Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

20 February 2010

Nota Geografi 942/2 Tema 4: Globalisasi Ekonomi

Tema 4: GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU


Konsep Globalisasi Ekonomi


Merujuk kpd sempadan ekonomi negara-negara di dunia yg semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yg blh dihubungkan dgn cepat, mudah, pantas dan rapat.

Globalisasi juga dikenali sbg dunia tanpa sempadan.

Menerusi ledakan dan kemajuan dlm ICT segala pergerakan modal, teknologi, kepakaran R&D, informasipasaran dan perdagangan blh menembusi mana-mana negara yg mengamalkan konsep pasaran bebas tanpa had atau batas sempadan.

Kecanggihan teknologi menjadikan segala urusniaga menjadi cepat dan mudah.

Pada masa kini arus globalisasi bergerak dari negara maju ke negara dunia ketiga atau negara sedang membangun.


Istilah dalam Globalisasi Ekonomi


1. Liberalisasi ekonomi


Dasar pasaran bebas yg memberikan peluang kpd sesiapa shj termasuk pemodal asing memasuki & menguasai pasaran & ekonomi sesebuah negara tanpa batas.

Persaingan pasaran dan ekonomi menjadi terbuka dan bebas. Aliran keluar masuk modal dan perdagangan sesebuah negara tidak boleh disekat atau dikawal oleh kerajaan.

Liberalisasi ekonomi bergantung sepenuhnya kpd kuasa pasaran iaitu kuasa permintaan dan penawaran.


2. Deregulisasi ekonomi


Dasar penghapusan segala peraturan & sekatan ekonomi yg diamalkan olh sebuah negara yg selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengaliran dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan, pasaran barangan, perkhidmatan dan lain-lain. Cth, penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tarif dll.


Kesan Globalisasi Ekonomi ke atas Negara Asia Pasifik


1. Kesan Positif


a. Menambah keupayaan modal dalam negara


Negara Asia Pasifik tidak mempunyak keupayaan modal yg cukup utk mengerakkan sektor eekonomi moden khususnya industri dan perkhidmatan.

Suntikan modal asing membolehkan industri berkembang pesat, mewujudkan peluang pekerjaan, kurangkan pengangguran, tingkatkan taraf hidup dan memutuskan lingkaran kemiskinan negara membangun.


b. Menggalakkan pemindahan teknologi


Melalui globalisasi kemasukkan teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara maju dapat membangunkan ekonomi moden negara membangun.

Rakyat tempatan dikehendaki mempelajari kaeadah pengendalian teknologi melalui latihan lanjutan dan usahasama dlm konteks R&D tenaga manusia.

Akhirnya rakyat tempatan dpt menguasai kepakaran asing dan memajukan negara sendiri. Cth, teknologi HITEC, teknologi rekabentuk, kawalan mutu, teknologi komunikasi, kepakaran pengurusan dll.


c. Perluasan Pasaran


Penghapusan dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok penimbal, serta provokasi pasaran akan memberikan peluang kpd produk negara sedang membangun menembusi pasaran negara maju dengan hak yg sama rata.

Keadaan ini krn globalisasi memberikan kuasa mutlak kpd kuasa pasaran iaitu permintaan dan cita rasa pengguna dlm urusniaga barangan dan perkhidmatan.

Di Asia Tenggara, peneganalan AFTA merupakan satu realisasi drp arus globalisasi . Melalui AFTA barangan dlm kalangan negara ASEAN dpt memasuki pasaran negara anggota dgn lbh mudah dan mendapat faedah pasaran bersama.


2. Kesan Negatif


a. Kegawatan ekonomi


Aliran masuk modal antarabangsa yang begitu besar ke dlm negara serantau Asia Pasifik menyebabkan kewangan negara serantau menjadi lebih mudah ubah.

Keadaan ini berlaku krh wang boleh bergerak dgn hanya keluar merentasi sempadan sesebuah negara dgn hanya menekan butang komputer shj.

Dgn penarikan keluar modal asing secara mendadak dr sesebuah negara akan menyebabkan negara tersebut menjadi muflis, operasi industri boleh terhenti, pengangguran bertambah, beban hutan luar meningkat dan ekonomi negara gawat.


b. Serangan spekulator


Kegawatan ekonomi berpunca drp kejatuhan nilai mata wang dan pasaran saham akibat mainan spekulator.

Apabila nilai matawang jatuh, keyakinan pelabur turut hilang menyebabkan pelabur menarik keluar modal utk menggelakkan kerungian dlm jangka masa pjg.

Kesannya negara mundur akan muflis dan berterusan bergantung kpd negara maju utk menjalankan ekonominya.

Kesan dari kegawatan memaksa negara terlibat mengamalkan dasar kewangan yg ketat, menaikan kadar faedah, rantaian perniagaan lemah, pelaburan domestik merosot dan permintaan domestik terjejas.


c. Tekanan ekonomi dan bebanan kpd golongan miskin


Globalisasi turut mengakibatkan penghapusan hak-hak keistimewaan dan subsidi kpd golongan miskin yg di amalkan utk melindungi rakyat.

Bila subsidi dihapuskan berlaku peningkatan dlm harga barangan, perkhidmatan dan kos sara hidup. Yg miskin terus menderita dan memungkinkan berlaku kegawatan politik.

Isu rumah terpaksa berhadapan dgn masalah inflasi berikutan kejatuhan kadar upah, merosotkan kutipan cukai dan mengurangkan kewangan kerajaan.

Wujud keadaan monopoli bank tempatan oleh syarikat gergasi dan kawalan ekonomi oleh pelabur saing.


d. Penjajahan baru ekonomi


Pembukaan pintu ekonomi dan pasaran membolehkan monopoli ekonomi berlaku di sesebuah negara.

Kekayaan ekonomi negara sedang membangun akan dikaut keluar oleh pemodal asing.

Mengekploitasi tenaga kerja tempatan dgn kadar upah yg rendah.

Keadaan ini dinamakan penjajahan ekonomi.


No comments: