Followers

Carian dalam Blog ini

09 February 2010

Madah bercabai 7

Salam to all,

Remaja kini cukup berani melakukan jenayah di luar dan salah laku disiplin di sekolah. Di mana silapnya pendidikan masa kini?

Dari pertanyaan kepada murid yang melakukan salah laku di sekolah, 100% mereka ini mengakui pernah menipu ibubapa sendiri. Bayangkan lah apa akan jadi dengan generasi akan datang... sangat mengerunkan...!!!!

****************************************************************************************

3 pelajar ditahan selepas menyamun
Metro Online
2010/02/09

KUALA LUMPUR: Tiga pelajar lelaki sekolah menengah yang lengkap beruniform ditahan polis sejurus selepas mereka menyamun seorang lelaki warganegara Pakistan di Selayang pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.35 pagi apabila lelaki berusia 31 tahun itu didatangani oleh empat pelajar sekolah berusia 17 tahun.

Beliau berkata keempat-empat pelajar itu kemudian memukul mangsa dan menyamun wang tunai RM130, sebuah telefon bimbit serta salinan pasport milik mangsa sebelum melarikan diri.

No comments: