Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

22 January 2010

Pembentukan Rang Undang

Pembentukan Rang Undang

Perkara 66 menjelaskan kuasa Parlimen dalam mengubal undang-undang. Rang undang-undang itu mestilah diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen.

• Sesuatu rang undang-undang itu boleh dikemukakan permulaannya di mana-mana dewan (biasanya bermula di Dewan Rakyat) dan kemudian di bawa ke Dewan Negara. Ada juga rang undang-undang yang bermula di Dewan Negara, dalam keadaan ini setelah melalui peringkat bacaan ketiga, rang undang-undang itu hendaklah dibawa ke Dewan Rakyat.

• Rang Undang-undang Awam/Kerajaan (Public Bills) merupakan rang undang-undang yang paling kerap dan mustahak dikemukakan di Parlimen. Rang Undang-undang jenis ini ialah rang undang-undang yang melibatkan keseluruhan undang-undang yang berhubung dengan dasar awam dan ianya dikemukakan oleh kerajaan.

• Sebelum diluluskan, sesuatu rang undang-undang itu mestilah melalui tahap-tahap berikut:

i. Bacaan Pertama:

Ia dilakukan secara formal, ringkas dan tidak ada apa-apa
perdebatan dibenarkan;

ii. Bacaan Kedua:

Ia dilakukan sekiranya rang undang-undang telah dicetak dan diedarkan
kepada ahli dewan. Rang undang-undang akan dibincangkan secara teliti di
mana ahli-ahli dewan dibenarkan membahaskan rang Undang-undang
tersebut dan mereka boleh menyokong atau membangkang rang undang
undang berkenaan melalui undi;

iii. Peringkat Jawatan kuasa:
Sesudah dibahas rang undang-undang dirujuk kepada suatu jawatankuasa.
rang undang-undang akan dibaca dan dibahas secara lebih terperinci.
Jawatan kuasa berkenaan berhak mengubahsuai dan meminda rang
undang-undang jika perlu;

iv. Bacaan Ketiga:
Bacaan ketiga ini ringkas dan perdebatan hanyalah kepada beberapa
kandungannya sahaja. Kemudian dilulus dan dibawa ke Dewan Negara.

• Apabila sesuatu rang undang-undang itu diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen ia hendaklah diserahkan kepada YDPA untuk diperkenankan dan dalam masa tempoh 30 hari YDPA baginda hendaklah memperkenankan rang undang-undang itu.

• Rang undang-undang yang diperkenankan oleh YDPA akan menjadi undang-undang yang dikenali sebagai Akta Parlimen. Undang-undang ini kemudiannya akan diwartakan untuk dikuatkuasakan.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=290%3Apembentukan-rang-undang&catid=13%3Amaklumat-kenegaraan&Itemid=20

No comments: