Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

19 February 2010

Ular Sawa ke jelmaan bapok....


BESAR...anggota bomba bersama ular sawa yang ditangkap di Bukit Bintang, semalam. Kehadiran ular sawa batik sepanjang dua meter itu mencetus tanda tanya berikutan lokasi ia ditemui terletak di tengah-tengah ibu kota dikelilingi bangunan konkrit.


Biar betul ular sawa sesat kat Jln Bukit Bintang...entah-entah jelmaan bapok tak!!!!!
Habitan haiwan-haiwan ni sudah pupus, tak pelik jika spesies ini merayau ke habitat manusia.. mungkin dalam habitat manusia dapat dikesan ramai yg 'bersifat seperti ular'.

**************************************************************

Gempar sawa lintas jalan di Bukit Bintang

Metro Online
2010/02/19

KUALA LUMPUR: Gempar apabila pelancong dan rakyat tempatan melihat seekor ular sawa ‘sesat’ melintas jalan di Bukit Bintang di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, ular sawa seberat kira-kira 20 kilogram itu melintas jalan tanpa mempedulikan orang yang lalu-lalang di kawasan berkenaan.

Pegawai Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Ifzuady Rosli Ch’eng, berkata seorang pengawal keselamatan yang melihat kehadiran ular itu segera menghubungi pihaknya.


“Kami terima panggilan jam 12.05 tengah hari dan tiba di lokasi empat minit kemudian. Namun, ular itu sudah beredar dari permukaan jalan.

“Ular terbabit dikesan cuba bersembunyi dalam pokok hiasan berhampiran kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, empat anggota mengambil masa lima minit menangkap ular itu yang cedera di perut.

“Kami bersedia menyerahkan ular berkenaan kepada pihak bertanggungjawab atau melepaskannya di kawasan hutan simpan,” katanya.

Ifzuady berkata, pihaknya juga hairan dengan kewujudan ular sawa di kawasan berkenaan, namun tidak menolak kemungkinan ia dimiliki individu yang tinggal di kawasan berhampiran.

No comments: