Followers
Carian dalam Blog ini
11 July 2013
Madah Bercabai 19
kian menjadi barah di dada
tiada pasukan kelas A ingin berlawan
tiada pasukan mahu adakan perlawanan
kerana kos mendobi baju pun tak berboloi...
sunggup menyedihkan.
CNM, 11/7/13
Madah Bercabai 18
dah orang masakkan
dah orang hidangkan
dah orang kejutkan
bangunlah tanpa menyakitkan hati
ini tidak
berdengkur sampai pagi
dah sedar marah bini
konon tak kejutkan sahur
hampeh!
kalau boleh makan dalam tidur
rasanya disuruh sumbat takut kebulur...
CNM, 11/7/13.
Madah Bercabai 17
bila silap langkah
itu dikatakan sebab "syaitan"
manusia mencari alasan
nah! di bulan ramadan
sebab syaitan jugakah?
makanan dibeli tak ikut keperluan
belian ikut nafsu makan
berlebihan
sudahnya campak ke longkang.
adakah manusia di bawah alat kawalan jauh syaitan?
CNM, 10/7/13
Madah Bercabai 16
bila puasa tiba
ramadhan pertama
dah beli baju raya
konon takut naik harga
tapi logiknya macam tak suka
hanya hari raya ada dalam minda...
CNM, 6/7/13, THMK
Madah Bercabai 15
belum lagi berpuasa
sudah memutar mainkan lagu raya
sedang ramadhan sangat mulia
dialah bulan yang disebut dalam Al-Quran Yang Esa
bulan yang penuh tawaran menyuci dosa
bulan yang dijanjikan pahala berlipat ganda
tanpa ramadhan, syawal tak tiba...
CNM, 6/7/13, THMK.
Madah Bercabai 14
ramai pula secara tiba-tiba
yang diserang gastrik
belumpun lagi
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
muncul di TV istihar hari puasa
jangan marah ya
ini fakta bukan auta...
CNM, 6/7/13, THMK
15 July 2010
Madah Bercabai 13: Moden, mentaliti masih kelas 3
Ini satu contoh yang menjejaskan kebersihan persekitaran. Bagaimana pula pencemaran yang dilakukan yang kesannya boleh membawa pelbagai wabak penyakit berbahaya.? Kita kerapkali melaungkan ingin mencapai status negara maju. Realitinya masih ramai warga negara bermentaliti "kelas 3".
Kesedaran perlu datang dari hati individu bukan dari paksaan pihak lain.
TQ
01 March 2010
Madah Bercabai 12 : Kesian 'Sang Belang'...
Ini jelas diisyaratkan Allah dalam surah Ar-Ruum ayat 41: Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia sendiri; (timbulnya demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
***********************************************************
28 Februari, 2010 19:22 PM
Kemusnahan Habitat Antara Punca Kepupusan Harimau Belang
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama)-- Projek pembangunan dan pembalakan haram yang memusnahkan habitat semulajadi harimau belang merupakan antara punca kepupusan populasi haiwan itu, kata Pesuruhjaya Antarabangsa Persekutuan Pengakap Malaysia Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman.
Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Lipis, Pahang berkata ramai yang tidak menyedari bahawa penebangan pokok-pokok hutan menjejaskan kawasan kehidupan harimau belang, yang populasinya kini hanya kira-kira 500 ekor di Semenanjung Malaysia.
"Hutan-hutan ditebang dan secara tidak langsung makanan harimau semakin berkurangan...harimau belang memerlukan kawasan yang luas untuk mencari makanan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen konservasi Harimau Belang "Scout For Nature (SFN) Stripes R iCon" di Zoo Negara dekat sini.
Beliau berkata harimau belang merupakan ikon di Malaysia dan jika tidak dijaga populasinya, ia mungkin hanya tinggal nama.
-- BERNAMA
24 February 2010
Madah Bercabai 11 : EQ lebih hebat dari IQ
TQ
*****************************************************************
Bebaskan diri daripada tekanan
23/2/2010
![]() |
| Jangan biarkan hidup sentiasa diselubungi tekanan. |
TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, berprasangka buruk dan berdendam.
Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menanganinya dengan bijak.
Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian.
Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri.
Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik.
Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.
Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.
Antara punca tekanan ialah sifat terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.
Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.
Di bawah terdapat beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi tekanan dalam menghadapi dugaan hidup.
Senyum
Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka. Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian? Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.Cubalah, pasti merasai kelainan.
Bersendirian
Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
Bertenang
Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling.Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada tekanan yang di hadapi juga akan berkurang.
Peluk sesuatu
Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.
Lavender
Bagi yang suka pada aroma terapi minyak pati lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap tekanan anda. Ini kerana minyak Lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan tekanan.
Kasih sayang
Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.
Allah
Ikutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang. Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diari terhadap-Nya.
Ceria
Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada di sekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.
19 February 2010
Madah Bercabai 10 : Gajah gedebak depan mata tak nampak...
*************************************************************
Pengangguran AS kekal tinggi
![]() |
| Rakyat Amerika Syarikat sedang mendapatkan peluang pekerjaan di salah sebuah pusat pencarian kerja ketika jumlah pengangguran meningkat sekali gus mencetuskan kebimbangan berulangnya kemelesetan ekonomi di negara itu. - REUTERS |
WASHINGTON 18 Feb. - Kadar penggangguran di Amerika Syarikat (AS) dijangka kekal tinggi dalam tempoh dua tahun lagi berikutan kebimbangan terhadap berulangnya kemelesetan ekonomi menyebabkan pemulihan ekonominya berada di tahap sederhana, kata Bank Pusat negara itu.
Rizab Persekutuan AS berkata, negara diramal mengambil masa sedikit untuk mengembalikan keadaan ekonomi dan pasaran kerja seperti sediakala, tetapi tidak menyatakan sebarang unjuran masa.
''Sebelum ini dicadangkan ia mungkin mengambil masa lima atau enam tahun bagi mengembalikan keadaannya.
''Bagaimanapun, sekumpulan minoriti berpendapat Kerajaan AS akan mengambil masa lebih daripada itu,'' kata Bank Pusat itu.
Mengenai unjuran terkini ekonomi, Rizab Persekutuan berkata, kadar pengangguran tahun ini berada sekitar 9.5 hingga 9.7 peratus manakala tahun depan dianggar antara 8.2 dan 8.5 peratus.
''Menjelang 2012, kadar pengangguran itu adalah antara 6/6 peratus hingga 7/5 peratus,'' tambahnya.
Kadar normal bagi pengangguran pada sekitar 5.5 dan enam peratus.
Para pembuat dasar persekutuan itu menjangkakan proses pemulihan ekonomi di kekang oleh ketidaktentuan isi rumah dan perniagaan.
Di sebaliknya, hanya terdapat pemulihan yang berperingkat-peringkat dalam pasaran buruh dan peningkatan perlahan kredit dalam sektor perbankan.
Berbanding penurunan itu, Rizab Persekutuan mengunjurkan ekonomi AS kembali tumbuh antara 2.8 peratus dan 3.5 peratus tahun ini dan 3.4 peratus dan 4.5 peratus pada 2011 dan 2012.
Para penganalisis ekonomi pula berpendapat AS perlu mengembangkan pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya lima peratus setahun untuk menangani kadar pengangguran. - AP
17 February 2010
Madah Bercabai 9 : Lelaki Sedarlah..
********************************************************************
KUALA LUMPUR - Lelaki bandar gemuk dan berpenyakit!
Itulah hasil kajian Persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Penuaan Lelaki (MSASAM) yang mendapati 77 peratus lelaki yang berusia di antara 40 dan 70 tahun mengalami berat badan berlebihan di negara ini.
Ekoran daripada masalah tersebut juga sebanyak 48 peratus daripada golongan itu menghidapi darah tinggi, kencing manis (28 peratus) penyakit jantung (12 peratus), prostat (30 peratus) dan 59.4 peratus mengalami disfungsi ereksi (ED) atau mati pucuk.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, (KPWKM), Datuk Dr. Ng Yen Yen berkata, walaupun kajian tersebut diadakan di Subang dan Kelana Jaya, Selangor, tetapi ia merupakan gambaran sebenar tahap kesihatan lelaki di Malaysia.
"Ini punca jangka hayat lelaki lebih singkat berbanding wanita iaitu kira-kira lima hingga tujuh tahun dan berdasarkan penyelidikan ini mendapati, sikap kaum lelaki terhadap kepentingan menjaga kesihatan juga menjadi punca kepada masalah itu.
"Keengganan untuk mendapatkan bantuan dan bimbang dianggap lemah turut menyebabkan tahap kesihatan yang rendah, malah Akademi Pakar Perubatan Keluarga Amerika mengesahkan terdapat 30 sikap yang boleh menyebabkan mereka berisiko mendapat penyakit," katanya.
10 February 2010
Madah Bercabai 8 : Bahana Maksiat!!!!
Manusia hari ini sudah tidak takut lagi terhadap ancaman-ancaman yang dijanjikan oleh Allah. Allah SWT berfirman: Dan tinggalkanlah dosa yang nyata dan yang tersembunyi, kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan. (al-An’aam: 120).
Maksiat juga adalah penyebab hilangnya nikmat dan datangnya kecelakaan, bala serta penyesalan ketika mana penyesalan tidak lagi berguna. Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain Allah. (al-Ra’d: 11).
Sejarah membuktikan maksiat juga penyebab kehancuran umat-umat yang terdahulu dan kurun-kurun yang lepas, sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 40: Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
...........................................................................................................................................................................

SEORANG jemaah Masjid Permatang Duyung, melihat bungkusan kain putih berisi mayat bayi perempuan di pintu pagar masjid tersebut di Melaka, hari ini. Mayat bayi yang masih bertali pusat dengan kesan gigitan semut di seluruh badan itu ditemui selepas solat subuh itu dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. - Foto Bernama . BH, Feb 10, 2010 6:00 pm

KEJAM... Mayat bayi perempuan dihurungi semut dijumpai di hadapan Masjid Permatang Duyong, Melaka, semalam. – Utusan/GAIE UCHEL
09 February 2010
Madah bercabai 7
Remaja kini cukup berani melakukan jenayah di luar dan salah laku disiplin di sekolah. Di mana silapnya pendidikan masa kini?
Dari pertanyaan kepada murid yang melakukan salah laku di sekolah, 100% mereka ini mengakui pernah menipu ibubapa sendiri. Bayangkan lah apa akan jadi dengan generasi akan datang... sangat mengerunkan...!!!!
****************************************************************************************
3 pelajar ditahan selepas menyamun
2010/02/09
KUALA LUMPUR: Tiga pelajar lelaki sekolah menengah yang lengkap beruniform ditahan polis sejurus selepas mereka menyamun seorang lelaki warganegara Pakistan di Selayang pagi semalam.
Beliau berkata keempat-empat pelajar itu kemudian memukul mangsa dan menyamun wang tunai RM130, sebuah telefon bimbit serta salinan pasport milik mangsa sebelum melarikan diri.
Madah Bercabai 6
Manusia adalah semulia-mulia makhluk yang di jadikan Allah, namun ramai manusia yang merendahkan martabatnya dengan berperangai 'syaitan' dan kebinatangan.
******************************************************************
Sedangkan malaikat tunduk kepada manusia
"Dalam paparan kejadian Nabi Adam, tingginya martabat manusia dan penciptaannya sehinggakan Allah menyuruh malaikat dan syaitan tunduk menyembah. Malangnya, manusia tampak lebih minat berbalah, bersengketa, berbunuhan sesama sendiri.
Betapa suatu gambaran yang manusia gagal menghargai kedudukan terpuji yang Allah Taala tetapkan kepada manusia. Betapa manusia mudah terlupa amanah 'kekhalifahan' yang ditugaskan oleh-Nya!"
Petikan tulisan Feriz Omar ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)
07 February 2010
Madah Bercabai 5
Rasulullah bersabda bermaksud: " Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali." (Hadis riwayat Muslim).
Jika Rasulullah yang sudah dijanjikan syurga Allah pada akhirat nanti bertaubat hingga 100 kali sehari, apatah lagi kita yang kerdil ini yang sentiasa dibayangi dosa.
06 February 2010
Madah Bercabai 4
Salam to all,
Walaupun mengetahui sujud membawa kita berada paling dengan dengan Allah, namun masih ramai yang hanya sujud pada aidilfitri sahaja.
.........................................................................................................................Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat
DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."
Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.
Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain.
Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu.
Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut serta perut jari kaki.
Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
BH Online 6/2/2010
Madah Bercabai 3
Marilah kita tegakkan HUKUM agar kita tak terhukum dek kejahilan sendiri.
TQ
*******************************************************
18 Februari, 2010 18:28 PM
Pesalah Syariah Insaf Selepas Hukuman Sebat
GENTING HIGHLANDS, 18 Feb (Bernama) -- Tiga wanita yang menjalani hukuman sebat syarie menyatakan rasa reda dan insaf mereka terhadap kesalahan yang dilakukan selepas pelaksanaan hukuman pada 9 Feb lepas di Penjara Wanita Kajang.
Pengakuan mereka dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berdasarkan maklum balas yang diterima.
"Mereka melahirkan rasa keinsafan sebab mereka merasakan hal ini melepaskan diri mereka daripada dosa dan rasa bersalah kepada Allah S.W.T," katanya kepada pemberita semasa Program Pemukiman agensi-agensi di Jabatan Perdana Menteri di sini Khamis.
Jamil Khir berkata mereka kini sedar perbezaan antara sebatan syariah dan sivil, selain terharu selepas mengetahui apa yang didengar tentang sebatan syariah sebelum ini ternyata tidak benar.
"Kata mereka, 100 sebatan syariah tidak sama walaupun dengan satu sebatan sivil. Dia rasa keinsafan kesedaran sehingga dia memohon supaya rakan-rakan yang lain untuk tidak melakukan kesalahan seperti yang dilakukan mereka," katanya.
Ketiga-tiga mereka turut diberi khidmat kaunseling dalam konteks keagamaan sebelum dan selepas menerima hukuman bagi menyedarkan mereka tentang kesalahan yang dilakukan.
Tiga pesalah wanita itu dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar nikah.
Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong penuh pelaksanaan hukuman sebat dan membuktikan kerajaan serius mahu melaksanakan hukuman itu.
"Pelaksanaan ini (hukuman sebat syarie) menyangkal pandangan sesetengah pihak yang menggambarkan seolah-olah hukuman sebat adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan," kata Presidennya Mohamad Isa Abdul Ralip dalam satu kenyataan.
Beliau berkata orang ramai tidak perlu takut dengan hukuman sebat syarie kerana ia sebenarnya bertujuan mendidik, memberi pengajaran dan keinsafan kepada pesalah.
Mohamad Isa berkata hukuman sebat ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor harus disegerakan bagi mengelakkan orang ramai memandang rendah institusi keadilan Mahkamah Syariah.
-- BERNAMA
05 February 2010
Madah Bercabai 2
Bila diteliti rupanya ramai yang jadi "doktor sendiri" lalu menghuni tempat bertirai besi dan pusat serenti. Sungguh malang bagi kaum yang sepatutnya menjadi khalifah...
TQ
_____________________________________________________________________
Lelaki tak serik keluar penjara
2010/02/07
SEGAMAT: Seorang lelaki yang baru beberapa bulan dibebaskan daripada penjara masih tidak serik apabila cuba mengedar dadah sebelum ditahan dalam sekatan jalan raya di sekitar Batu Anam, di sini.
Nilai dadah dipercayai jenis heroin yang dirampas ialah kira-kira RM19,000,” katanya. Majid berkata, pemeriksaan mendapati lelaki yang tidak mempunyai kerja tetap itu berasal dari Felda Pemanis 2, di sini, dan pernah dua kali ditahan atas kesalahan dadah. Katanya, suspek juga mempunyai dua rekod jenayah dadah dan baru dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam, dekat sini.
04 February 2010
Madah Bercabai 1
Hati-hati merempit jangan sampai keluar surat khabar, ditutup dengan surat khabar.
TQ
______________________________________________________
Dua penjawat awam antara ditahan merempit
BH, 19/2/2010
KANGAR: Dua penjawat awam adalah antara tiga yang ditahan polis dalam operasi khas membanteras kegiatan lumba haram di sekitar kawasan Kuala Perlis semalam.
Pegawai Penguatkuasa Trafik negeri, Insp Syed Mohd Fahmi Syed Mohd Taha, berkata turut ditahan ialah seorang pelajar institusi pengajian tinggi.
"Ketiga-tiga mereka yang berumur antara 19 dan 20 tahun itu ditahan sepasukan polis yang menyamar sejurus selepas mereka selesai berlumba kira-kira pukul 6.30 petang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Syed Fahmi berkata pasukan polis menyamar itu telah mengekori kumpulan tiga anak muda terbabit yang menunggang secara berbahaya selama 20 minit sebelum mereka berhenti minum di sebuah gerai.
Ketiga-tiga mereka ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.
Sementara itu, beliau berkata operasi penyamaran khas yang dilakukan bagi memudahkan pihaknya mendekati kumpulan mat rempit kerana sebelum ini mereka mudah meloloskan diri apabila melihat kehadiran anggota trafik berpakaian seragam.
Mengulas mengenai operasi penyamaran itu, Syed Fahmi berkata langkah tersebut telah memudahkan pihaknya untuk mendekati kumpulan mat rempit yang sebelum ini bijak meloloskan diri apabila melihat kehadiran anggota trafik berpakaian seragam. - Bernama

