Followers

Carian dalam Blog ini

04 February 2010

Madah Bercabai 1

Kepada Mat Rempit,

Hati-hati merempit jangan sampai keluar surat khabar, ditutup dengan surat khabar.

TQ

______________________________________________________

Dua penjawat awam antara ditahan merempit

BH, 19/2/2010

KANGAR: Dua penjawat awam adalah antara tiga yang ditahan polis dalam operasi khas membanteras kegiatan lumba haram di sekitar kawasan Kuala Perlis semalam.

Pegawai Penguatkuasa Trafik negeri, Insp Syed Mohd Fahmi Syed Mohd Taha, berkata turut ditahan ialah seorang pelajar institusi pengajian tinggi.

"Ketiga-tiga mereka yang berumur antara 19 dan 20 tahun itu ditahan sepasukan polis yang menyamar sejurus selepas mereka selesai berlumba kira-kira pukul 6.30 petang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Syed Fahmi berkata pasukan polis menyamar itu telah mengekori kumpulan tiga anak muda terbabit yang menunggang secara berbahaya selama 20 minit sebelum mereka berhenti minum di sebuah gerai.

Ketiga-tiga mereka ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Sementara itu, beliau berkata operasi penyamaran khas yang dilakukan bagi memudahkan pihaknya mendekati kumpulan mat rempit kerana sebelum ini mereka mudah meloloskan diri apabila melihat kehadiran anggota trafik berpakaian seragam.

Mengulas mengenai operasi penyamaran itu, Syed Fahmi berkata langkah tersebut telah memudahkan pihaknya untuk mendekati kumpulan mat rempit yang sebelum ini bijak meloloskan diri apabila melihat kehadiran anggota trafik berpakaian seragam. - Bernama

2 comments:

azhar ariffin said...

cool gile ayat cikgu.. sy sokong habis habisan.. :DDDD huhu

cikgunikmie said...

tu ler nak tarik rambut dlm tepung jgn sampai tepung selerak...boleh gitu...