Followers

Carian dalam Blog ini

16 February 2010

Krisis Air berulangkah?

Salam to all,

Merujuk kepada berita perdana TV3, 15/2/2010 dilaporkan keadaan suhu dibeberapa tempat mencecah 36 darjah celcius. Simpanan air di beberapa empangan mulai menyusut. Adakah kita sekali lagi akan mengalami krisis air yang serius seperti beberapa tahun yang lalu? Sama-samalah kita berdoa agar suhu yang tinggi dan keadaan yang kering ini tidak berpanjangan.

Adakah ini petanda awal bala akibat dosa yang dilakukan segelintir dari kita.

Kepanasan dosa dan maksiat yang dilakukan oleh manusia di dunia ini lebih merbahaya daripada kesan pemanasan global. Peningkatan suhu kepanasan dunia yang telah dan sedang menimpa umat manusia hari ini juga adalah natijah daripada kepanasan dosa dan maksiat yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.

Manusia hari ini sudah tidak takut lagi terhadap ancaman-ancaman yang dijanjikan oleh Allah. Allah SWT berfirman: Dan tinggalkanlah dosa yang nyata dan yang tersembunyi, kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan. (al-An’aam: 120).

Maksiat juga adalah penyebab hilangnya nikmat dan datangnya kecelakaan, bala serta penyesalan ketika mana penyesalan tidak lagi berguna. Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain Allah. (al-Ra’d: 11).

Sejarah membuktikan maksiat juga penyebab kehancuran umat-umat yang terdahulu dan kurun-kurun yang lepas, sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 40: Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

************************************************************************

Masalah kekurangan sumber air tawar

Oleh Habsah Dinin dan Mona Ahmad


AIR bersih adalah sumber utama untuk manusia dalam kehidupan harian.

Air tanah bantu atasi isu berkaitan bekalan

SEPERTI yang diketahui umum dua pertiga kandungan planet Bumi ialah air, manakala selebihnya adalah daratan.

Bagaimanapun jumlah air itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan penggunaan air penduduk dunia kerana kebanyakannya bukanlah sumber air tawar.


Sementara itu, dalam Laporan Bank Dunia menyebut 80 negara di dunia kini berdepan dengan masalah kekurangan air yang boleh menjejaskan kesihatan dan ekonomi kepada 40 juta daripada dua bilion penduduk dunia berikutan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan harian.

Berpuluh-puluh negara lain pula mendapatkan air dari sungai di negara jiran. Negara itu termasuk Botswana, Bulgaria, Kemboja, Kongo, Gambia, Sudan dan Syria, yang mana semua negara ini terpaksa mendapatkan air daripada sungai yang berpunca daripada negara jiran kerana kedudukan mereka di bahagian muara.

Di Asia Barat pula, sumber air sangat terhad. Malah ada negara seperti Arab Saudi terpaksa menyuling air laut untuk mendapatkan bekalan air mentah bagi minuman dan kegunaan harian.

Beberapa tahun lalu, Iraq, Syria dan Turki membuat perjanjian bersama untuk berkongsi sungai untuk mendapatkan bekalan air.

Air adalah sumber tenaga sejak akhir 1970-an lagi dan ia sumber alam semakin kritikal di banyak negara di dunia pada abad akan datang.

Di Semenanjung Malaysia, walaupun memiliki purata taburan hujan sebanyak 2,470 milimeter (mm) setahun, ia masih belum cukup menampung keperluan air penduduk negara ini jika berlaku kemarau yang panjang.

Contohnya, pada 1997/ 1998, negara berdepan dengan krisis air yang panjang sehingga enam bulan yang menyebabkan beberapa negeri mengalami gangguan air serius serta banyak empangan dan pusat takungan air menyusut dengan banyak dan sebahagiannya menjadi kering.

Ekoran krisis itu, sudah sampai masanya negara memikirkan perlunya satu sistem sokongan air yang boleh digunakan untuk menampung bekalan air sekiranya krisis seumpama itu berlaku lagi.

Ketika ini, kewujudan banyak sungai saka dan taburan hujan tahunan di Malaysia menyebabkan penggunaan air hanya bertumpu kepada air permukaan.

Di sebalik sumber air permukaan yang melimpah-ruah berbanding dengan jumlah permintaannya, kekurangan sumber air, gangguan dan catuan perbekalan sering juga berlaku di negara ini.

Isu utama yang dihadapi dalam sektor air negara masa kini adalah kesediaan sumber air, pembekalan dan pencemaran. Sektor air memberi impak negatif sekunder kepada kesejahteraan negara seperti banjir, kegagalan cerun dan tanah runtuh.

Tahukah anda Malaysia mempunyai air simpanan bawah permukaan tanah (subterranean water) yang lebih mencukupi untuk digunakan oleh rakyat Malaysia. Selain bersih, bebas daripada kuman kandungan mineralnya tinggi berbanding air takungan, ia juga selamat diminum serta menyihatkan.

Air tanah bukan perkara baru kepada masyarakat kita. Sebelum ada teknologi mengalirkan air terus ke paip di rumah, kita menggunakan air daripada telaga yang dikorek sendiri ataupun air dari sungai berhampiran. Pembinaan telaga ketika itu adalah teknologi termudah dan termampu dilakukan masyarakat ketika itu.

Al-Quran sendiri ada menyebut mengenai kepentingan air yang keluar daripada batu-batan di bawah permukaan tanah.

Dalam surah al-Baqarah ayat 60, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “... dan ingatlah ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu ini dengan tongkatmu (lalu ia memukulnya) maka, terpancarlah daripada batu itu 12 mata air....”

Di beberapa negara maju di dunia seperti di Denmark, Switzerland, Korea dan Amerika sudah lama menggunakan air tanah sebagai sumber air negara dan keperluan persendirian.


BH, 16/2/2010.

No comments: