Followers

Carian dalam Blog ini

26 January 2010

Yang di-Pertuan Agong



Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengangkat keris kerajaan sempena Majlis Pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong XIII pada 26 April 2007 di Istana Negara.
Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia


Perkara 32(1) dan 32(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

"32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya.

(1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenadakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.
(2) Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong."

Perkara 182 dan 183 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:

"182. Mahkamah Khas.
(1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.
(2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1).
(3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri walau di mana pun kuasa tindakan berbangkit.
(4) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa yang sama seperti yang terletakhak pada mahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan melalui Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang persekutuan dan hendaklah mempunyai pejabat pendaftarannya di Kuala Lumpur.
(5) Sehingga Parlimen, melalui undang-undang, membuat peruntukan khas yang berlawanan berkenaan dengan prosedur (termasuk pendengaran prosiding secara tertutup) dalam kes-kes sivil atau jenayah dan undang-undang yang mengawalselia keterangan dan pembuktian dalam prosiding sivil dan jenayah, maka amalan dan prosedur yang terpakai dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah bawahan, mana-mana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan hendaklah terpakai dalam mana-mana prosiding dalam Mahkamah Khas.
(6) Prosiding dalam Mahkamah Khas hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.
(7) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim Negara, membuat apa-apa kaedah yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat untuk membuat peruntukan bagi penghapusan apa-apa kesulitan atau anomali jua pun dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam pelaksanaan apa-apa fungsi, perjalanan apa-apa kuasa, penunaian apa-apa kewajipan, atau pembuatan apa-apa perbuatan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang mungkin disebabkan oleh Perkara ini, dan bagi maksud itu kaedah-kaedah itu boleh membuat apa-apa pengubahsuaian, adaptasi, penggubahan, pertukaran atau pindaan jua pun kepada mana-mana undang-undang bertulis.

"183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.
Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri."

No comments: