Followers

Carian dalam Blog ini

07 February 2010

Madah Bercabai 5

Marilah kita bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah kerana tidak ada antara kita yang terlepas daripada melakukan dosa.

Rasulullah bersabda bermaksud: " Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali." (Hadis riwayat Muslim).

Jika Rasulullah yang sudah dijanjikan syurga Allah pada akhirat nanti bertaubat hingga 100 kali sehari, apatah lagi kita yang kerdil ini yang sentiasa dibayangi dosa.

No comments: