Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

Loading...

23 February 2010

Contoh Soalan Geografi Fizikal STPM Tema 6 : Saling Kebergantungan Sistem

SOALAN 1


Merujuk contoh tertentu,huraikan bagaimana perubahan yang dialami oleh satu sistem alam sekitar fizikal akan mengubanh sistem-sistem alam fizikal yang lain.


JAWAPAN


Contohnya, fenomena El-Nino yang melanda negara-negara Pasifik pula berlaku di dalam sistem atmosfera. Fenomena ini telah mengganggu kastabilan atmosfera dengan menyebabkan cuaca panas dan kering pada barat Pasifik dan taufan serta banjir di timur. Kekurangan hujan, cuaca panas dan kemarau pula akang mengganggu keseimbangan sistem hidrologi seperti sungai, tasik, kolam serta air bawah tanah. Kekurangan input air di dalam sistem hidrologi seterusnya akan menjejaskan sistem ekologi akuatik.

Hidupan air seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya akan musnah dan terjejas. Akhirnya rantaian makanan kepeda hidupan lain akan turut terjejas sama. Lebih teruk lagi jika ekologi sesebuah hutan boleh terbakar dengan sendirinya dan boleh memusnahkan segala habitat flora dan fauna. Dalam konteks sisitem geomorfilagi pula cuaca panas El-Nino boleh meningkatkan kadar hakisan angina rekahan tanah dan sebagainya.



SOALAN 2


Tunjukkan bagaimana kegiatan manusia telah mengganggu keseimbangan sistem alam sekitar.


JAWAPAN


Contohnya, seperti aktiviti pembangunan yang melampau di kawasan tanah tiggi dan lereng-lereng bukit untuk tujuan pertanian, pembinaan hotel, resort, padang golf dan sebagainya. Aktiviti ini akan menyebabkan peningkatan kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh. Selain itu, aktiviti manusia yang menurapbentuk muka bumi dengan tar, bitumen, aspait dan konkrit melebihi dari[pada keupayaan kadar susupan air hujan ke dalam tanah menyebabkan fenomena banjir kilat berlaki di kawasan bandar juga merupakan satu gangguan ke atas sistem geomorfologi apabila kadar larian air meningkat melebihi daripada had yang boleh di tampung oleh sisitem saliran yang ada dalam bandar. Kegiatan lain pula seperti aktiviti pembuangan bahan-bahan kumbahan yang mengurangkan jumlah kandungan oksigen dalam air sebaliknya meningkatkan kandungan bacteria menyebabkan pencemaran sumber air khususnya air sungai dan tasik.

Melalui aktiviti perindustrian, penggunaan kenderaan, aktiviti pertanian dan sebagainya menyebabkan fenomena pencemaran udara. Perindustrian dan kenderaan akan melepaskan gas-gas pencemar ke udara seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida, hidro karbon dan sebagainya. Selain itu, fenomena penyahutanan oleh manusia untuk pelbagai tujuan seperti pertanian, petempatan, perindustrian atau kebakaran hutan secara semulajadi bukan sahaja mengganggu sisitem ekologi hutan iti sendiri apabila habitat flora dan fauna musnah, malah akan menghilangkan fungsi hutan sebagai kawasan tadahan, mengganggu proses susupan air ke dalam tanah dan mengurangkan bekalan air dalam tanah. Ini merupakan satu dampak yang dialami oleh sistem hidrologi.



SOALAN 3


Jelaskan 4 kesan ke atas manusia akibat gangguan yang telah dialami oleh alam sekitar fizikal itu.


JAWAPAN


Pembangunan yang melampau mengakibatkan hakisan tanah dan tanah runtuh akan mengancam manusia misalnya risiko kehilangan nyawa, kerosakannharta benda seperti rumah, kerugian kos untuk baik pulih dan sebagainya. Penurapan muka bumi menyebabkan fenomena banjur kilat dan apabila banjir kilat membawa Lumpur dan selut memasuki kawasan kediaman manusia. Manusia akan menanggung risiko seperti kerosakan harta benda contohnya kenderaan, gangguan kepada sistem perhubungan dan pengangkutan, memerlukan peruntukan yang tinggi untuk kerja-kerja membaik pulih akibat banjir kilat.

Selain itu, kesan kepada pencemaran sumber air akan mengurangkan bekalan air bersih kepada penduduk sama ada untuk memasak, membasuh, mencuci, ataupun untuk kegunaan industri, pertanian, bekalan tenaga dan sebagainya. Kenderaan ini menjejaskan kualiti hidup penduduk. Fenomena pencemaran udara akibat daripada aktiviti manusia akan menjejaskan kesihatan penduduk seperti penyakit batuk kering, edema dan pendarahan pulmonary, pedih mata. Manakala hujan asid pula boleh menjejaskan kesihatan manusia seperti penyakit barah kulit.




SOALAN 4


Terangkan kesan letusan gunung berapi yang mempengaruhi sisitem-sistem bumi lain.


JAWAPAN


Fenomena letusan gunung berapi berlaku dalam sistem geomorfologi. Selain lava dan aliran piroklastik, letusan gunung berapi juga mengeluarkan asap dan debu yang telah mempengaruhi sistem atmosfera melalui kejadian jerebu, hujan asid, kekacauan kestabilan atmosfer sehingga meransang kejadian rebut taufan.

Muntahan debu akan menghalang kemasukan sinaran matahari dan ini akan mengganggu tumbesaran pokok atau tanaman secara tidak langsung merosakan ekologi hutan semula jadi. Akibat letusan gunung berapi jerebu berpotensi menghasilkan hujan asid apabila sulfur sebagai posisi utama jerebu bersebati dengn air hujan menjadi asid sufuri. Ini akan mengganggu kualiti air dalam sistem hidrologi apabila hujan asid masuk ke dalam sungai, tasik, paya, kolam, dan laut. Akhirnya akan memusnahkan rantaian makanan dalam ekosistem akuatik. Kepupusan sumber-sumber maritime seperti batu-batu karang. Plankton, ikan, udang, dan lain-lain berada dalam sistem ekologi air.


SOALAN 5



Nyatakan konsep saling bergantung dan saling bertindak balas dalam sistem alam sekitar fizikal.


JAWAPAN



Konsep bumi sebagai sebuah sistem diutarakan oleh R>J Chorley dalam bukunya Phyisical Geography. A system Approach. Bagi Chorley, angkubah-angkubah dalam sistem alam sekitar fizikal ini saling berinteraksi antara satu sama lain dan bukannya bertindak secara bersendirian. Setiap perubahan yang di alami oleh sesuatu unsure akan turut mengubah unsure-unsur yang lain akhirnya keseluruhan unsur-unsur tersebut sebagai satu unit akan turut mengalami perubahan. Angkubah-angkubah ini walaupun pelbagai (diversiti) tetapi ia wujud dan berada di dalam satu kesatuan (uniti) yang kompleks dan dikenali sebagai sistem alam sekitar fizikal.


SOALAN 6



a) Takrifkan apa yang dimaksudkan sebagai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

b) Dengan memberikan beberapa contoh, huraikan bagaimana kaedah pemeliharaan alam sekitar dapat dilaksanakan.

c) Bincangkan dua bentuk pengurusan alam sekitar di Malaysia.



JAWAPAN



a) -Pemeliharaan dimaksudkan sebagai membaikpulih kerosakan yang sedia ada akibat daripada penggunaan atau kacau ganggu yang melampau ke atas sesuatu sistem. Misalnya skim pemeliharaan sungai dilaksanakan agar sungai tersebut kembali kepada keadaannya yang asal, sanma ada dari aspek kualiti air, kuantiti air ataupun morfologinya.

-Pemuliharaan pula bermaksud satu kaedah awal bagi menyelamatkan alam sekitar yang telah musnah sebahagiannya. Secara umum, kaedah ini membenarkan ekosistem dijalankan dengan lebih lancer walaupun sebahagian sistem masih lagi tidak dapat berfungsi dengan baik.


b) Kaedah pemeliharaan alam sekitar:

  • Contoh skim pemeliharaan sungai. Skim ini dilaksanakan agar sungai tersebut kembali kepada keadaannya yang asal, sama ada dari aspek kualiti air, kuantiti air ataupun morfologinya.
  • Misalnya, di bahagian tengah sungai, telah mengalami masalah hakisan tebing yang serius. Langkah ekstrem ialah mengubah bahagian yang terhakis ini kepada segmen sungai yang dikonkrit sepenuhnya.
  • Dalam erti kata lain, ia akan menjadi seperti saliran berkonkrit dan tidak seperti sungai yang berbentuk semula jadi. Melalui skim pemeliharaan sungai, bahagian tebing yang dihakis ini akan diperbaiki dengan membina teres yang ditanam dengan tumbuhan atau rumput. Walaupun kaedah ini agak lambat keberkesannya, tetapi ianya nampak lebih semula jadi.
  • Di Jepum misalnya, sungai-sungai yang dahulunya ditebat dengan struktur konkrit telah dirobohkan. Sungai ini digantikan dengan bahan yang lebih mesra alam, misalnya bagi mengawal hakisan, tembok pengawal konktir boleh digantikan dengan menanam tanaman rumput, pokok dan sebagainya.
  • Di Denmark, pemeliharaan sungai teklah di jalankan di sungai skren. Di sini, pokok-pokok telah di tanam di sepanjang alur sungai manakala dasarnya telah diletekkan batu kerikil bagi memberi pelindungan dan habitat kepada ikan.

c) Dua bentuk pengurusan alam sekitar di Malaysia:

  • Melalui pendekatan struktur. Pendekatan kwjuruteraan misalnya kawalan hakisan tebing sungai menggunakan tembok penahan, konkrit, gabion dan sebagainya.
  • Melalui pendekatan bukan struktur. Melalui penguatkuasaan undang-undang, peraturan, garispanduan, kempen, pendidikan.

SOALAN 7


  1. Huraikan bagaimana manusia boleh mengubah alam sekitar dalam sekala kecil dan skala besar.
  2. Bincangkan bagaimana campur tangan manusia boleh memberikan kesan positif kepada alam sekitar.
  3. Terangkan faedah alam sekitar yang mapan.

JAWAPAN



  1. Cara manusia mengubah alam sekitar dalam skala kecil dan skala besar

    1. Skala kecil

- manusia membina kolam ikan untuk membela ikan air tawar. Ini akan menyebabkan sebahagian kecil kawasan daratan berubah kepada kawasan berair.

- Manusia menggunakan kenderaa untuk ke tempat kerja. Asap kenderaan boleh menyebabkan pencemaran dan hujan asid.

- Manusia menebang pokok untuk membina kebun. Ketiadaan pokok menyebabkan kawasan tersebut terdedah kepada hakisan.

    1. Skala besar

- manusia membina empangantenaga hidroelektrik atau membekalkan sumber air domestic. Empangan menyebabkan jumlah air di kawasan hilir berkurangan serta meningkatkan kadar sejatan.

- Manusia menebang kawasan hutan secara besar-besraran. Ini menyebabkan hakisan permukaan meningkat, kandungan oksien berkurangn dan peningkatan suhu.

- Manusia membina kawasan perindustrian secara besr-basaran. Kilang akan membuang efluen ke sungai menyebabkan sunagi tercemar. Asap kilang juga boleh mencemarkan udara serta menyebabkan jerebu tempatan.


  1. Campur tangan manusia boleh memberi kesan positif kepda alam sekitar:

o Manusia mencipta pembenihan awam. Kaedah ini boleh menyelamatkan tanaman dari mati akibat kemarau serta meningkatkan paras air di kawasan tadahan air.

o Manusia membina tebing penahan ombak atau groin bagi mengawal hakisan pinggirpantai. Ini dapay menyelamatkan nyawa dan harta benda.

o Manusia mengamalkan kitar semula. Dengan ini, banyak bahan buangan yang tidak digunakan dapat dikitar semula. Ini mengurangkan pencemaran alam sekitar.

o Manusia menigkatlan sistem sanitasi dan pelupusan bahan buangan. Dengan ini dapat mengurangkan pencemaran air dan udara.

o Manusia mencipta variasi pokok yang tahan penyakit serta cepat membesar melalui penyelidikan bioteknologi.


  1. Faedah pengurusan alam sekitar yang mapan:

o Mengurangkan masalah pencemaran

o Melahirkan persekitaran yang bersih dan sihat

o Sumber dan elemen alam yang boleh dinikmati oleh generasi akan dating

o Mengurangkan kos memulihara alam sekitar

o Sebagai zon pemampan semula jadi terhadap bencana alam sekitar


SOALAN 8


  1. Senaraikan empat buah negara yang sering mengalami letusan gunung berapi.
  2. Jelaskan kesan letusangunung berapi ke atas cuaca dan iklim.
  3. Huraikan kepentingan bentuk muka bumi yang dihasilkn oleh aktiviti gunung berapi terhadap kegiatan manusia.


JAWAPAN


  1. Negara yang sering mengalami aktiviti gunung berapi ialah Indonesia, Filipina, Jepun, Hawaii dan Amerika Syarikat.
  2. Kesan gunung berapi terhadap cuaca dan iklim
    1. Pencemaran udara mengeluarkan gas-gas seperti karbon dioksida, hydrogen,sulfide, klorin, fluorin dan boron yang mencemarkan udara.
    2. Kandungan karbon dioksida yang tinggi akan menghasilkan ujan asid yang memusnahkan tanaman.
    3. Suhu kawasan sekitar meningkat akibat daripada pelepasan lava panas.
    4. Biasanya selepas letusan gunung berapi diikuti dengan penurunan hujan lebat akan bercampur bersama debu halus yang akan membentuk aliran lumpur.
    5. Pencairan salji dicerun gunung berapi kesan daripada suhu yang meningkat akan mengakibatkan banjir.
    6. Dalam jangka masa beberapa tahun, suhu kawasan sekitar boleh diturunkan kerana debu-debu letusan memantulkan sinaran matahari.

  1. Kepentingan bentuk muka bumi yang dihasilkan oleh aktiviti gunung berapi terhadap kegiatan-kegiatan manusia:

i. Kon lava bes menghasilkan tanah subur yang menggalakkan pertanian.

ii. Dataran lava sesuai untuk pertanian dan penternakan.

iii. Kewujudan tasik, kawah gunung berapi, telaga dan mata air panas dan ini menggalakkan kegiatan pelancongan.

iv. Tasik yang wujud di gunung berapi menggalakkan aktiviti perikanan.

v. Aliran lava asid akan membentuk cerun curam, sungai deras yang sesuai untuk kuasa hidroelektrik.

vi. Batolit atau lakolit yang terhasil kaya dengan mineral akan menggalakkan aktiviti perlombongan.


SOALAN 9


  1. Jelaskan bagaimana pertanian pindah mempengaruhi proses geomorfologi di kawasan hutan.
  2. Jelaskan sebab-sebab keadaan fizikal hutan perlu dikekalkan.
  3. Terangkan kesan pembakaran terhadap sistem atmosfera dan ekologi.

JAWAPAN


  1. Pertanian pindah mempengaruhi proses geomorfologi di kawasan hutan
    1. Pertanian pindah akan membuka kawasan hutan yang melibatkan kerja-kerja membakar dan menanam. Aktiviti-aktiviti ini menggalakkan kejadian hakisan dan juga boleh mengakibatkan runtuhan cerun.
    2. Selain itu, akibat kerja tarahan tanah akan menyebabkan larian air permukaan bertambah kerana permukaan lebih terdedah akibat ketiadaan tanaman tutup bumi yang boleh mencengkam struktur tanah.
    3. Kerja-kerja membersihkan kawasan hutan untuk tujuan pertanian ini boleh menyebabkan kawasan ini terdedah kepada pancaran matahari seterusnya menjadikan kadar sejatan tinggi. Kesannya, kawasan menjadi lebih kering dan fenomena hakisan angin juga turut berlaku.
    4. Pemendapan pada sungai berhampiran akan menjadikan sungai cetek dan ini menjuruskan kepada kejadian banjir.

  1. Hutan perlu dikekalkan untuk:

i. Menyerdahanakan suhu alam sekitar

ii. Mengekalkan simpanan air dalam tanah, iaitu sebagai kawasan tadahan air

iii. Membekalkan udara bersih dan imbangan gas dalam udara kepada alam sekitar

iv. Mengekalkan biodiversiti.

v. Mengekalkan ekosistem dan kitaran nutrient dalam sistem ekologi


  1. Kesan pembakaran terhadap sistem atmosfera dan ekologi:

i. Peningkatan suhu kerana aktiviti pembakaran membebaskan haba.

ii. Pencemaran udara akan melepaskan gas karbon dioksida, karbon monoksida, wap air dan hidrokarbon. Kualiti udara akan terjejas sekiranyagas-gas ini berlegar di udara dalam kadar yang tinggi. Kesannya, boleh mengakibatkan keadaan jerebu.

iii. Kemusnahan hutan akan menyebabkan kelembapan bandingan rendah. Ini kerana kadar sejatan lebih tinggi daripada pemeluwapan yang mengakibatkan hujan jarang turun.

iv. Gangguan terhadap habitat haiwan dan memusnahkan spesiei flora.

v. Banyak tumbuhan bernilai termusnah akibat daripada pembakaran yang akan mengakibatkan kehilangan biodiversiti.



SOALAN 10



a. Apakah pencemaran ?

b. Terangkan aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan pencemaran.

c. Jelaskan kesan pencemaran terhadap atmosfera dan manusia.


JAWAPAN



  1. Pencemaran ialah kehadiran bahan-bahan pencemar semula atau bahan bukan semula jadi dalam kuantiti yang signifikan, di alam sekitar sehingga membawa kesan yang merbahaya kepada kesihatan, keselamatan manusia dan hidupan lain.

  1. Aktiviti manusia yang boleh menyebabkan pencemaran:

    1. Kegiatan domestic seperti pembuangan sampah sarap.
    2. Asap yang dikeluarkan oleh kenderaan.
    3. Industri mengeluarkan asap yang bahaya dan efluen yang mengandungi bahan toksik atau BOD yang tinggi.
    4. Aktiviti pelancongan yang yang dijalankan sama ada di atas kapal, di tepi pantai atau tasik akan menyalurkan kumbahan ke laut atau sungai.
    5. Penggunaan alat hawa dingin, aerosol yang membebaskan gas CFC yang boleh membahayakan kesihatan manusia.
    6. Pembakaran hutan oleh petani yang mengamalkan pertanian pindah.
    7. Tumpahan minyak oleh kapal-kapal tangki di pelabuhan.

  1. Kesan kepada atmosfera dan manusia:

o Kesankepada atmosfera

i. Kejadian jerebu berlaku

ii. Peningkatan suhu di atmosfera.

iii. Berlaku hujan asid akibat pencampuran gas karbon dioksida yang banyak dengan air hujan.

o Kesan kepada manusia

i. Masalah pernafasan terutama ketika musim panas kerana pada waktu ini keadan udara adalah terlalu kering dan tepu. Kurang gas oksigen dan lebih banyak gas karbon dioksida.

ii. Kerana terlalu panas penyakit kulit mudah menyerang manusia terutamanya kanser kulit kerana sinaran ultra ungu yang terus terpancar kepada permukaan bumi.

iii. Menghadapi kekurangan hasil pertanian kerana kesuburan tanah berkurangan akibat tahap kerporosan adalah tinggi dan kelembapan tanah yang rendah. Suhu yang merupakan baja kepada tanaman.

iv. Akibat daripada tumpahan minyak di laut yang telah menjejaskan ekosistem hidupan laut akan memusnahkan banyak sumber hasil laut yang boleh menjejaskan ekonomi negara.



SOALAN 11


  1. Terangkan empat langkah perundangan yang boleh diambil bagi memelihara dan memulihara alam sekitar fizikal.
  2. Terangkan empat langkah bukan perundangan yang boleh diambil bagi memelihara dan memulihara alam sekitar fizikal.
  3. Cadangkan empat langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kemerosotan kualiti udara dan sumber air di negara tersebut.

JAWAPAN



  1. Langkah-langkah perundangan yang boleh diambil:

· Wujudkan akta (Akta Alam Sekeliling 1974) – mudahkan pendakwaan
· Akta/ ordinan (Cth: Akata Perhutanan Negara) – hukuman kpd pesalah dlm
sektor pembalakan

· Agemsi pelaksanan (JAS, JPS, PBT) – pemantauan berterusan
· Penguatkuasaan – hukuman, denda, kompaun
· Prosedur EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar/Enviroment Impact Assesment)

- dikemaskini bagi semua projek pembinaan


  1. Langkah-langkah perundangan yang boleh diambil:

· Kitar semula, adakan kempen kesedaran orang ramai
· pematuhan peraturan
· Melibatkan diri dlm kursus/ pndidikan alam sekitar
· Menyertai NGO - MNS (Malayan Nature Society), Peratuan Pengguna
· Sikap orang ramai (harmoni dgn alam sekitar)


  1. Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kemerosotan kualiti udara dan air:

o Udara

§ Menempatkan industri mengikut jenis dan zon-zon yang sesuai yang mesti jauh dari kawasan kediaman serta kawasan tepu bina,mengawal perlepasan asap melalui sistem penapisan,meninggikan serombong,mengurangkan penggunaan bahan baker petroleum dan arang batu sebaliknya beralih kepada sumber-sumber gentian seperti tenaga hidro,tenaga solar dan gas asli

§ Mengawal penggunaan kenderaan yang masuk ke bandar seperti menggalakkan perkongsian kereta,menggalakkan penggunaan petroleum tanpa plumbum,menyediakan sistem penapisan asap kenderaan yang sempurna.

§ Mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka, sebaliknya lebih banyak menjalankan usaha kitar semula sisa pepejal,menimbus sampah serta menjalankan aktiviti tebang reput dalam sektor pertanian.

o Air

§ Menjalankan usaha merawat semula air yang tercemar,menyediakan sistem perangkapsampah di sungai,merawat sisa terlebih dahulu seperti sisa kumbahan,sisa buangan industri sebelum dialirkan kepada sungai atau tasik di samping menyediakan kolam takungan sisa khas.

§ Mengawal aktiviti pembangunan di kawasan tadahan air seperti mengawal aktiviti pembalakan disamping mewujudkan kawasan rizab tadahan air.

§ Mengawal selia dan sentiasa memantau aktiviti pengangkutan air seperti kapal pengangkut petroleum dan juga kapal-kapal kontena yang lain.


Hasil Kerja: Nur Khairulnisah, Nur Haziqah & Nur Aqila, 6AA KHS 2010

3 comments:

ahmad idham said...
This comment has been removed by the author.
ahmad idham said...

Boleh minta soalan trial STPM 2011 geografi

ieya said...

boleh bagi contoh jawapan bagaimana fenomena kejadian tanah runtuh boleh memberikn kesan kepada alam sekitar manusia..?? n nak contoh soalan trial dari negeri2 lain pasal penggal 3...