaksakan kehendak anak
> membuat tuntutan yang tidak realistik
> membuat peraturan yang mengelirukan
> membezakan kasih sayang
> mudah ditipu/diperdaya oleh anak
> takut kepada anak
> merasa bersalah pada anak
> membandingkan anak dengan orang lain
> amat mudah memberikan wang
> berpendirian kolot
> mendidik secara yang tidak seimbang
> memberikan tauladan yang negatif
> keterlaluan memberikan kebebasan
> melakukan keganasan/penderaan
> berkomunikasi secara yang tidak efektif
> tidak membimbing tentang kedewasaan
> tidak mengajar anak untuk berdikari
> kurang faham tentang jiwa remaja
> jarang memberikan penghargaan/pujian
> gagal memberikan tumpuan yang optimal
> tidak membina ketahanan diri si anak
> mengutamakan keperluan emosi mereka
Peranan ibubapa dalam memulakan pencegahan awal dadah di rumah
- banyakkan diskusi dengan anak tentang pelbagai perkara.
- luangkan masa dan dengar masalah anak.
- jika boleh, sembahyang jemaah dengan anak-anak untuk menerapkan nilai agama dan kebersamaan.
- perlu berinformasi dan bermaklumat berkaitan dadah.
- peka terhadap tanda-tanda awal remaja yang 'at risk'.
- menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.
- bimbing dan latih anak dalam membuat keputusan.
- mewujudkan suasana menyeronokan di rumah.
- ketahui apa yang anak lakukan serta perkembangangnya.
- kenali rakan sebaya anak anda.
- amalkan apa yang di ajarkan kepada anak.
Sumber: Bacaan bahan Pengasih Malaysia.

No comments: